Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1

PENULISAN AKADEMIK ( BERKUMPULAN )

MUHD HARITH FAHMI BIN ABDUL RAHMAN


AHMAD KAMIL BIN MOHD MOKRI
MOHD ASRAF BIN SAPERI

Standard Guru Malaysia


Apabila bercerita mengenai kerjaya seorang guru ramai yang beranggapan bahawa guru
merupakan satu kerjaya yang mudah tidak kira guru tersebut mengajar sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Namun bukan itu yang ingin dibicarakan tetapi bagaimana
guru ini berjaya menjadikan kerjayanya sebagai profesion yang membantu anak-anak didik
mereka ini supaya dapat berfikiran kearah kemahiran berfikiran aras tinggi yang bukan
sahaja membantu anak murid kita menyelesaikan masalah tetapi dapat membangunkan
modal insan yang berjaya bersaing dalam memajukan negara tercinta ini.
Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,
perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikkan
dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi
dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam
mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan
dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini
menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod
pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai
penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau
pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum kita menerajui dengan lebih dalam lagi apa yang perlu di upgrade dalam
membentuk ciri ciri guru masa kini yang memenuhi Standard Guru Malaysia, kita perlu
memahami perkara asas yang perlu untuk kita terapi dalam diri kita sebelum melaksanakan
perubahan lain. Apabila diberitakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini di
khalayak, masih ramai yang tidak mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) walaupun mereka ini belajar dari kecil lagi sehinggalah
dewasa namun masih ramai yang masih tidak mengerti tentang falsafah ini. Kebanyakkan
dari mereka ini bukan tidak tahu tetapi kurang diberi pendedahan yang mana pendedahan ini
amat penting kerana ia merupakan langkah awal kepada penerapan elemen-elemen yang
menjadi pemangkin kepada kemajuan negara kita ini. Sebagai contoh, pendidik yang

mengajar anak didik mereka ini tidak diberi masa tertentu dalam jadual pengajaran mereka
ini tentang pendedahan elemen-elemen ini yang mana penerapan ini tidak dapat dijalankan
secara sempurna dan diserapkan dengan baik oleh para pelajar. Disebabkan itu, bagi
mengelakkan daripada perkara ini berulang maka Kementerian Pendidikan telah mengambil
inisiatif untuk menerapkan elemen-elemen ini dalam diri guru dan menjadikan guru sebagai
role model kepada para pelajar. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa maksudnya tersendiri iaitu pendidikan di


Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Berdasarkan
dari FPK ini dapat kita lihat tujuan falsafah ini digubalkan yang bertujuan untuk membentuk
peribadi warganegara yang seimbang. Ia juga untuk menjadikan insan tersebut dapat
menghayati ilmu pengetahuan yang diberikan,berakhlak mulia danteguh dalam agama. Hal
ini adalah untuk menjadikan mereka iaitu waganegara Malaysia supaya mempunyai fikiran
dan jiwa yang tenteram disamping mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal dan
seterusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna.
Selain itu, falsafah ini juga memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan
tingkahlaku manusia dan membentuk pekerja yang positif,cekap dan bertanggungjawab
dalam memenuhi keperluan Negara dalam memperkembangkan potensi secara menyeluruh
dan bersepadu yang merangkumi pemupukkan sahsiah secara lengkap. Disamping itu,
membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi, membentuk individu yang
berdaya usaha serta membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai
panduan hidup. Hal ini adalah bagi mananamkan semangat setia kepada Negara atau
patriotisme dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan
dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan
masyarakat berbilang bangsa disamping menjadi centre of attraction disebabkan
kedudukannya yang strategik disamping mempunyai pelbagai tarikan yang tiada di negara
lain. Semangat perpaduan ini adalah bagi menunjukkan kekuatan Negara kita yang
walaupun mempunyai pelbagai bangsa namun masih boleh berdiri sama tinggi dengan
Negara lain.

