Anda di halaman 1dari 7

SMK TENGKU INTAN

ZAHARAH
e-mail: tea1029_smktiz@yahoo.com
KodSekolah:
TEA1029
23000, DUNGUN,
website: http//www.aizek.net

SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN
TAHUN 2013
KERTAS KERJA

TAJUK
KURSUS ASAS PENGGUNAAN PERISIAN
GEOMETERS SKETCHPAD (GSP) BAGI
PELAJAR
2013
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2013
HARI

: SELASA

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SMKTIZ

KERTAS
KERJA
KURSUS
ASAS
PENGGUNAAN
GEOMETERS SKETCHPAD (GSP) BAGI PELAJAR 2013

PERISIAN

1.0 PENGENALAN
Selari dengan hasrat transformasi pendidikan Negara yang ingin
melahirkan pelajar yang berinovatif dan kreatif, seharusnya para guru
juga
meningkatkan
kemahiran dalam mempelbagaikan
kaedah
penyampaian dalam pembelajaran dan pengajaran mereka di dalam bilik
darjah. Melalui kursus ini adalah diharapkan guru dan pelajar akan lebih
bersedia menghadapi arus pendidikan di peringkat global dan bertaraf
dunia.

2.0 RASIONAL
SMK Tengku Intan Zaharah merupakan sekolah yang baru dinaik taraf
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan mempunyai potensi tinggi
untuk melahirkan ramai pelajar berketrampilan dan terbilang dari semua
aspek terutamanya intelektual. Masyarakat meletakkan harapan yang
sangat
tinggi kepada sekolah ini dalam pencapaian
peperiksaan
awam samada PMR, SPM maupun STPM.
Selaras dengan hasrat
murni ini pihak Panitia Matematik selaku
matapelajaran kebitaraan
sekolah telah menyahut cabaran dengan mengambil bahagian dalam
mengendalikan KURSUS ASAS PENGGUNAAN PERISIAN GEOMETERS
SKETCHPAD (GSP) BAGI PELAJAR 2013 (PELAJAR) bertujuan
membantu pelajar agar lebih mudah memahami sesuatu konsep yang
sukar dan kompleks.
Kursus Geometers Sketchpad ini amat wajar
diadakan bagi mengalakkan pelajar belajar secara kendiri dan ini akan
membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata
pelajaran matematik dengan lebih berkesan. Sesungguhnya bakat yang
dihargai akan menjadi pendorong dan mencetus permulaan langkah bagi
pelajar untuk mencipta kecemerlangan pada masa depan.

3.0 LATAR BELAKANG


Perisian Geometers Sketchpad merupakan satu perisian yang sangat
berguna khususnya bagi pelajar. Perisian ini membantu pelajar terutama
dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Melalui perisian GSP
ini Bahan Bantu Mengajar dapat dihasilkan. Dengan itu, secara tidak
langsung dapat menarik minat pelajar dan memudahkan proses
pembelajaran. Jadi, pelajar dapat melihat gambaran sebenar tentang apa
1

yang akan dipelajari di dalam kelas dan bukan hanya secara teori sahaja.
Selain itu, dengan adanya perisian GSP ini pelajar dapat meneroka sendiri
dan mempelajari cara untuk menghasilkan rajah yang beranimasi, garisan
yang bergerak dan sebagainya. Dengan ini proses pembelajaran menjadi
lebih berkesan dan menarik. Pelajar semakin berminat dan seterusnya
membantu mencapai keputusaan yang cemerlang dalam matematik
tambahan.
4.0 OBJEKTIF.
4.1

4.2

4.3
4.4

5.0

Mengaplikasikan pengetahuan GSP untuk memudahkan pelajar


menambahkan kefahaman tentang teori Matematik dan Matematik
Tambahan
Menambahkan lagi minat mereka dalam subjek Matematik dan
Matematik Tambahan serta berusaha bersungguh-sungguh untuk
berjaya dan mendapat gred A+ (>90)
Membantu pelajar-pelajar yang lain untuk mendalami kemahiran
GSP.
Memberi dorongan kepada pelajar untuk mendalami ilmu ICT
dengan lebih mendalam.

JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN

Perisian kursus GSP ini adalah satu usaha alternatif untuk memudahkan
para guru dan pelajar meneroka mata pelajaran Matematik dan Matematik
Tambahan secara interaktif dan menarik. Di akhir kursus ini pelajar dapat
mengaplikasikan pengetahuan GSP untuk memudahkan mereka
menambahkan kefahaman tentang teori matematik dan matematik
tambahan. Selain itu, pelajar juga dapat menambahkan lagi minat mereka
dalam matematik moden dan belajar sungguh-sungguh untuk berjaya dan
mendapat gred A. Pelajar juga dapat membantu rakan-rakan untuk
mendalami kemahiran GSP serta mendorong mereka untuk mendalami
ilmu ICT dengan lebih mendalam.

