Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua


aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan
negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di
negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang
sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :
"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan falsafah berasal
daripada

beberapa

perkataan

asing

dan sophos (hikmah,kebijaksanaan).

iaitu philo (cinta)

Jadi,

gabungan

daripada
kedua-dua

istilah

Yunani

perkataan

ini

membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa
Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab
kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana
proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut
menjadi lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha
melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek
akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap


perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke
hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk
mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan
ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami
perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan

oleh

kepentingan-kepentingan

demikian,

kerajaan

Malaysia

bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah


Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini
bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri (self well-being) serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah
rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah
merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilainilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di
Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan
aspek ekonomi, sosial dan politik.

Bincangkan sejauhmanakah elemen-elemen

FPK

melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara dapat direalisasikan oleh guru di sekolah.
Hujah anda mestilah disertakan dengan contoh yang bersesuaian.

Elemen pertama adalah membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen ini menyaran rakyat
yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu
pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping
memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan
mendalam. Misalnya, Nur Amalina Che Bakri adalah seorang pelajar yang mencapai 17
A1 pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2007. Satu rekod bagi bilangan 1As
dicapai oleh pelajar dalam sejarah pendidikan Malaysia. Beliau telah ditaja oleh Bank
Negara Malaysia untuk belajar perubatan di United Kingdom.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan juga adalah elemen yang ditekankan
dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap
dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan rakyat yangmemiliki
ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan
tugasnya secara cekap dan sempurna. Ini boleh dilihat Mhendran dan Mohandass
merupakan insane pertama yang berjaya mendaki gunung Everest di Nepal dari
Malaysia.
Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu
memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana
3

nilai baik dan mana yang buruk atau menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan
baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai
kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik
dan mengelakkan perbuatan buruk. Nilai berakhlak mulia ini dapat diperlihatkan melalui
Julai lepas, seramai 10 orang anggota Kontinjen Pasukan Tentera Malaysia dihantar ke
Afghanistan untuk berkhidmat dengan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa
(Malcon ISAF) bagi membantu membina semula infrastruktur dan menyediakan
bantuan perubatan di wilayah Bamyan, Afghanistan.
Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana
rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa
dannegara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari
tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha
meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang
negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan
agama.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga
disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi
individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk
memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat
Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki
keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari
semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat
dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.
Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan. Sebenarnya, melalui latihan,
rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia
4

yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,


masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk
keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,tolerensi
dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan
kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara
dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai
menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik
dan cintakan negara.
Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama,
hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian
yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di
dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam rajah di
bawahdengan

menggambarkan

falsafah

pendidikan

yang

berpaksikan

kepada

Ketuhanan.

Peranan
Kebangsaan.

guru

amat

Peranan

penting

utama

guru

dalam
ialah

merealisasikan
sebagai

Falsafah

seorang

Pendidikan

pendidik.

Dalam

merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk


mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan
pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam
mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya.
Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik
murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan
segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalamanpengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan
menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di
sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak
mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan
agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung,
berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya
mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid. Kaunselor
berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka
menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam
membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana
sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi
masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam
menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkaraperkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi
perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya,
mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah
kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah
untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat
pencapaian yang terbaik.
6

Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru


berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di
sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik
dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini
kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana
tidak

mempunyai

peluang

dan

tidak

mengetahui

cara

yang

betul

untuk

mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan
potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke
tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke
peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai
potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara
tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai
salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru
haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan
murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui
latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan
semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling
dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan
cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan
dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan
perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting
dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka
dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu
anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan
sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model
kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai
kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan
bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi,
menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya
mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan,
bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

