Anda di halaman 1dari 12

BMD 3153

KESETIAUSAHAN KORPORAT &


AMALAN PENTADBIRAN
(SEMESTER NOV 2009)

Topik
PENUBUHAN
SYARIKAT
NAMA

: MOHD KHAIRUDIN BIN MALEK (MD0950014)


: NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD0950089)
: ZAIDI BIN ZAINUDIN (MD0950077)
: AZLI BIN AWANG (MD0950019)

CSE LEADER

: MOHD HELMY RIZAL ABDULLAH

TARIKH

: 14 DIS 09

PROSEDUR UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SYARIKAT PERSENDIRIAN DI


MALAYSIA
PENGENALAN
Untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia pemohon perlu menyediakan
beberapa borang-borang yang tertentu untuk dihantar kepada Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Terdapat beberapa jenis syarikat di Malaysia yang
boleh di tubuhkan mengikut Seksyen 14 dan 15 iaitu syarikat berhad dengan
syer, syarikat tidak berhad dan syarikat berhad menurut jaminan, Akta Syarikat
1965

juga

mengatakan

bahawa

syarikat

berhad

dengan

syer

boleh

diperbadankan sebagai Syarikat Persendirian (mempunyai perkataan Sendirian


Berhad atau Sdn. Bhd. Pada nama syarikat) atau pun Syarikat Awam
(mempunyai perkataan Berhad atau Bhd pada nama syarikat). Secara amnya
prosedur penubuhan syarikat persendirian lebih senang berbanding dengan
syarikat awam. Prosedur awal penubuhan bagi syarikat persendirian dan awam
adalah

sama

iaitu,

syarikat

tersebut

perlulah

membuat

pencarian

nama,permohonan nama dan menghantar dokumen-dokumen ke SSM. Selepas


menerima Sijil Perbadanan Syarikat, syarikat persendirian boleh menjalankan
perniagaannya tetapi syarikat awam perlu menyerahkan beberapa dokumen
tambahan sehingga menerima Sijil Memulakan Perniagaan sebelum perniagaan
dimulakan. Keperluan untuk memperbadankan syarikat ialah:
i.

Sekurang-kurangnya dua pengasas kepad syer syarikat (seksyen


14 AS).

ii.

Sekurang-kurangnya dua pengarah (seksyen 122 AS) dan

iii.

Individu syarikat sama ada:


a.

Individu yang merupakan ahli badan professional yang telah


ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna atau

b.

Individu yang dilesenkan oleh SSM.

TAKRIFAN SYARIKAT SENDIRIAN

BERHAD

Bagi penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965, sekurang-kurangnya


mempunyai 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan
kepada 50 orang sahaja dalam satu-satu masa; syarikat menghadkan hak untuk
memindahkan milik syer; melarang apa-apa perlawaan kepada awam untuk
membeli syer atau mendepositkan wang kepada syarikat. Ianya juga perlulah
menyatakan sekatan, had dan larangan di atas dalam artikel syarikat.
DOKUMEN BERKANUN
Syarikat mestilah ada dokumen berkanun seperti berikut; Buku Daftar Pemegang
Saham, Buku Daftar Pengarah, Pengurus, Setiausaha dan Cagaran, Buku Minit
Mesyuarat, Cop Mohor, Buku Sijil Saham. Dokumen ini hendaklah disimpan
mengikut kehendak Akta Syarikat bersama dengan mohor Syarikat dan buku
kira-kira. Semuanya mestilah diperolehi walaupun perniagaan tidak berjalan.
PROSEDUR PEMERBADANAN
Carian Dan Permohonan Nama Dengan SSM
Pemohon hendaklah memilh dan menentukan nama yang sesuai bagi syarikat
yang hendak ditubuhkan, namun begitu Pejabat Pendaftar Syarikat berhak
menolak jika nama tersebut tidak sesuai seperti telah digunakan oleh syarikat
lain; di rizabkan atau perkataan yang tidak dibenarkan seperti nama kerabat
diraja, nama pertubuhan politik atau nama bank di Malaysia; atau mana-mana
nama yang telah ditetapkan dalam Warta Kerajaan No. 4180.
Carian nama syarikat mesti dibuat bagi menentukan sama ada nama yang
dicadangkan boleh diguna. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah;

i.