Dalam menjayakan falsafah ini terdapat beberapa perkara yang ditekankan iaitu melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam hal ini, masyarakat ditekan agar lebih
gemar membaca supaya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat
mencintai ilmu pengetahuan dalam diri. Seterusnya, melahirkan rakyat Malaysia yang
berketrampilan yang mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dengan cekap dan
sempurna serta layak dengan tugas yang diberikan. Di samping itu, ia bertujuan mencapai
kesejahteraan diri yang mana adalah untuk mewujudkan fikiran yang waras serta
mewujudkan perhubungan yang baik.
Setelah menelusuri liku-liku dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka kita menyelusuri
pula tentang Standard Guru Malaysia yang mana ia juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembangunan modal insan unggul yang mana modal insan ini mempunyai
cirri ciri yang diperlukan dalam membangunkan Negara dalam persaingan yang semakin
kuat ini dalam menjadi sebuah Negara maju bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Dalam
menjadi sebuah Negara maju ini maka faktor-faktor penting seperti ekonomi, politik,
pendidikan perlu diambil kira dalam hal ini kerana ia merupakan penggerak atau generator
kepada sesebuah Negara yang maju di mata dunia.
Dalam melahirkan modal insan unggul ini antara perkara utama yang perlu diambil kira ialah
dari pendidikan itu sendiri dimana pendidikan merupakan satu medium bagi penyampaian
ilmu yang berguna bagi menjadi Negara maju ini lebih lebih lagi dalam penerapan nilainilai murni ini. Sehubungan dengan itu juga pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil
jalan awal dalam melahirkan modal insan unggul ini dengan mengubah sikap pelajar ini dari
negatif kepada positif melalui beberapa siri yang dijalankan di sekolah sekolah.
Usia semakin hari semakin tinggi, semakin lama semakin meniti zaman ketuaan. Namun itu
bukan menjadi penghalang kepada Kementerian yang sudah lama wujud bagi membantu
melahirkan modal insan ini. Bagi mengembalikan kejayaan sama ini, pihak Kementerian
telah memutuskan untuk mewujudkan satu standard dimana ia mempunyai persamaan
standard yang jitu yang boleh menaikkan modal insan unggul setanding dengan negara maju
lain seperti Jepun, Amerika dan Cina dan mampu mengubah nasib negara pada masa akan
datang.
Oleh sebab itu, Standard Guru Malaysia (SGM) ini telah diwujudkan bagi membentuk
peribadi guru yang unggul kerana ianya seperti aur dengan tebing yang saling memerlukan
antara satu sama lain. Ini membawa maksud bahawa perkara ini saling berkait rapat dimana
apabila guru tersebut mempunyai peribadi serta standard yang menepati SGM ini maka
secara tidak langsung mahupun secara langsung telah menyebabkan para guru ini mendidik
anak muda dari awal persekolahan sehinggalah zaman akhirnya. Perkara ini bukan sahaja

terhenti sesudah pelajar ini berhenti sekolah namun ianya berterusan kerana telah terpupuk
sejak kecil lagi dan menjadi amalan kepada mereka ini. Dengan adanya Standard Guru
Malaysia ini juga para pendidik akan dapat menerapkan pengetahuan dan pemahaman
mereka ini dengan lebih berkesan lagi dan dapat menjamin produk yang berkualiti dengan
hasil tempatan. Justeru itu, SGM ini membantu para guru supaya menerapkan standard ini
dalam diri mereka dan seterusnya diambil input ini oleh para pelajar kerana guru itu umpama
role-model kepada para pelajar yang masih belum mengenali dunia luar yang penuh
dengan input-input negatif dan bahaya dalam melahirkan modal insan unggul ini.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat
menghasilkan

individu

yang

mempunyai

jati

diri

yang

kukuh,

berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan


negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang
sering berubah dari masa ke semasa.
Standard Guru Malaysia (SGM) ini merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan mengikut acuan
Malaysia iaitu acuan anak buah tempatan. Ini bagi menunjukkan bahawa hasil tangan anak
tempatan mampu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia yang mana mampu
untuk memberi saingan kepada negara - negara lain. Guru yang merupakan penggerak
dalam bidang pendidikan perlu mencapai kompetensi profesional dalam aspek amalan nilai
profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Disamping itu juga, SGM digubal bagi mengenal pasti penyediaan dan
pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi atau institut latihan perguruan bagi menjamin
tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini tercapai dan selaras dengan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memartabatkan profesion keguruan. Dengan
bergubalnya SGM ini maka ia dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan.
Dalam setiap perkara yang dibuat mestilah mempunyai sebab atau kerasionalannya
terhadap perkara yang dikaji. Hal ini bertepatan dengan Standard Guru Malaysia yang mana
mempunyai sebab musabab akan ia diwujudkan terutamanya dalam memberikan kesan
serta suntikan kepada guru. Kerasionalan SGM digubalkan adalah guru selaku pendidik
perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan amalan
kefahaman serta kemahiran P&P. Selain itu, ia bagi memastikan agensi dan institusi latihan

perguruan menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap serta memastikan KPM untuk
melonjakkan

