Anda di halaman 1dari 4

Apa itu Syarikat

Memilih Struktur Perniagaan


Jika anda bercadang memulakan perniagaan atau pengusahaan atau anda telahpun menjalankan
perniagaan tetapi bercadang untuk mengembangkannya, anda perlu terlebih dahulu memilih struktur
perniagaan yang bersesuaian dengan kehendak anda dan perniagaan anda. Pada amnya terdapat tiga
jenis struktur perniagaan yang boleh anda pilih:

ketuanpunyaan tunggal

perkongsian

syarikat

Sebelum membuat pilihan adalah elok anda membanding-bandingkan ciri-ciri perbezaan di antara ketigatiga jenis struktur perniagaan tersebut. Kenal pasti kelebihan dan kekurangan tiap-tiap satu daripadanya.
CIRI-CIRI PERBEZAAN
(1)

Keanggotaan

Ketuanpunyaan tunggal dianggotai oleh seorang tuan punya (tunggal) sahaja. Perkongsian pula
mempunyai ahli yang tidak kurang daripada dua orang dan tidak melebihi dua puluh orang. Syarikat perlu
sekurang-kurangnya mempunyai dua orang anggota dan boleh mempunyai bilangan anggota yang tidak
terhad, kecuali syarikat anak kepunyaan keseluruhan yang dipunyai keseluruhannya oleh syarikat
induknya, boleh mempunyai seorang anggota sahaja. Syarikat persendirian tidak boleh mempunyai
bilangan anggota melebihi 50 orang.
(2)

Pemegangan Harta

Harta ketuanpunyaan tunggal adalah harta tuan punyanya. Harta perkongsian adalah harta pekongsipekongsi secara bersama. Harta syarikat tidak dipunyai oleh sesiapa, sebaliknya dipunyai oleh syarikat
atas namanya sendiri. Walaupun anggota-anggota yang membentuk sesebuah syarikat, tetapi mereka
bukanlah pemilik sebenar harta berkenaan.
(3)

Tanggungan Anggota

Tanggungan seseorang tuan punya tunggal terhadap hutang yang ditanggung oleh firmanya adalah sama
seperti hutang yang ditanggungnya sendiri. Tanggungan terhadap hutang firma perkongsian pula
ditanggung oleh pekongsi-pekongsi secara bersesama. Ahli kedua-dua bentuk firma tersebut
menanggung segala tanggungan firma mereka tanpa had. Tanggungan anggota-anggota syarikat ke atas
hutang syarikat pada amnya adalah terhad setakat amaun syer tak berbayar yang dipeganginya sahaja.
(4)

Hak dan Obligasi di sisi Undang-undang

Ketuanpunyaan tunggal boleh mendakwa dan didakwa atas nama tuan punyanya. Sesebuah
perkongsian pula boleh mendakwa dan didakwa atas nama pekongsi-pekongsinya. Syarikat sebaliknya
pula boleh mendakwa dan didakwa atas nama syarikat sendiri. Syarikat boleh mendakwa bagi pihak

dirinya sendiri bagi menguatkuasakan haknya. Syarikat hanya boleh didakwa atas namanya sendiri
terhadap tanggungan kewajipannya. Anggota-anggota atau pengarah-pengarah atau mana-mana
pegawai syarikat tidak boleh mengambil tindakan undang-undang bagi pihak syarikat dan sebaliknya
tidak pula boleh didakwa sebagai mewakili syarikat.
(5)

Hayat dan Pembubaran

Sesebuah ketuanpunyaan tunggal dilahirkan oleh tuan punyanya dan akan secara automatik terbubar
dengan kematian tuan punyanya atau dibubar oleh tuan punyanya. Bagi firma perkongsian, hayatnya
bergantung kepada hayat 'perkongsian' di antara pekongsi-pekongsi. Sesebuah perkongsian akan
terbubar apabila pekongsi-pekongsinya mengambil tindakan membubarkannya. Syarikat pula dilahirkan
oleh proses undang-undang dan hanya akan mengakhiri hayatnya juga melalui proses undang-undang.
Selagi belum melalui proses penggulungan dan dibubarkan kemudiannya, syarikat terus hidup walaupun
tanpa perniagaan yang dijalankan, tanpa pengarah-pengarah, hatta tanpa anggota-anggotanya
sekalipun. Syarikat terus hidup secara sendirinya tanpa bergantung kepada sesiapa. Hanya undangundang sahaja yang boleh mengakhirkan hayatnya.
(6)

Struktur dan Ciri-ciri Modal

Modal perniagaan ketuanpunyaan tunggal adalah nilai wang atau aset yang disumbangkan oleh tuan
punya tunggal. Seseorang tuan punya tunggal tidak boleh mendapatkan modal daripada orang lain
kecuali melalui pinjaman. Dalam perkongsian, modal boleh disumbangkan oleh pekongsi-pekongsi
secara kolektif dan sebarang pemulangan modal akan mengeluarkan seseorang pekongsi itu daripada
perkongsian. Jumlah yang perlu disumbangkan sebagai modal perkongsian bergantung kepada
Perjanjian Perkongsian yang sama-sama dipersetujui sesama rakan kongsi. Modal syarikat merupakan
modal yang dibayar kepada syarikat oleh anggota-anggotanya. Sebagai balasan kepada sumbangan
tersebut, anggota-anggota berkenaan akan memperoleh syer dan memegngnya, sambil melayakkannya
sebagai anggota syarikat. Modal tidak boleh dipulangkan kepada pemegang syer.
(7)

Kuasa Pengurusan

Tuan punya tunggal adalah pengurus sepenuh dan semutlaknya.Kuasa pengururusan keseluruhannya
tetap terletak kepadanya.Dalam sesebuah perkongsian,biasanya pengurusan perniagaan dikendalikan
secara bersama diantara sesama pekongsi,kecualilah jika terdapat pekongsi yang memilih untuk menjadi
pekongsi lelap.Semua keputusan pengurusan dibuat secara kolektif dan biasanya melambangkan
sumbangan modal atau kepakaran yang disumbangkan oleh pekongsi tertentu berasaskan kepada
Perjanjiaan Perkongsian.Sebagai orang buatan undang-undang,syarikat tidak boleh mengurus dirinya
dan perlu diurus oleh pemegang syernya.Syarikat perlu diurus oleh pengarah-pengarahnya yang
bertanggungjawab dalam segala tindakan pengurusannya kepada anggota-anggota syarikat
keseluruhannya.Walaupun anggota-anggota mempunyai kuasa untuk melantik dan menyingkirkan
pengarah-pengarah, tetapi tidak mempunyai hak mutlak untuk menjadi pengarah dan masuk campur
dalam urusan pengurusan syarikat. Pada amnya pemegang-pemegang syer terpisah daripada kuasa
pengurusan syarikat.Semuanya diserahkan kepada pengarah-pengarah untuk mengurus dan
mengawalnya.Jika sesuatu keputusan pengurusan itu,tidak dipersetujui oleh pemegang-pemegang
syer,apayang boleh mereka lakukan,menyoal keputusan-keputusan pengarah-pengarah itu dalam
mesyuarat agung atau mengantikan saja pengarah-pengarah yang ada dengan orang lain.
(8)

Mekanisme

Ketuanpunyaan tunggal digerakkan oleh tuan punyanya secara tunggal. Perniagaan perkongsian
digerakkan oleh pekongsi-pekongsi secara kolektif, Mekanisme syarikat digerakkan oleh dua organnya,
iaitu pengarah-pengarah dalam lembaga pengarah dan anggota-anggota dalam mesyuarat agung.
Terdapat pembahagian kuasa yang jelas di antara lembaga pengarah dengan mesyuarat agung. Urusan
perniagaan syarikat biasanya diserahkan untuk diuruskan oleh pengarah-pengarah dalam kedudukan

mereka sebagai lembaga pengarah. kuasa-kuasa yang menyentuh perlembagaan syarikat biasanya
diserahkan kepada anggota-anggota untuk meluluskannya.
(9)

Perlembagaan Bertulis

Perniagaan seseorang tuan punya tunggal tidak memerlukan kepada perlembagaan bertulis. Apa yang
difikirkannya patut boleh sahaja dilakukannya tanpa perlu mengambil tahu mengenai kuasa yang ada
padanya kerana seseorang tuan punya punya tunggal itu mempunyai kuasa mutlak keatas
perniagaannya. Sesebuah perkongsian [walaupun boleh ditubuhkan dengan persetujuan dan
persefahaman lisan], tetapi biasanya mempunyai Perjanjian Perkongsian yang membentuk ikatan
perkongsian diantara pekongsi-pekongsi dan menggariskan hak,kewajipan dan obligasi pekongsipekongsi.Syarikat, sebagai orang buatan undang-undang,tidak mempunyai fikirannya sendiri untuk
memutuskan mengenai apa yang diperlu dilakukan olehnya.Syarikat perlu mempunyai perlembagaan
bertulis dalam bentuk Memorendum dan Perkara-perkara Persatuan.Kedua-dua dokumen ini
menampilkan strukturnya,menetapkan objektif penubuhannya,menetapkan kuasanya[dan kepada siapa
kuasa itu diserahkan],dan,membentangkan peraturan dalaman syarikat yang perlu dipatuhi oleh
pengarah-pengarah,pegawai-pegawainya yang lain dan anggota-anggotanya.
(10)

Kuasa Meminjam

Seseorang tuan punya tunggal boleh meminjam daripada perniagaannya atau sebaliknya memberikan
pinjaman kepada perniagaannya mengikut apa yang difikirkan patut. Dalam perkongsian, pekongsipekongsi boleh membuat pinjaman daripada perkongsian mereka atau meminjam kepada perkongsian
mereka seperti mana yang diersetujui sesama mereka. Bagi syarikat, pengarah-pengarah perlu
mematuhi beberapa peraturan dan undang-undang tertentu dalam urusan pinjaman, sama ada daripada
syarikat atau kepada syarikat. Syarikat perlu mempunyai kuasa meminjam dan kemudiannya perlu pula
mewakilkan kepada pengarah-pengarah kuasa meminjam tersebut supaya pengarah-pengarah
mempunyai kausa untuk meminjam bagi pihak syarikat.
(11)

Kawalan dan Penguasaan

Seorang tuan punya tunggal menguasai perniagaannya secara mutlak. Dalam perkongsian, bentuk
penguasaan ditentukan melalui Perjanjian Perkongsian atau persefahaman bersama. Dalam syarikat,
biasanya yang majoriti akan menguasai sesebuah perkongsian atau syarikat. Walaupun begitu undangundang melindungi pihak minoriti daripada sebarang bentuk penindasan, penepian kepentingan,
ketidakadilan atau diskriminasi.
(12) Kewajipan Mendedahkan Maklumat
Ketuanpunyaan tunggal dan perkongsian tidak perlu mendedahkan apa-apa maklumatnya (seperti
penyediaan akaun, pengauditan akaun dan pendedahan maklumat) kepada awam. Syarikat perlu
mendedahkan hal-ehwal korporatnya kepada awam dengan mengemaskinikan daftar maklumatnya di
pejabat berdaftarnya dan menyerahkan penyata dan dokumen kepada Pendaftar Syarikat untuk
didedahkan kepada awam.
SIFAT ASASI SYARIKAT
Undang-undang merujuk syarikat sebagai 'orang'. Bukan 'orang biasa' seperti manusia tetapi 'orang
buatan' atau lebih tepat lagi 'orang buatan undang-undang'. Apakah yang dimaksudkan dengan orang?
'Orang' di sisi undang-undang mempunyai dua ciri utama:

mempunyai hak untuk bertindak, dan

mempunyai hak untuk memiliki harta

Syarikat mempunyai hak untuk bertindak dan memiliki harta atas namanya sendiri. Syarikat boleh
mengambil tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan haknya, dan dalam masa yang sama boleh
juga diambil tindakan undang-undang oleh orang lain. Syarikat juga boleh memiliki harta atas namanya
sendiri, bukannya atas nama pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah atau sesiapa sahaja yang
mempunyai hubungan atau kepentingan dengan syarikat. Dengan memiliki keseluruhan syer dalam
syarikat tidaklah bermakna bahawa seseorang pemegang syer itu memiliki keseluruhan harta syarikat.
Syarikat adalah suatu entiti undang-undang. Syarikat wujud secara sendiri, berasingan daripada penajapenaja yang mengurusnya dan pemegang-pemegang syer yang menganggotainya. Sebaik sahaja
syarikat diperbadankan, seolah-olah suatu tabir direntang, yang mengasingkan syarikat dengan penajapenaja, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer dan sesiapa sahaja yang berkepentingan
dalamnya.