Melengkapkan dan menyerahkan Borang 13A (Permohonan Carian


Nama Syarikat) kepada SSM dan

ii.

Bayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap nama yang dipohon.

Sekiranya nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM, surat kelulusan atas
pendaftaran nama tersebut akan diberikan. Surat kelulusan ini diberikan dalam
tempoh 7 hari selepas penghantaran borang 13A bersama-sama satu salinan
borang 13A. Nama yang telah di luluskan akan di rizabkan selama 3 bulan dan
tiada syarikat lain boleh di daftarkan atas nama tersebut.
Serahsimpan Dokumen Pemerbadanan
Dokumen Pemerbadanan hendaklah diserahsimpan kepada SSM dalam masa
tiga bulan dari tarikh surat kelulusan nama syarikat dari SSM. Sekiranya syarikat
masih belum ditubuhkan selepas 3 bulan, maka nama tersebut secara automatik
akan lupus. Permohonan semula tidak akan dipertimbangkan kecuali pemohon
menyatakan alasan dengan menyatakan surat sokongan bagi mengelakkan
amalan salahlaku penjualan nama syarikat oleh pihak pemohon ke pihak ketiga.
Permohonan nama syarikat yang baharu mestilah dibuat semula.
DOKUMEN PERMADANAN YANG PERLU DISERAHSIMPAN DENGAN SSM
Memorandum Dan Artikel
Salina nasal Memorandum dan Artikel hendaklah setiap satu distemkan
sebanyak RM100.00. Setem boleh dimatikan di mana-mana pejabat setem
Lembaga Hasil dalam Negeri. Pengarah dan setiausaha syarikat pertama
hendaklah dinamakan dalam Memorandum dan Artikel. Memorandum dan Artikel
hendaklah ditandatangani oleh pengasas syer syarikat di hadapan seorang
saksi. Kandungan A jadual Ke Empat AS 65 boleh diterima pakai sebagai artikel
syarikat (Seksyen 30 AS). Untuk memperbadankan syarikat persendirian, Artikel
Syarikat mestilah mengandungi pernyataan-pernyataan berikut:

i.

Sekatan terhadap pemindahan hak milik syer;

ii.

Sekatan terhadap bilangan ahli iaitu tidak melebihi lima puluh;

iii.

Larangan terhadap sebarang bentuk pelawaan kepada orang


awam untuk membeli apa-apa syer atau debentur syarikat; dan

iv.

Larangan terhadap sebarang bentuk pelawaan kepada orang


awam untuk mendeposit wang dengan syarikat.

Borang 48A (Akuan Berkanun Sebelum Dilantik Menjadi Pengarah Atau


Pengasas Syarikat
Pengarah atau promoter hendaklah membuat perisytiharan bersumpah bahawa
beliau tidak bankrap dan beliau tidak pernah disabitkan atau dipenjarakan atas
kesalahan-kesalahan yang ditetapkan.
Borang 6 (Akuan Pematuhan)
Akuan ini menyatakan semua keperluan AS 65 telah dipatuhi. Ia mesti
ditandatangani

oleh

setiausaha

syarikat

yang

bertanggungjawab

atas

pendaftaran dan dinamakan di dalam Memorandum dabn Artikel.


Dokumen Tambahan
Dokumen tambahan adalah seperti berikut:
i.

Borang 13A yang asal;

ii.

Salinan surat kelulusan nama syarikat dari SSM;

iii.

Salinan kad pengenalan setiap pengarah dan setiausaha syarikat.

FI PENDAFTARAN SYARIKAT
Setiap pemohonan pemerbadanan perlu disertakan dengan bayaran seperti
jadual berikut:

1.

