Anda di halaman 1dari 19

1.

0 HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN.

1.1 SEKOLAH VERNAKULAR

Ketika zaman penjajahan di tanah melayu sistem pendidikan yang diamalkan adalah
berasaskan sistem pendidikan vernakular. British telah memperkenalkan pendidikan
vernakular seperti penubuhan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Sejarah pendidikan
vernakular di Tanah Melayu bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School
ditubuhkan di Gelugor, Pulau Pinang dan semenjak itu beberapa buah sekolah telah didirikan
di seluruh Tanah Melayu dan Terengganu paling lewat didirikan sekolah iaitu pada tahun
1951. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British ini juga merupakan salah
satu pemangkin kepada wujudnya sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu.
Pendidikan berasaskan sistem vernakular ini telah mewujudkan lima jenis sekolah iaitu
sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah India.

Sistem pendidikan vernakular yang di amalkan ini lansung tidak menunjukkan usaha
kearah perpaduan dan juga tidak bertapak di atas tapak yang konkrit pada masa itu.
Pendidikan yang diamalkan ini menyebabkan penduduk terasing antara satu sama lain dan
mempunyai beberapa ciri pemisah yang besar. Setiap jenis sekolah adalah khusus untuk
sesuatu kaum tertentu sahaja dan dengan sendirinya anak Melayu, Cina dan India sukar untuk
bergaul antara satu sama lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman perpaduan antara kaum
tidak mungkin dapat dihasilkan oleh sistem pendidikan yang beraneka corak ini.

Selain itu hala tuju dan falsafah pendidikan pada masa ini juga sangat kabur. Hal ini
demikian kerana, matlamat British memberi pendidikan kepada orang Melayu hanya sekadar
untuk membasmi buta huruf dan menjadikan mereka lebih baik daripada keadaan ibu bapa
mereka sebelum ini.British hanya menitikberatkan kemahiran 3M (menulis, membaca dan
mengira) terhadap orang Melayu selain daripada diajarkan pelajaran pertukangan tangan

2
secara tradisi. Sistem pendidikan Melayu ini hanya untuk melengkapkan orang Melayu
dengan kerja-kerja bawahan seperti buruh, peon, dan yang paling rendah sebagai petani dan
nelayan yang celik huruf. Oleh itu pendidikan Melayu tidak pernah ditinggikan.
Kebiasaannya orang Melayu hanya mencapai darjah empat sahaja. Jika terdapat orang
Melayu yang menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi ia akan dianggap sebagai
melanggar dasar penjajahan British di negara ini (Mardiana dan Hsnah; 2000). Selain itu
British juga tidak menggalakkan anak-anak Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana
bimbang seandainya anak-anak Melayu diberi pelajaran Inggeris akan memperkembangkan
pemikiran mereka dan sekaligus meningkatkan kesedaran orang Melayu untuk menentang
mereka.

Selain daripada sekolah vernakular Melayu penduduk Melayu juga mempunyai


sistem pendidikan Arab dan Agama yang menggunakan sukatan pelajaran dari Timur Tengah
dan juga sedikit tambahan daripada guru-guru agama tempatan. Pendidikan Arab dan Agama
merupakan salah satu jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak
Melayu. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan
pengajaran al-Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama
sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di Semenanjung Tanah
Melayu terutamanya di negeri Kelantan, kedah dan Pulau Pinang.

Bagi sekolah vernakular Cina sistem pendidikannya adalah berorientasikan kepada


nagara China. Buku teks dan tenaga pengajar di sekolah vernakular Cina biasanya diambil
dari negara China sendiri. Sistem pendidikan Cina telah dibiayai oleh masyarakat Cina yang
terdiri daripada golongan peniaga. Diperingkat awal iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina
mula mendapat bantuan dari negara China dan telah menggunakan bahasa ‘Kuo Yea’ mulai
tahun 1920. Sekolah vernakular Cina ini semakin berkembang pesat dan diteruskan
diperingkat menengah.

Manakala sekolah vernakular Tamil mula berkembang selari dengan perkembangan


dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak 1870-an. Pendidikan dalam bahasa
Tamil diberi disalah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School dan mubaligh Kristian

3
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil
pada peringkat awalnya. Kemudiannya Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet
dan hanya diperingkat sekolah rendah sahaja. Namun apabila Kanun Buruh diterima pakai di
negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1923 dan telah membuat peruntukan agar sekolah-
sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh. Sehingga 1938,
terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan,511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah Mubaligh
dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana
sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil juga kurikulumnya juga berorientasikan
negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar di bawa dari Sri Lanka dan India.
Begitu juga dengan bahasa pengantar yang menggunakan bahasa ibunda sendiri iaitu bahasa
Tamil.

