Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk


corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan
sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat
pendidikan awal di negara ini.
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak
dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari
lahir hingga ke umur lapan tahun.
Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau
perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8
tahun).

Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula

mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke


tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T.,
2007).
Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala pengalaman
dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.
Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu
bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Pendidikan awal
menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran
dari

aspek

fizikal

dan

mental,

menumpukan perhatian dan membina

daya keintelektualan. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan


paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap
umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.

A) Anda dikehendaki menjelaskan ciri-ciri dan faktorfaktor kurikulum pendidikan awal kanak-kanak secara
umum.
Perkatan pendidikan awal kanak-kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak
pihak. Antaranya, pendidikan awal kanak-kanak (early childhod) merujuk kepada kanakkanak yang berumur sejak lahir sehinga lapan tahun dan mendapat jagaan di taman
asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama itu
dikendalikan oleh pelbagai instiusi yang berbeza-beza. Dewasa ini, kebanyakan ibu
bapa telah menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan ekoran kesedaran
terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak selari dengan bertambahnya
golongan wanita yang berkerjaya. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar
diberikan perhatian serius.
Konsep kurikulum
Terdapat banyak definisi kurikulum. Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara
membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanakkanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman
yang berlaku di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk
pembelajaran. Selain itu, kurikulum juga membawa pengertian senarai topic
pembelajaran yang akan dilaksanakan.
Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (203),
kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi
mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (191) pula, kurikulum
merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala
Catron dan Alen (199) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah
pengajaran

dan

pembelajaran

secara

langsung

berkenan

pelbagai

aspek

perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktivit

dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh
kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak
langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.
Ciri-ciri kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PENILAI
AN
AKTIVITI
PEM BEL
AJARAN

CIRI
FALSAFA
CIRI
H

ISI
KANDU
NGAN

M ATLAM
AT &
OBJEKTI
F

Ciri-ciri kurikulum Pendidikan awal kanak-kanak adalah dengan membentuk


sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum
prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu.
Misalnya, falsafah prasekolah mengambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayan
guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh
guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.
Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsan dibentuk berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsan dan Rukun Negara. Kedua-dua falsafah ini perlu
diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan
pengubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah
untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang
digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsan.
Seterusnya ciri yang kedua adalah matlamat dan objektif yang dibentuk
merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh
kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang
boleh dilhat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin
diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak
secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.
Isi kandungan juga merupakan ciri dalam kurikulum pendidikan awal kanakkanak bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilh merupakan maklumat berkaitan mata
pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti
pembelajaran melibatkan aktivit , bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanakkanak. Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan
matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak.
Ciri yang seterusnya ialah penilaian adalah proses menilai sama ada matlamat
dan objektif telah dicapai. Penilaian boleh dijalankan secara tidak formal melalui kaedah
pemerhatian. Senarai semak dan rekod anekdot boleh digunakan sebagai kaedah
pengumpulan maklumat pemerhatian. Penilaian yang dibuat akan membantu guru

melaksanakan proses penambahbaikan dari aspek pedagogi. Penilaian merupakan


komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu kurikulum sebagai langkah
untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.
Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Suraya Zaidon pula menunjukkan penilaian
yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih
menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding
aspek lain yang juga penting dan perlu dititikberatkan seperti jasmani dan rohani,
sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian
untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak.
Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana
perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat
prasekolah

akan

membebankan

kanak-kanak

seterusnya

akan

menganggu

perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan
mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut.
Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan
anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif.
Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar
walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam
aspek-aspek lain.

Faktor-faktor kurikulum pendidikan awal kanak-kanak


Selain daripada mengetahui lima komponen utama bagi membentuk sesuatu
kurikulum, kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
atau perubahan sesuatu kurikulum.

