Anda di halaman 1dari 15

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KHUTBAH KHAS IDULFITRI:


IDULFITRI; KEMBALI KEPADA FITRAH
28 JULAI 2014M/1 SYAWAL 1435H

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Di pagi hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah sama-sama kita
perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
dengan sebenar-benar taqwa. Ketaqwaan yang bersungguh-sungguh sehingga
membawa kita kepada rasa bertanggungjawab untuk kita mentaati segala perintah
Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi
Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini
akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: IDULFITRI; KEMBALI
KEPADA FITRAH.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Alhamdulillah hari ini kita telah melangkah masuk ke 1 Syawal 1435H. Pada hari
ini juga kita menzahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan setelah berjaya
menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Didikan sepanjang
Ramadhan dengan kita dilatih untuk melaksanakan ibadah-ibadah fardhu dan
sunat, seperti solat sunat Tarawih, tadarrus al-Quran, berqiamullail, bersahur,
memperbanyakkan

sedekah

dan

sebagainya,

diharapkan

telah

dapat

mengembalikan kita kepada fitrah atau keadaan asal yang suci, bersih dan
terpelihara daripada segala dosa. Maka, beruntunglah orang-orang yang telah
mengisi Ramadhan dengan pelbagai ibadah dan sebaliknya rugilah mereka yang
telah mensia-siakan Ramadhan sehingga ia berlalu begitu sahaja.
Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa
kembali kepada fitrah bermaksud kembali kepada asal kejadian iaitu kesucian jiwa
yang senantiasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Dalam Islam terdapat
konsep bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah dalam hal ini
bererti seseorang itu dilahirkan dalam keadaan suci dan tidak memiliki dosa.
Seseorang yang kembali kepada fitrahnya, mempunyai makna ia mencari kesucian
dan keyakinannya yang hakiki, sebagaimana pada saat ia dilahirkan. Sabda
Rasulullah SAW:

Maksudnya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci. Kedua orang


tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.
(Hadith Riwayat Bukhari)
Dengan kembalinya kita kepada fitrah ini, ia sewajarnya menjadi satu kayu
pengukur atau yardstick untuk kita memulakan langkah baru dan mengekalkan diri
agar terus hidup sebagai lembaran kain putih yang suci dan bersih. Ia juga
seharusnya menguatkan iltizam untuk memenuhi syarat kehidupan sebagai
mukmin sejati yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi bertujuan untuk
2

mengabdikan diri kepada-NYA, dan mengakhiri kehidupan sebagai seorang insan


kamil. Firman Allah SWT di dalam surah al-Rum ayat 30:

Maksudnya: Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari


kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah
patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Maka, dengan yang demikian, kita akan meraikan Idulfitri ini dengan amalan yang
sewajarnya dan bukan dengan cara yang memusnahkan sama sekali maksud serta
nilai fitrah yang ada pada diri kita ini. Janganlah kita rosakkan pahala Ramadhan
dengan dosa pada Idulfitri. Justeru, Idulfitri ini hendaklah dihiasi dengan segala
nilai, akhlak serta adab berpandukan Sunnah Rasulullah SAW.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Bagi mengekalkan kesucian fitrah, maka sebagai umat Islam kita hendaklah,
Pertama: mengukuhkan ketauhidan kepada Allah SWT. Pengukuhan tauhid pada
hari yang mulia ini dimulai dengan melaksanakan takbir, tahmid, dan tasbih
sebagai tanda mengagongkan Allah SWT. Ia adalah pernyataan ikrar dan taat
kepada Allah, kepada syariat-Nya, kepada seluruh perintah dan larangan-Nya,
yang kita berjanji kita akan patuhi. Untuk lebih menghayati kalimah agung ini
adalah lebih baik kita fahami maknanya seperti berikut:
Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat, Allah Maha Agung. Tidak ada Tuhan
selain Allah yang Maha Agung itu dan bagi-Nyalah segala puji-pujian. Maha
Besar Allah, Maha Terpuji Allah, Maha Suci Allah, baik di waktu pagi atau di
waktu petang, baik di waktu yang silam atau sekarang dan di masa-masa yang
akan datang.
Tidak ada Tuhan selain Allah, Dia menepati segala janji-Nya, membantu hamba3