Begitu juga dengan sistem pendidikan vernakular Inggeris, kurikulumnya juga


berorientasikan dari negara England sama ada tenaga pengajar atau buku teks semuanya
dibawa dari negara England. Sekolah vernakular Inggeris ini terbuka kepada semua kanak-
kanak tanpa mengira ras atau agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meninkatkan persaingan hebat dalam kalangan
semua kaum. Pada tahun 1816 Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai
beberapa matlamat antaranya untuk semua bangsa, mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan
baik dan rajin, juga diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun
1826, Melaka Free School ditubuhkan dan disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute. Pada
Sejak pertengahan 1870-an kaedah pengajaran yang digunakan adalah ’monitoral system’
iaitu guru-guru dibawa daripada England dan kos perbelanjaan untuk tujuan ini semakain
meningkat. Justeru itu jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian
dan mencadangkan alternatif diperoleh dan hasil daripada laporan ini maka sistem ’bekerja
sambil belajar’ telah diperkenalkan. Pada 1906 pula sekolah King Edward vii di Taiping
telah di tubuhkan dan pada awal kurun ke 20 semua free school telah diambil alih oleh
kerajaan dan 1905 sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College telah di tubuhkan di Kuala
Kangsar khas untuk anak-anak Melayu atasan.

4
Bagi memudahkan pentadbiran dalam sistem pendidikan juga pihak British juga telah
mewujudkan jawatan Nazir sekolah di negeri-negeri Selat pada tahun 1872 dan pada tahun
1897 untuk negeri-negeri Melayu Bersekutu pula. Bagi Negeri-Negeri Melayu tidak
bersekutu pula pentadbirannya diletakkan dibawah kerajaan negeri masing-masing
sehinggalah tamat perang dunia kedua. Oleh itu dapat dikatakan bahawa perkembangan
pendidikan di sekolah-sekolah negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu tidak berkembang
dengan seadanya tidak seperti negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Bersekutu.

Halatuju pendidikan pada zaman penjajah ini hanya lebih kepada usaha untuk
mendapatkan taat setia rakyat peribumi kepada pihak penjajah sahaja dan juga usaha kepada
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan masing-masing kepada
negara asal mereka. Lebih-lebih lagi pada masa ini tidak ada falsafah pendidikan yang
khusus baik yang tersirat, apatah lagi yang tersurat bagi tujuan pendidikan.
Walaubagaimanapun sistem pendidikan yang ada pada masa itu terus berkembang tanpa
mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan pembangunan tanah air, pembentukan
identiti kebangsaan, perpaduan rakyat apalagi pembangunan unsur kemanusian.

Daripada kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan dasar pentadbiran British


adalah tidak berusaha untuk memajukan Pendidikan Melayu secara amnya dan pendidikan
Tanah Melayu khasnya. Pihak British sememangnya tidak mahu melihat masyarakat Melayu
membangun melalui pendidikan. Menyedari hakikat ini, di tambah dengan senario politik
pada masa itu, iaitu masalah perpaduan, menyebabkan beberapa semakan dilakukan terhadap
sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pada peringkat awal terdapat dua penyata utama yang
digubal untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
kaum.

1.2 PENDIDIKAN ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN

Namun setelah kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada 1941 halatuju dan falsafah
pendidikan mulai mengalami perubahan iaitu semua sekolah menggunakan bahasa

5
penghantar Jepun dan tujuannya adalah untuk meniponisasi penduduk di Tanah
Melayu.Semasa pendudukan Jepun, dasar pendidikan di bawah pemerintahan Jepun ialah
sekolah vernakular Melayu dan India diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan
Bahasa Jepun dalam kurikulumnya serta berorientasikan negara Jepun. Pemerintahan Jepun
juga menubuhkan sekolah Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan
di dalam kurikulum sekolah rendah. Selain itu pendidikan sekolah menengah diberhentikan
dan sebagai gantinya telah di tubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk
pengajian trelekomunikasi, perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah
di bandar-bandar digunakan sebagai berek, stor dan pusat perniagaan dan ibu poejabat
pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar
bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa dibeberapa
tempat seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga disediakan ruangan khas untuk
pengajaran bahasa Jepun. Keadaan ini menyebabkan perkembangan pendidikan di Tanah
Melayu terjejas teruk kerana pendidikan zaman pactazaman pemerintahan Jepun tidak
mempunyai falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti kebangsaan.
Namun keadaan ini bersifat sementara sahaja apabila pihak British mengambil alih Tanah
Melayu dari tangan pihak Jepun.