kecemerlangan

institusi

pendidikan

guru

sebagai

showcase

kepada

pembangunan modal insan ini. Standard ini juga menggariskan kriteria dan standard am
guru selaras dengan Malaysian Qualification Framework (MQF) yang menggariskan kriteria
dan standard am pendidikan tinggi dimana ia menunjukkan apa yang patut dan tidak patut
dalam bidang pendidikan ini.
Dalam memastikan Standard Guru Malaysia ini dapat digunapakai oleh pihak dalam bidang
pendidikan maka ia secara dalam bentuk dokumen rujukan yang membawa maksud bahawa
dokumen ini perlu menjadi rujukan bagi pihak tersebut dalam memenuhi standard yang
ditetapkan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara pihak-pihak
yang menggunapakai perkara ini adalah guru, pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan,
Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan, Guru Besar dan Pengetua Sekolah
serta Agensi Latihan Perguruan.
Dalam merealisasikan Standard Guru Malaysia ini,guru selaku pendidik di sekolah-sekolah
perlu membuat rujukan kepada SGM ini dalam apa jua urusan yang melibatkan pendidikan.
Dalam mengikuti standard guru malaysia ini, guru perlu membuat refleksi kendiri terhadap
tahap pencapaian standard dan mengenalpasti keperluan pembangunan profesionalisme
diri. Hal ini perlu bagi memastikan guru-guru mempunyai sikap untuk menaiktaraf hidup
mereka ini menjadi lebih baik terutamanya dalam menyampaikan ilmu-ilmu ini. Seterusnya,
kita lihat pula pada

pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan iaitu pensyarah yang

mendidik guru-guru praperkhidmatan dan juga guru-guru dalam perkhidmatan di mana


pensyarah perlu mendidik guru-guru ini dengan teratur dan diterapkan dengan input-input
baharu yang kini banyak perubahan dasar pendidikan yang menekankan aspek kemahiran
berfikir aras tinggi ini. Dalam pada itu juga pendidik guru perlu untuk mengenalpasti
profesionalisme diri dan juga membuat refleksi kendiri terhadap pencapaian standard.
Disamping itu, pendidik guru perlu untuk mengenalpasti tahap pencapaian standard oleh
guru

pelatih

supaya

mencapai

tahap

yang

diinginkan

terutamanya

guru

pelatih

praperkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai kursus masa cuti.
Setelah mengenalpasti standard guru pelatih ini maka pendidik guru perlu untuk
mengenalpasti strategi bagi membantu guru pelatih dalam meningkatkan pencapaian
standard yang dikehendaki.
Bagi pihak pengurus dan pentadbir Institusi Latihan Perguruan ini, mereka juga perlu
mengenalpasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus disamping
menyediakan tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. Pihak
pengurus dan pentadbir hendaklah mengenalpasti strategi baru bagi meningkatkan tahap

pencapaian standard dan keperluan guru pelatihdimana dua perkara ini amat penting bagi
melahirkan guru-guru yang mempunyai kompetensi dalam profesion mereka. Bagi guru
besar dan pengetua sekolah pula satu inisiatif baru dalam perangkaan strategi yang bukan
sahaja dapat meningkatkan tahap pencapaian guru malah membantu mereka dalam
mengemaskini cara P&P yang berkesan seterusnya membantu guru dalam mencapai
Standard Guru Malaysia . Bagi agensi latihan perguruan seperti UPSI dan universitiuniversiti yang menawarkan kursus pendidikan ini perlu memainkan peranannya dalam
membentuk sahsiah guru yang baik yang membantu mengenalpasti tahap pencapaian
standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Selain itu, SGM ini dapat mengenalpasti
tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan agensi tersebut yang akan digunapakai oleh
peserta kursus. Disini ia dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan
guru yang boleh dibuat penambah baikkan.
Sesungguhnya, dalam setiap dasar yang digubal perlu ada elemen-elemen penting yang
merupakan faktor utama wujudnya sesuatu dasar malah sebagai penggerak kepada dasar
tersebut. Dalam SGM ini terdapat beberapa elemen-elemen penting yang perlu dipandang
serius dalam membentuk jati diri para pelajar disamping membantu untuk menambah
baikkan dasar sedia ada dalam membentuk profesionalisme guru. Elemen atau lebih dikenali
sebagai standard ini mempunyai beberapa peringkat dimana bagi setiap peringkat yang
wujud ini tidak sama dengan peringkat-peringkat lain. Dalam SGM ini terdapat tiga standard
yang perlu dirujuk oleh para guru. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme
keguruan, standard kedua ialah pengetahuan dan kefahama manakal standard ketiga ialah
kemahiran P&P.
Bagi standard pertama ini iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan ini pula terbahagi
kepada tiga pecahan atau dikenali sebagai domain yang mana domain ini mempunyai
domain yang merujuk kepada domain diri, domain profesion dan domain sosial. Bagi
standard pertama untuk domain diri ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia
ada dan patut dikembangkan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Dalam hal
ini ia merujuk kepada nilai-nilai jati diri atau nilai murni yang ada dalam diri para guru yang
mana penerapan nilai murni ini mempengaruhi ciri-ciri standard serta keberkesanan guru
tersebut dalam menyampaikan perkara yang diajar. Contohnya, penerapan nilai ini dalam diri
guru akan mendorong untuk guru menunjukkan ciri-ciri tersebut lantas memberikan contoh
teladan kepada para pelajar kerana bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Antara nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada
Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal
dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. Nilai-nilai ini diambil bagi membantu para