SOALAN B)
Bincangkan sejauhmanakah program kurikulum dan aktiviti ko kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah mampu membentuk murid yang seimbang?
Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat
dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu
melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek
pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal
insan berkualiti.
Pendidikan di Malaysia telah melalui fasa perubahan kurikulum seiring dengan
zaman bagi memastikan kurikulum yang sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan
yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Antara
kurikulum tersebut adalah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standad Sekolah
Rendah.
Kurikulum amatlah penting bagi melahirkan seorang murid yang seimbang.
Dengan adanya pendidikan dapat melahirkan sebuah generasi yang berilmu
pengetahuan. Dengan itu, mereka dapat lah berfikiran rasional Selain itu, guru
hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata
pelajaran, khasnya mata pelajaran KSSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersamasama pelajar di dalam kelas. Melaui perbincangan seperti ini pelajar dapat mengetahui
tentang kepentingan pendidikan dan akan cuba untuk menimba ilmu untuk menjadi
seorang murid yang seimbang.
Guru-guru hendaklah lebih cekap berbanding dengan pelajar sama ada dari segi
pendidkan ataupun lain daripada pendidikan iaitu isu semasa, penggunaan ICT,
memahiri sesuatu kemahiran dan sebagainya. Ini kerana guru bolehlah menimbakan
ilmu kepada murid melalui ICT. Murid-murid pada masa kimi lebih menggemari untuk
mendapatkan ilmu melalui ICT. Ini lagi memudahkan proses pengajaran lebih mudah.
9

Guru perlu memastikan bahawa dirinya mempunyai pengetahuan luas dan


kemahiran yang tinggi. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami
perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat, percantuman teknologiteknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa
banyak cabaran kepada kita. Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai
serta berkelulusan tinggi. Guru hendaklah sempurna dari segi ilmu pengetahuan
supaya dapat memberi ilmu yang banyak kepada anak muridnya.
Di samping itu, guru-guru perlu menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai
murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan Guru melalui pengajaran pendidikan moral. Peranan mengajar dan
mendidik adalah gabungan usaha untuk mencerna minda dan membentuk peribadi
pelajar. Ketinggian ilmu yang disulami nilai murni ialah ciri modal insan yang diingini
untuk merealisasikan wawasan negara melaui melehirkan murid yang seimbang.
Pelajar pada hari inilah yang bakal menjadi pemimpin, baik pemimpin negara,
organisasi, persatuan, mahupun keluarga. Kejayaan pelajar adalah manifestasi
kejayaan guru dalam menerapkan ajaran dan menyemaikan didikannya. Lantas kepada
guru disandarkan harapan negara untuk mempunyai warganegara yang cinta akan
bangsa dan negaranya, kuat jati dirinya, serta mampu mengharungi sebarang cabaran
dari segi ekonomi, sosial, dan budaya. Pelaksanaan dan penerapan nilai penting untuk
menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa
hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Tiga puluh enam nilai murni
yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.
Selepas dimiliki oleh guru maka guru tersebut haruslah berusaha untuk menerapkannya
kedalam diri murid supaya dapat membentuk murid yang seimbang.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,
profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan
bahawa nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Ini kerana murid yang
berakhlak mulia akan dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

10

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Malaysia memerlukan tenaga


pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara
ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan
semau pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang
seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang
dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan
sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan.
Tambahan pula, aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang
seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan
intelek. antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri
pelajar. Setiap persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk
menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari,
ahli-ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan
bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli.
Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai
seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan
dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin
adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka
secara adil dan harmoni.
Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar untuk menyokong aspirasi Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Yang
berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata
pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi
dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai
kehiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan
kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat
diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut.
Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan
pelajar sekolah kerana Perpaduan Teras Kejayaan.

11

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti


perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri,
Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar
untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta
disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak
dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk
pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat
penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.
Pada masa yang sama, para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran
mereka tatkala menyertai persatuan atau mana-mana kegiatan sukan yang diminati
oleh mereka, misalnya Persatuan Komputer, Kelab Catur, dan Kelab Keceriaan.
Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat
menyerlahkan bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
mereka, seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga
dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan,
dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat
diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan
bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat
dalam kalangan pelajar sekolah.
Sebagai intihanya, murid-murid wajar menyertai aktiviti kokurikulum dengan aktif
untuk menggalakkan perkembangan diri yang sihat dalam pelbagai aspek dan
bukannya sebagai profesor dalam dewan peperiksaan sahaja. Marilah kita sedar dan
berganding bahu mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin negara dengan
menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif dari sekarang, kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Sememangnya manusia yang cemerlang adalah manusia yang
berkemahiran dalam pelbagai bidang dan bukannya sebagai alat peperiksaan sahaja.

12

Soalan C
Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum

di

sekolah.

