Anda di halaman 1dari 5

#kawan

Aku melangkah. Perlahan. Senyuman yang terukir terasa begitu hambar. Sesekali
ku amati setiap binaan yang gah berdiri di hadapan.
Pagi itu, perjalanan menuju ke kuliah terasa begitu panjang. Hari ini kuliah
pertamaku sebagai seorang guru pelatih di Institut Perguruan Bangi, Selangor.
Langkah kaki semakin perlahan. Sebak di dada tidak mampu ku bendung lagi. Titis
titis air mata mula membasahi pipi. Memori lalu memenuhi kotak pemikiranku.
Sebak.
Sampai hati awak , Zara. , bicaraku perlahan.
Zara, seorang sahabat baik Lysa. Anak tunggal hasil perkahwinan Dato Jamaludin
dan Datin Syarifah. Seorang yang amat mengambil berat. Segala suka duka,
dikongsi bersama.

Lysa, janganlah macam ni sayang. Umi tahu lysa terluka. Tapi, umi mohon lysa
bangkit. Jangan terus lemah macam ni, bicara umi sambil mengusap dahiku
perlahan.
Aku diam. Kenangan dua hari lepas merobek seluruh kepercayaanku. Hancur.
Musnah bagai kaca.
Umi, lysa tak kuat umi. Lysa tak kuat. Lysa tak sangka Zara sanggup buat lysa
macam ni. Lysa sayang Zara, Umi. , hanya itu perkataan yang keluar dari mulut
seorang gadis bertubuh kecil itu.
Sayang, Ini dugaan. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita ni ada hikmah.
Hatta ummi yang duduk di hadapan lysa ni pun bukan saja saja.Lysa kena sangka
baik dan belajar memaafkan, umi senyum. Lalu dibiarkan Lysa sendiri
bermuhasabah.
***

Kuliah pagi itu terasa bosan. Mana tidaknya, lysa terpaksa menghabiskan masanya
di Perpustakaan yang terletak jauh dari tempat kediaman. Hari ini Dr. Adam tidak
dapat memenuhi jadual kuliah XEA7077. Perjalanan ke kolej kediaman memakan
masa hampir 20minit. Lysa mengambil keputusan untuk berada di pusat gedung
ilmu itu.
Assalammualaikum , boleh saya tumpang duduk sebelah awak?, tegur seorang
gadis. Nampak ayu dipandangan mata. Berwajah polos dihiasi pewarna bibir yang
tidak begitu menyerlah.
Waalaikumussalam. Silakan, balas lysa ringkas. Matanya ligat menangkap setiap
bait kata yang ditulis oleh seorang penulis terkemuka, Khaleed Roslaimi. Tugasan
Dr. Adam perlu dihantar keesokan harinya.
Jam menunjukkan hampir ke angka lima. Lysa bergegas mengemas buku buku
yang berselerak di atas meja. Suis laptop dicapai. Dia melangkah pergi tanpa
menghiraukan gadis molek yang duduk semeja dengannya.
***
Haish. Mana pulak kunci ni. Tadi kan aku memang letak dalam ni. Takkan nak
patah balik kot. Ni kalau budak kedah tu tak bawa kunci jugak memang merana lah
hidup aku ngomelku sendirian.
Lysa. Maaf. Aku terpaksa balik kampung. Tok Wan aku sakit teruk. Kau hati-hati
eh kat bilik. Jaga bilik kesayangan aku tu. Hehe. , whatsapp ku dibalas berserta
emotikan smiley yang bermacam jenis.
Haish. Budak ni, waktu waktu macam ni pulak dia balik. Alahai malangnya
nasib

Lysa bergegas menuju ke tempat letak kereta. Perpustakaan akan tutup beberapa
minit sahaja lagi. Belum sempat pintu kereta dibuka, kedengaran suara seorang
gadis memanggil.
Assalamualaikum awak. Tadi kunci awak tertinggal kat library., bicara gadis
yang lengkap bertudung labuh tadi sambil menghulurkan kunci rumah yang
tergantung keychain Eiffel Tower itu.
Waalaikumussalam. Err. Terima kasih. Saya baru nak ke library. Maaf er tadi saya
lupa nak tegur awak. Er, nama awak siapa?, senyumku. Cuba berlagak ramah.
Saya Humaira. Anis Humaira binti Mohamad Noor.
***

