Anda di halaman 1dari 2

Nyatakan dua perbezaan antara guru permulaan dengan guru pakar.

Jawapan :
Guru Permulaan
Mula mempelajari cara mengajar dan
masih menunjukkan perasaan kurang yakin
semasa berada dalam bilik darjah
Mempunyai pengetahuan isi kandungan
secara diskret / berasingan
Tindakan pedagogi terhad, menjurus
kepada kaedah penyampaian pengetahuan
dan prestasi pengajaran
Masih belum dapat menangani tugas-tugas
harian seorang guru

Guru Pakar
Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi
polisi-polisi berkaitan pengendalian
pengajaran di bilik darjah
Mempunyai pengertahuan isi kandungan
yang mendalam dan dapat mengaitkan
dengan konteks yang berbeza secara
bersepadu
Tindakan pedagogi adalah lebih luas,
interaktif dan pelbagai gaya pengajaran
Orang yang berautoriti dalam profesionnya

4.1.2 Lima Peringkat Perkembangan Guru


(i)

Peringkat Novis

(ii)

(iii)

Guru mula mempelajari cara mengajar.


Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran.
Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru.
Dapat membentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang
guru professional melalui kursus yang ditawarkan dalam program
Ijazah Perguruan.

Peringkat Novis Lanjutan


Menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip
berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina
keyakinan diri.
Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan
motivasi guru novis lanjutan.

Peringkat Cekap

Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas.


Lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid.

(iv)

Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi


dan juga situasi yang khusus.
Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya
mengikut keperluan pelajar yang berbeza.

Peringkat Mahir

(v)

Mahir dalam bidangnya.


Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar.
Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan
intuisi.
Kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun
maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran
secara kreatif dan unik.

Peringkat Pakar

Guru pakar yang gemilang dan terbilang


Dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan
pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
Orang yang berautoriti dalam profesionnya.
Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan
pengendalian pengajaran di bilik darjah.