Modal Syer Dibenarkan


Tidak melebihi RM 100,000

Yuran Pendaftaran
RM 1,000

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

RM 100,001 RM 500,000
RM 500,001 RM 1.0 Juta
RM 1,000,001 RM 5.0 Juta
RM 5,000,001 RM 10.0 Juta
RM 10,000,001 RM 25.0 Juta
RM 25,000,001 RM 50.0 Juta
RM 50,000,001 RM 100.0 Juta
Melebihi RM 100.0 Juta

RM 3,000
RM 5,000
RM 8,000
RM 10,000
RM 20,000
RM 40,000
RM 50,000
RM 70,000

Yuran pendaftaran yang dikenakan ke atas syarikat yang tidak mempunyai syer
modal adalah sebanyak RM1,000 sahaja.
SIJIL PEMERBADANAN
SSM akan membuat semakan dokumen-dokumen penubuhan oleh pemohon
dan sekiranya SSM berpuas hati, maka kelulusan akan diberi dengan
mengeluarkan Sijil Pertubuhan Perbadanan iaitu (Borang 9). Ianya juga boleh
dikatakan sebagai Sijil Kelahiran Syarikat dalam tempoh satu minggu. Maklumatmaklumat yang terdapat dalam Sijil Perbadanan adalah diantaranya nombor
rujukan syarikat, nama syarikat, tarikh perbadanan dan jenis syarikat. Setelah
sijil ini dikeluarkan Syarikat Persendirian bolehlah memulakan perniagaan.
Selepas

diperbadankan,

syarikat

terlebih

dahulu

dinasihatkan

untuk

mendapatkan lesen/permit/kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan


sebelum menjalankan perniagaan yang dinyatakan di dalam Memorandum.
Penyerahan Dokumen Selepas Penubuhan
Selepas penubuhan syarikat, dalam tempoh satu bulan syarikat dikehendaki
menyerahkan dokumen kepada Pejabat Pendaftar Syarikat. Dokumen yang
dinyatakan adalah, Borang 24 (Saham Syarikat), Borang 44 (Kedudukan Pejabat
Berdaftar Syarikat), Borang 49 (Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus
& Setiausaha).

KELEBIHAN SYARIKAT PERSENDIRIAN

i. Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.


ii. Kontuniti atau Syarikat terjamin iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan
kematian seseorang pemegang saham.
iii. Kemudahan untuk mendapat modal.
iv. Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
v. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
vi. Potensi untuk perkembangan luas.
vii. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
KEKURANGAN SYARIKAT PERSENDIRIAN
i. Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
ii. Cukai Pendapatan yang tinggi.
iii. Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD
Takrifan
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan
mempunyai sifat-sifat yang sama seperti penubuhan Syarikat Sendirian Berhad.
Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurangkurangnya

tujuh orang. Walau bagaimanapun terdapat langkah-langkah

tambahan bagi penubuhan Syarikat Awan Berhad. Sebaik sahaja Sijil


Perbadanan Syarikat Awam (Borang 8) diterima syarikat perlu menyerahkan
dokumen seperti borang 22 (Surat Akuan Berkanun Pematuhan oleh syarikat
yang menerbitkan prospektus), Borang 18 (Surat Akuan Berkanun Pematuhan)
oleh syarikat dan pernyataan mengganti prospectus dan yuran yang dikenakan
RM 350. Setelah dokumen diserahkan, SSM akan mengeluarkan borang 23 (Sijil
Memulakan Perniagaan) sebagai kebenaran untuk memulakan perniagaan.
Untuk Syarikat Awam Berhad yang mempunyai syer peruntukan telah dikenakan
dibawah seksyen 142 (1), Akta Syarikat 1965, syarikat tersebut hendaklah
mengadakan mesyuarat berkanun dalam tempoh tidak kurang sebulan dan tidak