hamba-Nya yang berjuang menegakkan kebesaran dan kebenaran kalimah-Nya,


Maha kuat tentera dan pasukan-Nya, sanggup Dia menaklukkan seluruh tentera
dan mana-mana pasukan pun. Tidak ada yang kita sembah selain hanya Allah.
Kita ikhlaskan diri menganut agama ini hanya kerana Allah, kerana Dia sematamata, sekalipun akan mengakibatkan benci dan irihati orang-orang kafir.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, limpahkan jua selawat
dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga sahabat dan
pengikutnya yang sudah berjuang menegakkan kalimah-Mu, beribadat menyembahMu, sebagai obor yang menerangi agama, memberi petunjuk dan pimpinan yang
cemerlang.

Kedua: Menguatkan komitmen ubudiyah: Sebulan di madrasah Ramadhan


mendidik kita untuk memberi sepenuhnya komitmen dalam membina ubudiyah
yang sejati kepada Allah SWT. Bagi mereka yang menguatkan ubudiyah dan
mengharungi dengan penuh ketaatan sebenarnya telah menempah tiket al-Rayyan
untuk menuju ke satu destinasi yang menjadi idaman setiap insan mukmin.
Daripada Sahl bin Said RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan,
orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk
seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang
yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang
lain melalui pintu ini. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Ketiga: Memelihara akhlak terpuji, ketika kita di bulan Ramadhan kita
bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, malahan kita diajar menjaga
segala akhlak samada dari segi tutur bicara, tingkah laku dan menjaga perasaan
hati dari segala perkara mazmumah. Amalan wajib dan sunat yang padat dalam
bulan Ramadhan telah memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati, pembersihan

dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia dan


mencegah penyakit.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Ketahui dan sedarlah bahawa pada hari ini sekali lagi fitrah umat Islam diracuni
dan digugat dengan pelbagai cara samada dari segi akidah, ibadah, akhlak dan
sebagainya. Lihatlahkita digugat dengan ancaman akidah sama ada melalui
penyebaran ajaran sesat, anti Hadith, aliran pemikiran dan ideologi moden seperti
kapitalisme, materialisme, fahaman liberalisme, pluralisme, sekularisme dan
komunisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam telah
melanda dengan mudahnya. Bukan itu sahaja, kita juga digemparkan dengan isu
murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya
kebebasan melampau seperti pesta seks, gejala gay, lesbian, seks bebas dan
sebagainya. Kita juga dikejutkan dengan beberapa gejala sosial dan keruntuhan
moral yang amat membimbangkan seperti isu gelandangan, kes perderhakaan
anak-anak terhadap ibu bapa, pembunuhan, rompakan, pembuangan bayi,
penderaan kanak-kanak, kes bersekedudukan sehingga melahirkan zuriat tanpa
nikah, kes dadah, arak, rogol dan sebagainya.
Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif
seumpama ini terus berlaku? Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam
yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama
yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong
daripada cara hidup yang sebenar dan fitrah umat Islam. Kita juga jangan lupa
bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus
menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat
119:

Maksudnya: Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan


mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga
binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa
yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka
sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan
fitrah umatnya agar selari dengan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam. Oleh itu,
kita hendaklah melakukan penghijrahan minda dengan menyedari bahawa
kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad-deen) adalah tanggunjawab bersama.
Tariklah nafas perjuangan dan renungkanlah ke dalam diri kita, bertanyalah secara
jujur kepada hati kita! Sejauh manakah kita mengambil berat tentang agama kita?
Adakah selama ini kita telah berusaha untuk mempertahankan kesucian Islam?
Pernahkah kita terfikir tentang masa depan umat islam? Relakah kita melihat umat
Islam semakin berpecah, semakin lemah hingga akhirnya umat Islam hilang
maruah dan juga ditindas?
Maka sedarlah sebagai umat Islam kita dituntut untuk mengenali agenda
penghakis kedaulatan agama Islam dengan membenteras unsur-unsur yang cuba
menghakis kesucian agama Islam dan sebagainya. Inilah perjuangan yang perlu
kita dukung dan laksanakan dengan penuh keyakinan tanpa mengira umur,
kedudukan dan fahaman politik kita. Percayalah bahawa, tatacara hidup Islam yang
sebenarnya adalah bersaudara, saling bantu membantu, faham-memahami antara
satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: Bandingan hubungan persaudaraan dan silaturahim seorang


