P. 1
[NOVEL] Aku Tak Suka Kau....

[NOVEL] Aku Tak Suka Kau....

|Views: 1,144|Likes:
Dipublikasikan oleh azan90

More info:

Published by: azan90 on Mar 06, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/17/2013

pdf

text

original

"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni?

Dengan langkah yang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong. "Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam…" "Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah tau pun!" Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas. 'Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!" Doaku dalam hati. "Assalamualaikum!" Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali. "Wa'alaikumussalam!" Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin sangat nak buka pintu? "Oh, engkau rupanya!" Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. "Hantar kuih ke?" Soal Azhar tersengih. "Ya! Nah!" Piring itu kuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. "Sebelum aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?" "Kalau aku, kenapa?" Soalku membalas. Azhar tersengih. "Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan, boleh patah gigi!" Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu denan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus! "Bukan akulah! Kakak aku!" Aku menjawab penuh geram. "Oh, kakak kau…" Azhar mencapai piring itu perlahan."Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!" Sambung Azhar. Aku tersenyum sinis. "Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!" Jawabku geram. "Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia, lain kali ajar sikit anak dia ni!" Aku berlalu. Puas hati aku! "Siapa yang ambil tadi?" Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Entah hantu mana agaknya tu!" Jawabku acuh tak acuh. "Oo… tentu Azhar kan?" Teka Along tersenyum. "Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!" "Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik bermasam muka begitu!" Along menasihatkanku. "Malas!" Along menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam anjing dengan kucing!" Keluh Along. *** Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. "Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari, ha?" Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru! "Wargh!!!" Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kau hantu! "Hai!" Azhar tersengih memandangku. "Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu

ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!" Sengihan Azhar semakin melebar. "Berambuslah kau!" Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengajarku tadi semakin menghampiri kami berdua. "Nak tumpang?" Azhar mempelawa sinis. Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. "Berat kau, ya? Susah nak kawal!" Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap sekalipun! "Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu ke?" Azhar membuat muka penat. "Alahai… banyaklah muka penat kau tu! Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada masalah pun." Balasku geram. "Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu menumpang, buatlah cara orang menumpang!" "Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!" Hatiku mula panas. "Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!" Motor Azhar semakin meluncur laju. "Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!" Aku menggigit bibir. "Kenapa, takut?" Motor Azhar semakin laju. "Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!" Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang. Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. "Hei, berhentilah!" Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku. "Eh, apasal tak boleh berhenti ni?" Azhar mula cemas. "Hei, pijaklah brek tu!" Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami hampiri. "Azhar!" Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat. "Izma, lompat!" Jerit Azhar. Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni? "Hoi! Apa ni!" Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azhar bangun perlahan. "Habislah motor aku!" Azhar menarik motornya. Aku cuba berdiri namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. "Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!" Aku memekik pada Azhar. "Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni. Okey ke?" Cepat-cepat Azhar menghampiriku. "Okey kepala hotak kau! Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadi arwah!" Aku melepaskan geram. "Yelah tu… Aku jugalah yang salah!" Azhar menghulurkan tangannya. "Mari sini aku papah kau!" "Hei, pelan-pelanlah sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!" Cemuhku lagi. "Izma, kau ni kalau tak ber 'hei-hei' dengan aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!" Azhar menarik tanganku. "Suka hati akulah!" "Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masuk dalam rumah!" Ugut Azhar. Aku mencemik. "Ini semua pasal kau juga!" "Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!" Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya! *** "Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan

pertanyaan Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah. Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluar dulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em… macam ada yang tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar. "Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!" Tanganku terasa bergegar. Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat khabar ditangannya basah. "Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik terus pergi surau!" Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis berkatakata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup. Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah haru! *** Tok! Tok! Tok! "Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?" Suara garau Angah memecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak! Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! "Bangunlah! Mentang-mentanglah tak sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!" Angah bersuara lagi. Ee… mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena! "Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?" Soal Angah dari luar. "Sudahlah!" Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. "Wargh! Ha! Ha! Ha!" Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. "Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!" Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi! "Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!" Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nak buat apa lagi? Melantaklah! "Ehem! Awalnya bangun!" Sindir Achik. Aku Cuma

menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo. "Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!" Along yang sedang memotong sayur bersuara. "Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?" Angah muncul tibatiba. Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak berceramah! Ni yang buat aku rimas ni! "Aik, nak ke mana pula tu?" Angah mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur. "Eh, jangan sibuklah!" Marahku geram. "Pergilah tolong kakakkakak kau tu memasak! Ini tidak, makan saja kau tahu!" "Habis, Angah tu?" Balasku. "Angah ni lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu." Jawab Angah. "Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?" "Eh, menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?" Angah mengecilkan matanya. "Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?" Emak muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih. "Tulah mak ni! Terlampau manjakan sangat budak ni!" Achik menjelingku. "Eleh, cemburu le tu!" Aku mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu ni kan? Hehee.. *** "Ala Ngah… Tolonglah Iqa kali ni saja!" Aku menarik-narik tangan Angah. "Ah, sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa nak hantar kau pergi sekolah!" Aku menarik tangannya kasar. "Tolonglah Angah… Mana ada lagi bas waktu ni!" Angah mencemik bibirnya. "Tulah, suka sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!" "Angah… Iqa dah lambat ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke.." Aku merayu. "Ha, masuklah cepat!" Suara Angah akhirnya. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah. "Amboi amboi… Kau ingat aku ni driver kau ke, ha?" Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka. Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu! "Terima kasih ye.." Aku menutup pintu kereta itu cermat. "Nanti leas kau balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam." Angah menjeling. "Kedai jam? Buat apa?" Tanyaku hairan. "Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau pandai-pandailah minta dari kengkawan kau." Dan kereta Angah meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Aku mengetap bibir. Aku mengatur langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal saja? "Assalamualaikum." Aku memberi salam penuh hormat. "Wa'alaikumussalam. Ha, masuk!" Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah,kenapa guru lain pula yang mengajar? Ala, guru baru kot! "Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah datang lewat, langsung tak pandang muka saya!" Langkahku terhenti. Apa kena pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun seketika. Eh… guru baru ke? Kacaknya… Tapi, apasal dia pakai baju seragam sekolah? Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi

aku untuk kesekian kalinya! Azhar yang berada di ahdapan kelas sedang menekannekan perut menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap kacak tadi. Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah! "Hei, Azhar! Cikgu datang!" Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik. Kelam-kabut Azhar berlari mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha… tu dia.. Guru 'terbesar' dah datang! "Semua berdiri!" Israf bersuara lantang. "Assalamualaikum semua." Ucap Cikgu Rokiah. Salam dijawab serentak. Cikgu Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang sepenuhnya. "Iqa!" Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku. Aku memandang malas. "Ada apa?" "Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik nanti." Maria berkata. "Balik? Balik mana pula ni?" Soalku hairan. "Balik rumahlah…" "Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?" Maria hanya mengangkat bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya. Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni… "Izma!" Aku kenal betul siapa yang memanggil aku tu. Dalam dunia ni, dia seorang saja yang panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan! Ah… aku melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar. "Apasal kau tak tunggu aku, ha?" Tanya Azhar. "Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!" Aku mencebik bibir. "Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku…" Azhar menunjukkan muka sedih. "Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni." "Kenapa pula pasal aku?" "Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak rosak!" "Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti bawak motor!" Balasku geram. Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa aku nak layan orang gila macam dia ni! Aku memilih tempat duduk paling belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. "Aku duduk sini, ya?" Azhar duduk di sebelahku. Aku mengeluh. "Tak ada tempat lain ke kau nak duduk, ha?" "Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak duduk di mana sekalipun." Jawab Azhar menyindir. Argh!! Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk. "Izma, bangun! Kita dah sampai ni!" Aku terasa bahuku digoncang. Aku mencelikkan mataku. Waa! Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah padam. Perlahan-lahan aku berdiri. "Best ke tidur atas paha aku tadi?" Soal Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas. "Taik kau!" Aku memandang tempat lain. "Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!" Aku menelan air liur. Mukaku terasa begitu panas sekali. "Janganlah

marah cik adik oi… Makin buruk muka!" Azhar tersengih lagi. "Huh!" Cepat-cepat aku beredar masuk ke dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang semakin kuat. Celaka kau! *** Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu. "Aik, tak senang duduk nampak?" Maria menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar tersenyum. Sesekali mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu. "Oh, ya! Sebelum aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau." Kata Maria kemudian. "Waalaikumussalam." Jawabku perlahan. "Kau tak nak jumpa dia ke?" Maria memandangku. "Kenapa pula?" Aku hairan. "Dia bertugas diperpustakaan hari ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku." Maria mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. "Boleh juga. Mari temankan aku!" Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar. Aku berdiri. "Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!" Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku. Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum. Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya. "Maria, korang nak pergi mana?" Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik. "Buat apa kau sibuk!" Jawab maria. Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati. "Ha, Iqa. Nak pinjam buku?" Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan. Aku tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter. "Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat, kena denda pula." "Kalau Iqa, mana saya nak denda." Ikhwan tersengih sambil tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi. "Ehem, aku pun nak kembalikan buku juga!" Aku terdengar suara di belakangku. Wajah Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke sini atau mengekori aku? "Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?" Soal Maria tiba-tiba. "Nak juga, kenapa?" Soal Ikhwan kembali. "Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap." Pelawa Maria sambil menjelingku. "Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu pustakawan juga!" Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan Ikhwan ni, kenapa? "Aku tak ada masalah." Ikhwan melangkah keluar dari kawasan kaunter. "Jom Iqa!" Maria menarik tanganku membawa aku berjalan seiring dengan dia dan Ikhwan. Kakiku melangkah namun sempat juga aku menoleh memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu

Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati aku dulu? "Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!" Maria mencuit lenganku. Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal aku ikut cakap si Maria ni. Nyesal! *** "Along dah kena risik!" Ha? Mataku membulat memandang Angah. "Eh, biar betul?" Angah tersengih. "Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along." "Angah cakap betulbetullah!" Aku mencubit lengan Angah kuat. "Orang cakap betullah ni!" Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi. "Siapa?" Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. "Orang sebelah!" "Ha?" Aku menelan air liur. "Eh, mana boleh!" Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku. "Kenapa pula ni?" "Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!" Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. "Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?" "Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?" Aku terus membentak. Kalau Azhar yang Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? "Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!" Angah tersenyum lagi. "Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?" Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat? "Iqa!" Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. "Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?" Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran. *** Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik. "Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!" Dapat kudengar suara Achik. "Keluar! Jangan nak buat hal lagi!' Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. "Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!" Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. "Ehem, sorang saja ke?" Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas

lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? "Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?" Soalku tanpa memandang wajahnya. "Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!" "Suka hati akulah!" Aku menjawab malas. "Aku pun, suka hati aku juga!" Azhar membalas sinis. Aku memandang Azhar geram. "Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!" "Eh, buat apa aku nak bertunang?" Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit bibir. "Kau nak mainkan kakak aku ke?" "Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!" Aku tercengang seketika. "Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?" "Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA." Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. "Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!" "Eh, bila pula? Tolong sikit ya?" "Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku…" "Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!" Aku memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah. "Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!" Azhar bersuara selamba tanpa memandangku. "Pinanglah… Aku tak akan terima!" "Sebab apa?" "Sebab aku tak suka kau!" Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira!

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->