Anda di halaman 1dari 4

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa

hadapan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung
menjadi budaya masyarakat kita.
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah
lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat
dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke
depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu
berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih
kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab
untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu
ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus,
tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya
masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi
menerapkan
amalan
berjimat-cermat
dalam
diri
anak-anak
adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan
efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai
kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau
hitam. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk
berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh
ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan
otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong
yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa
boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian
daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak
berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan
harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung.
Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak
sebelum kudis menjadi tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa
anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka
sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif
seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka
masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan
mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan
menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-

anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia,
anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi
dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang
melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya
mengajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang
mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu
menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil
kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan
tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya
hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis
rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang
bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah
bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian
perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang
sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang
bergaya supaya mendapat "pengiktirafan" orang berada oleh orangorang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak
berkemampuan. Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa
asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya
keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi
memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anakanak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat
yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu
mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus
memberitahu
anak-anak
cara
penggunaan
wang
dan
cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak
mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anakanak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan
anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil
sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anakanak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang
simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata
orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan hal tersebut, ibu
bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang
baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anakanak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa
dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan
cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa
harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapan
amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau hari siang.
Pada hakikatnya,
ibu bapa berperanan untuk menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus
mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang

bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anakanak bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang
di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan
dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah
laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh
itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus
mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam
mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa
mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan
wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang
diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena
percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita
akan berbau harum, Kawan merupakan magnet sakti yang boleh
mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus
menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan
mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak
mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata,
bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu bapa
harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan
golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah
maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu
betapa susah dan payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk
perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan
dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan
anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan
dominan dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan Jikalau tiada wang semua
kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada padi semua
jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini menunjukkan betapa
pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan
kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan
menjadikan amalan ini sebagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi
muda berakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui
negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran
masyarakat madani. Air bersih, ikannya jernih
Peranan Ibu Bapa dalam Menggalakkan Sikap Berjimat-cermat dalam Diri
Anak-anak
This one is written by my friend. He got 39/40.My teacher said he is the best in my class but I also am.
Hehe
Anak-anak diibaratkan kain putih, ibu-bapalah yang harus mencorakkan kehidupan anak-anak
mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ibu bapa perlulah bertanggungjawab untuk
mewujudkan masa depan yang cerah kepada anak-anak mereka. Pada masa ini, sikap boros dan suka

berbelanja sesuka hati oleh remaja memang sering dipertikaikan oleh segenap lapisan masyarakat. Anakanak suka menghabiskan wang belanja untuk membeli barangan yang tidak akan mendatangkan sebarang
faedah kepada mereka seperti buku komik, makanan-makanan ringan dan sebagainya. Sikap yang negatif
ini perlu diatasi dengan segera supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang berjimat-cermat. Ibu
bapalah yang memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat-cermat dalam
kehidupan seharian.
Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak agar berjimatcermat ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang amalan ini. Bak kata
pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Ibu baoa perlu sentiasa menasihati anak-anak mereka
supaya berjimat-cermat dan tidak membazirkan wang dengan sia-sia. Amalan yang positif ini perlulah
diterapkan ke dalam minda anak-anak agar dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa
yang akan datang. Melalui amalan ini, anak-anak akan sentiasa menghargai wang mereka dan tidak akan
membelanjakannya untuk perkara-perkara yang negatif.
Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka untuk mengikuti
amalan ini. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian
mereka agar anak-anak mereka dapat mempelajari amaln berjimat-cermat tersebut dengan lebih mudah
lagi. Anak-anak sudah pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka kerana ibu bapa akan sentiasa
memikirkan masa depan anak-anak mereka untuk menjadi cerah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak
berasa bangga terhadap ibu bapa mereka kerana menunjukkan teladan yang positif kepada mereka.
Di samping itu, amalan menabung juga perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak oleh ibu bapa
mereka. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk menabung kerana amalan ini
merupakan salah satu langkah yang efektif untuk mewujudkan generasi yang berjimat-cermat. Bak kata
pepatah, Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain. Ibu bapa juga perlu memberitahu kebaikan
menabung kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika sesuatu kemalangan berlaku, wang yang
telah disimpan tersebut dapat digunakan untuk rawatan hospital. Bukan itu sahaja, wang yang telah
disimpan tersebut juga dapat digunakan utnuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian yang lebih tinggi.
Wang simpanan tersebut dapat dijadikan sebagai penyelamat kita. Bak kata pepatah, Sediakan Payung
Sebelum Hujan.
Seterusnya, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mereka untuk membeli barangan yang
hanya diperlukan sahaja. Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka untuk membeli barang-barang
yang akan mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka sendiri.Ibu bapa tidak harus membiarkan
anak-anak mereka menyesal kerana membeli barangan yang berjenama tetapi tidak membawa sebarang
kegunaan kepada diri mereka sendiri. Bak kata pepatah, Alah Membeli Menang Memakai. Ibu bapa
perlulah menggalakkan anak-anak mereka supaya menyediakan perancangan perbelanjaan yang
sistematik supaya wang tidak dibazirkan dengan sia-sia.
Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memang memainkan tanggungjawab
yang sangat penting dalam mewujudkan anak-anak yang berjimat-cermat dalam kehidupan seharian
mereka. Anak-anak juga harus mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat dan
tidak boros dalam berbelanja. Melalui tunjuk ajar ibu bapa yang efektif, sudah tentu negara kita dapat
mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan
generasi negara kita sentiasa dipuji dan disegani oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berjimat-cermat
amalan mulia.