Anda di halaman 1dari 3

Beza PT3 dengan PMR

June 30, 2014 at 8:30am


Assalammualaikum!
PT3/PMR? Jika ditanya sejujurnya Akak akan katakan hanya tukar nama saja.
Heheh. Inilah pencerahannya, boleh terimakah? atau sekadar propaganda?
Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Ikuti temubual wartawan Harian Metro Rosyahaida Abdullah
bersama Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan
Rendah Lembaga Peperiksaan (LP) Johara Abdul Wahab mengenai PT3.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan?

J: PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014.
Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.
S: Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan
yang sudah dibuat?
J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia
berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar
secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan


dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran
terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran
lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.

S: Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan
rohani seperti dinyatakan dalam PBS?

J: Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua
komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang
akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3.
Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi
emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pada akhir tingkatan tiga, pelajar akan diberi empat pelaporan iaitu PT3,
PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Sekolah (PS).

S: Apa pula PS dan mengapa perlunya PT3 sedangkan pelajar turut melalui PS
pada akhir tingkatan tiga?

J: PS mempunyai dua bentuk pentaksiran formatif (mengesan perkembangan


pembelajaran murid secara berterusan bagi tujuan membaiki kelemahannya
membuat penambahbaikan dengan serta merta serta sumatif seperti ujian
dan peperiksaan bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa
unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Makluman awal mengenai
perkembangan dan pencapaian murid adalah penting bagi membolehkan
pihak sekolah melaksanakan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru dapat merancang program pemulihan yang diperlukan bagi membantu
meningkatkan prestasi murid.

S: Apakah peranan LP dalam pelaksanaan PT3?

J: LP menyediakan soalan untuk digunakan guru dalam menjalankan PT3 di


sekolah masing-masing. Bagi ujian bertulis misalnya, pihak LP
bertanggungjawab menyediakan item, format instrumen, panduan

pemasangan instrumen, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran dan


format pelaporan PT3.
Manakala, bagi ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kajian kes
Sejarah dan Geografi pula, LP akan menyediakan instrumen, panduan
penskoran dan peraturan pentadbiran. LP juga menyediakan format
pelaporan PT3.

S: Bagaimana pula dengan tanggungjawab pihak sekolah dalam pentaksiran


ini?

J: Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa perkara


antaranya memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan, Format
Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen, memeriksa skrip jawapan
murid dan menyediakan pelaporan.

S: Sebelum ini PMR digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan


kelayakan kemasukan pelajar lepasan tingkatan tiga ke sekolah berasrama
penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan seumpamanya. Dengan PT3,
bagaimana calon dinilai untuk kemasukan ke sekolah terbabit?

J: Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu


Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan
Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.

Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkembangan ,


pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh
digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang
lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah
atas.