1.3 PENYATA BARNES(1950)

Penyata Barnes yang diwujudkan juga berteraskan perkembangan pendidikan di


Malaysia. Penyata Barnes mengemukakan syor kearah satu sistem pelajaran kebangsaan
disatukan. Penyata Barnes merupkan penyata yang paling kompresif, revolusioner dan
berpengaruh sekali yang pernah di terbitkan. Penyata Barnes menyarankan agar satu corak
sekolah rendah sahaja ditubuhkan iaitu sekolah kebangsaan yang akan dibuka kepada semua
kanak-kanak daripada pelbagai bangsa, guru-guru daripada pelbagai bangsa dan
menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekolah bahasa ibunda
dihapuskan dan sekolah menengah hanya menggunakan bahasa pengantar daripada bahasa
Inggeris sahaja. Walaubagaimanapun penyata Barnes tidak dipersetujui oleh orang-orang

6
Melayu walaupun penyata ini mempunyai matlamat kebangsaan. Orang Melayu tidak
bersetuju dengan kedudukan anak-anak Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar di
sekolah-sekolah Inggeris, iaitu seolah-olah menumpang disekolah tersebut sedangkan orang-
orang Melayu merupakan penduduk peribumi Tanah Melayu (Mardiana dan Hasnah; 2000).
Sementara itu, penyata Barnes juga mendapat tentangan daripada kaum Cina dan juga kaum
India. Hal ini demikian kerana kaum Cina dan kaum India merasakan penyata Barnes ini
seolah-olah ingin menghapuskan bahasa ibunda dan kebudayaan mereka. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa penyata Barnes ini tidak dapat diterima oleh semua kaum di Tanah
Melayu baik orang-orang Melayu sendiri mahupun orang-orang Cina dan India. Untuk
menghadapi tuntutan kaum Cina dalam tahun 1951 kerajaan Melay telah melantik satu
jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan pelajaran kaum tersebut. Sebagai hasilnya,
pembentangan laporan Fenn-Wu telah dikemukakan.

1.4 PENYATA FENN-WU

Laporan Fenn-Wu yang diwujudkan pada 1951, adalah untuk menyokong pelajaran
berasingan bagi orang Cina dengan menggalakkan perkembangan sekolah Cina secara
berasingan. Laporan Fenn-Wu jelas mengemukakan cadangan-cadangan yang menyokong
konsep penggunaan tiga bahasa iaitu Inggeris, Cina dan Melayu. Kedua-dua penyata ini tidak
dapat diterima oleh masyarakat Tanah Melayu menyebabkan penyata-penyata tersebut
disemak oleh undang-undang pelajaran 1952(Ordinan Pelajaran 1952).

1.5 ORDINAN PELAJARAN

Dalam undang-undang ini, konsep sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu


dan Bahasa Inggeris diperkenalkan. Manakala sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak
dimasukkan dalam konsep sekolah kebangsaan tetapi pembelajaran kedua-dua bahasa
tersebut tetap diadakan.

7
Hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu, walaupun tidak mendapat
perhatian sepenuhnya daripada pihak penjajah tetapi tetap berkembang dengan perlahan-
lahan selari dengan keperluan penduduk Tanah Melayu.

1.6 PENYATA RAZAK 1956

Hala tuju diadakan penyata Razak adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai salah
satu cara untuk menyatukan penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu. Antara kandungan
penyata Razak adalah menyarankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan juga menyamakan sukatan pelajaran di semua sekolah. Melalui Penyata Razak ini semua
kanak-kanak dari pelbagai bangsa dapat di satukan dan dapat memahami satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Jadi jelaslah bahawa hala tuju Penyata Razak ini diwujudkan lebih kepada untuk membentuk
perpaduan kaum di Tanah Melayu.

8
2.0 HALATUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA.

Selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 beberapa dasar baru telah
diadakan bagi memantapkan lagi pendidikan negara antaranya ialah:

2.1 PENYATA RAHMAN TALIB 1960

Antara hala tuju Penyata Rahman Talib diwujudkan adalah untuk memberi penekanan
tentang pentingnya kurikulum sebagai asas perpaduan selain daripada kepentingan kurikulum
sekolah yang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan negara. Pelbagai usaha telah
dijalankan untuk memperbaharui sukatan pelajaran sekolah sebelum ini. Hasil daripada itu,
Penyata Rahman Talib telah memperkenalkan beberapa matapelajaran baru yang berkait
rapat dengan masyarakat Tanah Melayu antaranya matapelajaran Tatarakyat, Pendidikan
Moral, Sejarah dan Ilmu Alam. Kesemua matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk
perpaduan rakyat, peningkatan semangat patriotik dan pengukuhan jati diri pelajar.

2.2 JAWATANKUASA KABINET 1974

Pada September 1974 satu jawatankuasa kabinet baru telah dibina, tujuan utama
penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 diadakan adalah untuk mengkaji perlaksanaan
sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak 1961 (Abu Hassan Nordin dan Ikhsan
Othman;2003). Antara peranan utama Jawatankuasa Kabinet 1974 adalah untuk
mencorakkan sistem pendidikan kebangsaan supaya dapat menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, melalui jawatankuasa ini
juga Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan sebagai landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan. Pada tahun 1979 jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporannya iaitu Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Kerajaan. Berdasarkan laporan ini
beberapa pindaan telah dibuat ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna

9
kepada perlaksanaan sistem pendidikan. Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi
penegasan kepada keperluan pendidikan asas 3M (membaca,menulis dan mengira).

2.3 DASAR EKONOMI BARU

Antara kandungan yang terdapat dalam dasar ekonomi baru dalam mempertingkatkan
lagi sistem pendidikan di Malaysia ialah bermatlamat menjadikan satu sistem pendidikan
untuk mengintegrasi perpaduan kaum selain daripada meninggikan mutu pelajaran dalam
usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi. Di bawah
Dasar Ekonomi Baru ini Rancangan Malaysia Pertama (1956-1970) telah dijalankan.
Rancanagan Malaysia Pertama ini telah telah mengubah konsep pendidikan dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Selain itu , kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran
dengan mengadakan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai
perkembangan yang lebih baik di antara pelajar ilmiah umum dengan pelajar vokasional,
teknik dan seni.

Pada tahun (1971-1975) Rancangan Malaysia kedua pula dilaksanakan, tujuan


rancangan pelajaran dalam rancanagan kedua antaranya menyatukan sistem pelajaran bagi
menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan
diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai
tenaga rakyat. Dalam rancangan ini kerajaan telah membaiki mutu pelajaran untuk
membentuk masyarakat yang maju yang berasaskan sains dan teknologi. Selain itu,
membaiki keupayaan pendidikan, perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai tujuan
rukun negara.

Perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat


pelajaran secara berperingkat-peringkat merupakan Rancanagan Malaysia Ketiga yang
dijalankan dalam tahun 1976-1980. Melalui rancangan ini, peruntukan keperibadian,
perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan
pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah telah diadakan. Selain itu, melalui rancangan ini juga

10
kerajaan telah menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah
memenuhi keperluan negara terutamanya di bidang sains dan teknologi. Membaik mutu
pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan
negara juga merupakan salah satu rancangan pendidikan yang terkandung dalam Rancangan
Malaysia Ketiga. Kemudian hala tuju dan falsafah pendidikan negara Malaysia terus
diperkemaskan melalui Rancangan Malaysia Keempat sehinggalah Rancangan Malaysia
Ketujuh.

2.4 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Impikasi daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar


Kerajaan telah menyebabkan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982
dan mula dilaksanakan disemua sekolah rendah pada tahun tersebut. Hala tuju perlaksanaan
kurikulum ini juga adalah untuk menekankan kepada kemahiran asas 3M (membaca,
menulis, mengira) dan juga untuk perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2.5 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Baru Sekolah Menengah(KBSM) merupakan lanjutan daripada KBSR


yang dimulakan pada tahun 1982. KBSM ini diadakan untuk peringkat pendidikan menengah
dan penggubalannya berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Program ini diperkenalkan
pada 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1989. Hala tuju KBSM adalah selaras dengan
cita-cita dasar pendidikan negara ke arah melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Ciri-ciri KBSM adalah berlandaskan kepada
pendidikan bersepadu. Pendidikan bersepadu ini adalah satu proses pembentukan pelajar dari
segi penguasaan ilmu pengetahuan, penerapan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani
yang sihat. Hal ini dilakukan secara menyeluruh dan berkaitan antara satu sama lain. Proses

11
ini berlaku serentak tetapi berpaksikan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan.
Dengan lain perkataan, ia mengandun unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai
dalam semua mata pelajaran.

2.6 AKTA PENDIDIKAN 1996

Pada 1996 satu akta baru telah diperkenalkan iaitu dikenali sebagai Akta Pendidikan
1996. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan bagi
perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan. Melalui akta ini skop
pendidikan dari pra sekolah hingga tahap pendidikan tinggi, kerajaan dan swasta
diperluaskan lagi. Selain itu juga akta ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan juga menyelaraskan
semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan. Melalui akta ini
juga, penilaian dan peperiksaan yang sama digunakan bagi memperkemaskan lagi pendidikan
dalam negara. Akta ini juga telah memperluaskan lagi pendidikan Islam untuk pelajar Islam
dan juga memoertingkatkan lagi pendidikan teknikal selaras dengan keperluan negara pada
masa kini.

12
3.0 PERBANDINGAN HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBELUM DAN
SELEPAS MERDEKA DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Jika dilihat dari pelbagai sudut, hala tuju dan falsafah pendidikan sebelum dan selepas
merdeka mempunyai beberapa perbezaan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.
Keadaan ini di sebabkan sebelum merdeka pendidikan negara adalah di bawah pengaruh
kuasa British dan apabila tampuk pemerintahan jatuh kepada penduduk peribumi sedikit
demi sedikit perubuhan dalam hala tuju dan falsafah pendidikan mula berlaku selari dengan
keperluan penduduk. Namun demikian terdapat juga sedikit persamaaan dalam hala tuju dan
falsafah pendidikan sebelum dan sesudah merdeka.

Sebelum merdeka hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu lebih cenderung
untuk mengagungkan tanah air sendiri. Hal ini jelas dibuktikan apabila pendidikan Cina yang
berorientasikan negara China manakala pendidikan India lebih berorientasikan negara India.
Keadaan ini jelas menunjukkan kelemahan British dalam menganjurkan sistem pendidikan.
Maka untuk mengatasi permasalahan ini wujud beberapa penyata yang bertujuan untuk
memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu,
Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan, dan juga Laporan Razak.

Selepas merdeka, hala tuju dan falsafah pendidikan mencapai tahap reformasi secara
beransur-ansur melalui Rancangan Malaysia pertama hingga kide Rancangan Malaysia
Ketujuh. Hal ini kerana aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati
dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan
para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang
mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan
Prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) dan juga pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan
yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang ditetapkan.

13
Sebelum negara mencapai kemerdekaan hala tuju dan falsafah pendidikan lebih
berpusatkan kepada kuasa British. Hal ini demikian kerana ketika penjajahan British,
pendidikan diberikan kepada penduduk di Tanah Melayu adalah untuk memastikan penduduk
Tanah Melayu taat dan setia kepada kuasa penjajah. Oleh yang demikian jelas menunjukkan
bahawa pihak penjajah tidak begitu mengambil berat akan pendidikan penduduk di Tanah
Melayu dan lebih-lebih lagi ketika itu hala tuju dan falsafah pendidikan penduduk adalah
masih kabur.

Berbanding sesudah negara mencapai kemerdekaan, halatuju dan falsafah pendidikan


adalah lebih jelas, ini dapat dilihat apabila pendidikan yang diberikan bukan lagi untuk
memastikan pendudukanya taat setia kepada kuasa British sebaliknya pendidikan diberikan
kerana untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjadi warganegara yang
berpengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan mencapai taraf hidup yang lebih baik
dan bersedia memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun. Ini jelas
ditunjukkan apabila, Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan yang menekankan prinsip-prinsip
pendidikan di atas.