6.0

MODUS OPERANDI PELAKSANAAN

5.1
Mengenal pasti 40 pelajar SMKTIZ yang berminat, mempunyai
laptop sendiri dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan
membangunkan
bahan
pembelajaran
kendiri
Metematik menggunakan APLIKASI GSP 2014 yang akan dipilih.
5.2
Peserta dikehendaki memasukkan perisian Geometers
Sketchpad 5.03 ke dalam laptop masing-masing.
5.3
Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut tingkatan. Satu kumpulan tidak boleh melebihi 5 orang
pelajar.
2

5.4
Setiap
kumpulan
dikehendaki
memilih
satu
topik
persembahan berdasarkan Sukatan Mata Pelajaran Matematik
(Tingkatan 1 hingga 3) untuk kategori Menengah Rendah dan
Sukatan Mata Pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan
(Tingkatan 4 dan 5) bagi kategori Menengah atas, yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, kementerian Pelajaran
Malaysia.
5.5
Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan hasil kerja masingmasing. Kelima-lima peserta mesti terlibat dalam sesi soal jawab
untuk menyiapkan hasil kerja tersebut.
5.6
Guru pembimbing berperanan sebagai pembimbing kepada
para pelajar dan para pelajar bolehlah meneroka secara lebih
mendalam lagi untuk menguasai kemahiran menggunakan GSP.

JAWATANKUASA KERJA SEKOLAH:

Pengerusi
: Tuan Pengetua
TimbalanPengerusi : Tn. Hj. Wan Abdul Shukor b. Wan Awang (GPK
Pentadbiran)
NaibPengerusi I : En. Ghanami b. Hasan GPK HEM
NaibPengerusi II : Pn. AsiahbtEndut GPK KoKu
NaibPengerusi III
Pn. Che Ros bt.Maulud
Penyelaras SKK : Pn. Hjh Kamariah Bt Abd.Rahman
Setiausaha
: Pn. Ong Yoke Teng
Siaraya/Juruacara : En. Mohd Zin b. Ibrahim
Makanan
: Pn. Hjh.Ramlah bt Hassan
Cenderahati
: Pn. Hjh.Ramlah bt Hassan
Dokumentasi
:
Pn. Ong Yoke Teng
Sijil
:
Pn. Ong Yoke Teng

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Perincian Perbelanjaan
BIL
1.
2.
3.
4.
5.

PERKARA
Bayaran untuk penceramah
1 x RM1000.00
Makan minum Pelajar
40 pelajar x RM11.50
Bahan / Peralatan
40 pelajar x RM1.25
Sijil
Dokumentasi selepas program
3 salinan x RM50.00
JUMLAH

JUMLAH
RM1000.00
RM 460.00
RM 50.00
RM 25.00
RM 150.00
RM1685.00
3

7.0

MAKLUMAT PENYERTAAN
11 orang pelajar Tingkatan 1.
8 orang pelajar Tingkatan 2.
7 orang pelajar Tingkatan 3.
14 orang pelajar Tingkatan 4.

TENTATIF PROGRAM
MASA
0740 - 0800
0800 - 1100
1100 - 1130
1130 - 1430
1430

8.0

AKTIVITI
Pendaftaran
SLOT 1
Pengenalan GSP , Perisian GSP dan Penggunaan GSP.
REHAT
Makan Tengah hari
SLOT 2
Sesi Soal Jawab dan Bengkel GSP.
Solat Zohor di Surau Intan Sakinah SMKTIZ
Bertolak pulang ke rumah

PENUTUP

Pelaksanaan program ini diharap mendapat kerjasama yang padu


daripada semua guru yang terlibat dan pelajar yang terpilih.
Kecemerlangan boleh dicapai menerusi perancangan yang sistematik,
kerjasama berpasukan dan semangat ingin memajukan diri. Semoga
program ini mampu melonjakkan pencapaian pelajar ke tahap yang lebih
cemerlang.

Disediakan oleh:

______________________
( PN ONG YOKE TENG )
Setiausaha,

Disokong oleh :

________________________________
(PN. HJH. FATIMAH BINTI MAT JUSOH)
Pengetua,

Program Kursus Asas GSP (Pelajar)


SMK Tengku Intan Zaharah

SMK Tengku Intan Zaharah,


23000 Dungun, Terengganu
.

SLIP EKSEKUTIF
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU INTAN ZAHARAH,
23000 DUNGUN, TERENGGANU
BI
L

PERKARA

PERINCIAN
KURSUS ASAS PENGGUNAAN PERISIAN
GEOMETERS SKETCHPAD (GSP) BAGI
PELAJAR 2013
Mengaplikasikan pengetahuan GSP untuk
memudahkan pelajar menambahkan
kefahaman tentang teori matematik moden
Menambahkan lagi minat mereka dalam
subjek matematik moden dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk berjaya dan
mendapat gred A+ (>90)
Membantu pelajar-pelajar yang lain untuk
mendalami kemahiran GSP.
Memberi dorongan kepada pelajar untuk
mendalami ilmu ICT dengan lebih
mendalam.

Tajuk :

Tujuan :

Kumpulan Sasar :

Tarikh Pelaksanaan :

10 SEPTEMBER 2013 (SELASA)

Anjuran :

Panitia Matematik
SMK Tengku Intan Zaharah, 23000 Dungun,
Terengganu.

Disediakan oleh :

PN. ONG YOKE TENG

Kos

RM 1685.00 .00

Pelajar tingkatan 1 -4

Diluluskan / Diluluskan Dengan Bersyarat / Diluluskan Dengan Pindaan /


Tidak Diluluskan
5

Ulasan :
..

..
(PN. HJH. FATIMAH BINTI JUSOH )
Pengetua,
SMK Tengku Intan Zaharah
Tarikh : 28 Ogos 2013

Anda mungkin juga menyukai