Anda di halaman 1dari 26

MODEL EKONOMI BARU MALAYSIA

PENGENALAN
Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya.
Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan
kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah merumuskan satu
rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan. Model
Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi
(PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status
negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan
Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar
yang relevan.
Dua tonggak yang lain telah pun dilancarkan. Tonggak ini ialah konsep
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatupadukan
semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program
Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA) . Tonggak
terakhir ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 yang akan diumumkan nanti
pada tahun ini.
ISI KANDUNGAN
Keadaan Atau Suasana Ekonomi Di Malaysia
Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana. Malaysia dengan
pantas menaiki tangga untuk mencapai status pendapatan sederhana atas menjelang
tahun 1992 tetapi ekonominya menjadi lembap sejak itu. Dari segi sejarah, negara
pendapatan rendah begitu mudah untuk beranjak kepada status pendapatan sederhana
apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau kelebihan kos rendah mereka untuk

menarik pelaburan. Namun kelebihan kos rendah ini berlaku buat seketika dan akan
berakhir apabila pusat kos rendah yang lain mula muncul. Tanpa bitara (niche) yang
baru dan rancangan pembaharuan strategik, banyak negara tidak berupaya keluar
daripada kategori pendapatan sederhana suatu fenomena yang diistilahkan sebagai
perangkap pendapatan sederhana
Matlamat Dan Manfaat Penubuhan MEB
Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan
menjelang tahun 2020 Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan
yang lain. Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, kita tidak boleh
mengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih atas kekayaan daripada sumber asli
yang sememangnya tidak kekal. Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya
kepada kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian
sosial. Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk
mengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.
Pelaksanaan penuh dan mampan bagi langkah pembaharuan yang disarankan
oleh MPEN akan mendorong transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. MPEN menjangka langkah pembaharuan yang berani
akan menambah - giat pelaburan, mendorong produktiviti buruh dan merangsang
kecekapan, lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5% setahun
dalam tempoh 2011-2020. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat
kepada kira-kira AS$17,700 menjelang tahun 2020. Senario ini mengandaikan bahawa
tidak berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar diperingkat global yang boleh
menggelincirkan ekonomi Malaysia keluar dari landasan pertumbuhan ini.
Keterangkuman merupakan matlamat kedua dan merupakan komponen utama
bagi MEB. Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan. Pertumbuhan
yang menyokong golongan miskin akan memastikan bahawa tiada kumpulan yang akan
dipinggirkan dan keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Keluarga akan diberikan
peluang dan keupayaan untuk memburu impian mereka di bandar, pecan dan kampung
yang moden, canggih dan mudahhubung. Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di
tempat yang bebas daripada rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan diskriminasi
dan kekurangan keperluan. Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti
menyumbang dan berkongsi kekayaan negara. Meskipun kesaksamaan yang
sempurna itu mustahil dicapai, namun masyarakat yang terangkum akan memastikan
masalah ketaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk. Justeru, program tindakan
afirmatif yang mesra pasaran yang seiring dengan prinsip keterangkuman
diperkenalkan untuk:

Menyasarkan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan 40% terendah yang
77.2% daripada mereka ialah kaum bumiputera dan ramai yang berada di Sabah
dan Sarawak

Memastikan peluang yang saksama dan adil melalui proses yang telus

Menyediakan akses kepada sumber berasaskan keperluan dan merit bagi


menambahbaik keupayaan, pendapatan dan kesejahteraan

Mempunyai rangka kerja institusi yang mantap demi pemantauan yang lebih baik
dan pelaksanaan yang berkesan

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang akan sampai kepada semua rakyat
jika langkah dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, kita mesti menyedari bahawa penyampaian pelbagai manfaat ini
memerlukan masa. Sementara itu, beberapa segmen penduduk mungkin melihat impak
negatif lebih daripada manfaat ataupun mereka mendapat manfaat yang kurang
berbanding orang lain. Kerajaan mesti berupaya menyampaikan kesaksamaan hakiki
manfaat ini pada kemudian hari, menggesa komitmen diberikan kepada proses dan
mewujudkan visi kebaikan bersama jangka panjang. Disebabkan keperluan terhadap
ketepatan masa dan urutan tindakan dasar yang betul, PTE akan menyediakan jaring
keselamatan yang lebih baik dan dana transformasi untuk melindungi pelbagai komuniti
semasa tempoh peralihan sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya. Orang ramai
perlu lebih memahami bahawa penyelarasan dan perubahan secara teratur diperlukan
jika mahu melihat matlamat MEB tercapai. Manfaat bagi rakyat hasil daripada MEB
disenaraikan dalam Jadual A.
Dalam ekonomi
berpendapatan tinggi,
rakyat
boleh menjangkakan:

Semua rakyat akan berasa


terangkum berikutan:

Pendekatan
mampan akan
memberi rakyat:

Pilihan yang lebih banyak


dan kuasa beli yang lebih
tinggi

Hidup dan bekerja dalam


persekitaran yang selamat

Keyakinan
terhadap kerajaan

Kualiti hidup yang lebih baik

Akses kepada maklumat yang


sama rata dan mudah

Persekitaran yang
lebih baik

Peluang bagi meningkatkan


Mobility

Saling menghormati dan


maruah individu

Pertumbuhan
Mampan

Ganjaran bagi inovasi dan


Kreativiti

Setiap bahagian di negara


ini sama ada negeri, bandar,
pekan atau kampung
penting

Pengurusan dan
pemuliharaan
sumber yang
mantap

Keyakinan yang lebih


tinggi terhadap kekukuhan
ekonomi

Golongan miskin tidak akan


dilupakan

Jadual A Manfaat untuk rakyat

Manfaat bagi perniagaan akan diperolehi daripada kesaksamaan alam sekitar yang
lebih baik, ekosistem yang lebih berkesan dan pasaran yang lebih cekap bagi
memudahkan pelaburan dan operasi (Jadual B).
Persekitaran saksama
yang membolehkan
pelabur berkembang
maju,
termasuklah:

