Anda di halaman 1dari 7

UPSR HANYA EXAM SAHAJA, APA NAK RISAU?

Kepada anak-anak yang keluar sekolah dengan mata merah kerana A tidak banyak, atau sikit
lagi nak straight A atau cari A, B dan C tak jumpa pun dalam kertas. Mari sini Abah nak cakap
sikit. Sebelum itu, untuk yang score banyak A dan gembira dan sedang meraikan di kedai-kedai
makanan laju (Fastfood) atau yang sedang nak bayar duit beli Mini Cooper S tak payah baca pun
tak mengapa.
Abah dulu UPSR tak banyak A. Adalah 1 sahajapun A. Bukan tak pandai, cuma kepandaian
Abah tak tumpah ke atas kertas peperiksaan. Bayangkanlah, Abah tak dapat score matematik
kerana dalam exam tak boleh pakai calculator sedangkan sekarang abah buah business semua
nak tekan calculator. Abah tak hafal sifir selain sifir 1,2 dan 5. Sifir 5 tu hafal kerana selalu main
nyorok-nyorok kena kira sampai 100 tapi gandaan 5. Abah dulu UPSR Bahasa Inggeris pun
dapat D dan malah abah konsisten dalam PMR juga abah dapat D untuk BI tapi bila masuk
universiti mengadap semua buku-buku dalam BI lama-mama boleh juga. Bila abah jadi lecturer
dan kena mengajar student international, buruk-buruk abah punya BI pun boleh juga anak murid
faham.
Malah pada hari ini, abah juga bangga kerana walaupun BI dalam UPSR dapat D sahaja, tapi
abah dah boleh buat talk depan Mat Saleh dan mereka faham pun apa abah cakap. Lagi best
kadang-kadang abah tergelak dengar BI Mat Saleh dari France, Itali, Switzerland, Germany dan
Russia. Tapi yang pentingnya abah faham apa mereka cakap dan mereka faham apa abah
cakap.
Sekarang abah meniaga tak pakai pun pengamiran, janjang aritmetik, janjang geometrik,
pembezaan, probabilities, teorem pithagoras, algebra dan banyak lagi. Abah punya bini seorang
saintis kejuruteraan kimia dalam matematik dari Cambridge juga nak buat calculation dia pakai
Mathematica 5.2 kalau susah sangat. Key-in sahaja nilai dan nanti komputer kirakan. Memanglah
asas kena tahu cuma tak payahlah sedih sangat.
Abah ni kalau soalan 5 x 17 abah boleh jawab cuma lambat sikit sahaja kalau guna congak. Tapi
kalau pakai calculator abah tahu macammana nak cari. Bila ada orang datang nak minta abah
ambil gambar, abah tak gunapun Teorem Pithagoras dan Persamaan Matriks untuk kira harga
pakej. Masa abah nak beli tiket kapal terbang pun abah tak adapun kena selesaikan persamaan
kuadratik mahupun persamaan kimia atau kena lukis konfigurasi kimia polymer dan hidrokarbon.
Relaks jer
Anak Cina Simpang Kerayong yang dulu abah beli tembikai ada yang pandai bapak dia
sekolahkan sampai universiti. Ada yang sekolah tak pandai dia berhenti setakat darjah 6 dan
bekerja asalkan pandai tekan calculator (atau sempoa) dan boleh cakap sikit-sikit kira OK lah.
Bila abang dia yang pandai sikit masuk universiti dan balik abangnya sama-sama ambil alih
kedai mendiang bapaknya. Masa tu, kedai tembikai di simpang Kerayong dah tak ada lagi tapi
dah pindah ke pekan Triang. Masa tu abang yang masuk universiti tu dah kerja jaga akaun.
Adiknya yang berhenti darjah 6 dah jadi taukey kedai. Emak bapak dulu ada kedai jual buahbuahan bila sampai kepada anak dia gandakan jadi pemborong buah-buahan tempatan dan
supply masuk supermarket dan kedai-kedai runcit.

Pesanan abah, jangan sedih-sedih kalau UPSR tak bagus mana. Percayalah kita cuma perlu
berusaha dan buat yang terbai, maka apa sahaja yang kita dapat, kita terima dengan baik. Tapi
kalau hari-hari kerja tidur tak habis-habis memanglah upsr pun gagal buat kerja pun gagal juga.
Dalam UPSR tak ada ajar macammana nak selesaikan masalah. Kita kena turun juga selesaikan
masalah dan setiap masalah yang diselesaikan ialah ilmu baru kepada kita. Apapun keputusan
yang anak-anak dapat, abah ucapkan tahniah! Tapi jangan pulak lepas ni korang terus membuta
taknak belajar dan bila mak bapak tanya kenapa tak studi korang tag mak pak korang pulak kat
artikel ini. Maksud abah yang sebenar-benar-benar-benarnya ialah, jangan frust sangat tapi
teruskanlah usaha. Kalau nombor pun tak kenal, nak tekan calculator celah bedah mana boleh
jumpa jawapan?
Kepada cikgu-cikgu yang mula nak marah dan naik angin, tolong jangan seksa orang-orang
macam saya yang tak sama macam budak-budak lain. You supposed to teach me how to think
NOT bragging me to score more A in exam (perenggan ini ditambah lepas ada cikgu-cikgu yang
marah).
Tak perlu terjun bangunan atau nak menonggeng-nonggeng frust. UPSR jer pun. Kepada ibu
dan bapa kepada anak-anak yang tak banyak A dalam result, jika ada orang nak bandingbanding atau sindir-sindir result anak anda minta dia mengadap Abah nanti abah tolong kutip,
basuh dan sidai orang-orang ni.
ABAH
Notakaki :
UPSR abah - 1A (tiada kesedaran)
PMR abah - 5A (dah timbul kesedaran)
SPM abah - 7A
Degree - CGPA 3.21 jer.
Keputusan di atas abah dapat sambil main-main dan buat business masa di sekolah dan
universiti. Bila teringat nak exam baru study. Tapi abah banyak belajar masa abah buat business
tu

Anda mungkin juga menyukai