Anda di halaman 1dari 2

SubhanALLAH

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya
terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma Oleary mendakwa bahawa beberapa
saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang
berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia.
Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat
berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari
jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan
mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka
otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan
pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu
solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahimdll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islamhebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,


Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah
beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud
melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa
(kesalahan) darimu ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar (Surah AlAnkabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya.
Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan rasa menghina dirinya seseorang
hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan
mengaku bahawaYa Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai
dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia
melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah). (Hadis
Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan
ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan
diri (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas
tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya
terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada
tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina
maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan
dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan
kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud
seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi
seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan
ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha
Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, Subhana Rabbial- Ala wa-Bihamdih.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya
zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak
kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE

Anda mungkin juga menyukai