Seusai usrah. Kami berjabat tangan. Mesra. Usrah pada pagi itu penuh dengan
pengisian yang disampaikan oleh Humaira. Sesungguhnya lysa amat mengagumi
Humaira. Gadis sopan yang berasal dari Kelantan itu begitu aktif dalam gerakan
Dakwah dan Tarbiyah. Tidak pernah sekali pun terdengar dari mulut manisnya
akan rungutan, cemuhan malah penuh dengan kata kata nasihat dan hikmah.
Lysa begitu menyayangi Humaira. Perkenalan tempoh hari menyusun detik indah
bersama. Persahabatan yang dibina atas tali ukhuwah begitu membahagiakan.
Lysa, Humaira nak ke wash room jap eh. Lysa tunggu tau. Hehe
Ok baiklah Humaira. Hati hati. Hehe, balas Lysa.

Lysa asyik membelek Iphone 5s miliknya. Tidak dihiraukan orang yang lalu lalang
di hadapannya.
Eh.Lysa kan?, satu suara yang tidak asing lagi. Suara yang dulunya pernah
merobek kepercayaannya. Suara seorang insan yang dia rindui.

Lysa menoleh. Tiada kata. Kenangan 5 tahun lepas kembali segar di kotak ingatan.
Dia kaku.
Seminit. Dua minit.
Zara. Hanya itu ayat yang terpacul dari mulut Lysa. Lysa cuba mengukir
senyuman. Namun terasa begitu hambar.
Lysa, saya minta maaf kat awak. Sungguh, saya menyesal dengan semua ni.
Pinta Zara.
Zara cuba menjelaskan peristiwa yang berlaku antara mereka berdua 5 tahun lepas.
Zara akui semua salahnya kerana melebihkan cinta lelaki dari cinta seorang
sahabat.
Zahrif Haikal, merupakan cinta pandang pertama Zara. Dengan kulit yang putih
kemerah-merahan, hidung yang mancung, bibir yang merah, kening yang tebal,
mata yang sedikit sepet dan rambut yang hitam lebat, Zahrif memang mudah
dikategorikan sebagai lelaki yang kacak. Sungguh.
Ketika itu, Zara begitu asyik dibuai cinta. Hari hari yang dilalui tanpa Zahrif bagai
tiada erti. Namun tidak diduga, rupanya Zahrif menyimpan perasaan terhadap
Lysa.

Hancur luluh hati Zara saat segala rahsia mulai terungkai. Zara bengang. Cinta
yang dulunya mekar kini semakin layu.Hatinya membengkak. Zara menyimpan
dendam terhadap Lysa. Habis dijajah segala cerita tentang Lysa. Aib Lysa tanpa
segan silu dibuka oleh Zara.
Lysa terpaksa menelan segala perit yang dilaluinya seorang diri. Perwatakan Zara
jelas berubah. Fitnah yang disebarkan jelas sekali menunjukkan Lysa seorang
wanita jahat.
Tiada siapa percaya hakikat sebenar. Pada mata rakan sekelasnya yang lain, Zara
lah dipihak yang benar. Lysa akur.

Lysa, saya minta maaf sangat. Saya minta maaf sebab fitnah awak sehinggaka
semua rakan sekelas cuba mengasingkan diri dari awak, air mata Zara mula
membasahi pipi.
Lysa menarik nafas panjang. Dia cuba untuk bertindak professional. Di
pandangnya wajah Zara dalam-dalam. Terpancar keikhlasan.
Zara, awak tahu kan saya sayang awak. Dan selamanya saya akan tetap sayang
awak. Peristiwa tu saya dah lupakan. Saya maafkan awak lama dah., senyuman
terukir. Bagi Lysa, semua manusia itu layak diberi kemaafan.
Terima kasih, Lysa.
Ikatan persahabatan yang dahulunya terungkai kembali utuh. Memori lalu
dibiarkan terkubur begitu sahaja. Lysa menerima Zara seadanya.
Lysa, saya sayang awak. Hehe, usik Zara.
Saya sayang awak jugak, Zara. Dunia dan akhirat
****
THE END

||||||||||||||||||||||||||||||
0122304959483828

Anda mungkin juga menyukai