mukmin terhadap seorang mukmin yang lain bagaikan sebuah bangunan di mana
sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.
(Hadith Riwayat Muslim)
6

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Sesungguhnya kedatangan Syawal bukan bermakna terhenti segala amal kebajikan
dalam tempoh sebulan Ramadhan yang lalu dan mengurangkan amal ibadah serta
kesungguhan kita dalam mematuhi tuntutan Allah SWT. Sebaliknya terus
istiqamah dengan ibadah-ibadah wajib dan sunat yang telah dilaksanakan sebelum
ini. Berdasarkan pengalaman dan apa yang kita rasai atau hayati sendiri ternyata
ibadah puasa memberi impak kesihatan yang tinggi dan faedah kebaikan yang
banyak kepada manusia. Kejayaan melaksanakan ibadah puasa itu sewajarnya
memberi inspirasi dan celik akal kepada umat Islam bahawa segala ibadah kita
kepada Allah SWT boleh dilaksanakan sepenuhnya jika kita bertaqwa dan
mempunyai keinginan yang tinggi untuk mematuhi perintah Allah.
Ternyata perintah wajib berpuasa ini menjadi penanda aras bahawa
perintah Allah sebenarnya tersirat hikmah, tidak menzalimi manusia, tidak
memudaratkan manusia, tidak menjatuhkan maruah manusia, tidak memalukan
manusia tetapi hakikatnya membawa kesejahteraan kepada manusia sendiri,
masyarakat dan negara. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah arRahman ayat 60:

Maksudnya: Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan
balasan yang baik juga?
Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Ketika kita sedang bergembira menyambut Idulfitri ini, kita perlu insaf dan sedar
bahawa terdapat saudara mara, kaum kerabat, jiran, sahabat-kenalan dan saudara
seagama kita yang menyambut Idulfitri dalam keadaan sukar, bersendirian, daif
dan sebagainya. Bayangkanlah..mereka ini terdiri daripada orang miskin, anak7

anak yang terbiar, golongan gelandangan, orang kelainan upaya (OKU) dan
mereka yang berada di pusat-pusat serenti, penjara, rumah orang tua, rumah anak
yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Justeru, mimbar menyeru marilah samasama kita menghidupkan suasana Idulfitri ini dengan amalan ziarah-menziarahi,
kunjung mengunjungi dan menghubungkan silaturahim terutama sekali terhadap
kedua ibu bapa kita dengan memohon kemaafan atas kesalahan, perbuatan zalim
dan perbuatan dosa yang telah dilakukan samada yang disedari ataupun yang tidak
disedari. Dengan demikian jiwa kita dapat merasai ketenangan,kebahagiaan yang
sejati. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghilangkan
kesusahan orang mukmin daripada kesusahan dunia nescaya Allah akan
menghilangkan kesusahannya pada hari Kiamat dan siapa yang memberi
kemudahan kepada orang susah nescaya Allah akan memberi kemudahan
kepadanya di dunia dan akhirat, sesiapa yang menutup keaiban orang Islam
nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat dan Allah
sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya dan
siapa yang menuntut ilmu nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke
syurga dan tidak berkumpul sesuatu kaum dalam masjid dalam keadaan membaca
al-Quran dan mengulangkaji sesama mereka melainkan mereka akan mendapat
ketenangan dan dilimpahkan rahmat ke atas mereka dan dilimpahi oleh para
Malaikat dan Allah sentiasa mengingati-Nya dan siapa yang menangguhkan
amalannya tidak akan disegerakan oleh keturunannya .
(Riwayat Ahmad)
Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk merakamkan rasa
kesedihan dan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai mangsamangsa tragedi Pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine,
mengakibatkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Semoga roh
mereka ini ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Mimbar menggesa
kepada pihak yang berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada
8