Ekosistem berkesan bagi


operasi perniagaan akan
melibatkan:

Pasaran cekap akan


memberikan peluang
pelaburan dan
pertumbuhan melalui:

Hak Perniagaan.
Pengiktirafan hak
yang sewajarnya dan
tanggungjawab pemilik
perniagaan yang
sewajarnya
Kedaulatan UndangUndang.
Keupayaan untuk
mengurus perniagaan
dengan jaminan sistem
undang-undang yang adil
dan boleh dipercayai

Perkhidmatan Awam.
Kelulusan lebih pantas
merentasi semua peringkat

Ketelusan.
Keyakinan terhadap
keterbukaan dan
keadilan tender
kerajaan

Kecekapan Pelesenan.
Penghapusan pelesenan
yang tidak perlu dan beban
kawal selia yang tidak wajar

Penentuan Harga
Pasaran yang Adil.
Dengan kekecualian yang
minimum, subsidi dan
kawalan harga akan
dimansuhkan

Kebebasan Pemilikan.
Bebas untuk memiliki
sepenuhnya perniagaan
sendiri dan memilih rakan
niaga

Kelompok Dinamik.
Manfaat diperolehi daripada
skala melalui
Bebas Halangan.
pengelompokan dan
Liberalisasi bagi semua
perangkaian industri
sektor

Harta Intelek.
Aset intelek akan dilindungi

Modal Insan.
Akses lebih baik
terhadap bakat yang terbaik
berdasarkan keupayaan
membayar

Pengiktirafan Perusahaan
Kecil dan Sederhana
(PKS).
Peraturan adalah
bersesuaian dan seimbang
dengan perniagaan kecil

Pendanaan.
Akses yang fleksibel dan
pantas terhadap
pendanaan PKS di bawah
peraturan tadbir urus yang
kukuh

Ketelusan Pasaran.
Tiadanya merentir (rentseeking) dan kuota, dengan
sokongan kepada
perniagaan bersandarkan
prinsip pasaran

Mahkamah yang Cekap.


Penyelesaian pantas bagi
pertikaian undang-undang
Dana Transformasi.
Akses adil terhadap
bantuan istimewa semasa

Persaingan Adil.
Keupayaan untuk
beroperasi di gelangang
yang rata (level playing
field) yang diwujudkan
oleh penggubalan undangundang persaingan
Perkongsian
Awam-Swasta.
Peluang lebih banyak untuk
Bekerjasama dengan
sector awam dan SBK

tempoh peralihan ekonomi


Integrasi Serantau.
Pasaran serantau yang
berintegrasi dan
menyokong perkembangan
maju supaya menjadi
peneraju serantau.
Jadual B Manfaat untuk perniagaan
Bagaimana Meb Membantu Dasar Ekonomi
Malaysia memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam
pendekatannya supaya pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka
panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia meraih status
negara berpendapatan tinggi. MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan
potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke
hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan. Majlis Penasihat Ekonomi Negara
(MPEN) yakin bahawa melalui pelaksanaan konsisten dasar berani yang merentasi
lapan IPS, asas menjalankan perniagaan di Malaysia akan berubah daripada
pendekatan lama. Ini akan membolehkan sektor swasta cerdas dan memberikan
sumbangan penuh kepada pertumbuhan.
8 Cara Membantu Pertumbuhan Ekonomi
Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)
MPEN percaya bahawa adalah sangat penting untuk mendapatkan sokongan
pihak berkepentingan terhadap rancangan pelaksanaan yang terperinci bagi setiap
Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS). Pada masa ini, MPEN hanya mengemukakan
parameter secara umum di bawah setiap IPS dan akan diperhalusi pada masa akan
datang setelah perbincangan dan pengaturan dilakukan bersama semua pihak
berkepentingan. Kami mengenal pasti lapan IPS yang penting bagi mencapai MEB
(Rajah E). MPEN menyedari sepenuhnya bahawa banyak daripada langkah dasar yang
menyokong IPS adalah sama ada sedang dirancang ataupun telah dimulakan oleh
kerajaan. Saranan MPEN bertujuan untuk menokok nambah nilai dengan
memantapkan dan meningkatkan usaha dasar yang sedang berjalan.
IPS 1: Menyuburkan Kembali Sektor Swasta
Sektor swasta perlu bangkit dan menyandang profil yang lebih tinggi dalam
transformasi negara. Sepanjang sejarah yang tercatat, ekonomi mengalami
pertumbuhan jangka panjang yang terjamin berterusan melalui inisiatif keusahawanan
sektor swasta, didorong oleh insentif ekonomi yang menggalakkan individu mengambil

pandangan jauh dan mengelak daripada sikap suka mengambil kesempatan jangka
pendek. Sesetengah langkah dasar yang mungkin yang berkaitan dengan penyuburan
semula sektor swasta ini dipaparkan dalam Jadual C.
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Menyasarkan
produk
dan Menjajarkan insentif bagi memupuk pelaburan
perkhidmatan nilai tambah yang dalam aktiviti nilai tambah tinggi yang menjanakan
tinggi
kesan limpahan
Menyesuaikan insentif untuk memenuhi keperluan
setiap firma
Memudahkan Pelaburan Langsung Asing (PLA)
dan Pelaburan Langsung Domestik (PLD) dalam
industri/sektor yang pesat berkembang
Menghapuskan halangan dan Menghapuskan herotan dalam peraturan
dan
kos
untuk
menjalankan pelesenan,
termasuk
penggantian
system
perniagaan
Approved Permit (AP) dengan senarai import yang
negatif
Memperkenalkan proses pelesenan Satu Tingkap
melalui portal e-Kerajaan supaya merangkumi
kerajaan tempatan dan negeri
Membentuk ekosistem bagi Mengurangkan penyertaan
keusahawanan dan inovasi
dalam ekonomi

langsung

Kerajaan

Mengeluarkan SBK dari industri yang mana sektor


swasta beroperasi dengan berkesan
Pelancaran jalur lebar seluruh ekonomi
Memastikan SBK beroperasi atas dasar komersial
semata-mata, bebas daripada campur tangan
kerajaan
Menggalakkan
kecekapan Melaksanakan proses yang cekap dan telus bagi
melalui persaingan sihat
perolehan kerajaan pada semua peringkat
Meratakan gelanggang(level playing field) bagi
sektor swasta melalui aturan standard yang telus
Menyokong persekitaran persaingan yang lebih
kukuh dengan undang-undang persaingan

