Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU:Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru

yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan
mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilainilai keguruan.Objektifnya ialah,
i)

Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti.

ii)

Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan.

iii)

Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat.

iv)

Mendedahkan para guru kepada pelbagai persekitaran komuniti

v)

Melatih para guru menjadi peka kepada komuniti, persekitaran, budaya, taraf
hidup serta keperluan pendidikan komuniti.
Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap

penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru
Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap
dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi pendedahan kepada
guru-guru tentang situasi-situasi yang berlaku di persekitaran komuniti dan sekitar kawasan
sekolah terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.
Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu,
setiap guru perlulah memenuhi mengisi ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas
seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang
guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan
lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa bersedia dengan mengamalkan
adab-adab yang terpelihara.
Saya sebagai seorang guru dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya
Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelbagai program yang telah
dijalankan.Semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bina insan guru siri 2. ia telah
menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar
saya selain dari menjadi sebagai seorang guru yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas

pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek sama ada luar atau dalam kelas
termasuk aspek kebersihan.
Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri serta rakan-rakan
guru yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan sekolah
tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan rakanrakan membuat tinjauan di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru , saya
perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan kurang yakin untuk
berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut
bersama-sama guru dan pembantu sekolah untuk membersihkan kawasan persekitaran
sekolah tersebut.
Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang ada
hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersihkan
tandas, mengelap tingkap, memotong rumput dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang
dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya,
saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk
satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai
seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini.
Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru dalam
era pendidikan yang penuh cabaran. Melalui program ini saya dapat belajar cara yang baik
untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum
dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan
membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi
setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek, sosial. . Saya berharap segala penambahan ilmu yang diperolehi akan dapat saya
aplikasi sepenuhnya di sekolah.
Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam sekolah tersebut, saya turut
membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah. Walaupun sangat
penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami
bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan
bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca doa dan kami makan. Saya sangat
berterima kasih kepada tutor banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang
berguna kepada saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang
guru yang berguna pada masa hadapan. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya
meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan
berinteraksi dengan mereka.

PENUTUP
Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah sangat sesuai
dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan
rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang
diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang guru yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang
bermanfaat sepanjang saya berada di lokasi-lokasi aktiviti.Saya berjanji akan
mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang
lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.

MOHD FAZLEY BIN ZAINON


780613-02-5463
PJM/PJK2/SEM4