K
E
A
D
N
K
E
U
N
A

E
N
K
K
H
A
N
A
E
S
R
R
A
W
E
A
R
J
G
T

H
D
E
E
D
K
P
A
L
N
G
A
A

F A
K
T
O
R
F A
K
T
O
R

K
E
A
D
K
E
U
P
A
R

E
N
K
A
E
R
A
E
J A

H
D
N
P
L
N
L

Kehendak dan keperluan pelajar


Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow ,faktor keperluan murid merangkumi
keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargan kendir dan kesempurnan
kendir. Kehendak dan keperluan pelajar perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendir
yang positf sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin
dirancang.
Setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan minum yang mencukupi.
Keperluan asas dianggap satu keperluan yang kuat bagi seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar dengan baik sekiranya mereka belum
mendapat sarapan pagi. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan prasekolah yang ada
masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-kanak ini. Makanan yang
berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan yang berkhasiat
bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien makanan yang seimbang
misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan garam
mineral yang lain.
Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih
cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang aktiviti harian mereka samada dalam
aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat
dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak menjadikan mereka aktif dalam
melakukan sesuatu, tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun
penerimaan perkara-perkara dan maklumat yang disampaikan ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Kita memerlukan makanan yang
seimbang dan air yang mencukupi supaya seseorang individu itu mengalami
pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.
Kanak-kanak juga memerlukan tidur yang secukupnya kerana ia merupakan
keperluan yang penting kerana tidur dapat menghilangkan kepenatan seseorang.
Kanak-kanak yang selalu penat tidak dapat menumpukan perhatian yang secukupnya
ketika di dalam bilik darjah. Pakaian dan tempat tinggal juga menjadi kepentingan

utama bagi menjamin kualiti perkhidmatan prasekolah. Keadaan kawasan prasekolah


mestilah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus. Premis prasekolah yang
kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara
bersepadu dan seimbang. Premis haruslah selesa dan selamat, riang serta penuh kasih
sayang.

Persekitaran

premis

seharusnya

mencabar

dan

boleh

mengayakan

pengalaman mereka.
Kanak-kanak juga memerlukan atau seseorang individu memerlukan kasih
sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari masyarakat. Setiap orang
perlu dikasihi dan mengasihi orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi, seorang individu
akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi. Jika
keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak
stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Dalam konteks persekolahan, guru
mesti menunjukkan kepada pelajarnya bahawa dia menyayangi mereka. Perkhidmatan
prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan aspek ini. Tenaga pengajarnya,
iaitu orang yang terdekat dengan pelajar perlu memberikan perhatian dan kasih sayang
selaras dengan usia kanak-kanak prasekolah.
Apabila kanak-kanak prasekolah itu berasa selamat da dikasihi, dia akan
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Terdapat dua jenis penghargaan, iaitu
penghargaan kendiri dan juga penghargaan dari orang lain. Penghargaan kendiri
merupakan tanggapan atau persepsi seseorang yang positif terhadap diri sendiri.
Biasanya, orang yang berjaya akan mempunyai penghargaan kendiri yang positif
kerana dia memiliki ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi dan sifat berdikari yang
baik. Dalam aspek ini, seseoarng individu juga sering memerlukan pengiktirafan dan
penghormatan daripada orang lain. Jika sesorang individu tidak menerima pengiktirafan
ini, dia akan menjadi seorang yang kecewa dan keyakinan dirinya akan menjadi sangat
rendah. Dalam aspek di prasekolah, guru mesti memastikan bahawa dia selalu
membina konsep kendiri yang positif di kalangan pelajarnya dengan memberi pujian
dan mengiktiraf kekuatan dan kebaikan mereka. Aktiviti yang diberi pada pelajar
mestilah sejajar dengan kebolehan supaya mereka berasa berkeyakinan dan
berkebolehan.

Ini merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang


bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan bagi kanak-kanak. Jika kehendak
seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat dan akan menjadi
seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru
mesti mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana yang
selamat dan harmonis dalam bilik darjah. Perkhidmatan prasekolah yang akan
dijalankan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan bersesuaian
dengana keadaan sekelilingsupaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam
keadaan baik sepanjang masa.
Dari segi psikologi, kanak-kanak memang mengharapkan sangat tunjuk ajar dan
bimbingan. Kanak-kanak akan merasa yakin terhadap kebolehan mereka sekirannya
ibu bapa dan guru selalu membantu dan menggerakkan mereka untuk belajar. Guru
dan ibu bapa sanggup mengorbankan masa bersama-sama dengan anak-anak untuk
tujuan bimbingan pendidikan. Dengan cara itulah kanak-kanak akan menjadi murid
yang pandai, berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Guru mestilah
tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang
mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang
bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran
di luar dan di dalam bilik darjah. Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan
melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial
dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanakkanak. Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin
kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang serta
peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini. Untuk perkhidmatan
prasekolah yang akan dijalankan pihak pengurusan prasekolah perlu mementingkan
pendidikan dari segala aspek.

Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang
dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak prasekolah. Aktiviti fizikal pada peringkat
prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanakkanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor
kasar. Bermain sangat pentin bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanakkanak. Semua kanak-kanak suka kepada permainan. Kanak-kanak yang berumur lima
tahun dan ke atas, permainan kanak-kanak bertukar kepada bentuk permainan luar
yang banyak melibatkan aktiviti perkumpulan rakan sebaya.
Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ia
terbahagi kepada dua iaitu ruang dalam kelas dan juga ruang di luar kelas. Ruang
pembelajaran di dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang
pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa.Untuk luar kelas pula
ialah disediakan bagi aktiviti pembelajaran murid secara tidak langsung. Persekitaran
luar kelas sebaik-baiknya dapat mendorong murid-murid bebas melakukan pergerakan
fizikal. Guru bertindak sebagai pembimbing semasa menjalankan aktivit luar kelas.
Peralatan luar kelas seperti buaian, papan gelongsor, temapat main air dan pasir serta
tempat bercucuk tanam dapat mendorong aktiviti fizikal di samping meningkatkan daya
kognitif murid. Guru mempelbagaikan aktiviti kepada beberapa kumpulan dan
disesuaikan dengan minat murid.

Kehendak dan keperluan negara


Kehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan
nilai di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Jika kita lihat di negara Malaysia
pembentukan kurikulum pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang
pastinya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka elemen
yang dimasukan di dalam kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayan
masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua. Ia juga wajar mementingkan
keperluan negara untuk bersaing dalam era globalisasi.

Kehendak sarwa jagat


Kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak sarwa jagat. Arus perubahan
teknologi misalnya telah menuntut persaingan positf di seluruh dunia. Aspek
keseimbangan politk, kestabilan ekonomi serta teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Asas pembangunan sesebuah
negara juga bergantung kepada bidang pendidikan. Maka kurikulum pendidikan yang
ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,
berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara.

b) Anda juga dikehendaki membanding dan


membezakan 6 bidang pembelajaran bagi PERMATA
dan KSPK
Selaras dengan hasrat awal pembangunan Kurikulum PERMATA Negara,
penumpuan khusus diberikan kepada membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka
membesar menjadi insan yang akan memilih jalan kehidupan yang sihat dan mulia.
Penekanan ini bertujuan membina asas ketahanan emosi dan kemantapan kemahiran
sosial kanak-kanak agar mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup masa
hadapan, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, bukan sahaja di
peringkat lokal tetapi juga global.
Kurikulum PERMATA Negara juga menekankan kepada pembinaan aspek
kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia
yang beriman, berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan amanah.
Aspek kerohanian amat penting terutama dalam dunia yang penuh cabaran
kemerosotan nilai moral dan akhlak yang baik. Dengan penekanan kepada aspek
kerohanian, walau untuk agama apa sekalipun, diharap Kurikulum PERMATA Negara
dapat melahirkan modal insan yang bermoral tinggi, produktif, dan sayang kepada
bangsa dan negara. Dengan sahsiah yang baik, modal insan ini kelak dapat menolak
kehidupan yang sia-sia dan menepis pengaruh gejala sosial dan elemen-elemen tidak
sihat yang boleh meruntuhkan akhlak manusia.
Sahsiah yang baik inimestilah dibentuk sejak awal usia, iaitu sejak bayi
dilahirkan. Maka, Kurikulum PERMATA Negara meletakkan aspek perkembangan
sahsiah, sosioemosi dan kerohanian sebagai aspek pembelajaran yang utama dalam
pendidikan kanak-kanak di TASKA. Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan
sahsiah dan kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian
kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk
membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran
sosial yang baik; bermotivasi dan serta kompeten belajar. Objektif pembelajaran bidang
Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak 0 hingga 4 tahun ialah untuk

membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi dan perasaan, membina


tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan keyakinan diri yang
tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan, menghayati nilai-nilai murni,
mensyukuri kebesaran Tuhan. Pendidik PERMATA mestilah prihatin dalam membina
kesejahteraan emosi kanak-kanak dan sentiasa membantu mereka membina emosi
yang terkawal, tenang dan berdisiplin. Berikut ialah panduan kepada pendidik
PERMATA bagaimana membantu kanak-kanak berkembang secara optimum dalam
aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian.
Manakala, tunjang kerohanian yang terdapat dalam KSPK merangkumi
pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid
beragama Islam selama due jam seminggu. Pendidikan moral dipelajari oleh murid lain
selama dua jam seminggu. Misalnya pendidikan Islam memberi pengetahuan dan
kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah
Syahadah. Murid prasekolah belajar bbersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat,
mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab.
Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijjaiyah
dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi,
menyanyi, bernasyid, aktiviti hans-on, meneroka dan bermain.
Pada masa yang sama pendidikan moral dalam prasekolah KSPK memberi
focus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid
berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik
tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang Prasekolah Kebangsaan adalah seperti
kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, keberaniaan,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.
Tambahan pula, dalam KSPK juga memberi penekanan kepada perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengahadapi masalah di prasekolah dan
juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri,
serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan

sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak menerusi kesemua aktiviti sama ada
aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan yang lain.
Bidang pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran
sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak
perlu menguasai kosa kata dan bahasa seperti disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky.
Manakala, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal.
Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari.
Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat
peluang untuk membina kemahiran dalam bahasabahasa tersebut di TASKA. Kanakkanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru.
Kanak-kanak lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan
dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru
dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya.
Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan. Bahasa, menurut Vygotsky
lagi, adalah alat untuk berfikir.
Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak Malaysia berfikir lebih
cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Bidang pembelajaran ini
adalah bidang kedua yang sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara.
Bidang ini bertujuan memastikan kanakkanak boleh menguasai bahasa, khususnya
bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, serta bahasa Inggeris lebih awal. Secara
khususnya, objektif pembelajaran bagi bidang ini ialah: untuk membina kebolehan
bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal tulis, dan menanam minat suka membaca
sebagai langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak. Sejak
dilahirkan otak bayi telah boleh menyerap dan menyimpan perkataan dan bahasa yang
dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak
boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
badan.

Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai keduadua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang khas untuk mereka. Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan pendidik
sentiasa berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dalam bahasa yang betul dan
lengkap iaitu bahasa surat. Aktivitiaktiviti bagi membina kemahiran berkomunikasi,
berbahasa dan awal literasi telah dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak
dapat menguasai kemahiran berkomunikasi (mengikut tahap masing-masing) semasa
berada di TASKA.
Manakala, tunjang komunikasi dalam KSPK terdiri daripada bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Ingeeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah Bahasa Cina dan bahasa
Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Menurut KSPK fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran bahasa dan seni
bahasa . kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada
keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa
pemainan bahasa seperti drama dan sajak.

melalui kepelbagaian aktivi dan

C) Pengaruh PERMATA dan KSPK dalam Pendidikan


Awal Kanak-Kanak
1. PERMATA
Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal
kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan
dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Pendekatan ini
menekankan kepada pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk meransang minda
dengan

menggunakan

kaedah

meneroka,

mencuba

dan

mengalami

sendiri

(experimentation, exploration and experential) melalui permainan ataupun learning is


fun. Ia adalah satu pendekatan yang bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanakkanak berikut teknik-teknik asuhan dan didikan yang diaplikasikan adalah sesuai
dengan fitrah semulajadi kanak-kanak. Program PERMATA Negara juga memberi
pengaruh yang kuat dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Kurikulum PERMATA Negara adalah satu garis panduan kepada pengusaha dan
pendidik

TASKA

kecemerlangan

dalam

potensi

melaksanakan
kanak-kanak.

peranannya

PERMATA

untuk

negara

juga

membangunkan
mempengaruhi

perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, misalnya kurikulum ini mencakupi


aspek penting yang membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Perkaraperkara yang dititikberatkan ialah kaedah dan cara berinteraksi dengan kanak-kanak,
memberi pengalaman pembelajaran yang maksimum, menyediakan asuhan secara
holistic, merancang aktiviti yang boleh menaksir perkembangan kanak-kanak dan juga
mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti.
Selain

itu,

dengan

adanya

kurikulum

ini

berupaya

membantu

memperkembangkan potensi kanak-kanak secara holistik bagi melahirkan modal insan


yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk mencapai wawasan
negara. Dapatan hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah
seperti berikut iaitu 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang

baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA. Program PERMATA didapati


berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria,
mesra, penyayang dan berkeyakinan diri. Tambahan pula, 80% kanak-kanak PERMATA
boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan
PERMATA. Selain itu,

72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa

ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA. Lebih-lebih lagi
72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita
mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA. Kajian juga menyatakan bahawa 80%
kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan,
mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.
Sementelahan pula, 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri
berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA. Akhirnya 85% kanak-kanak PERMATA
mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA; dan
kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak
bukan PERMATA.
Pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
di mana kanak--kanak digalakkan meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen,
berinteraksi dengan rakan--rakan dan orang dewasa secara bebas dalam persekitaran
yang selamat. Pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan
membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang
minda dan meningkatkan minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping membina
sosioemosi yang ceria dan tenang. Kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan
aktif ibubapa dan komuniti, termasuk pakar bidang awal kanak-kanak, pegawai
kesihatan/perubatan, psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan kerajaan dan
pihakpihak berkuasa tempatan. Program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan
kanak--kanak adalah meliputi aspek-aspek membina hubungan emosi (attachment),
penjagaan,

pemakanan,

kebersihan,

kesihatan,

keselamatan

dan

keselesaan

persekitaran (well-being). Proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan


agar perkembangan pembelajaran kanak-kanak dapat berlaku secara serentak,
optimum dan berkesan. Penaksiran dan penilaian kanak--kanak adalah berasaskan

pemerhatian klinikal menggunakan kaedah 'pedagogi bermain' (play pedagogy) yang


direkodkan dengan jelas.
PERMATA Negara juga mengamalan pemakanan yang sihat dan
seimbang adalah penting untuk kanak-kanak kerana ianya menyumbang
kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka. Keperluan
pemakanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur kerana kadar
tumbesaran
menyediakan

dan

perkembangan

permakanan

yang

mereka

yang

seimbang,

berbeza.

mengikut

TASKA

Garis

perlu

Panduan

Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan


Malaysia 2008, dan sebaik-baiknya mengikut selera dan budaya setempat.
Adalah tidak wajar memaksa kanak-kanak makan sesuatu makanan yang
tidak disukainya. Pendidik boleh menggantinya dengan jenis makanan lain
yang mengandungi zat atau nutrien yang sama, supaya kanak-kanak dapat
menikmati makanan berkhasiat.
Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanakkanak. Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang
seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan. Pendidik hendaklah
memastikan makanan yang disediakan adalah segar, berkhasiat dengan amaun yang
mencukupi sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai
pemakanan kanak-kanak, ialah:
Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak
Cara dan teknik penyediaan sebelum, semasa dan selepas memasak;
Amaun makanan
Persekitaran makan ruang, peralatan, perabot, jadual, dan menu harian
Cara memberi makanan kepada kanak-kanak
Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan
Adab sebelum, semasa dan selepas makan.