Merangsang pertumbuhan PKS

Menyokong PKS dalam bidang yang inovatif dan


yang maju teknologinya
Memudahkan akses yang tepat masa
pendanaan bagi aktiviti perniagaan

Melahirkan peneraju serantau

terhadap

Menggalakkan perkongsian SBK dengan syarikat


sector swasta
Membentuk jaringan serantau yang
ASEAN, China, India, Asia Barat

agresif

Menambahbaikkan manfaat Perjanjian Dagang


Bebas (FTA)
Jadual C Mencerdaskan sektor swasta
IPS 2: Membangunkan Tenaga
Kebergantungan Pada Pekerja Asing

Kerja

Berkualiti

Dan

Mengurangkan

Pasaran buruh mesti berfungsi dengan lancer: pekerjaan dan pekerja mesti
dipadankan dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti dan dengan itu
meningkatkan upah untuk semua. Penyesuaian pasaran buruh mestilah lancar: pekerja
yang layak perlu segera mendapat kerja yang layak dengannya; kerja ini pula mesti
segera menarik pekerja yang layak, termasuk mereka yang dari luar negara. Dalam
masa yang sama, asas bakat Malaysia mesti ditingkatkan. Sistem pendidikan yang
berkualiti yang memupuk pekerja yang mahir, bersifat ingin tahu dan inovatif untuk
terus-menerus mendorong produktiviti ke hadapan merupakan asas pertumbuhan
ekonomi yang mampan. Pendapatan tinggi datang daripada insan mahir yang
menggunakan bakat mereka untuk menghadapi cabaran ekonomi dengan cemerlang.
Malaysia tidak boleh terlepas peluang untuk menggerakkan sumbernya yang amat
berharga ini. Oleh itu, Malaysia mesti menghapuskan halangan yang menghindarkan
rakyatnya yang berkebolehan daripada mendapatkan kemahiran dan pada masa yang
sama, menarik insan berbakat ini supaya terus berkhidmat dalam negara (Jadual D).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Meningkatkan bakat tempatan

Mengkaji semula sistem pendidikan merubah


pendekatan pendidikan daripada pembelajaran
melalui hafalan kepada pemikiran kreatif dan
kritis
Meningkatkan penekanan pada pengenalan
semula kolej latihan teknik dan vokasional
Mengenal pasti dan memupuk bakat melalui
proses berorientasikan permintaan

Meningkatkan autonomi dan akauntabiliti institusi


pendidikan
Menggalakkan usaha sama P&P antara institusi
pengajian tinggi dengan industri
Meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris

Memperbaharui
tenaga
buruh sedia ada

Menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dan


dalam jangkauan semua tempat
kemahiran Meningkatkan kemahiran tenaga buruh Malaysia
yang berada dalam kumpulan terendah melalui
pendidikan dan latihan berterusan
Menyediakan jaring keselamatan pekerja untuk
pekerja yang hilang pekerjaan
Industri bekerjasama dengan
kerajaan untuk
menggalakkan Latihan Kerja Berterusan (LKB)
Memformalkan
pensijilan
kemahiran
standard kualiti antarabangsa

dan

Memastikan paras upah sepadan dengan tahap


kemahiran
Mengekalkan
bakat global

dan

mengakses Mengkaji semula program sedia ada bagi menarik


rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara
supaya kembali
Menawarkan taraf pemastautin tetap kepada
bekas rakyat Malaysia dan keluarga mereka
Memusatkan pengawasan pekerja asing dan
ekspatriat
untuk membolehkan amalan yang
koheren
Membolehkan membentuk kelompok kritikal
golongan professional mahir melalui permit kerja
dan prosedur imigresen yang lebih ringkas
Meliberalisasikan
perkhidmatan
melalui pengiktirafan bersama

profesional

Menghapuskan herotan pasaran Melindungi


pekerja,
bukannya
pekerjaan,
buruh
yang
mengekang melalui jarring keselamatan yang lebih kukuh
pertumbuhan upah
sekaligus menggalakkan fleksibiliti pasaran buruh

Menyemak rangka kerja undang-undang dan


institusi
bagi memudahkan pengambilan dan
pemecatan pekerja
Menaikkan bayaran melalui laba produktiviti,
bukannya pengawalan upah
Mengurangkan kebergantungan Menguatkuasakan standard buruh yang sama
pada buruh asing
bagi pekerja tempatan dan asing
Menggunakan sistem levi untuk mencapai sasaran
bagi pekerja asing tidak mahir sejajar dengan
keperluan sektor
Jadual D Merangsang tenaga kerja untuk mencungkil kebolehan mereka
IPS 3: Mewujudkan Ekonomi Domestik Yang Berdaya Saing
Banyak herotan akan dilenyapkan dan ekonomi akan mengalami suasana
kebersaingan yang lebih sengit dengan terhapusnya subsidi, kawalan harga dan aneka
insentif yang telah hilang objektif asalnya. PTE akan membantu individu dan firma untuk
mengurangkan impak daripada langkah berani ini dengan menyediakan jaring
keselamatan sosial yang lebih baik dan dana transformasi khas (Jadual E).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Menambahbaikkan
kecekapan Mengukuhkan persekitaran persaingan dengan
ekonomi melalui persaingan
memperkenalkan undang-undang perdagangan
adil
Menambahbaikkan undang-undang persaingan
bagi melindungi kepentingan firma domestik
sebelum meliberalisasikan sector kepada firma
asing
Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata
untuk mengurangkan amalan diskriminasi dan
tidak adil
Mengkaji semula halangan kemasukan yang ada
dalam sector barangan dan perkhidmatan
Menerapkan
amalan
baik
dan
standard
antarabangsa bagi industri tempatan supaya tinggi
daya saingnya