Antaranya

menerusi

Dasar

Pelajaran

Kebangsaan

yang

menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem


latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran
Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat
memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan
serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara
pelbagai kaum secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar
dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah
untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara kaum dan saling faham dan
memahami antara satu dengan lain.
Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir
dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum perlu
didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat
menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan
kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajarpelajar dari semua kumpulan kaum hendaklah digalakkan bercampur gaul dan
memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah
dapat melahirkan keharmonian kaum di sekolah.
Seterusnya, kita boleh melihat bahawa murid-murid masa kini berkelakuan
sebagai kehilangan nilai-nilai murni. Bagi negara kita amalan nilai-nilai moral adalah
perkara yang perlu dipertimbangkan oleh masyarakat untuk mencapai konsep satu
Malaysia yang telah diwujudkan oleh Perdana menteri kita iaitu Dato Najib bin Tun
Razak. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga telah menerapkan nilai-nilai murni
seperti kepercayaan kepada tuhan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia , rakyat
Malaysia

yang

bertanggungjawab

dan

sebagainya.

Jika

nilai-nilai

murni

mengimbangkan penyerapan kemajuan Negara maka populasi di Negara kita yang


berlainan etnik dan ras dapat dikekalkan dan hidup secara harmonis. Walaupun
kelunturan

nilai-nilai murni bukan sebagai masalah yang baru kemunculan tetapi


13

langkah yang drastik perlu diambil oleh semua pihak terutamanya pihak pendidikan .
Sebagai guru , mereka perlu menerapkan nilai nilai murni dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengajaran adalah kaedah yang terbaik dan mudah untuk
menjelaskan nilai-nilai murid dan dapat dihayati oleh murid. Guru seharusnya
mengadakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

menarik

dengan

mengamalkan personaliti yang mulia. Contohnya, mereka perlu bersikap penyayang


kepada semua murid dalam bilik darjah dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik minat murid. Jika murid berminat dengan pengajaran dan para guru maka apa
yang guru menyampaikan akan diserap sepenuhnya oleh anak murid. Dengan ini, guru
akan mudah untuk memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, menghormati,
bertutur dengan sopan dan sebagainya. Akhirnya, guru tidak akan berhadapan dengan
masalah disiplin jika melakukan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik
minat murid.
Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan
berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurangkurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai kaum yang lebih komunikatif
antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana pada waktu ini
cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara kaum kadangkala
dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenarkan sekolah
dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di
semua sebagai alat integrasi tercapai.
Pendidikan juga dapat menjayakan konsep kesedaran diri dan keharmonian
kaum di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu
pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja
meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu
merapatkan hubungan antara kaum di sekolah dengan penggunaan satu bahasa.
Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan
di kalangan pelajar yang berbilang kaum.

14

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir


dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum perlu
didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat
menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan
kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajarpelajar dari semua kumpulan kaum hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan
memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah
akan

melahirkan

rakyat

Malaysia

bersatu

padu

dan

mempunyai

semangat

kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan kaum.


Selain itu, sekolah pelaksananan sekolah satu aliran juga dapat membentuk
konsep sejahteraan diri dan keharmonian kaum di sekolah.Sistem Sekolah satu aliran
merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem
sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di
sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu.
Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah
kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya
interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini
menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan
dan lambat.
Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah
penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil
perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar
Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping
boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya
etnik atau kaum lain.
Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat
diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling fahammemahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam

15

semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini
akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.
Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan
dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai
etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan
dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera
demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan
negara yang makmur dan harmoni.
Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan program RIMUP. Melalui program
ini perpaduan di antara kaum dapat diterapkan dengan lebih baik lagi. Seterusnya,
Selain itu , cadangan penambahbaikan yang dapat membantu guru adalah guru sendiri
menjadi pembimbing kepada golongan murid . Dalam soalan dua telah dinyatakan
bahawa masalah kegangguan emosi pelajar menjadi cabaran kepada guru untuk
menjayakan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Masalah emosi adalah sebuah
masalah sosial yang menular dalam budaya negara kita . Perkara ini mengakibatkan
pelbagai kes seperti pembunuhan diri berlaku dalam kalangan murid. Dalam surat
khabar tamil iaitu nanban di muka surat lapan menyatakan bahawa kes pembunuhan
diri kerap berlaku dalam kalangan murid.
Perkara ini disebabkan oleh murid tidak mempunyai pemikiran yang waras untuk
menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan mereka. Dengan ini mereka
mengatakan bahawa ibu bapa perlu mengawasi tingkah laku dan pergerakan mereka.
Oleh yang sebab, guru perlu menjadi pembimbing di sekolah kepada murid
.Kegangguan emosi murid kita tidak boleh dinyatakan akibat pemikiran yang waras
sahaja maka latar belakang murid juga boleh menjadi penyebab kepada masalah emosi
murid . Kemungkinan besar murid berhadapan dengan ketidak prihatinan dan
mengambil berat oleh ibu bapa . Perkara ini menjadikan murid beringat dirinya terbiar
oleh iu bapa sendiri. Dengan guru menjadi pembimbing di sekolah dengan mengenal
pasti masalah murid dan cuba menyelesaikannya. Selain itu, guru juga perlu member
kasih sayang kepada murid supaya mereka tidak berfikir sebagai dibiarkan oleh semua