Sebelum merdeka, Britisuh memberi pendidikan kepada penduduk Tanah Melayu


hanya untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk Tanah Melyu. Dasar
British memberi pendidikan ini hanya mampu menaikkan sedikit taraf hidup masyarakat.
Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dapat membaiki hidup mereka dan menjadi lebih
baik daripada keadaan ibu bapa mereka. Walaubagaimanapun tahap pekerjaan mereka masih
di tahap lama. Selain itu dasar British dalam sistem pendidikan hanya kerana mereka ingin
sebahagian rakyat dapat memenuhi sebahagian daripada tenaga kerja dan ekonomi. Keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa hala tuju dan falsafah pendidikan yang ditadbir oleh pihak
British adalah tidak ikhlas lebih-lebih lagi apabila pihak British hanya membenarkan
penduduk terutama penduduk Melayu hanya belajar sehingga empat tahun sahaja dan jika
terdapat yang melanjutkan lagi tahap pengajian akan dianggap salah kerana telah melanggar
dasar penjajahan British.

14
Keadaan ini amat berbeza ketika negara telah mencapai kemerdekaan. Perbezaan hala
tuju dan falsafah pendidikan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia ini dapat dilihat
apabila sistem pendidikan yang diadakan bukan hanya untuk menjadikan rakyat lebih baik
daripada masyarakat sebelumnya. Tetapi juga pendidikan pada zaman ini begitu penting
dalam membangunkan negara sama ada dari segi ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi.
Melalui sistem pendidikan pada masa kini keadaan masyarakat Malaysia adalah begitu
berbeza dengan zaman sebelum merdeka. Pada masa kini kerajaan telah mewajibkan semua
ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Secara langsung keadaan ini
menunjukkan kerajaan begitu mengambil berat akan sistem pendidikan dan keadaan ini
berbeza ketika Malaysia masih di bawah pemerintahan British yang yang memberi
pendidikan kepada penduduk di Tanah Melayu seperti melepaskan batuk di tangga.

Selain itu, sebelum negara mencapai kemerdekaan sistem pendidikan adalah


berasaskan sistem vernakular. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang berlainan bangsa
tidak dapat disatukan di bawah satu sistem pendidikan. Anak-anak Melayu disatukan
dibawah sekolah vernakular Melayu, manakala anak-anak Cina diletakkan di sekolah
vernakular cina. Begitu juga kanak-kanak India yang disatukan di sekolah vernakular India.
Manakala sekolah vernakular Inggeris merupakan satu-satu sekolah yang menempatkan
semua kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai bangsa tidak kira Melayu, Cina, mahupun
India. Berdasarkan hala tuju dan falsafah pendidikan yang diadakan pada zaman ini jelas
menunjukkan penyatuan penduduk berbilang kaum di Negara Malaysia ini tidak dapat
diadakan lebih-lebih lagi apabila kerajaan British mengamalkan dasar pecah dan perintah
yang jelas menunjukkan berlakunya penindasan terhadap penduduk asal Tanah Melayu.

Berbeza dengan zaman selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan, hala tuju
dan falsafah pendidikan lebih teratur. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila rakyat dapat
disatukan dibawah satu sekolah, keadaan memudahkan perpaduan kaum diwujudkan. Untuk
mengatasi permasalahan sekolah vernakular ini, stuktur dan penjenisan sekolah-sekolahpada
peringkat rendah dan menengah diselaraskan agar semua jenis sekolah di Semenanjung
Malaysia, Sabah, dan Sarawak mengikuti dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

15
Ketika negara masih dalam kekuasaan penjajah, bahasa pengantar adalah berbeza.
Sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin, manakala sekolah India menggunakan bahasa
India dan sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa hala tuju dan falsafah pendidikan ketika ini tidak dapat
menjadi pemangkin utama dalam pembentukan perpaduan penduduk di Tanah Melayu. Pada
1950 Penyata Barnes telah digubal, dan penyata ini menyaran agar bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris
dijadikan sebagai pengantar di sekolah menengah. Penyata ini telah ditentang oleh semua
kaum kerana bahasa ibunda mereka seolah-olah dihapuskan dan orang Melayu pula
merasakan seolah-olah mereka diketepikan.

Keadaan ini berbeza ketika negara sudah mencapai kemerdekaan, selepas merdeka
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disemua institusi pendidikan dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan. Keadaan ini dilaksanakan
melalui Akta Pendidikan 1996. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama dalam pendidikan adalah diharapkan dapat mengekalkan perpaduan dalam
negara ini. Pada masa yang sama bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tidak diabaikan
memandangkan desakan diperingkat antarabangsa yang lebih menuntut penggunaan bahasa
Inggeris. Walaubagaimanapun sekolah-sekolah rendah di Malaysia masih menggunakan tiga
bahasa pengantar yang berbeza iaitu bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan, bahasa Cina
dan Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan. Ini adalah bertujuan untuk pengekalan
kebudayaan dan pengekalan bahasa ibunda. Sungguhpun demikian, di peringkat menengah
hanya bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa pengantar dan sistem peperiksaan awam
juga menggunakan bahasa Melayu.

Sebelum merdeka juga, halatuju dan falsafah pendidikan menunjukkan pada masa ini
berlaku pengorientasian kurikulum yang berbeza. Sekolah Cina berorientasikan kurikulum
dari negara asal mereka dan begitu juga dengan sekolah India. Manakala sekolah Inggeris
berorientasikan kurikulum dari England. Selain itu sekolah-sekolah ini juga telah telah
mengambil guru-guru dari negara masing-masing sebagai tenaga pengajar dan juga
menggunakan sukatan-sukatan pelajaran dari negara masing-masing.

16
Keadaan ini berbeza setelah negara bebas dari cengkaman kuasa asing dan mula
mentadbir negara sendiri. Sistem pendidikan juga mula berubah apabila mengadakan
kurikulum yang sama yang berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Buktinya,
apabila penyata Rahman Talib 1960 digubal dan menekankan keselarasan kurikulum di
Malaysia dan juga mula mengenalkan mata pelajaran Tatarakyat, Pendidikan Moral, Sejarah
dan Ilmu Alam di semua sekolah. Selain untuk menyatupadukan rakyat yang berbialng kaum
di Malaysia juga, penyelarasan kurikulum adalah bermatlamatkan untuk melahirkan individu
yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral
dan nilai estetika yang kukuh. Selain daripada menyeragamkan kurikulum di semua sekolah,
penyusunan semula Kurikulum Sekolah Vokasional telah diadakan pada 1979. Penyusunan
ini diadakan adalah bertujuan untuk memperbanyakkan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah-sekolah menengah harian biasa. Perlaksanaan ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan kekurangan sumber tenaga manusia di peringkat tersebut.

Hala tuju dan falsafah pendidikan juga dapat dilihat semasa negara belum merdeka
apabila Penyata Razak digubal. Penyata Razak ini adalah untuk menyatukan sistem
pendidikan sebagai cara untuk perpaduan kaum di Tanah Melayu (Sufean Hussin; 2003).
Dalam hal ini unsur-unsur dan nilai-nilai akan menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk
menjamin kesejahteraan dan perpaduan penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu. Dalam
penyata ini, pelajar-pelajar Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda mereka jika
terdapat 15 orang atau lebih pelajar yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

Berbeza dengan sistem pendidikan selepas merdeka. Jika sebelum merdeka penyata
Razak telah digubal tetapi selepas merdeka Penyata Rahman Talib telah digubal bertujuan
untuk memperbaik Penyata Razak yang mempunyai beberapa kekurangan yang
menyebabkan penduduk Tanah Melayu tidak menyokong penyata ini. Jawatankuasa ini
ketuai oleh Rahman bin Haji Talib yang menyesyorkan supaya bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah
dan di institusi pengajian tinggi. Selain itu peperiksaan awam juga harus diadakan diadakan

17
dalam bahasa Melayu dan setiap pelajar perlu lulus dalam bahasa Melayu sebelum masuk
sekolah menengah. Penyata Rahman Talib ini berbeza berbanding penyata Razak kerana
penyata ini telah mencadangkan kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari Sekolah Rendah
Jenis Kebagsaan Tamil dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang ingin menukar
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris. Penyata Rahman Talib ini juga telah
mencadangkan supaya pendidikan secara percuma diberikan kepada semua sekolah rendah
tanpa mengira bahasa pengantarnya. Namun demikian, tedapat persamaan dalam Penyata
Razak dan Penyata Rahaman Talib iaitu menggunakan sukatan pelajaran yang sama serta
kurikulum yang sama dan juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
semua sekolah kecuali sekolah jenis kebangsaan. Walaupun terdapat persamaan dalam
kedua-dua penyata ini tetapi Penyata Rahman Talib dilihat sebagai penyata yang lebih
meluas skopnya dalam memperkembangkan sistem pendidikan di Malaysia. Keadaan ini
menunjukkan bahawa hala tuju dan falsafah pendidikan masa ini adalah lebih adil kepada
semua kaum tanpa meminggirkan satu kaum dalam perkembangan sistem pendidikan di
Malaysia.