Membina keusahawanan

Menyusun semula dana modal mula (seed capital)


dan modal usahaniaga (venture capital) bagi
menyokong usahawan yang sedang meningkat
Memudahkan undang-undang kebankrapan yang
berhubung dengan syarikat dan individu bagi
merangsang keusahawanan yang bertenaga
Memberikan sokongan kewangan dan teknikal
kepada PKS dan perniagaan mikro supaya
mereka dapat menganjak naik pada
rantaian nilai

Menghapuskan herotan pasaran Menghentikan secara berperingkat kawalan harga


yang
mengakibatkan dan subsidi yang memesongkan pasaran bagi
penyalahuntukan sumber
barangan dan perkhidmatan
Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring
keselamatan social yang lebih luas untuk isi
rumah dalam kumpulan 40% terendah sebelum
subsidi dihapuskan
Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu
firma yang mengalami kesukaran semasa tempoh
pembaharuan
Jadual E Pasaran yang rancak dan pilihan yang lebih banyak
IPS 4: Mengukuhkan Sektor Awam
Institusi awam mesti disusun semula. Institusi awam tidak harus
menduplikasikan fungsi yang dijalankan dengan baik oleh sektor swasta. Sebaliknya, ia
seharusnya berusaha memikul tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh sektor swasta.
Penyampaian perkhidmatan kerajaan mesti cekap dan berkesan, menggunakan
pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-of-government approach) bagi memudahkan
operasi sektor swasta. Pengurusan fiskal mesti dikukuhkan supaya merangkumi
ketelusan yang lebih tinggi dan untuk memberikan insentif yang betul. Asas hasil
kerajaan mesti dipelbagaikan dan perbelanjaan diperkemas untuk merangsang
penggunaan hasil yang lebih baik (Jadual F).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Menambahbaikkan proses Menggunakan pendekatan menyeluruh kerajaan


pembuatan keputusan
(whole-of-government approach) untuk memberikan
perkhidmatan berintegrasi
Memperkasakan entiti negeri dan tempatan untuk
menjalankan tugas mereka di peringkat setempat

Menggalakkan input dan autoriti tempatan yang lebih


besar dalam pembangunan ekonomi untuk menyokong
perbezaan dan keperluan wilayah
Membangunkan
proses
untuk
pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian yang berkesan bagi langkah
dasar
Memperkasakan Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA) supaya menjadi agensi sehenti (one
stop center) yang berkesan untuk memudahkan
pelaburan asing

Menambahbaikkan
penyampaian perkhidmatan

Menyusun semula Perbadanan Produktiviti Malaysia


(MPC) supaya kecekapan menjadi lebih berkesan
dalam mendorong perbaikan produktiviti dan
Merubah kerajaan menjadi cekap, mengamalkan
perundingan dan fokus penyampaian
Meningkatkan
kemahiran
kakitangan
bagi
membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas
Memodenkan pengurusan sumber
manusia untuk
menyesuaikan kelayakan dengan pekerjaan

Mengurangkan
geseran

kos Tidak bertolak ansur terhadap rasuah


Menangani struktur tadbir urus yang lemah
Menggubal kod amalan baik
Melaksanakan proses yang terbuka, cekap dan telus
bagi perolehan kerajaan pada semua peringkat

Menyediakan
keselamatan
memudahkan
berjalan lancar

jaring Memikul peranan sokongan bagi jaring keselamatan


bagi untuk menstabilkan dan membetulkan tempoh dan
peralihan kejadian kegagalan pasaran
Menggunakan tabungan kerajaan bagi
jaring
keselamatan social yang lebih luas untuk isi rumah
dalam
kumpulan 40% terendah sebelum subsidi
dihapuskan
Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu firma
yang
mengalami
kesukaran
semasa
tempoh
pembaharuan

Mengukuhkan
pengurusan
kewangan awam

Meluaskan asas cukai, contohnya Cukai Barangan dan


Perkhidmatan
Menurunkan kadar cukai pendapatan perseorangan
dan syarikat
Menerapkan kriteria terpiawai bagi penerimaan hasil
negeri
Menggunakan bajet berasaskan pencapaian
Melaksanakan
bajet
berasaskan program

jangka

sederhana

yang

Menerapkan piawaian antarabangsa untuk ketelusan


fiskal
Menggunakan teknologi untuk pungutan duti dan cukai
yang cekap
Jadual F Kerajaan yang cekap dan fokus pelanggan
IPS 5: Tindakan Afirmatif Yang Telus Dan Mesra Pasaran
Komponen utama keterangkuman adalah untuk memupuk peluang ekonomi
yang sama dan adil. Institusi dan program tindakan afirmatif sedia ada akan diteruskan
dalam MEB tetapi, selaras dengan pandangan pihak berkepentingan yang utama, akan
disusun semula untuk menghapuskan ciri merentir (rent-seeking) menjejaskan
keberkesanan program tersebut.
Tindakan afirmatif akan mengambil kira semua kumpulan etnik dengan adil dan
sama rata selagi mereka tergolong dalam kumpulan 40% isi rumah berpendapatan
rendah. Program tindakan afirmatif akan didasarkan pada kriteria mesra pasaran dan
berasaskan pasaran sambil mengambil kira keperluan dan merit pemohonnya.
Suruhanjaya Peluang Sama Rata akan ditubuhkan untuk memastikan keadilan dan
menangani diskriminasi tidak wajar apabila berlakunya penyalahgunaan oleh kumpulan
yang dominan (Jadual G).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Mengurangkan ketaksamaan
pendapatan

Meneruskan program sokongan untuk kumpulan


tidak bernasib baik
Memberikan tumpuan pada isi rumah dan pemilik
perniagaan yang berada dalam kumpulan 40%
terendah
Mengalihkan tumpuan kepada kemiskinan relatif

Meneruskan
pertumbuhan
mengurangkan kemiskinan

sebagai

cara

Keanjalan
Pertumbuhan
bagi
Kemiskinan
ketaksamaan
boleh
mengurangkan
impak
pertumbuhan terhadap kemiskinan
Mewujudkan tindakan afirmatif Menggunakan prosedur dan kriteria yang telus
mesra pasaran
Menggunakan tindakan afirmatif sebagai cara untuk
merangsang
pembinaan
keupayaan
dan
kemampuan
Menghentikan secara berperingkat pendekatan
yang mewujudkan merentir (rent-seeking) dan
kuasa naungan (patronage)
Merapatkan jurang perbezaan Mengumpilkan
skala
dengan
pembangunan
wilayah
kelompok ekonomi yang berkesan sebagai cara
mengurangkan ketaksamaan wilayah, terutamanya
di Sabah and Sarawak
Meningkatkan langkah bagi menaikkan paras
pendapatan melalui akses yang lebih baik dan
penyediaan perkhidmatan di Sabah and Sarawak
sosial berkualiti dalam pendidikan dan kesihatan,
terutamanya
Menggalakkan
ganjaran
pencapaian

pemberian Menggalakkan persaingan yang lebih hebat dalam


berdasarkan ekonomi dengan menghapuskan perlindungan yang
keterlaluan dan mempercepatkan liberalisasi sektor
Merangka semula tindakan afirmatif
mengambil kira merit dan keperluan

supaya

Menghentikan secara berperingkat pendekatan


yang mewujudkan merentir (rent-seeking) dan
kuasa naungan (patronage)
Merangsang akses yang sama Menekankan peluang yang sama dan adil untuk
dan adil terhadap peluang
bidang pekerjaan, kesihatan dan pendidikan serta
akses terhadap peluang perniagaan
Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring
keselamatan social yang lebih luas untuk isi rumah
dalam kumpulan 40% terendah sebelum subsidi

dihapuskan
Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu
firma yang mengalami kesukaran semasa tempoh
pembaharuan
Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata
untuk menangani diskriminasi dan layanan tidak adil
Jadual G Keluar daripada pendapatan rendah
IPS 6: Membina Infrastruktur Berasaskan Pengetahuan
Transformasi ekonomi dalam sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan
merupakan proses yang memerlukan inovasi berterusan dan pertumbuhan produktiviti
dengan kemajuan teknologi yang ketara dan dorongan keusahawanan. Penggunaan
proses yang selaras dengan amalan baik dan standard antarabangsa akan
menambahbaikkan peluang bagi firma Malaysia untuk berjaya dalam arena pasaran
global (Jadual H).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Membentuk ekosistem bagi Memudahkan masuk dan keluar firma dan pekerja
keusahawanan
berkemahiran tinggi
Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan
modal usaha niaga (venture capital) bagi menyokong
usahawan yang sedang meningkat
Memudahkan undang-undang kebankrapan yang
berhubung dengan syarikat dan individu bagi
merangsang keusahawanan yang bertenaga
Memanfaatkan kepakaran berasaskan
rangkaian industri
Merangsang
bagi inovasi

Web dan

persekitaran Menambahbaikkan akses terhadap kemahiran khusus


Memastikan perlindungan hak harta intelek
Memberikan insentif kepada firma
supaya
menggunakan teknologi dan menganjak naik pada
rantaian nilai
Menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap piawaian
dan tanda aras global

Memupuk hubungan P&P antara institusi


tinggi dengan sektor swasta

pengajian

Melancarkan segera kesalinghubungan jalur lebar yang


pantas di seluruh negara
Mengkaji semula dan menggabungkan
pendanaan P&P kerajaan yang ada sekarang
Menjajarkan P&P dengan objektif
negara, terutamanya dalam bidang
teknologi tinggi

semua

pertumbuhan
inovatif dan

Akses terbuka terhadap pendanaan bagi persaingan


antara penyelidik
Memastikan perolehan awam menyokong inovasi
tempatan
Mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk
university berdasarkan pengkomersialan
Menubuhkan
institusi Menubuhkan penjana penyelidikan teknologi dan pusat
pemungkin
yang
lebih kecemerlangan yang bergerak atas asas komersial,
kukuh
contohnya model gugusan Taiwan ITRI
Menggerakkan Model Inovasi Negara
diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2007

yang

Mengimbangkan pendekatan inovasi


dorongan
teknologi dengan dasar berpandukan pasaran, seperti
perolehan global melalui pengantara teknologi
Jadual H Menginovasi hari ini untuk hari esok yang cemerlang
IPS 7: Meningkatkan Sumber Pertumbuhan
Malaysia mesti memanfaatkan lokasi strategiknya dan kelebihan berbandingnya
yang datang daripada anugerah sumber aslinya untuk mewujudkan platform
pengeluaran yang mendorong pertumbuhan nilai tambah yang tinggi dengan kesan
limpahan. Ekonomi ikut bidangan mesti diberikan tumpuan melalui koridor pertumbuhan
untuk menyuburkan pengembangan berpotensi ke dalam pasaran baru, seperti output
pertanian hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga alternatif dan pengurangan
perubahan iklim (Jadual I).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Mewujudkan nilai daripada


penggerak pertama dan
kelebihan berbanding yang
lain

Mengenal pasti subsektor E&E untuk membina


kedalaman dan memupuk industri bitara (niche)
yang baru dan untuk menguasai bahagian yang lebih
besar
sebagai
hab
pengedaran
apabila
berkembangnya perdagangan serantau
Memberikan tumpuan kepada industri hiliran berkaitan
minyak sawit untuk membangunkan teknologi dan
inovasi asli atau mendapatkan teknologi bagi
memenuhi permintaan pasaran yang baru
Menggalakkan inovasi teknologi huluan untuk
menghasilkan tandan buah baru yang mengeluarkan
hasil yang lebih tinggi
Menguasai bahagian lebih besar dalam pasaran
pendidikan,
pelancongan
perubatan
dan
ekopelancongan melalui perkongsian
domestik dan serantau
Menggalakkan produk dan perkhidmatan yang
mengurangkan perubahan iklim, contohnya bahan kitar
semula
Menggalakkan produk dan perkhidmatan berasaskan
syariah, contohnya kewangan dan farmaseutikal

Mewujudkan integrasi yang


lebih besar antara produk

Mengintegrasikan perkhidmatan pendidikan dengan


pembangunan perindustrian, sebagai contoh pusat
kecemerlangan kejuruteraan dalam kelompok E&E
Memberikan keutamaan lanjut kepada industri logistik,
memanfaatkan kemajuan jalan raya, pelabuhan dan
infrastruktur ICT di Malaysia yang sudah tersedia
Menambahbaikkan perkhidmatan pelancongan yang
tekal dengan memastikan perkhidmatan berkualiti pada
sepanjang
rantaian
nilai
(contohnya,
seperti
peningkatan kualiti perkhidmatan teksi yang buruk dan
menambahbaikkan keselamatan diri untuk pelancong)

Mewujudkan pasaran baru

Menguasai bahagian lebih besar sebagai hab


pengedaran apabila berkembangnya perdagangan
serantau
Menambahbaikkan
perkhidmatan
maritim
pelabuhan, dengan memanfaatkan teknologi

dan

Beralih kepada penjanaan tenaga alternatif serta


produk dan perkhidmatan yang menjimatkan tenaga
Mengembangkan industri berorientasikan perkhidmatan
kepasaran serantau berdasarkan biodiversiti yang
sedia wujud di Malaysia
Membina skala industri dan Menggalakkan pembangunan berasaskan koridor di
Rangkaian
pengeluaran sekitar pusat tumpuan yang sesak ruangny a dan daer
bagi pengkhususan
ah pedal aman yang berhampiran, terutamanya untuk
elektronik
Menggalakkan persaingan antara tempat
Industri kelompok memanfaatkan integrasi ,skala dan
kesalinghubungan
Mengeksploitasi ekonomi ikut bidangan melalui
rangkaian pengeluaran manakala rantaian penawaran
memanfaatkan lokasi - Kepantasan ke pasaran
Mewujudkan kehadiran global melalui pengambilalihan
antarabangsa ke atas syarikat dalam bidang yang
sama.
Memanfaatkan
inovasi

potensi Menerapkan
mendapatkan
rangkaian

sistem
inovasi
teknologi
dan

terbuka
untuk
mengembangkan

Menyokong transformasi pantas PKS yang memiliki


potensi ke arah inovasi
Membangunkan
industri
yang
menyokong
pembangunan mampan, seperti penggunaan tumbuhan
dan herba tradisional untuk penggunaan moden
Mengintegrasikan industri Membangunkan platform perdagangan komoditi dan
sector
benar
dengan produk bagi pengeluar domestik untuk meraih manfaat
perkhidmatan kewangan
daripada inovasi dan pengembangan kewangan
Menawarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi
pasaran hadapan dan juga pasaran semerta bagi
komoditi
Membangunkan produk kewangan berasaskan syari ah
untuk menyokong pengeluaran domestik dan

pengurusan risiko bagi harga dan pengeluaran


Jadual I Mencari bahagian terbaik ekonomi
IPS 8: Memastikan Kebolehmampanan Pertumbuhan
Memulihara sumber asli kita dan melindungi kepentingan generasi masa depan
mesti dimudahkan dengan melaksanakan dasar penentuan harga, kawal selia dan
dasar strategik untuk mengurus sumber mudah lupus dengan cekap.
Kebolehmampanan kewangan awam melalui disiplin fiskal yang ketat, yang mewajibkan
pembaziran dan kos lebihan dikurangkan, merupakan mercu tanda untuk memelihara
keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan (Jadual J).
Matlamat Dasar

Langkah Dasar yang Mungkin

Memulihara sumber asli

Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia


dan dasar strategik yang sesuai untuk mengurus
sumber mudah lupus dengan mampan
Menggalakkan semua sektor supaya menerima pakai
teknologi hijau dalam pengeluaran dan proses
Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif

Memanfaatkan
kelebihan Meningkatkan tumpuan pada pengeluaran dan
berbanding bagi produk dan perkhidmatan nilai tambah tinggi hiliran
perkhidmatan nilai tambah
yang tinggi
Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif
Memenuhi
antarabangsa

komitmen Mengurangkan carbon


komitmen kerajaan

footprint

sejajar

dengan

Menguatkuasakan piawaian udara dan air bersih


dalam menggunakan sumber asli, iaitu pengurangan
pencemaran
Memudahkan
pemberian Membangunkan keupayaan perbankan untuk menilai
pinjaman dan pembiayaan kelulusan kredit bagi pelaburan hijau yang
bank bagi pelaburan hijau
menggunakan kriteria berasaskan bukan cagaran
Melonggarkan kemasukan pakar asing yang
mengkhusus dalam analisis kewangan yang berkaitan
dengan daya maju projek teknologi hijau
Menyokong pelaburan teknologi hijau dengan
memberikan penekanan lebih kepada dana modal
usaha niaga (venture capital)

Memastikan
kewangan Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia
awam yang kukuh
dan dasar strategik yang sesuai untuk mengurus
sumber mudah lupus dengan mampan
Mengurangkan pembaziran dan menghindarkan kos
lebihan melalui pengawalan perbelanjaan yang lebih
baik
Mewujudkan proses perolehan kerajaan yang terbuka,
cekap dan telus
Menerapkan amalan
ketelusan fiskal

baik

antarabangsa

dalam

Jadual J Masa depan cerah. Masa depan ialah Malaysia


Intipati Model Ekonomi Baru Malaysia
* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenar melabur lebih bahyak lagi
di dalam aset di seberang laut.
* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan
dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk
membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.
* Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu usaha sama bagi menggalakkan
pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi
satu hab baharu bagi Lembah Klang.
* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol di Kuala
Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan
merupakan
satu
pembaziran
kerana
kerajaan
membelanjakan
kos
penyelenggaraannya.
* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di
bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion
* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan
Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio
kemungkinan diswastakan.
* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi
yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan
mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan
sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di


dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat
RUMUSAN
Sebagai seorang pelajar serta penjawat awam, Model Ekomoni Baru yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia akan menaikan taraf hidup rakyat
Malaysia terutamanya penjawat awam sejajar dengan slogan Perdana Menteri rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan. Apabila taraf hidup rakyat Malaysia dapat
dinaikkan sehingga hampir keseluruhan berpendapat tinggi, maka berjayalah kita
mencapai wawasan 2020 untuk menjadi salah satu Negara yang maju demi mencapai
wawasan yang telah sekian lama dirancang. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak
rintangan dan cabaran perlu dihadapi oleh penjawat awam atau kerajaan Malaysia
dalam menuju kearah matlamat MEB yang tidak diragui sama sekali demi membentuk
Gagasan 1 Malaysia yang pastinya mendahulukan rakyat dari segenap lapangan.
Perancangan yang telah diumumkan oleh beliau dalam dasar Model Ekonomi
Baru Malaysia akan membawa Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. Antara perancangan yang beliau umumkan adalah seperti
yang telah dihuraikan diatas. Dengan ini,
PENUTUP
MEB telah menggariskan unsur-unsur utama yang disarankan dalam IPS. IPS
membentangkan perubahan utama yang diperlukan untuk menggerakkan Malaysia ke
arah menjadi negara maju. Namun begitu, ini bukan tanda tamatnya perjalanan kita,
sebaliknya tanda bermulanya perjalanan kita. Walau bagaimanapun, jalan di hadapan
adalah jelas tetapi Malaysia akan tersesat sekiranya tindakan segera tidak diambil.
Sesungguhnya, usaha MPEN ini belum sempurna. Langkah seterusnya adalah
untuk MPEN membantu merumuskan dasar terperinci bersama pihak berkepentingan
dalam menyokong IPS yang disarankan.

Ringkasan Ucaptama Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK Semperna
Pelancaran MEB.
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang
merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara
terperinci.
Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC:

berpendapatan tinggi,
kemapanan dan
keterangkuman (inclusive).

Matlamat penubuhan MEB adalah mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan


kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 kepada
USD15,000 dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC.
MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan,
bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi negara, bahkan perlu mengambilkira kesan
pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Bukan
sahaja rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut
menikmati kehidupan yang lebih sempurna.
Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi
memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB. Penyertaan
menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir dalam menyumbang
dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara.
Dasar Ekonomi Baru dengan tindakan afirmatif telah berjaya dilaksanakan selama
40 tahun yang lalu, mengimbangkan strategi pertumbuhan ekonomi negara dengan
keperluan menangani ketidaksamarataan struktur ekonomi dan memupuk keharmonian
sosial. Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan dengan ketara kepada 3.7 peratus pada
masa ini.
Polisi afirmatif MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap
pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus
terhadap keperluan seluruh rakyat - mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah
dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang
seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil
dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk
bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan
dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang
saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara.
Dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip:

mesra pasaran
berdasarkan merit
telus
berdasarkan keperluan

Akses dan peluang latihan yang lebih saksama bagi meningkatkan kemahiran dan
keupayaan untuk mendapat pekerjaan akan diberi keutamaan kepada semua rakyat
Malaysia.
Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik akan bertumpu kepada:
1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kepada pekerja asing
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
4. Memperkukuhkan sektor awam
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
8. Memastikan pertumbuhan yang mapan
Kesemua lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi
semua sektor ekonomi. Ketiga-tiga matlamat MEB memerlukan kita mencapai
pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi untuk dekad yang seterusnya. Oleh yang
demikian, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas, bagi
memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang
holistik untuk menghapuskan semua halangan. Matlamat ini memberi penekanan
kepada binaupaya dan bukanlah hanya pembangunan negara semata-mata, sebagai
langkah mencapai pembangunan mapan.
Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), negara boleh memanfaatkan
sepenuhnya kelebihan sebagai peneraju awal. Berbekalkan asas yang kukuh, masa
hadapan negara dalam sektor ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam pembuatan
tetapi dalam penyelidikan, pembangunan serta rekaan, di mana syarikat di Malaysia
memacu inovasi dan bukan hanya mengimportnya. Antara langkah yang perlu
dipertimbangkan adalah pemberian insentif bagi aktiviti penyelidikan yang bernilai tinggi
dan menyokong PKS yang menjadi pembekal kepada syarikat-syarikat besar dalam
skala yang besar.
Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak sawit serta minyak dan gas akan
terus diberi penekanan. Dalam sektor minyak sawit, inisiatif bagi pengukuhan
penyelidikan akan memacu teknologi tempatan yang dapat memenuhi permintaan
pasaran, seperti minyak dan lemak yang sihat, biofuel daripada biomas, kosmetik dan
plastik biodegradable.
Dalam sektor minyak dan gas, negara mempunyai juara seperti Petronas. Ia telah
membina sebuah jenama yang sangat kukuh di peringkat antarabangsa dan kini ia

perlu membantu untuk memacu pertumbuhan negara dengan memberi sokongan yang
lebih lagi kepada pembekal tempatan.
Negara mempunyai antara hutan yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan
fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik. Ia mampu menerajui
dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, mempunyai
permintaan yang amat tinggi di kalangan negara maju.
Masih terdapat potensi untuk mewujudkan nilai melalui pembangunan pertanian
berskala besar, kaedah pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru, rangkaian
pemasaran yang lebih baik yang akan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.
Peningkatan aktiviti pertanian moden secara intensif akan menyumbang kepada
pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan. Bagi bersaing di
peringkat global, negara perlu memastikan sektor pertanian Malaysia, daripada
peringkat penanaman sehinggalah pemprosesan, mematuhi atau melepasi standard
dan amalan terbaik antarabangsa, serta memasarkan produk pada skala antarabangsa.
Negara berpotensi untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dan
membangunkan niche dalam industri dan perkhidmatan hijau bernilai tinggi. Negara
juga mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan kompleks, dan merupakan
peneraju dalam sektor solar dan tenaga alternatif serantau. Dengan kejayaan terkini
dalam pengkomersialan produk bio-diversity, yang semakin mendapat tempat di
kalangan pengguna yang peka dengan alam sekitar, Negara mampu menjadi hab hijau
yang menyeluruh dalam bidang perniagaan merangkumi aktiviti penyelidikan, rekaan,
pembuatan dan pengkomersialan, Negara juga mempunyai kemahiran dan sokongan
sektor awam.
Industri perkhidmatan kewangan, yang merupakan sektor pertumbuhan serta
memudahkan cara kepada pertumbuhan sektor-sektor lain. Potensi pembangunannya
boleh dilihat dalam perkhidmatan kewangan Islam, serta dalam derivatif pengurusan
risiko oleh peserta tempatan dan serantau. Pada masa kini negara merupakan peneraju
perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Negara juga
berpotensi untuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu.
Industri kreatif di dalam muzik, filem, kesenian dan budaya boleh menjadi sektor
yang penting untuk negara pada masa hadapan. Dengan asas yang kukuh dalam
kepakaran di bidang perubatan, saintifik dan pembuatan, negara boleh menjadi pusat
serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat yang berkembang pesat termasuk
pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia.
KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara, dan ini
membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang
domestik untuk penyertaan baru. KWSP mempunyai 6 peratus aset pelaburan luar
pesisir pantai dan jumlah ini akan meningkat secara ketara. KWSP juga akan
meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif
kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan dalam sektor penjagaan kesihatan,

komoditi, harta tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi
keperluan KWSP untuk melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya.
Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan
yang bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di
dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang
tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf
di kalangan pelabur asing dan domestik.
MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih fleksibiliti untuk menarik dan
mengekalkan tenaga kerja serta bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi
promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kerajaan bersetuju
untuk memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus
dengan pelabur untuk projek yang disasarkan. MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat
promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan, kecuali perkhidmatan
utiliti dan kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai
badan promosi pelaburan untuk negara. Perubahan ini akan membolehkan MIDA untuk
meluluskan insentif secara real time dan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalin
hubungan yang lebih efektif dengan pelabur. MIDA akan dinamakan sebagai Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan akronim dan merupakan satu
jenama yang akan terkenal.
Usaha sama yang telah diwujudkan dengan pelabur dari pelbagai bidang
termasuklah pelabur runcit, dan dana mutual tempatan dan luar negara kekal terbuka.
Kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada satu bentuk kerjasama awam-swasta
yang unik. Negara telah mempunyai beberapa inisiatif, contohnya termasuk
penswastaan Astro dan kerjasama di antara Malakoff dan Tenaga Nasional di dalam
projek utiliti di Arab Saudi.
Khazanah telah melepaskan pegangan yang ketara dalam Tenaga Nasional,
Malaysia Airports dan PLUS dengan tujuan untuk meningkatkan kecairan saham.
Proses telus akan dilaksanakan bagi memastikan pembida yang berpotensi
daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum, termasuklah dari segi kedudukan
kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan
pengurusan, serta tawaran mereka untuk membantu pembangunan bumiputera dan
menjayakan gagasan 1Malaysia. Pembida hendaklah menunjukkan penyampaian yang
melebihi tanda aras inovasi dan penciptaan nilai, serta menyokong matlamat MEB iaitu
berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Satu panel penilai yang terdiri
daripada ahli kewangan profesional, pakar industri antarabangsa dan pegawai kanan
kerajaan dilantik untuk menilai bidaan sektor swasta bagi aset-aset GLC.
Mengekalkan pengurusan utama dan mengelakkan pemberhentian pekerja secara
tanpa rela. Kepentingan untuk mengkaji semula tarif dan insentif sedia ada yang
disediakan kepada GLC.

Khazanah telah memutuskan untuk melupuskan 32 peratus pegangan dalam Pos


Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik. Di peringkat pertama yang
bermula serta-merta, kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan
dipatuhi. Pos Malaysia akan membuat persediaan untuk pelupusan strategik dengan
mengambil kira pelbagai aspek persekitaran perniagaannya termasuk struktur kawal
seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Isu
berlanjutan mengenai pendapatan rendah sebilangan staf termasuk posmen juga akan
dibuat kajian semula. Bagi memastikan kepentingan kedua-dua sektor awam dan
komersial adalah seimbang, Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci dan
mengemaskini rangka kawal selia sistem pos. Di peringkat kedua, Khazanah akan
menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru
dengan tahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia.
Bagi mempromosikan pelaburan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, beberapa lot
tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur, telah dikenal pasti
untuk ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta. Inisiatif ini akan menjadi
permulaan yang baik untuk lebih banyak penjualan dan usahasama antara sektor awam
dan swasta dalam pembangunan harta tanah. Kerajaan dan KWSP akan membentuk
satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab
baru bagi Lembah Klang. Ia membawa kepada pelaburan baru yang melebihi RM5
bilion yang akan memberikan kesan segera kepada pertumbuhan ekonomi domestik,
dengan potensi yang besar kepada sektor swasta untuk turut sama terlibat dengan
lebih aktif.
Beberapa buah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dengan
agensi-agensi lain, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan
untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine
Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd serta beberapa lagi syarikat.
Petronas mengenal pasti dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik akan
disenaraikan. Matlamat inisiatif ini adalah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan yang akan
menjadi lebih cekap sekiranya dijalankan oleh sektor swasta dan memberi isyarat jelas
komitmen menggalakkan persaingan dalam ekonomi, mengambil risiko dan
merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat
kepada semua warga Malaysia.

RUJUKAN
1. Ringkasan Eksekutif Model Ekonomi Baru Malaysia terbitan Majlis Penasihat
Ekonomi Negara (MPEN).
2. Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia sempena Pelancaran MEB
3.