Anda di halaman 1dari 8

ISU RASUAH DI MALAYSIA

DEFINISI RASUAH
1.

Perkataan Rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam

Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain
seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam Bahasa Inggeris, Rasuah di sebut
corruption dan tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.
2.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang

pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi
definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to
influence his conduct; or the receipt of such reward John B. saunders pula dalam kamus Mozley
and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi the Taking or giving of money for the
performance or non-performance of a public duty.
3.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
4.

Rasuah merupakan salah satu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang

mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau
sesebuah syarikat selepas

memberi wang, hadiah,

keraian

kepada

pihak-pihak

tersebut.

Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
a.

Meminta/Menerima Rasuah

b.

Menawar/Memberi Rasuah

c.

Membuat Tuntutan Palsu

d.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
1

5.

Jika tidak dibendung Masalah Pemberian rasuah akan mengakibatkan banyak masalah

sosial,

ini

kerana undang-undang tidak

akan

dipatuhi

dengan

sepenuhnya.

Maka

kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.


6.

Manakala budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas
telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur
dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang
bermaksud:
7.

Penerima

dan

pemberi

rasuah

akan

ditempat

dalam

api

neraka.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan sekeras-kerasnya oleh Allah SWT sepertimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT
melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta

orang yang memberikan jalan

terhadap kedua-duanya.
8.

Berdasarkan dalil-dalil yang dinyatakan membuktikan bahawa Islam melarang perbuatan

Rasuah. Kutukan ini, bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga
yang bersubahat melicinkan kegiatan Rasuah.
9.

Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini

termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam
(public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara
(state capture).
10.

Mengikut Syeksyen 15 Akta Rasuah pentadbiran merujuk kepada menggunakan jawatan

atau kedudukan untuk mendapatkan suapan secara menyeleweng dan secara sewenangwenangnya peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan
awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagaibagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh.
Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu
dibayar.
2

11.

Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan

agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai
peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.
12.

Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state capture corruption)

merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta
untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees)
dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi
sogokan kewangan.
13.

Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan

bank pusat, perundangan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil


ataupun perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan
kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan.
14.

Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk

peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urusniaga,
pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur, perkhidmatan dan
sebagainya.
15.

Mengikut kajian yang telah dibuat pada tahun 1997 dan respondennya adalah terdiri dari

masyarakat melayu dan cina. Hasil soalselidik yang dijalankan didapati 64% responden pernah
memberi rasuah, 76% responden percaya tiada tindakan akan diambil jika laporan berhubung
rasuah dibuat dan 50% responden mengatakan tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa
jika seseorang meminta rasuah dari mereka.
16.

Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1999 dan responden adalah kakitangan awam

jabatan kerajaan mendapati 65% responden tidak mengetahui bahawa rasuah adalah merupakan
perlakuan menyogok dan menyuap dan 68% responden tidak mengetahui rasuah adalah
perbuatan jenayah.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA RASUAH DI MALAYSIA
3

1.

Sosial budaya rakyat Malaysia.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan
benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan
dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
2.

Kekurangan Ketaqwaan dan Keimanan kepada Allah S.W.T

Apabila seseorang itu lemah dari segi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t, ia akan lupa
akan azab seksa di akhirat dan Hidup selepas Mati. Kerana itulah terjadinya Masalah Rasuah di
Masyarakat Malaysia.
3.

Pemimpin atau pengurusan organisasi yang lemah.

Tiadanya sikap pemantauan atau pengawalan oleh pengurus didalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Kepimpinan

yang

lemah

menyebabkan

kurangnya

penyeliaan,

tiada

pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
4.

Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan
memudahkan terjadinya rasuah. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk
mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor
berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati
pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk
mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal
atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
5.

Politik di Malaysia.

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan
menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,
mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
KEADAH PENYELESAIAN MASALAH RASUAH SECARA ISLAM
4

1.

Pihak pentadbiran mesti menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan menghindarkan

diri daripada menyalahgunakan jentera dan wang kerajaan untuk faedah dan tujuan politik seperti
menafikan peruntukan pembangunan dan elaun-elaun tambahan kepada pihak pembangkang atau
menyalahgunakan wang rakyat bagi kepentingan diri sendiri.
2.

Memberi Motivasi dan Kelas bimbingan Agama kepada semua Masyarakat sejak dari

bangku sekolah hinggalah ke pemimpin, pemerintah, pengurus sesebuah Organisasi.


3.

Menubuhkan rang Undang-undang mengikut islam, dimana semua pesalah-pesalah

Rasuah ditempatkan dan dikenakan hukuman yang berat.


4.

Menubuhkan satu Tribunal Rasuah yang berlandaskan ajaran islam, agar orang ramai

boleh merujuk kepada Tribunal ini mengambil tindakan sekiranya Badan Pencegah Rasuah atas
alasan-alasan tertentu yang susah difahami enggan berbuat demikian atau tidak mahu menjawab
tentang laporan yang dibuat.
5.

