Anda di halaman 1dari 3

Seloka Kehilangan Adat Melayu

Aduhai resam, wahai adat!


Lembaga di mana telah berpudat?
Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,
Ghaib sepi tiada bersisa...
Laksana dipagut tedung yang bias!
Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa,
Oleh ragi campuran bangsa!
Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat melayu?
Laksana debu dipuput bayu.
Wallahualam!
Entah jatuh ke laut gerangan,
Disambar yu!
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Seloka ini lebih kepada adat pepatih yang ada di Negeri Sembilan. Seloka ini menceritakan
mengenai kehilangan adat melayu yang mula hilang ditelan zaman dek generasi muda yang
tidak mengambil endah mengenai kecantikkan dan keindahan adat Melayu. Adat di sini
bermaksud segala sistem kehidupan yang dilalui oleh masyarakat beradat harus ada peraturan
yang baik dan teratur. Raja kepada adat tersebut adalah kebenaran dan apabila terjumpa
kebenaran itu diketepikan pula.
Adat ini juga boleh diketepikan buat seketika jika ada muafakat namun, kihidupan
dalam bermasyarakat ini masih lagi terikat dan tertakluk kepada adat walaupun kita kata tidak
mahu mengikut adat. Setiap manusia bernyawa pasti ada mempunyai adatnya yang tersendiri.
Kita hanya boleh lari daripada adat setelah kita tidak ada di muka bumi ini. Hal ini terbukti
apabila dalam bait-bait di dalam seloka ini ada menyebut hilangnya adat maka hilanglah
tamadun Melayu.
Aduhai resam, wahai adat!
Lembaga di mana telah terpudat?
Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,

Ghaib sepi tiada bersisa


Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipangut tedung yang bisa!
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Adat Melayu yang sememangnya sudah cantik dan indah, kini telah dicemari dengan
unsur-unsur luar. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan
santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya.
Kehidupan sehari-hari ini telah menjadi amalan turun-temurun dan diwarisi dari nenek
moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan
tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan
masyarakat Melayu di negara kita ini.
Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam
kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana
amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak
diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.
Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", memberi pengertian betapa
pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta
ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakan adat merupakan
peraturan terhadap kehidupan sehari-harian dan ianya juga dipanggil ritual.
Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa;
Oleh ragi campuran bangsa,
Adab tertib habis binasa!
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)

Di samping itu juga, adat Melayu dikatakan sudah hilang kerana campuran daripada
budaya asing yang menyerap masuk ke dalam adat melayu sekaligus keaslian dan keindahan
adat melayu itu sendiri sudah hilang tanpa arah.
Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu!
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Adat melayu yang selama ini dijunjung dan dipelihara keaslian dan keindahannya
mungkin hilang dek kerakusan manusia mengejar kebendaan dan hilang sifat pertimbangan
dan mementingkan diri sendiri. Hal ini terbukti melalui rangkap ini.
Wallahualam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan,
Disambar yu!
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Sering ditekankan dalam kehidupan masyarakat yang pentingkan adat harus
mengamalkan pusaka orang tua yang dianggap baik. Contohnya bergotong-royong, bersopan,
menghormati orang tua, hormat pemimpin, bersatu padu, berbudi dan sebagainya. Dalam
kehidupan masyarakat beradat diingatkan bahawa kita tidak harus pentingkan diri sendiri
sahaja. Jika malu seorang akan mendapat malu semua. Kelompok masyarakat adalah sangat
penting. Perlakuan yang tidak baik dan tidak beradab harus ditinggalkan. Jika kita terlajak
perbuatan, kita harus menanggung malunya. Setiap malu bukan boleh ditebus dengan wang
ringgit sahaja. Kita mesti ingat jika kaki sudah terdorong ke arah perkara yang kurang elok
adalah buruk padahnya dan badan akan binasa.