Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS:

SEMESTER: 5

ALGEBRA LINEAR
TARIKH BERMULA:

Tugasan 1:28 Julai 2015


Tugasan 2: 26 Ogos 2015

TARIKH HANTAR :

Tugasan 1 :25 Ogos 2015


Tugasan 2 : 02 Sept 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menyelesaikan sistem persamaan linear hingga empat pembolehubah .
2. Mengaplikasikan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaturcaraan linear .
3. Mengaplikasi algebra matriks untuk menyelesaikan sistem persamaan linear .
4. Menentukan set vektor yang menjadi ruang vektor atau subruang dalam R 2 atau
R3 .
5. Menentukan set vektor yang menjadi asas serta dimensi dan pangkat asas
tersebut .
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.
Objektif Projek:
Pelajar berupaya untuk:
1.
2.
3.
4.

Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear.


Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk
menyelesaikan masalah berkaitan.
Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear.
Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dalam penggunaan
seharian.

Tugasan Projek (100%)


Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang persamaan dan
ketaksamaan linear. Informasi dalam sains, perdagangan, dan matematik sentiasa

diorganisasikan dalam baris dan jalur untuk membentuk susunan segi empat yang
dipanggil matriks. Algebra matriks diaplikasikan untuk menyelesaikan suatu
sistem persamaan linear. Matriks bukan hanya suatu alat untuk menyelesaikan
sistem persamaan, tetapi juga dipandang sebagai objek bersifat matematik yang
dapat dikaitkan dengan pelbagai jenis teori untuk kegunaan praktikal yang luas.
Pembelajaran matriks dan topik berkaitan yang membentuk bidang matematik ini
digelar sebagai Algebra Linear.
Demi melengkapi projek ini, anda perlu menyelesaikan tugasan-tugasan seperti
berikut:
1.
Andaikan anda ialah seorang perancang bandar, anda telah ditugaskan untuk
mengkaji aliran trafik bagi lokasi tertentu (pilihan anda sendiri) di bandar
tertentu (pilihan anda sendiri).
(a)
Hasilkan satu peta / lukisan lokasi yang dipilih. Lokasi tersebut mesti terdiri
daripada sekurang-kurangnya 4 persilangan; termasuk jalan-jalan sehala
(one-way-streets) dan persimpangan.
(b)
Kumpul data pada aliran trafik di setiap persimpangan jalan-jalan sehala.
Berikan penjelasan bagaimana anda menentukan kadar aliran trafik.
(c)
Bentuk suatu sistem persamaan linear yang mewakili keadaan aliran lalu
lintas yang anda kaji . Berikan alasan serta justifikasi anda.
(d)
Selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kaedah penghapusan
Gauss-Jordan.
(e)
Tentukan satu set ketaksamaan yang melibatkan semua pembolehubah.
(f)
Tetapkan satu nilai yang sesuai kepada satu pembolehubah dan menentukan
semua nilai untuk pembolehubah yang lain. Daripada nilai yang diperolehi,
dapatkan satu penyelesaian yang optimum dan terangkan implikasi
penyelesaian ini terhadap aliran lalu lintas pada lokasi tersebut.
(g)
Lampirkan gambar-gambar sebagai bukti pemantauan aliran trafik.
(h)
Tulis refleksi secara individu dengan lengkap di sepanjang proses projek ini.
2.
a)
b)
c)
d)

e)
f)

Menyelesaikan dan mempersembahkan cara penyelesaian penggunaan set


persamaan linear atau ketaksamaan linear dalam penyelesaian masalah
dalam bidang pengangkutan,komunikasi dan rangkaian ekonomi,.
Pilih satu persamaan linear atau ketaksamaan linear dalam penyelesaian
masalah dalam bidang pengangkutan,komunikasi dan rangkaian ekonomi,.
Berdasarkan contoh yang diperolehi, bincangkan secara terperinci
penggunaan set persamaan linear atau ketaksamaan linear dalam masalah
yang dipilih.
Pilih nilai yang sesuai untuk satu pembolehubah dan carikan semua nilai
pembolehubah yang lain dengan menyelesaikan sistem persamaan linear /
ketaksamaan linear tersebut dengan menggunakan kaedah yang sesuai
Anda juga dikehendaki menyelesaikan masalah persamaan linear atau
ketaksamaan linear yang anda pilih dengan menggunakan perisian komputer
dengan menggunakan perisian Linear Algebra Toolkit yang boleh diakses
melalui laman web http://www.math.odu.edu/~bogacki/lat/
Bincangkan penyelesaian masalah anda dengan menggunakan perisian ini.
Lampirkan print screen atau print out sebagai bukti penggunaan perisian.

Panduan Pelaksanaan Projek

1.
2.

Projek ini merupakan tugasan kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli
dan tugasan individu.
Anda dikehendak
untuk berkolaborasi dengan ahli kumpulan untuk
perkongsian idea dan maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Justify semua penulisan
4. Panjang tugasan tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual)
5. Rujukan tidak termasuk dalam bilangan muka surat
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali
7. Tugasan ini membawa markah 100%
Kriteria Tugasan
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1.
2.
3.
4.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


Isi kandungan dan pengolahan menunjukkan keaslian hasil kerja dan
sokongan ilmiah
Format dan organisasi laporan yang jelas dan koheren
Penulisan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal, menunjukkan
kebolehan membuat refleksi yang objektif dan mencadangkan langkahlangkah penambahbaikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA


JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN
JABATAN
TAJUK KURSUS
KUMPULAN
SEMESTER
Spesifikasi Tugasan
Tajuk

: MATEMATIK
: ALGEBRA LINEAR (MTE3103)
: PISMP AMB JUN 2013
:5
Tugasan

1. Mengaitkan
dan TUGASAN 1 (CLO1)
mengintegrasikan
Mengkaji aliran trafik bagi lokasi
konsep-konsep
tertentu
matematik dan proses Mengaitkan dan mengintegrasikan
dalam suatu sistem
konsep-konsep dan proses
aliran trafik.
matematik
Modelkan set persamaan linear
serta ketaksamaan linear mengikut
masalahaliran trafik yang ditinjau.
SATU journal refleksi untuk SETIAP
ahli kumpulan
TUGASAN 2 (CLO2, CLO3)
2. Mengaplikasikan
Mengenalpasti
suatu
situasi
konsep persamaan dan
kehidupan
seharian
dan
ketaksamaan
linear
merumuskan
masalah
tersebut
yang
untuk
menyelesaikan
memerlukan penyelesaian dengan
masalah harian yang
menggunakan
konsep
yang
berkaitan.
berkenaan.
Modelkan set persamaan linear
serta ketaksamaan linear mengikut
kehendak masalah yang ditinjau.
3. Kuiz
Penyelesaian dengan menggunakan
perisian komputer

TUGASAN 3 (CLO4, CLO5)


Kuiz

Wajaran

Catatan

30%

Tugasan
kumpulan
yang terdiri
daripada 3
orang ahli

40%

Tugasan
Individu

30 %

Tugasan
Individu