Anda di halaman 1dari 25

WAU

Latar Belakang
Wau
Perkataan “WAU” dikatakan
berasal dari perkataan
Thailand memandangkan
negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah
menggunakan perkataan
tersebut.
Perkataan layang-layang
pula digunakan di
kebanyakan negeri-negeri
seperti di Pantai Barat
dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor
Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja
Ahmad bermain layang-layang
bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja, dan tidak pula
disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau
juga dikaitkan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada
wau. Apabila dinaikkan ke udara,
daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan
bunyi “wau’, “wau’, “wau’
secara berirama
Permainan layang-layang atau wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang
lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh
yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas
berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan
sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang
dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan
bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya
wau atau pun lebih dikenali
layang-layang suatu ketika
dahulu lebih popular di
kawasan pedalaman seperti di
kawasan pantai dan kawasan
lapang seperti di padang,
sawah padi dan sebagainya
Kini permainan tersebut telah mulai
popular dan diminati oleh pelbagai
kaum termasuklah mereka yang
menetap di kawasan bandar. Bukan itu
sahaja, ia telah diperkenalkan hingga
ke peringkat antarabangsa seperti di
Pasir Gudang Kite Festivals
International Guests yang diadakan
pada setiap tahun. Sambutan festival
ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara
Sejarah
Wau
Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia
tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh
serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan
Clive Hart, layang-layang di Malaysia
berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara China
Layang-layang pada masa
dahulu menggunakan daun
kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-
layang di Malaysia juga turut
menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara
China
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan
dengan mitos ‘Semangat
Padi’ yang berasal dari
utara Semenanjung
Malaysia iaitu di negeri
Kedah
Jenis-jenis
Wau
TtettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttPem
buatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk
membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok
kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran
dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran
dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan
serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti,
bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta
pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan
menyimpan buluh tersebut

Anda mungkin juga menyukai