Teguran-teguran dan pendedahan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan oleh Ketua

Audit Negara mestilah disusuli dengan tindakan dan Ketua Audit Negara harus diberikan kuasa
menghukum mana-mana jabatan yang melakukan kesalahan;
6.

Mengadakan satu sistem kawalan dalaman yang rapi dan berkesan dengan menubuhkan

satu Jawatankuasa Integriti di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan supaya sebarang
penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak sihat dapat dikesan dengan segera dan seterusnya
dicegah sebelum ianya berlaku.
7.

Memperkenalkan gejala rasuah sebagai satu perkara wajib dalam sekolah-sekolah rendah,

menengah dan universiti tentang bahayanya rasuah untuk mendidik generasi muda
mengasingkan dan menjauhi diri daripadanya.
KEADAH PENCEGAHAN MASALAH RASUAH SECARA ISLAM
1.

Kawalan Diri
5

Kawalan Diri ini, merujuk kepada cara mengawal kehendak hati manusia bagi mencegah
penipuan, penyalahguaan kuasa, Rasuah dan banyak lagi yang boleh membawa kepada
kemungkaran kepada Allah s.w.t. Menerusi kepercayaan atau Tawhid (Rububiyyah dan
Uluhiyyah) dan lima rukun islam yang membawa kepada takwa dan akuantabiliti menerusi
motivasi di dalam pengawalan diri seseorang. Selain dapat mencegah gejala rasuah, Kawalan diri
juga dapat membawa kepada kualiti yang baik dalam diri seseorang termasuklah pekerja,
pengurus atau pemimpin.
2.

Tanggungjawab Pemimpin atau Pengurus Organisasi

Pengawalan dan sikap tanggungjawab adalah penting didalam sesebuah Negara atau Organisasi,
didalam pengawalan, ia dapat memantau prestasi, pembaikan kualiti, pembaikan berterusan,
memberi maklumbalas yang cepat dan ia juga dapat mencegah berlakunya Rasuah.
3..

Kekuatan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Seseorang

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras
gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga,
atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat
menangkis rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
Sentiasa melakukan solat agar dapat menghindari masalah Rasuah dan Memantapkan lagi Iman
seseorang.
4.

Sistem Pendidikan di Malaysia

Slogan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak
zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu
yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi
akan datang yang bebas daripada rasuah. Didalam sistem pendidikan juga sudah diajar akan
balasan yang akan diterima jika kita memberi atau menerima Rasuah, dari segi itu pelajar akan
takut untuk melakukan Rasuah.
5.

Mengenakan Hukuman yang Berat kesalahan Rasuah

Menguatkuasakan Undang-undang dan Hukuman mengikut Islam dengan mengenakan hukuman


yang berat kepada pesalah Rasuah. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali
6

sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Maka Masyarakat
akan takut untuk melakukan Rasuah.
6.

Pengunaan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temuduga dan seumpamanya
perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor
dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu
disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
7.

Kawalan Sosial

Merujuk kepada Kawalan Sosial iaitu Sikap masyarakat dengan individu di Malaysia. Sikap
tegur-menegur sesama masyarakat juga dapat mencegah berlakunya masalah Rasuah, sebagai
contoh seseorang individu membetulkan atau menegur seorang pemimpin Negara atau
Organisasi supaya tidak mengamalkan Rasuah, kerana ia perlu takut kepada balasan yang akan di
terimanya.
8.

Pendekatan Kongnitif

Individu atau Masyarakat perlu mempunyai pegangan atau prinsip diri yang utuh bahawa Rasuah
itu salah satu Jenayah dan perlu di ingatkan bahawa kita tidak akan terlepas dari balasan. Ini
merupakan bentuk Anti Corruption Mind Set.

RUJUKAN
1.

Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) www.islam.gov.my bertarikh 16

Feb 2010
7

2.

Hizbut tahrir Malaysia www.mykhilafah.com bertarikh 16 Feb 2010

3.

Kalam Abu Musaddad www.ibnismail.wordpress.com bertarikh 16 Feb 2010

4.

Al-Azim.com www.al-azim.com/masjid bertarikh 16 Feb 2010

5.

Jabatan Agama Selangor http://mambo15.jais.gov.my bertarikh 16 Feb 2010

6.

Portal PKPIM www.pkpim.net/v2 bertarikh 16 Feb 2010

7.

Nota Pengurusan Islam Modul 5,5

8.

Teks Khutbah Jumaat Masjid Seluruh Negeri Melaka (Tajuk Khutbah) : Rasuah

Tarikh Bacaan : 9 Februari 2001 / (15 Zulkaedah 1421)


9.

Majid, A Mohd Shauki

Kezaliman pemerintahan berlandaskan Rasuah. Utusan

Malaysia,6
10.

Yahya,N. Gejala Rasuah Dan Kesannya, Berita Harian,12

11.

Sin,A. Pengurusan dalam Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka,222-257

LAMPIRAN A