Hala tuju dan falsafah pendidikan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia pada
zaman penjajahan kuasa asing juga memperlihatkan tidak secara lansung untuk membentuk
individu, sosial, ekonomi dan politik masyarakat tempatan kearah lebih baik. Hal ini
demikian kerana ketika pemerintahan British di tanah Melayu, mereka hanya mementingkan
kedudukan mereka sebagai kuasa penjajah dan tidak sedikitpun memikirkan keadaan
penduduk tempatan. Apabila penduduk Tanah Melayu mendesak barulah mereka bertindak
memberi pendidikan kepada masyarakat di Tanah Melayu itupun kerana mereka ingin
mendapatkan taat setia rakyat kepada mereka. Oleh itu, secara tidak langsung sistem
pendidikan yang di berikan masih belum mampu membentuk masyarakat yang benar-benar
terdidik terutamanya dari segi intelek, moral, jasmani, dan rohani. Begitu juga dalam sistem
sosial, sistem pendidikan pada zaman ini dikatakan kurang membina individu yang celik akal
dan kefahaman yang utuh dalam memgenali peranan mereka terhadap alam sekitar, budaya
hidup bermasyarakat dan peranan mereka sebagai wargenegara. Dari segi ekonomi juga
kurang memberangsangkan, hal ini kerana jika dilihat dalam sistem pendidikan ppada zaman
sebelum merdeka yang langsung tidak menampakkan dapat membangunkan ekonomi negara.

18
Keadaan ini berbeza selepas kemerdekaan negara. Hala tuju dan falsafah pendidikan
selepas merdeka juga dikatakan berbeza dari zaman sebelum merdeka kerana tujuan sistem
pendidikan yang diberikan pada zaman selepas kemerdekaan adalah untuk membentuk
individu yan terdidik dari segi intelek,moral, estetika, emosi, dan untuk menggalakkan
perkembangan patensi pada tahap maksimum. Sistem pendidikan adalah berpusatkan kepada
murid yang menunjukkan pendidikan itu bukan bersifat indoktrinasi atau imposition tetapi
lebih menuruti perkembangan skologi manusia. Selain itu, pendidikan selepas merdeka juga
bertujuan untuk membina individu yang celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran
alam, budaya hidup masyarakat dan peranan sebagai warganegara yang mempunyai sikap
dan komitmen yang positif. Dalam aspek ekonomi pula, pendidikan dan latihan adalah untuk
membangunkan sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti
sektor ekonomi negara. Sistem pendidikan selepas merdeka juga dapat menjamin kestabilan
politik dalam negara. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan zaman sekarang dapat
membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang
dasar negara. Selain itu dapat membentuk masyarakat yang demokrasi dan ideologi serta
dapat mewujudkan idealisme kepimpinan negara. Usaha-usaha dalam memperkembangkan
lagi pendidikan negara dapat diperlihat apabila kerajaan bersungguh-sungguh khususnya
Pihak Kementerian Pendidikan berusaha menumpukan kepada reformasi yang menyeluruh
dalam sistem pendidikan. Ini adalah bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang
bersatu padu yang mempunyai identiti tersendiri sebagai bangsa Malaysia.

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara hala tuju dan falsafah pendidikan
sebelum dan selepas merdeka dalam memperkembangkan lagi pendidikan di Malaysia tetapi
tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sedikit persamaan dalam hala tuju dan falsafah
pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Persamaan ini dapat dilihat apabila dasar penjajah
memberi pendidikan kepada masyarakat di Tanah Melayu kerana ingin memastikan
masyarakatnya tidak buta huruf dan keadaan ini juga berlaku selepas merdeka apabila
kerajaan bersungguh-sungguh ingin membasmi masalah buta huruf dalam kalangan
rakyatnya. Selain itu, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum juga merupakan salah satu

19
persamaan yang terdapat dalam sistem pendidikan pada zaman sebelum dan sesudah
merdeka contohnya Penyata Razak amat menekankan sistem pendidikan dalam
menyatupadukan rakyat. Begitu juga dengan penyata Rahman Talib yang ingin menjadikan
kurikulum sebagai asas dalam perpaduan masyarakat Malaysia.

20