Anda di halaman 1dari 11

i.

Esei
Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian
kanak-kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Salah
satu contoh teknik tersebut ialah boneka. Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita,
menyampaikan mesej serta hiburan. Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam
menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi
atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia
kerana permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan
sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada
bahasa Portugis Boneca yang membawa maksud hidup.
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh
ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layanglayang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi,
persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran
boleh menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri
daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.
Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh
menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah
penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan
tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan
menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni. Selain itu, teknik boneka memberi
pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan
menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini
secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit.
Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik
boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar
juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah
Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti
yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan
dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa

kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai
dengan keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk
pembelajaran kanak-kanak.
Pada kali ini, saya telah memilih aktiviti boneka untuk dijadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah iaitu saya telah memilih untuk membuat boneka tangan.
Dengan

menggunakan boneka tangan ini, kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan

pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Bagi menyediakan
boneka jenis ini, saya menggunakan bahan seperti sarung tangan,kertas warna, gam dan
gunting. Dengan menggunakan boneka tangan, murid-murid saya lebih bebas membuat
pergerakan. Boneka tangan ini sangat bersesuaikan dengan skrip yang telah saya reka. Saya
telah mereka kisah cerita Arnab dan kura-kura. Seramai 5 kumpulan murid membuat
persembahan boneka. Selepas menulis skrip berkaitan cerita Arnab dan kura-kura, murid
menyediakan peralatan yang digunakan untuk persembahan boneka iaitu alat untuk
menghasilkan boneka dan pentas. Selepas itu, murid membuat persembahan boneka mengikut
kumpulan masing-masing di dalam bilik darjah.
Aktiviti boneka ini dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan,
memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan
berkesan. Dari segi penerokaan, semasa murid melibatkan diri dalam boneka, mereka
menggunakan bahan seperti peralatan boneka. Dengan ini mereka meneroka bahan tersebut.
Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar
untuk melakukannya. Mereka diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan cara menggalakkan
mereka meninjau dan meneliti alat tersebut. Selain daripada itu melalui boneka ini, murid dapat
meneroka personaliti orang lain. Contohnya dalam aktiviti boneka ini, murid melakon seperti
watak mereka yang sesuai dengan boneka. Dengan ini mereka dapat menerokai watak mereka
dalam aktiviti boneka dengan mendalam. Apabila melibatkan diri dalam boneka, murid juga
dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan
perbendaharaan kata. Melalui boneka ini murid dapat mengguna dan memperkukuhkan
kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan.
Persembahan boneka ini mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak
terhadap peristiwa ataupun cerita Arnab dan Kura-kura. Penggunaan boneka yang pelbagai
bentuk, warna dan bentuk dalam persembahan ini menarik minat murid-murid secara tekal dan
kekal. Tambahan pula, watak yang sedang ditonton dan dilakonkan itu mempunyai pengalaman
manis dalam hidup mereka. Selain daripda itu, dengan aktiviti boneka ini murid dapat

menghasilkan skrip, menulis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi,
teknik menggerakan boneka dan sebagainya. Dengan ini, penggunaan boneka berjaya
meningkatkan minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyak membantu dalam
memperolehi pengalaman kepada murid-murid yang terlibat. Boneka dapat mengguna dan
memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Selain itu, boneka juga dapat
memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara

berkumpulan, bekerjasama dan

berkongsi pengalaman. Semasa dalam persembahan boneka di dalam bilik darjah, semua
murid bekerjasama dalam kumpulan mereka untuk menyampaikan persembahan boneka yang
terbaik. Pendengar iaitu murid-murid dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian
dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Murid-murid dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau
hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan
menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam
berbagai mata pelajaran.
Selain daripada itu, murid-murid dapat membina idea baru dari benda konkrit. Semasa
aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung berbincang sesama rakan lain dan
cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsi
pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik. Selain daripada itu, murid
dapat mempelajari bahasa dalam suasana menarik. Sebelum persembahan, murid-murid diberi
peluang untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti. Semasa persembahan pula,
murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog. Manakala
selepas persembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita
tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid terlibat
menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpa disedari oleh mereka. Tujuan
pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid
mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Kaedah ini akan
mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau
isi pelajaran yang disampaikan. Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip
membantu menambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam

bilik darjah. Secara tidak langsung proses komunikasi mereka lebih berkesan apabila mereka
memperolehi pengalaman dalam menyampaikan persembahan boneka.
Selain daripada itu, daripada aktiviti boneka ini juga, murid-murid menujukkan fungsi
ekspresi. Fungsi ekspresi merujuk kepada pernyataan suka, benci, kagum, marah, bosan,dan
sedih. Dengan mendongeng cerita boneka, baik pencerita mahu pun pendengar dapat
mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dan sebagainya. Pencerita melontarkan
soalan agar murid-murid yang lain dapat memperkembangkan ideanya. Selain itu, pencerita
juga menimbulkan persoalan agar murid-murid berkeinginan untuk bertanya. Dengan cara
bergini, murid-murid dapat mengekspresi diri untuk melahirkan rasa kagum, senang, benci dan
sedih. Melalui permainan

boneka juga muri-murid merasa seronok kerana mereka dapat

meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini menggalakkan mereka melibatkan
diri secara aktif. Mereka juga tidak berasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang
disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah
pendedahan murid-murid untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
sebenar serta merangsang daya imaginasi. Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat
ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh,
mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Apabila melihat
sesuatu masalah, pelajar dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan
pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan
segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul. Emosi memainkan peranan penting
dalam luahan ekspresi diri pelajar. Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar
kadangkala dapat diterima dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh itu, penting
bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia
boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina
kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Konsep kendiri yang unggul berkait
rapat dengan keupayaan kawalan fizikal dan emosi. Oleh itu, pengalaman-pengalaman jasmani
bolehlah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk
memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu.
Murid-murid dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama
dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Media-media ekspresi boleh dilihat
dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ianya digabungkan secara
harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik. Semasa melibatkan diri dalam aktiviti boneka
murid dapat mengenali pernyataan suka, benci, kagum, marah, jengkel, sedih. Mereka juga

dapat mengenali dan meluahkan perasaan mereka. Contohnya, dengan mendongeng cerita
boneka, baik pencerita maupun pendengar dapat mengungkapkan pernyataan senang, benci,
kagum dan lain-lain. Pencerita boleh memberikan pertanyaan agar anak menjawab atau boleh
memancing kanak-kanak untuk bertanya, sehingga ketika bertanya pun murid boleh
mengekpresikan rasa kagum, senang, benci dan sedih. Selain itu, aktiviti seni visual juga
meningkatkan daya imaginatif murid-murid selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya
dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada murid-murid melalui aktiviti imitasi alam
sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya
satu bentuk hasil karya yang unik. Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan.
Contoh semasa menjadi watak dalam persembahan boneka, murid dapat menonjolkan
imaginasi mereka yang paling berkesan dan ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu.
Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk contohnya adalah satu cara mengekspresi diri
mereka ketika menunjukkan emosi.
Fungsi informasi merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan mesej atau
maklumat kepada orang lain. Semasa persembahan boneka, dalam kelas penceritaan, baik
pencerita ataupun si pendengar dapat menyampaikan mesejnya kepada orang lain. Mesej
tersebut pula merupakan perkara-perkara yang biasanya mereka sudah pernah mendengarnya.
Akan tetapi pada saat itu, mesej tersebut muncul kembali kerana adanya simulasi. Fungsi
ekplorasi pula merujuki kepada keupayaan untuk menjelaskan sesuatu hal, perkara dan
keadaan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu. Ketika
mereka mengetahui sesuatu maka melalui stimulasi, mereka akan berusaha untuk menjelaskan
idenya. Semasa persembahan boneka, murid-murid dapat menjelaskan watak yang dilakonkan
dalam persembahan boneka. Fungsi Persuasi puala merujuk kepada fungsi bahasa yang
bersifat mempengaruhi atau mengajak orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan
sesuatu secara baik. Pada tahap selanjutnya kanak-kanak berusaha mengajak atau
mendominasi temannya dengan kemahuan atau keinginannya. Bahkan sering kali tejadi
pertengkaran di antara mereka untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Manakala
fungsi melayan pula merujuk kepada keupayaan untuk menghibur. Komunikasi yang wujud
semasa persembahan boneka antara pendengar dan pembicara pastinya mengandung elemen
kelucuan bahasa atau ekspresi dan gerak tubuh. Maka dalam penceritaan fungsi menghibur
adalah unsur yang mutlak. Seorang pencerita iaitu murid yang menjadi pencerita dalam
persembahan boneka dapat menjalankan fungsi itu dengan baik.

Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa


perlaksanaan boneka ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar
dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat dijalankan selari
dengan perkembangan mereka. Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang
minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam
kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama
dalam penyediaan bahan.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman
adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan keseronokan,
meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak
disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik. Membentuk dan
membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta
penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapid yang mendalam perlu dilakukan untuk
mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.
Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativiti yang lebih
positf dan tidak terhalang.

(1883 patah perkataan)

PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja
WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan
maklumat yang telah saya perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan.
Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya En Norshamsuri Bin Sapiai
kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi
menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain lain urusan
tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa
memberikan satu inspirasi kepada saya untuk meneruskan tugasan saya. Pelbagai manfaat
yang telah saya perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat saya di
dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari.
Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna
dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Refleksi
Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan projek
WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan
maklumat yang telah saya perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan. Saya telah dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi.
Secara umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu
yang pertama seni visual, seni pergerakan, dan seni muzik. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai
skop dan konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga
elemen ini dan menerapkannya kedalam proses P&P, sudah pasti akan menghasilkan
momentum yang luar biasa dalam kalangan murid. Melalaui tugasan 1 ini pengetahuan yang
paling bernilai bagi saya adalah tentang sejarah boneka dan jenis-jenis boneka di negara kita.
Melalui tugasan ini, saya telah menguasai beberapa kemahiran yang penting dan
berfaedah untuk pekerjaan saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Kemahiran yang
pertama saya tuntut melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari
pelbagai sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini, saya mendapati bahawa sumber saya
tentang maklumat boneka adalah sangat sedikit. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk
mencari maklumat yang lebih tentang tajuk saya. Akhirnya, saya dapat mampu juga untuk
mencari maklumat yang secukupnya untuk menulis esei.
Tuntasnya, subjek Seni Dalam Pendidikan telah banyak membantu meluaskan sudut
pandang saya dalam dunia pendidikan. Melalui sudut pandang seorang guru pelatih, saya
dapat melihat beberapa kepentingan seni dalam pendidikan yang mana saya merasakan sudut
pandang ini juga dipersetujui oleh mereka yang berada dalam bidang yang sama. Dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, boneka boleh digunakan untiuk menyampaikan cerita


agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanakkanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan
kerjasama dalam kumpulan.
Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu guru dalam mempelbagaikan lagi teknik,
kaedah, serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Daripada tugasan ini, saya fahami aktiviti

pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk memahami sesuatu
pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina
sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman
adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan keseronokan,
meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak
disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan boneka dapat membantu
murid-murid membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi.
Sekian terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Buku

Ismail Bin Saiman,Mohd Taslim Bin Haji abd Rahim.Johar Bin Jonid.2014.Seni Dalam
Pendidikan.

Isbell, R.& Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New york: Thomson
Delmar Learning.

Mackey, S. (1993) Emotion and cognition in arts educations in curriculum Studies. pp. 245-256

Modul OUM ( Topik 7 : Penerokaan, MemperolehPengalamandanEkspresi)

Lamen Web

Penerokaan, Memperoleh pengalaman dan ekspresi


http://www.scribd.com/doc/118311612/SDP-Topik-7-Penerokaan-Memperoleh-PengalamanEkspresi\
Diakses pada 10/03/2015

Pengenalan Boneka
http://www.slideshare.net/IfHim/pengenalan-boneka
Diakses pada 12/03/2015

Pengenalan Boneka
https://www.scribd.com/doc/199074110/pengenalan-boneka
Diakses pada 15/03/2015

Isi kandungan

TAJUK
Borang maklum balas
Halaman pengakuan
Soalan Tugasan
Penghargaan
Tugasan I Esei
Tugasan 1 Refleksi
Tugasan ii Persembahan
Lampiran

M/S

1- 6

Anda mungkin juga menyukai