Anda di halaman 1dari 16

IPG KAMPUS PERLIS,

PERLIS.

KURIKULUM DAN PEDAGOGI


PENDIDIKAN JASMANI.
STRATEGI PENGAJARAN
(PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME)

PISMP - MINOR
PENDIDIKAN JASMANI

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

Guru sering memberi arahan kepada anda untuk


menyelesaikan sesuatu permasalahan dan meminta
anda berbincang secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Di akhir masa
pembelajaran , anda diminta membentangkan hasil
dari perbincangan kumpulan anda.

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

1. Berdasarkan teori dari Jean Piaget kanak-kanak


membina ilmu mereka sensiri secara aktif.
2. Kanak-kanak menyerap maklumat baru kepada
pemikiran sedia ada mereka yang tidak rumit
(mudah) dan membuat pindaaan ke atas pemikiran
sedia ada berdasarkan maklumat baru yang mereka
perolehi.
3. Proses pembinaan ilmu atau kefahaman seharusnya
dilakukan oleh pelajar bukan pendidik.

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2 - PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

4. Bruner (2001) menekankan bahawa pendidik harus


berusaha untuk menggalakkan pelajar menemukan
ilmu baru dengan sendirinya.
Prinsip pengajaran mengikut Bruner,
a- pengajaran haruslah berurusan dengan
penglaman dan konteks dengan mana pelajar
bersedia dan berupaya untuk belajar.
b- pengajaran mestilah distrukturkan agar ia mudah
diikuti oleh pelajar.

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2 - PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

c. pengajaran mestilah direka bentuk agar


memudahkan pelajar berfikir melebihi maklumat
yang diberi.
5. Briner,M.(1999)- murid membina pengetahuan
mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru.

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.

1.2.1- Objektif Strategi Konstruktivisme.


a. Menekankan pembelajaran dan bukannya
pengajaran.
b. Menggalakkan daya usaha dan autonomi pelajar.
c. Melihat pelajar sebagai individu yang mempunyai
keupayaan dan tujuan.
d. Menekankan kepentingan proses pembelajaran
berbanding hasil pembelajaran.
e. Menggalakkan pelajar belajar secara pertanyaan
(pembelajaran secara inkuari).

1. STRATEGI PENGAJARAN.
1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.

1.2.1- Objektif Strategi Konstruktivisme.


f. Mengakui pengalaman sebagai peranan kritikal dalam
proses pembelajaran.
g. Menyuburkan sifat semulajadi ingin tahu belajar.
h. Menekankan perlaksanaan dan kefahaman ketika
melakukan penilaian pembelajaran.
i. Melibatkan murid dengan situasi kehidupan yang
sebenar.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.2- Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

1. Mengikut Lakin dan Callaghan (2000),


a. Guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang
bermakna (dikaitkan dengan ilmu dan penglaman
lampau Murid).
b. Guru mengenal pasti ilmu dan pengalaman sedia
ada pelajar.
c. Guru perlu memotivasikan pelajar untuk belajar.
d. Guru memberi masa dan peluang kepada pelajar
untuk membentangkan kefahaman mereka
berhubung dengan sesuatu yang diberikan.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.2- Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

2. Ciri-ciri lain yang berkaitan,


a. Menggalakkan situasi dialog antara guru dan
murid.
b. Proses pembelajaran adalah sama penting dengan
hasil pembelajaran.
c. Pembelajaran secara koperatif.
d. Penggalakkan daya usaha dan autonomi murid.
e. Peluang yang cukup kepada murid membina
pengetahuan baru melalui penglibatan dengan
situasi sebenar.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.2- Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

2. Ciri-ciri lain yang berkaitan,


f. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian
dan eksperimen.
g. Mengambil kira sikap dan kepercayaan murid.
h. Menggalakkan perkembangan idea murid.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.3- Cabaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme

1. Peranan Murid.
a. mereka bertanggung jawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri untuk mencari penyelesaian.
b. murid berusaha untuk mengukuhkan asas
kefahaman mereka.
c. murid perlu berani mencabar hipotesis yang telah
dibuat dan dibincangkan untuk membuat ramalan.
d. murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan
untuk menolong mereka menjana idea.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.3- Cabaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme

2. Peranan Guru.
a. menggalakkan murid merangka idea serta
menghargai pandangan mereka.
b. pelajaran distruktur untuk mencabar persepsi
murid.
c. mebantu murid menyedari hubungan antara
kurikulum dengan kehidupan mereka.
d. mentaksir proses pembelajaran di dalam bilik
darjah, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.3- Cabaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme

2. Peranan Guru.
e. menggalakkan murid membuat tugasan yang
berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
merekod dan membuat hipotesis.
f. menggalakkan penemuan murid melalui soalan
mencapah.
g. memberi masa kepada murid membuat perkaitan
antara idea-idea yang telah dijana.
h. menggalakkan pembelajaran koperatif.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.3- Cabaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme

3. Cabaran Pengajaran.
a. guru merasa mereka tidak mengajar.
b. amalam konstruktivisme dianggap tidak realistik.
c. guru merasa penerangan mereka tidak lagi penting
kepada murid.
d. kawalan kelas agak merosot.
e. hanya dapat dijalankan sekiranya mendapat
sokongan profesionalisme serta keyakinan dari
pentadbir sekolah.

1.2- PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME.


1.2.4- Faedah Pembelajaran Secara Konstruktivisme

1. Murid mempunyai lebih banyak ruang untuk berfikir.


2. Murid lebih memahami sesuatu pengetahuan yang
dibina oleh mereka sendiri.
3. Murid mampu menyimpan sesuatu fakta dalam minda
dengan lebih lama.
4. Murid lebih yakin diri dalam mengemukakan sesuatu
dapatan yang mereka perolehi sendiri.
5. Murid mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik
melalui proses pembelajaran .
6. Pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai