Anda di halaman 1dari 11

Proses komunikasi dalam sesebuah organisasi amat penting untuk menguruskan

organisasi tersebut. Menurut Tabrani (1996) dalam sesebuah organisasi seharusnya


mempunyai rantaian komunikasi yang erat daripada pengurusan atas ke bawah dan
kejayaan dalam berkomunikasi yang jelas adalah amat penting untuk memastikan
kecekapan organisasi. Komunikasi dalam organisasi merupakan satu proses kerana
setiap organisasi mempunyai sistem yang dinamik dan terbuka. Menurut Samsudin
(1997) pada zaman moden ini, keperluan berkomunikasi bukan sahaja terhad untuk
memenuhi keperluan hidup asas seperti bertutur dengan rakan-rakan atau saudara
mara, malah kehidupan manusia bertambah kompleks dan keperluan untuk
berkomunikasi semakin luas.
Little John (1991) pula, mendefinisikan komunikasi dalam organisasi berlaku
dalam jaringan yang besar di mana ia melibatkan seluruh aspek komunikasi
interpersonal dan komunikasi kumpulan dalam organisasi. Hal ini termasuklah struktur
serta fungsi organisasi, hubungan manusia dan budaya organisasi. Manakala menurut
pandangan Ahmad Kamil (1992) ilmu dan kemahiran dalam bidang komunikasi
merupakan asas untuk individu berjaya dalam kerjayanya. Hal ini kerana melalui
komunikasi setiap individu akan bersemuka dan berhadapan antara satu sama lain dan
ini dapat meningkatkan prestasi diri di samping kerjaya yang diceburi. Komunikasi
dalam sesebuah organisasi dikatakan suatu proses kerana setiap organisasi
mempunyai sistem yang dinamik dan terbuka. Hubungan dalam organisasi dan
pertukaran mesej antara individu sering berlaku (Muhd Mansur, 1998). Mesej yang
disalurkan mungkin melalui bahasa, bunyi, isyarat, gerak badan dan lain-lain dan mesej
ini mesti dapat dikongsi bersama-sama oleh ahli-ahli dalam organisasi tersebut.
Perhubungan manusia dalam organisasi adalah sangat penting kerana melibatkan
pemindahan maklumat antara individu, individu dengan kumpulan atau kumpulan
dengan kumpulan. Dalam konteks organisasi sama ada kerajaan mahupun swasta,
setiap kakitangan dalam organisasi tersebut terpaksa berhubung antara satu sama lain
bagi mencapai matlamat organisasi tersebut.

Perkembangan teknologi dekad 20-an ini telah membawa banyak perubahan


dan dimensi-dimensi baru atas sifat-sifat pekerjaan (Harjit Singh,1993). Alat-alat
teknologi yang kompleks telah digunakan secara meluas dan ini menyebabkan kerja
manusia menjadi lebih mudah. Selain itu, proses komunikasi dalam organisasi menjadi
lebih mudah dengan kewujudan Internet. Sebagai contoh, majikan masih boleh
menyampaikan segala info mahupun maklumat kepada pekerjanya di luar waktu kerja.
Kewujudan teknologi menjadi platform di mana maklumat boleh dikongsi kepada
pekerja-pekerja di organisasi cawangan lain. Keadaan ini juga membolehkan sesuatu
kerja dipercepatkan dan seterusnya kerja manusia menjadi lebih khusus. Komunikasi
yang berlaku dalam organisasi sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasi dan
kepuasan kerja. Kepuasan kerja adalah kepuasan yang dirasai oleh seseorang
terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan sikap
individu terhadap pekerjaannya dan sikap individu inilah yang mempengaruhi penilaian
terhadap pekerjaan yang dipegangnya.
Setiap individu akan merasa tingkat kepuasan yang berbeza-beza sesuai
dengan sistem nilai yang berlaku dalam dirinya. Semakin banyak aspek pekerjaan yang
sesuai dengan keinginanya maka semakin tinggi aras kepuasan kerja itu. (Ghazali,
1994). Sememangnya manusia merupakan salah satu sumber penting dalam meneliti
kepuasan dan peningkatan prestasi kerja (Narayanan, 1989). Manakala

Reigelath

(1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat


cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan
kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan
tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan
keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus
perkembangan ICT terkini.

