Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Membeli rumah dan kenderaan memang menyeronokkan. Maka, kita


harus memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan
dan kenderaan boleh membantu kita menjimatkan masa dan mengelakkan
keraguan dan keresahan.
Dalam tugasan ini, kami telah mengumpul maklumat yang berkaitan
dengan pembelian rumah dan kenderaan. Ini merupakan langkah pertama yang
perlu dibuat sebelum membuat sebarang pinjaman. Kami mendapat panduan
asas dan tip-tip yang berguna

daripada pihak bank dan kerajaan sebelum

membuat pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan daripada mana-mana


pihak.
Membeli rumah merupakan satu pelaburan yang paling berharga. Begitu
juga dengan kenderaan. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan
yang rapid an teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya. Kita
perlu menilai kemampuan kita berdasarkan simpanan dan pendapatan. Dengan
itu, kita boleh menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dan pinjaman
kenderaan ini untuk mengira ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu
dibayar dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan dan
pinjaman kenderaan.
Di sini, kami telah menyediakan jadual perbandingan dengan beberapa
bank seperti CIMB Bank, Hong Leong Bank dan RHB bank. Dengan merujuk
kepada jadual yang dibuat, kita dapat membuat perbandingan dan pertimbangan
dalam memilih salah satu bank untuk membuat permohonan pinjaman
perumahan dan pinjaman kenderaan.
Oleh itu, dengan adanya jadual ini, kita dapat merancang dengan lebih
teliti, cermat dan jimat.

NAMA:

CHUNG SHUK FONG

KUMPULAN:

PPISMP GSTT BC 2012

SUBJEK:

MATEMATIK

Pensyarah Matematik iaitu En. Puah telah memberikan tugasan pertama


kepada kumpulan kami. Dalam tugasan ini, En.Puah menjelaskan bahawa kami
akan membuat kerja kursus tentang skim pinjaman perumahan dan skim
pinjaman kenderaan. Kami juga dikehendaki membuat perbandingan di antara
skim-skim tersebut dengan pihak kerajaan dan swasta. Selepas memahami apa
yang perlu dibuat, ahli kumpulan kami membahagikan tugas masing-masing. Ada
yang mencari maklumat yang melalui internet ,ada yang terus mengunjung ke
bank dan ada yang mengumpul maklumat mengenai kenderaan dan perumahan.
Selepas itu, kami akan berbincang tentang maklumat yang telah dikumpul
oleh masing-masing. Pada mulanya, perbincangan ini tidak dijalankan dengan
lancar kerana ahli ahli kumpulan kami mempunyai pendapat yang berbeza.
Tetapi akhirnya, semua masalah dapat diselesaikan. Dengan pendapatan yang
sebanyak RM 6,000, kumpulan kami telah memutuskan untuk membeli rumah
teres dua tingkat dan kereta Proton Saga FLX 1.3.
Selepas perancangan dan perbincangan, kumpulan kami memulakan
dengan membuat jadual tantang skim pinjaman kerajaan dan skim pinjaman
swasta. Di sini, saya telah belajar cara-cara hitungan dan fomula untuk mengira
dalam tugasan ini. Saya dapat memahami perbezaan di antara kadar faedah
bagi pihak kerajaan dan swasta. Saya juga dapat membuat perancangan dengan
lebih teliti supaya dapat menjimatkan lebih banyak wang.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada En.
Puah kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dan memberikan
penerangan yang amat jelas supaya kami tidak membuat tugasan dengan arah
yang salah. Bagi ahli kumpulan pula, kerana adanya kerjasama dan toleransi
anda, barulah kita dapat menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai