Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Kibod

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip Organ atau piano, tetapi
menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Nama pinjaman diberi dari
Bahasa Inggeris Keyborad dengan sebutan yang agak sama bunyinya. Kibod
tercipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik.

KIBOD

alat muzik berpic yang menggunakan


kuasa elektrik
Rajah 1: Definisi kibod
Kibod memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau menggunakan
bateri kering tertentu bagi memainkannya. Tanpa bantuan tenaga elektrik
yang betul,kibod tidak berfungsi dan dimainkan.Seperti piano atau organ,
kibod juga mempunyai susunan papan nada yang tertentu, mengikut jenis
dan model ciptaannya.

1.2 Jenis jenis kibod

Terdapat pelbagai jenis ciptaan kibod, iaitu dari yang sederhana kepada yang
agak canggih. Model kibod adalah bergantung kepada jenama pengeluarannya.
Tetapi, kualiti sesebuah kibod adalah bergantung pada fungsi dan pengendalian
kibod tersebut. Kibod yang ringkas hanya mampu menyediakan beberapa ton
1

atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak. Di samping itu,
kemampuannya adalah terhad dan sukar digunakan untuk rakaman dan program
yang ingin dibuat. Berikut merupakan jenama kibod yang biasa digunakan serta
terkenal:

Y
C
R
T
K
A
H
E
O
M
S
O
C
R
IA
D
H
G
H
O
E
N
A
IS
C
S

Rajah 2: Jenis model ciptaan kibod


Keseronokkan bermain kibod ini dapat dilihat apabila seseorang itu dapat
bermain melodi serta dengan iringan irama secara serentak. Cara ini tidak wujud
dalam permainan piano atau alat alat muzik yang bermelodi. Malah, ada kibod
yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada juga
model yang sudah mempunyai pembesar suara di dalam kibod itu sendiri.

1.3 Kelebihan Kibod

Berdasarkan kemajuan Sains dan teknologi pada masa kini, terdapat banyak
inovasi yang telah dibuat pada kibod sehingga kibod diberi gelaran alat muzik
All in One. Kibod merupakan alat muzik yang sangat canggih serta
menakjubkan dunia muzik pada hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan
dilengkapi dengan warna ton dan renj pic yang mantap. Malah, melodi dan
harmoni boleh dimainkan secara serentak dengan iringan rentak irama yang
dipilih.

1. Boleh dimainkan melodi dan kord serta iringan rentak rentak yang
disukai.
2. Mempunyai banyak ragam bunyi alat alat muzik moden dan
tradisional
3. Ada pelbagai set kesan bunyi yang boleh diguna pakai bersama
muzik.
4. Boleh dirakamkan muzik yang dimainkan serta diperdengarkan
semula.
5. Ada DEMO bank simpanan lagu atau melodi disediakan sebagai
contoh.
6. Boleh diprogramkan kerja kerja muzik studio yang hendak
dihasilkan.
7. Berkemampuan mengubah nada (key) tinggi atau rendak dari segi
tonnya.
8. Boleh diperbesarkan kekuatan bunyinya dengan membuat sambungan
kepada pembesar suara yang sesuai.
9. Nada pada kibod adalah tetap dan tidak perlu dibuat tuning seperti
piano dan alat alat muzik bermelodi yang lain.
10. Boleh dipasangkanalat pendengar senyap (Headphone) agar tidak
mengganggu ketenteraman orang lain.
11. Kekuatan bunyi boleh dikawal.
12. Perubahan boleh dilakukan pada tempo.
4

13. Boleh menyimpan data data rakaman serta membuat


pengubahsuaiannya.
14. Mampu menyalin lagu lagu dari data simpanan yang lain.
15. Mudah dibawa ke mana mana.

1.4 Teknik bermain kibod


1.4.1 Teknik Penjarian Asas

Seseorang itu perlu tahu dan memahami peranan serta fungsi setiap jari
yang bakal digunakan sebelum bermulanya dengan permainan kibod.
Pergerakan dalam permainan kibod adalah berbeza jika dibandingkan
dengan cara permainan piano. Walaupun begitu, teknik asas dalam
permainan piano masih boleh digunakan permainan kibod terutamanya
dalam pengaplikasian jari jari pada papan nada atau papan jari kibod.

Gambar 1: Papan nada

Biasanya, sesebuah kibod mempunyai tiga hingga enam oktaf papan


nada. Selalunya, saiz papan tanda adalah bergantung pada jenis model
kibod itu sendiri. Tetapi, saiz papan nada sepatutnya bersesuaian dengan
lebar jari orang dewasa. Bagi kanak kanak pula, kibod yang kecil patut
digunakan dan haruslah bersesuaian dengan saiz jari mereka.

Pada peringkat awal permainan, latihan pergerakan haruslah dibuat pada


bahagian lengan, pergelangan tangan serta semua jari tangan. Otot
otot pada lengan berperanan untuk mengimbangi pergerakan lengan,
6

pergelangan tangan serta jari dalam permainan kibod. Seterusnya,


kelembutan dan ketepatan meletakkan jari jari pada papan nada adalah
penting dalam tatacara permainan alat muzik kibod ini.

1.4.2 Panduan untuk penjarian 5 jari, permainan skel dan arpeggio

Setiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada.


Walaupun begitu, tiap jari juga menyokong antara satu sama lain dalam
mengimbangi kedudukannya yang selalu berubah ubah. Pergerakan
dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana mana jari yang
berubah tempat. Oleh itu, pergelangan tangan memainkan peranan dan
perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana mana papan nada.

Bagi pemain skel pula, ibu jari haruslah dielakkan dalam keadaan
terlipat kedalam. Ibu jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari
telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan, pergerakan tangan dan jari
mampu mengelak rasa kekejangan, lenguh dan ketidak serasian
menggunakan kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam
kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian lengan. Cara begini
mampu mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot.

Bagi teknik bermain skel dan arpeggio pula, tekniknya adalah lebih
kurang sama. Cuma, permainan arpeggio memerlukan pergerakan lengan
yang lebih sedikit. Aras kedudukan lengan juga boleh dilaraskan untuk
permainan papan nada hitam atau putih. Bila ada perubahan tempo pula,
kepada cepat, pergerakan pergerakan besar haruslah dikurangkan.
Pada tempo lambat pula, jari jari haruslah diletakkan tepat pada
7

tempatnya. Tiap pergerakan ibu jari perlu sentiasa kekal di luar tapak
tangan dan tidak terbengkok hala ke dalam tapak tangan.

1.4.3 Teknik bermain skel

Skel merupakan not not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah
skel mengandungi lapan not. Terdapat tiga jenis skel yang biasa
digunakan iiatu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik.

(i)

Skel D major (Menaik dan menurun)

(ii)

Skel A major (Menaik dan menurun)

10

(iii)

Skel Bb major (Menaik dan menurun)

11

12

1.4.4 Teknik bermain arpeggio

Arpeggio adalah suatu kumpulan not yang dimainkan satu demi satu
samada menaik atau menurun. Semua not dalam arpeggio adalah dalam
kord yang sama. Kord menggunakan not pertama, ketiga dan kelima
dalam skel. Arpeggio juga menggunakan not yang sama dengan kord.
Contohnya: D major arpeggio menaik 2 oktaf mempunyai not D, F#, A, D,
F#, A, D.

Corak penjarian arpeggio diulangi setiap tiga not supaya permainan


setiap oktaf akan menggunakan penjarian yang sama. Contohnya:
penjarian tangan kanan untuk memainkan arpeggio D major 2 oktaf
menaik 1, 2 , 3, 1, 2, 3, 5. Ibu jari sentiasa berada pada key putih atas
kibod kecuali nada Bb dan Eb major. Jari kelima digunakan hanya untuk
permulaan dan penghabisan. Di bawah adalah contoh contoh penjarian
untuk beberapa arpeggio 2 oktaf.

Tangan kanan

Penjarian

Nada

1231235

D major
A major

2124124

Bb major
Eb major

Rajah 4: Penjarian tangan kanan

13

Tangan kiri

Penjarian

Nada

5321321

D major
A major

3 2 1 3 2 1 2 atau

Bb major

4214212

Eb major

Rajah 5: Penjarian tangan kiri

1.4.5 Kord
14

Kord mempunyai tiga atau lebih not yang dimainkan serentak. Arpeggio
adalah not-not dalam sesuatu kord yang dimainkan secara berasingan
samada menaik, menurun atau menaik dan menurun. Kordkord yang
paling asas yang boleh digunakan bagi mengiringi lagu dinamakan Kord
Primer.

Kord primer untuk lagu dalam nada major terdiri daripada kord I,
kord IV dan kord V. Kord-kord sekunder iaitu kord ii dan kord vi adalah
sebagai pilihan bagi menambahkan variasi harmoni kepada lagu tersebut.
[ Catatan : huruf roman besar bermaksud kualiti kord tersebut adalah
major (kord Major), huruf roman kecil bermaksud kualiti kord tersebut
adalah minor (kord Minor).

Untuk lagu dalam nada minor harmonik, cara menulis kord primer
dan kord sekunder adalah kord i, kord ii, kord iv, kord V dan kord VI.
Kebanyakan kord dimainkan dalam kedudukan perdu tetapi untuk
pergerakan kord yang
lebih lancar kedudukan pembalikan pertama dan pembalikan kedua
digunakan.

Contoh : kord I dalam nada D major - D, F#, A dimainkan dalam


kedudukan perdu. Kord IV iaitu G, B, D dalam kedudukan perdu akan
dimainkan dalam kedudukan pembalikan kedua D, G, B untuk pergerakan
yang lebih lancar dari kord I ke Kord IV. Untuk kord V, kord V7 dan kord
vi, kedudukan pembalikan pertama dimainkan. Rujuk gambarajah kordkord dibawah.

15

Kord kord D major yang dimainkan mengikut kedudukan yang sesuai:

Kord Kibod

Key 1

Key Ke - 2

Key ke - 3

D major kord 1 D kedudukan perdu

12

D major kord IV G pembalikan kedua

10

14

D major kord V A pembalikan pertama

12

Rajah 6: Kedudukan kord D major

2.0 JENIS IRINGAN DALAM KIBOD

16

K
B
C
J
O
R
E
H
U
R
O
S
M
D
K
M
P
E
IA
P
B
N
L
I
L
B
N
G
O
K
E
G
O
K
R
K
R
T
O
D
IR
D
Rajah 7: Jenis jenis iringan kod
2.1 Kord Block

17

Kord dimainkan secara seretak. Setiap not dalam satu kord dimainkan
bersamaan. Contohnya not C E G dalam kord C major. ketiga-tiga not itu akan
ditekan pada masa yang sama secara serentak untuk stail kord blok ini.

2.2 Broken kord


Broken kord bermaksud setiap not dimainkan satu per satu. Contohnya not C E
G dalam kord C major. Pemain perlu tekan not C lepas itu not E dan bersambung
dengan not G. Maksud broken kord di sini adalah setiap not dalam sesuatu kord
akan dimainkan bersambungan satu per satu.
2.3 Bes alberti
Alberti bass adalah sejenis kord pecah, di mana not kord dimainkan mengikut
harmoni yang paling rendah, tinggi, sederhana dan tinggi. Corak ini kemudian
diulangi. Corak kord ini membantu untuk mewujudkan bunyi yang lancar dan
berterusan tanpa henti.

2.4 Stail Chomping

18

19

Gambar 2: Teknik Stail Chomping


2.5 Stail jumping
Jumping kord merupakan kord yang bergerak dari satu tangan ke satu tangan.
Contohnya, kord C major. Pemain akan main di skel bawah dan terus jump ke
skel yang sebelah dan main kord yang sama. Kord yang sama akan dimain
sambil bergerak dari tangan ke satu tangan.

20

Gambar 3: Stail jumping dalam keratan di atas


3.0 RUMUSAN
Sebagai pendidik muzik, kita perlulah memahami bidang yang kita sediri ceburi.
Malah, kita harus bijak dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan cara yang
berkesan dan bermakna kepada mereka. Dengan memasang rakaman audio
seperti cd dan kaset, manakal murid menyanyi dnegan seronok, belum cukup
memadai. Sebenarnya banyak aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru
21

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah, terutamanya


dalam permainan alat muzik dan juga nyanyian.

Pengajaran dan pembelajaran muzik akan lebih terancang dan berkesan


sekiranya sebagai pendidik muzik dapat mengenal pasti dan menguasai sendir
ikaedah kaedah yang digunakan serta konsep konsep muzik yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah. Pendidik juga harus peka dalam perubahan dan
pembaharuan terutamanya dalam hal hal yang berkaitan dengan pendidikan.

22

Anda mungkin juga menyukai