Perkembangan teknologi komunikasi memunculkan gaya hidup yang baru


iaitu E-office atau virtual organization. Fenomena E-office menjadikan gaya kepimpinan
menjadi lebih fleksibel. Malah dengan kewujudan teknologi komunikasi ia dapat
meningkatkan produktiviti di kalangan pekerja, meningkatkan kualiti persekitaran kerja
serta memperbaiki mutu keputusan pengurus serta dapat merangsang daya saing
organisasi secara keseluruhannya. Antara perkakasan yang amat diperlukan dalam
sesebuah organisasi adalah komputer. Sistem komputer telah digunakan oleh
kebanyakan organisasi atau syarikat perniagaan bagi mengautomatikkan operasi
mereka dan sebagai satu alat bagi mengendalikan dengan cekap untuk kerja-kerja
pemprosesan data di sesebuah organisasi. Operasi ini banyak tertumpu dalam sistem
perakaunan, belanjawan, kakitangan dan gaji. Penggunaan kelengkapan ini yang
menyebabkan bertambahnya produktiviti. (Brynjolfsson& Hitt, 1996)
Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT)
dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajiankajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi
teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan
teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis
perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan
dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu
pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan
prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan
bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.
Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan
telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia
pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan
KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran
sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka
adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk
menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.

Penggunaan komputer atau ICT dalam pendidikan banyak memberi kemudahan


kepada guru-guru, murid, penyelidik dan pihak sekolah. Pengunaan computer atau ICT
oleh guru adalah untuk mencari tambahan pembelajaran melalui internet dan
sebagainya. Pelajar pula menggunakan komputer untuk membuat capaian internet bagi
mendapatkan maklumat tentang pembelajaran dan membuat pelbagai tugasan yang
diminta oleh guru. Komputer atau ICT pada hari ini merupakan sesuatu yang sangat
penting dalam kehidupan kita dan dunia bagaikan terhenti dan tidak bermaya jika ICT
atau komputer ini tidak berfungsi. Memandangkan komputer dan ICT telah digunakan
secara meluas bukan hanya kepada golongan berkerjaya malah diperingkat kanakkanak juga, maka senario ini telah membuktikan kepada dunia bahawa komputer dan
ICT memberikan implikasi yang besar dalam kehidupan kita pada hari ini.
Perkara penting apabila ICT dapat digunakan dalam pengurusan pendidikan
ialah kebolehan untuk membangun atau mencipta sistem berdasarkan asas teknikal.
Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya
sendiri. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada
setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang,
membuat

keputusan,

menganalisis,

sumber

manusia,

memimpin,

mengawal,

berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang
melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod,
kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang
berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan
pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan
menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,
mengawal dan menganalisis.
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah membawa ke arah
perubahan cara bekerja dalam bidang pendidikan. Malah kebanyakan sekolah, kolej,
institusi pengajian tinggi, institusi perguruan, perpustakaan dan sebagainya telah
membangunkan sistem maklumat berkomputer untuk membantu dalam sistem

pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan. Berkomunikasi dan berkongsi


maklumat adalah kerja dan tugas utama para pendidik, ahli akademik, jurulatih dan
mereka yang terlibat dalam pendidikan dan latihan. Malah kini, hasrat Kementerian
Pendidikan telah dapat direalisasikan dengan wujudnya sekolah bestari yang
menggunakan teknologi-teknologi maklumat yang canggih di sekolah tersebut.
Justeru pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar
mengakses maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka,
Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada
setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang
lain, sistem maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi
kesan kepada tahap produktiviti. Secara umum ICT dapat menukarkan data-data
mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna
apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat
dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada.
Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu
pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam
perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem
maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam
peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar,
senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah
mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka
membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya
keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.
Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi
adalah

untuk

membantu

organisasi

mencapai

matlamat-matlamatnya

dengan

membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya


mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih
cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran
dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan

memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi
perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.
Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat
menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS
Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang
membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian
pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian
pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu
satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan
menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman
buku
Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata
kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat
berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan
kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses
dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan
teknologi ICT. Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan
dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan
sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah
dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.
Penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin
keadaan di mana maklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan
relevan. Era masa ini digelar era maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan
efisyen adalah menjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. Kemampuan ini akan
memberikan imej masa depan dan gambaran yang baik mengenai sekolah.
Keberkesanan dan efisyennya kaedah mengurus itu sangat bergantung kepada

bagaimanakah sekolah itu memanipulasikan ICT untuk kepentingan organisasinya.


Maklumat tentang organisasi mestilah tepat dan ketepatan itu hanya dapat dicapai
melalui penggunaan ICT atau komputer sebagai alat memproses data ten tang
oraganisasi tersebut.
Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan
satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan
penting. Sistem Sokongan Keputusan (DSS) adalah perisian komputer yang boleh
menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output
yang ditunjukkan. Penggunaan cara manual mungkin akan menyebabkan kesilapan
pengiraan dan akan terus menjejaskan keputusan. Maklumat tepat adalah bebas
daripada

kesalahan

atau

kesilapan

atau

bias.

Maklumat

melalui

ICT

juga

mencerminkan maksud sebenar data. Melalui kemudahan ICT yang disediakan juga
memberi peluang kepada pengguna untuk memperolehi maklumat dengan cepat atau
memperolehi maklumat dalam masa yang ditetapkan. Keadaan ini mengelakkan
pembaziran masa dan juga tumpuan kerja secara manual yang sukar.
Selain itu pelbagai persoalan tentang permasalahan, kes atau isu dapat dijawab
dengan jawapan yang relevan rnelalui kemudahan ICT yang ada. Kemudahan lCT juga
dapat mengelakkan jawapan yang menyeleweng atau tersasar. Dalam dunia serba
canggih hari ini, kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan
sesebuah sekolah di hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain. Perhubungan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakan
maklumat sama ada dari pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada
pelajar, dan seterusnya. Begitu juga peredaran maklumat lebih pantas dapat dilakukan
daripada pelajar, guru dan sekolah kepada ibu bapa, dan masyarakat umumnya.
Kesukaran memperolehi maklumat seperti ketiadaan perkakasan untuk aplikasi ICT
mungkin menyebabkan sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidak dapat
bersaing atau gagal untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Keadaan-keadaan ini

amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus

perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan


pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria
(1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem
maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang
besar kepada kejayaan sekolah.
Manakala dalam bidang pembelajaran pula, Terdapat banyak maklumat yang
menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar dalam internet. Maklumat tersebut
tersedia dalam Web dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat kerajaan,
bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. Kebanyakannya adalah
maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat. World
Wide Web, juga digelar Web atau WWW adalah aplikasi internet yang berfungsi
dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka
pengguna yang sama (Ahmad Zaharim, 2000).
Web juga mampu menggabungkan audio, video dan juga animasi dalam satu
dokumen yang sama. Oleh itu, dokumen Web boleh dianggap sebagai sebuah
dokumen multimedia. Ia juga adalah dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke
dokumen-dokumen lain atau lokasi lain dalam dokumen yang sama.

Dokumen

hiperteks ini ditulis mengikut format atau bahasa yang dikenali sebagai Hypertext
Markup Language (HTML). Gabungan multimedia dan hiperteks ini menjadikan Web
sebagai satu aplikasi hipermedia yang unik. Maklumat-maklumat yang terkandung di
dalam internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini
sentiasa dikemaskini supaya maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat.
Maklumat ini berbeza dengan meklumat dari buku yang jarang dikemaskini. Maklumatmaklumat yang boleh diakses ini memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Malah guru yang kreatif boleh membina
laman web sendiri bagi memudahkan pelajar mengaksesnya bagi tujuan pembelajaran
subjek yang diajar. Menurut Collis & Anderson (1995) akses internet di sekolah-sekolah
memberikan faedah yang tidak bernilai kepada pelajar.

Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas


kepada

pelajar menerusi

menggalakkan

penglibatan

pembelajaran

seumur

aktif

pelajar, interaktif,

hidup.

Pengalaman

koloboratif dan

pembelajaran

boleh

diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas
semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya
diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana
diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration, Experience
Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.
E-learning merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat
ilmu

pengetahuan

yang

sangat

berguna

khususnya

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Kewujudan perpustakaan secara maya ini boleh diakses seluruh dunia.
Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat untuk
projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti guru dan pelajar
dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks-teks elektronik banyak
membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikut kehendak individu
secara interaktif.
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek.
Kumpulan berita dan secara perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan
kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Pelajar dan pengajar boleh berkongsi
sebarang maklumat tanpa batasan dalam bidang-bidang khusus mereka. Terdapat
beribu-ribu

kumpulan

perbincangan

yang

boleh

disertai

oleh

pendidik

bagi

membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Aplikasi IRC ini juga
membolehkan komunikasi dua hala dilakukan antara dua atau lebih orang pengguna.
Manakala FTP adalah kaedah menggunakan internet bagi menyalin satu fail dari
satu komputer ke satu komputer yang lain. Ia dapat dilaksanakan dengan
menggunakan arahan UNIX, dengan menggunakan perisian FTP yang khas atau
menggunakan perayauan FTP seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya.

Memunggah simpan fail kini sudah menjadi mudah dan semakin kerap dilakukan
orang semasa menggunakan Netscape/Explorer atau enjin carian yang lain. Kebaikan
FTP adalah segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesebuah server (di
mana-mana institusi pengajian/kolej) boleh dipindahkan ke komputer peribadi samada
yang terdapat di sekolah mahupun di rumah tanpa sebarang perubahan dan dalam
proses pemindahan yang singkat. Kemudahan dalam maklumat ini banyak membantu
pengajar dan pelajar merealisasikan proses P&P dengan lebih berkesan dan efektif.
Pada hari ini ada maklumat dapat dimuat turun secara percuma dan berbayar
bergantung kepada teknologi semaa, kepentingan dan pengolahan bahan tersebut
dalam internet.
Pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video
yang dikenali sebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan
menerima maklumat dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan
monitor video. Kaedah transmisi menggunakan peralatan seperti satelit, gelombang
mikro, kabel, gentian optik atau talian telefon digital yang dapat menghubungkan antara
dua lokasi atau lebih. Melalui penggunaan video interaktif ini membolehkan seorang
pengajar pakar yang berada dalam satu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang berada
dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara satu sama lain.
Menurut J. Maki (2001), menyatakan penggunaan telesidang video ini
menyelesaikan masalah dalam P&P, walaubagaimanapun penggunaannya memerlukan
perancangan dan latihan yang rapi supaya perancangan mengajar adalah lebih
berkesan

dan

efektif.

Telesidang

juga

membolehkan

pendidik

dan

pelatih

mempersembahkan maklumat yang ditayangkan pada skrin televisyen di lokasi


pedalaman. Peserta boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku dan berinteraksi
dengan orang pada lokasi yang dihubungkan itu

Rujukan :
Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran
Berkesan, Terbitan UPM
Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and Distributors
Sdn Bhd
Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan UPM
Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran
Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik di
Peringkat SPM, UM
Ong Teck Seng (2000) Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru Sekolah
Menengah di Bahau, Negeri Sembilan, UPM
Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing &
Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For Social Studies.
Washington D.C
Sunal, Cyntia, S. Smith (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social Studies,
Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1
Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai,
pp 31.
Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)
Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru,
Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM
Household Use The Internet Survey by Malaysian Communications and Multimedia Comission
Rancangan Malaysia KeSembilan, EPU
http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1996/um96a28.htm
http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug1.html#Kegunaan%20Internet
http://e-pendidikan.net/guruinternet.html

http://kdp.ppk.kpm.my

http://ctl.utm.my