melebihi 3 bulan dari tarikh memulakan perniagaan. Mesyuarat ini bertujuan


memberitahu ahli maklumat yang berkaitan penubuhan syarikat, perkembangan
masa depan dan prospek syarikat. Dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat,
syarikat perlu menyerah laporan berkanun (Borang 51) kepada ahli dan SSM.
Maklumat yang dimasukkan didalam laporan berkanun adalah jumlah syer,
jumlah amaun tunai, bayaran yang telah dibuat, nama dan alamat PengarahPengarah Syarikat, Pemegang-Pemegang Amanah bagi Pemegang Debentur
(jika ada), Juru-Juru Audit (jika ada), Pengurus-Pengurus (jika ada) dan
Setiausaha-Setiausaha Syarikat. Laporan ini hendaklah diperakui oleh sekurangkurangnya 2 orang Pengarah Syarikat. Syarikat juga perlu menyerahkan laporan
audit (jika ada) bersama laporan berkanun tersebut. Ahli-ahli syarikat yang hadir
berhak membincang perkara berkaitan pembentukan syarikat atau maklumat
dalam laporan Pengarah Syarikat.
Penubuhan
Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah
sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan
(authorised capital) dan terdapat tambahan iaitu seperti yang dinyatakan dalam
takrifan syarikat awam berhad di atas..
Syarikat berhad adalah lebih rumit berbanding dengan syarikat sendirian berhad.
Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan
kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada
tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan
supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan
sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya
barulah mengubah bentuknya menjadi syarikat berhad.

Kelebihan Syarikat Berhad

i. Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.


ii. Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
iii. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi
Kewangan.
Kekurangan Syarikat berhad
i. Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
ii. Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik
di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara
pemegang saham dan pengurusan.
iii. Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965
yang lebih ketat.
iv. Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang
beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.

CARTA ALIRAN PROSEDUR PENUBUHAN SYARIKAT

BORANG 13A CARIAN NAMA RM 30.00

KEPUTUSAN

KUERI

LULUS

TOLAK

JAWAPAN KUERI

DOKUMEN PENUBUHAN

BAYARAN

SALINAN ASAL BORANG 13A


SALINAN KELULUSAN NAMA
MEMORANDUM & ATIKEL
BORANG 48A (SETIAP PENGARAH)
BORANG 6 (SETIAP SETIAUSAHA)
MODAL : TIDAK MELEBIHI RM 100,000
MODAL : MELEBIHI RM 100 JUTA

RM 1,000.00
RM 70,000.00

RUJUK AKTA SYARIKAT 1965 DAN PERATURAN PERATURAN SYARIKAT


1966

SIJIL

BORANG 9
(SYARIKAT PERSENDIRIAN)

PENUTUP

BORANG 8
(SYARIKAT AWAM)

Untuk

menubuhakn

sesebuah

syarikat

di

Malaysia

samaada

syarikat

Persendirian Bhd mahupun syarikat Awam Bhd ianya hendaklah melalui SSM
dengan mematuhi prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Penubuhan syarikat
Persendirian adalah lebih mudah dan cepat dimana sebaik sahaja Sijil
Perbadanan Syarikat diterima, syarikat persendirian sudah boleh memulakan
perniagaannya.

Setiap

individu

yang

ingin

menubuh

syarikat

boleh

melaksanakannya sendiri dengan mengambil borang yang disediakan secara


percuma di SSM. Pihak SSM juga ada menyediakan contoh-contoh pengisian
borang dan terdapat juga Pegawai Khidmat Pelanggan yang ditugaskan untuk
membantu.

Dengan

teknologi

terkini,

pendaftaran

syarikat

juga

boleh

dilaksanakan melalui on-line. Dengan cara-cara sedemikian ianya pasti dapat


membantu rakyat Malaysia menubuhkan sebuah syarikat dengan mudah dan
cepat.

RUJUKAN

1.

Asas Amalan Kesetiusahaan Syarikat Cetakan Kedua 2005 oleh Zuaini


Ishak & Nor Aziah Abd. Manaf.

2.

Pegawai Khidmat Pelanggan SSM Shah Alam.

3.

www. wikipedia/pendaftaran syarikat di Malaysia.