16

pihak. Oleh yang demikian, guru harus bersifat pembimbing untuk murid demi anak
murid dapat mengimbang dari segi emosi serta jasmani, intelek, dan rohani .
Maka terdapatlah pelbagai cara yang boleh diamalkan supaya dapat
mewujudkan dan menjayakan konsep kesejahtetraan diri dan keharmonian kaum di
sekolah.

Guru haruslah mengamalkan semua cara ini supaya dapat melahirkan

jenerasi yang berbilang kaum hidup dengan aman.

17

PENUTUP
Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsipberkaitan
dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, iamenggabungkan
matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang
tekal, jelas dan logik. Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau
aspek yang penting termasuklah pembentukan,analisis dan implikasi terhadap sistem
pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideology kebangsaan termasuklah Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk.
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah Negara yang
sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Justeru itu, agak
penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. setelah menyedari
hakikat tersebut.Guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang
pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan
masyarakat.
Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran
belajar, berfikir, merancang,

menyediakan

bahan

pengajaran

pembelajaran,

mengajar,

mengurus, menilai, berkomunikasi,menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan


kendiri. Hal ini supayamereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang
berkualiti,berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelekdan sosial.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama
bagimenjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana iamerupakan
tanggungjawab bersama.

18

REFLEKSI
Nama: HAMAH LATHA A/P SUMNADE
No. Matrik :29452
Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana
pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam
satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih
sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan kerja
kursus ini.

Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha
membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala
kadar asalkan siap sahaja.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Mustafa Kamal Bin Alias atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar mereka dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Tanpa
bimbingan dari mereka tidak mungkin saya berjaya melaksanakan tugasan ini pada
tarikh yang ditetapkan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Falsafah Pendidikan Kebangsaan
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai
bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan
di Pusat Sumber, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan
nilai-nilai murni

yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci.

Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu
ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang telah saya lakukan secara individu. Saya
dikehendaki melakukan tugasan ini secara individu.

19

Setelah memahami isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam kerja kursus
ini, saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah
dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang
jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang
tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami.
Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh
sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang
demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di
dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar
samata-mata. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di
institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal
yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu
sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru. Selepas ini saya tidak
akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa
memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan
di dalam kelas.
Melalui kerja kursus ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat
untuk mempelajari lebih banyak isu yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mendisiplinkan kita sebagai bakal guru daripada pensyarahpensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi
mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan
setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan sentiasa berkesan. Semua
yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi
guru kelak.
Secara keseluruhannya, mata pelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih berdikari
iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain. Ini kerana saya dapat membuat rujukan di Pusat sumber tanpa bergantung dengan
pensyarah saya tetapi saya amat berterima kasih kepada Encik Mustafa Kamal bin
Alias atas bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini. Melalui kajian ini menambahkan
lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
20

insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Apa
yang saya dapat simpulkan disini sepanjang saya membuat kerja kursus ini banyak
yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat kepada diri saya. Perkembangan
kank-kanak banyak membantu saya dalam menambahkan mutu dalam meningkat
kemahiran membuat tugasan terutamanya dalam membuat rujukan menggunakan
system APA dan mempelajari cara menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu yang
sebelum ini saya belum pernah didedahkan secara terperinci oleh mana-mana
pensyarah.
Akhir kata saya berharap apa yang saya pelajari dalam kerja kursus dapat saya
praktikkan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datangnya dari Tuhan dan segala
kekurangan datang dari diri saya sendiri. Saya

memohon maaf atas segala

kekurangan. Sekian Terima Kasih.

21