Seterusnya, pengaruh PERMATA dalam pendidikan awal kanak-kanak juga


menggalakkan kanak-kanak menjaga kebersihan diri dan peralatan peribadi mereka.
latihan urus diri yang dijalankan oleh pendidik kepada kanak-kanak akan membantu
mereka memahami cara menguruskan diri mereka terutamanya yang berkaitan dengan
kebersihan, kesihatan, adab dan keselamatan diri mereka. Sebahagian besar
peruntukan masa kanak-kanak di TASKA digunakan untuk melatih kanak-kanak
mengurus diri sendiri. Latihan ini dijadikan sebagai aktiviti rutin yang wajib dilaksanakan
oleh pendidik. Melalui aktiviti rutin, kanak-kanak dilatih mengurus diri seperti makan,
mandi, gosok gigi, buang air di tandas, memakai pakaian, menyediakan alat permainan,
mengemas peralatan selepas aktiviti, dan sebagainya. Semua aktiviti ini merupakan
kemahiran asas hidup yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk dapat hidup
secara berdikari. Ia juga dapat membina daya ketahanan dan jati diri kanak-kanak.
Tambahan pula, kurikulum permata negara menggunapakai pedagogi yang
bersesuaian dengan kanak-kanak 0-4 tahun iaitu pedagogi bermain. Amalan pedagogi
ini telah diterima pakai di seluruh dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja
bermain tetapi belajar semasa mereka bermain. Pendekatan ini dinamakan belajar
melalui bermain. Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan, bermain adalah
'kerja' kanak-kanak, kerana secara fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia
melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi alat-alat mainan dan
bahan-bahan dalam persekitarannya . Maka ia akan memberi impak yang positif dan
mendalam kepada kanak-kanak prasekolah tersebut dalam menguasai sesuatu
kemahiran awal.
PERMATA adalah satu kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas
asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik. Ia menekankan kepada amalan
sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang memapu melahirkan insan yang
ceria, positif dan yakin diri. Ia menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat
membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan bahasa ibunda.Ia mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran semulajadi,

tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat meahirkan warga negara
yang toleren dan inklusif. Ia membolehkan pengesanan dan intervensi awal dilakukan
melalui kaedah pemerhatian secara berterusan dan perancangan aktiviti yang
bersesuaian mengikut peringkat umur dan kebolehan kanak-kanak dan membolehkan
intervebnsi awal dilakukan. Ia menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat,
bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Ia mewajibkan kolaborasi ibu bapa dengan
TASKA untuk

menjadi

pemangkin

kepada

perkembangan

kanak-kanak,

dan

kesinambungan asuhan dan didikan awal di TASKA dan di rumah. Ia memastikan


penglibatan komuniti sebagai satu kolaborasi dan tanggungjawab dalam menyediakan
perkhidmatan, asuhan dan didikan awal yang terbaik dalam pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak. Ia memberikan perhatian kepada aspek keselamatan,
kesihatan dan kecergasan kanak-kanak yang akhirnya melahirkan insan yang
mengamalkan gaya hidup sihat. Ia menyokong pembangunan profesionalisme pendidik.
Kurikulum PERMATA Negara juga memberi pengaruh yang besar dan signifikan
dalam pendidikan awal kanak-kanak.

2. KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010
bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan
melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini
kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan
dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk
menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran
sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran
seterusnya.
KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan
berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut:
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;

Kemanusiaan;

Sains dan Teknologi;

Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.


Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kepada

Amalan

(ABP) Developmentally

Bersesuaian
Appropriate

dengan
Practices.

Perkembangan
Pendekatan

Kanak-kanak
pengajaran

dan

pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara
aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat
menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah
semulajadi kanak-kanak. Ia juga akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak
dalam menguasai kemahiran awal literasi bahasa dan juga yang lain.

Kurikulum KSPK dapat memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak kerana


berfokus

kepada

usaha

untuk

menyediakan

peluang

pembelajaran

yang

menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam


tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan
pengajaran

dan

pembelajaran

bersepadu,

bertema,

belajar

melalui

bermain,

pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum ini juga menekankan prinsip utama yang
digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan
peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh
konsep dan kemahiran asas yang akan menabantu mereka meneruskan pembelajaran
ke sekolah rendah. Pengaruh KSPK dan PERMATA juga merupakan pengaruh yang
utama dalam menentukan pendidikan awal kanak-kanak.