mereka

yang

tidak

bertanggungjawab,

tidak

bertamadun

dan

tidak

berperikemanusian ini. Mimbar juga merakamkan ucapan berbanyak terima kasih


kepada pihak kerajaan Malaysia khasnya kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak dan kepada semua yang terlibat di atas usaha-usaha yang
dilakukan khususnya dalam urusan membawa pulang jenazah mangsa tragedi ke
tanah air. Semuga sagala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberi
balasan serta ganjaran yang setimpal oleh Nya. Sesungguhnya kuasa Allah
mengatasi segalanya.

Ketika kita bergembira dengan Idulfitri ini, dunia digegarkan dengan kekejaman
manusia yang tidak bertamadun rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin.
kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka telah menyaksikan
pembunuhan dan pertumpahan darah yang tidak pernah mengenal mangsa sama
ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang biasa. Mereka akan
membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Sesungguhnya perbuatan ini adalah
zalim, tidak berperikemanusian dan bertamadun. Cuba bayangkan...bagaimana
mereka menyambut hari raya dengan suasana letupan bom, bedilan meriam,
percikan senapang dan hujanan peluru. Sudah pasti kesengsaraan dan penderitaan
yang dialami oleh mereka. Rasakan suasana hibanya kematian, kesakitan dan
keperitan yang dialami mereka. Justeru, mimbar yang mulia ini mengutuk sekeraskerasnya perbuatan ini, marilah sama-sama kita memberi sokongan dan bantuan
sepenuhnya dengan apa cara kepada umat Islam di Palestin. Sewajarnya kita samasama bangkit bersatu hati tanpa membezakan latar belakang, ekonomi, miskin atau
kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Berilah sokongan berterusan
kepada umat Islam di Palestin dan jangan biarkan tangisan Gaza ini berpanjangan.

Selari dengan keberkatan Ramadhan dan takbir keinsafan yang memberi ruang
besar untuk kembali kepada fitrah ini, maka mimbar mengambil kesempatan
marilah kita memulihkan dan mengukuhkan hubungan sesama kita dengan
mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan, tidak melampau, saling
bermaafan, mendoakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Buanglah yang
keruh ambillah yang jernih. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian,
bahawa amalan ibadah kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya kita
hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati hak-hak orang lain.
Marilah kita cairkan keegoan dan lembutkanlah hati kita untuk penyatuan. Demi
islam dan masa depan ummah, gugurkanlah segala api dendam dan permusuhan
kerana tiada gunanya persengketaan kerana akhirnya pasti membawa kehancuran.
Ambilah kesempatan pada hari yang mulia ini untuk sama-sama kita mewujudkan
perpaduan antara kita, mudah-mudahan dengan cara ini hidup kita sentiasa berada
dalam keberkatan dan negara kita sentiasa dalam suasana harmoni dan aman
damai. Seterusnya, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam
surah al-Hujuraat ayat 9:

Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang
lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah
Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan
berlaku adillah kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

10

KHUTBAH KEDUA IDULFITRI

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,


Marilah pada hari yang penuh bahagia ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas
nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idulfitri
yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk memperbaharui kehidupan kita
sebagaimana yang digariskan bagi orang yang beriman dengannya, iaitu kehidupan
yang berteraskan fitrah umat Islam yang berteraskan akidah, ibadah dan akhlak.
Merayakan Idulfitri ialah merayakan hari kemenangan dalam melaksanakan ibadah
puasa di bulan Ramadhan dan berjaya melaksanakannya dengan sempurna. Para
ulama menegaskan bahawa mereka yang bersabar dan istiqamah mengekalkan
11

amalan soleh selepas Ramadhan membuktikan penerimaan Allah SWT terhadap


amalannya. Justeru ibadah ini perlulah diteruskan pula di bulan Syawal ini dengan
melakukan puasa sunat selama enam hari sama ada secara berturut-turut atau
berselang seli. Rasulullah SAW bersabda dalam hadithnya:

Maksudnya:Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian


diikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia
telah berpuasa selama setahun.
(Riwayat Muslim)
Idulfitri juga hari perdamaian kerana pada hari ini dinyatakan perdamaian hidup
dalam rumah tangga, hubungan kaum kerabat dan sanak saudara. Seluruh umat
Islam sama ada dalam lingkungan desa mahupun kota, wajah berseri-seri, hati
riang ria, tangan bersalam-salaman mengucapkan salam Idulfitri serta ampun dan
maaf sebagai tanda keakraban dan silaturrahim.
Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar mengingatkan sekali lagi bahawa Idulfitri bermakna kita kembali kepada
fitrah. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar di bulan
Ramadhan telah memberi keceriaan dan keriangan kepada golongan fakir miskin
untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Keberkatan Ramadhan juga
mengingatkan kita bahawa perpaduan yang ditetapkan Islam adalah melangkaui
sempadan negara dan benua. Di mana jua umat Islam berada mereka adalah sama,
kita sama dari segi makan minum, kita sama dari segi peraturan, halal dan haram
dan kita juga sama dari sudut akidah. Namun kehidupan umat Islam teristimewa
daripada umat lain kerana dengan adanya iman kepada Allah SWT. Kita perlu insaf
kerana terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar
sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti terus
hidup menderita terutama saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Selatan Thai,
12

pelarian muslim Rohingya dan lain-lain umat Islam yang sedang mengalami
musibah. Cuba rasakan betapa hebatnya penderitaan dan kesengsaraan yang
dialami oleh mereka dan seandainya diri kita di tempat mereka? Bandingkan pula
dengan keadaan kehidupan kita di sini. Jadikanlah ia sebagai pengajaran dan juga
teladan kerana kadangkala kita ini terlupa untuk melafazkan kesyukuran.
Berdasarkan pemerhatian mimbar terdapat umat Islam yang menjadi
penduduk minoriti di beberapa buah negara terutama di rantau ini juga menghadapi
keperitan hidup. Mimbar ingin menarik perhatian jemaah sekalian cuba bayangkan
bagaimana umat Islam di negara yang mengalami peperangan dan kehidupan yang
sukar menjalani puasa dan sambutan Idulfitri dan ibadah-ibadah yang lain. Adakah
mereka itu boleh melaksanakan ibadah solat dengan aman di masjid atau di surau?.
Adakah mereka boleh belajar, menulis, membaca dan mengajar al-Quran dalam
keadaan selesa dan aman?. Sudah tentu tidak sempurna dan tidak selesa
sepertimana kita dan generasi kita sedang menikmatinya masa kini. Alhamdulillah!
Bersyukurlah di atas segala nikmat Allah SWT yang telah dianugerahkan oleh-Nya
kepada kita. Maka mimbar yang mulia pada hari ini, menyeru marilah kita
bersama-sama membantu saudara seagama yang hidup daif dan menderita.
Keberkatan Ramadhan mengingatkan kita supaya menghulurkan bantuan yang
diadakan dari masa ke masa melalui masjid-masjid, akhbar-akhbar dan sebagainya,
mudah-mudahan rezeki kita ditambah, umur kita dipanjangkan Allah SWT untuk
meneruskan keimanan dan ketaqwaan kepadanya serta kasih sayang di kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.
Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas
Baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita
melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada Baginda
hendaklah dirakamkan dalam bentuk menyempurnakan suruhan-Nya dan
13

meninggalkan segala tegahan-Nya dan seterusnya banyakkan ucapan selawat dan


salam sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi


segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

14

15

Anda mungkin juga menyukai