guru untuk lebih berkesan dalam profesion keguruan kerana hal ini bukan sahaja memberi
impak kepada diri sendiri malah kepada masyarakat sekeliling. Bagi nilai kepercayaan
kepada Tuhan ini merupakan satu nilai dimana pengamalan nilai ini membantu para guru
untuk lebih membentuk jati diri serta membersihkan hati dari sikap-sikap kurang baik yang
mana ia mampu untuk membentuk perilaku para guru.
Amanah dan ikhlas pula merujuk kepada apabila hati kita sudah bersih dari perkara negatif
ini maka nilai ini akan timbul dalam diri dan seterusnya ilmu yang disampaikan dapat sampai
dalam diri para pelajar. Dalam domain ini juga menerangkan akan tahan lasak, cergas, aktif
dan sihat yang mana ia mampu untuk merubah hidup guru untuk lebih peka serta dalam
masa yang sama juga ia mampu untuk membentuk sahsiah guru yang mampu untuk
bergerak aktif dan berkolaborasi dengan para pelajar agar sentiasa cergas. Sebagai contoh,
guru yang aktif untuk melaksanakan kegiatan yang mengeluarkan peluh ini akan mendorong
diri mereka ini untuk melaksanakan P&P dengan berkesan yang bukan sahaja dapat
membantu para pelajar malah memperbaiki diri sendiri disamping penerapan nilai-nilai murni
ini. Bagi kemahiran interpersonal dan intrapersonal ini pula membawa maksud bahawa nilai
ini digunapakai dalam membuat refleksi kendiri serta muhasabah diri yang mana ia mampu
untuk menilai seseorang agar guru mampu untuk menilai diri seseorang itu dalam
menangani hal-hal kendiri yang akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.
Semangat sukarela ini juga ditekankan bagi menunjukkan semangat berpasukan yang mana
ia mampu untuk membentuk nilai kendiri bagi setiap guru agar lebih efektif dalam
berkolaborasi.
Seterusnya ialah domain yang kedua iaitu domain profesion yang merujuk kepada
pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya
sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah
kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja
sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Bagi nilai kecintaan terhadap profesion ini ialah guru
perlu untuk melahirkan rasa cinta kepada nilai ini agar dapat menjadi seorang guru yang
berkaliber dalam melakukan kerja yang mana ia amat ditekankan terutamanya dalam
kemenjadian seorang guru. Kemudian, nilai berketerampilan dan integriti ini juga ditekankan
dalam domain ini. Nilai berketerampilan ini merujuk kepada imej guru yang mempamerkan
imej seorang guru dan tidak mempamerkan imej bagi seorang jurutera. Nilai integriti pula
merujuk kepada amanah, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang
diberikan. Nilai ini amat penting bagi mewujudkan satu suasana atau keadaan dimana
kawasan tempat kerja ini menjadi satu medan yang memberikan keselesaan dalam
melaksanakan kerja yang diberikan justeru suasana aman dan tenteram tanpa ada penipuan
dapat dielakkan di tempat kerja. Domain profesion ini juga mengamalkan kerja sepasukan

dimana guru perlu mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain supaya budaya kerja dapat
diterapkan dalam diri dan bekerja secara efektif dan efisian. Domain ini juga menekankan
aspek kreatif dan inovatif dimana guru perlu lebih berfikiran ke arah kekreatifan dan
berinovatif selari dengan negara maju menjelang 2020.

Domain Sosial pula merujuk kepada satu medan atau medium sosial yang mana guru
memainkan peranannya dalam mewujudkan satu suasana dimana guru berperanan sebagai
agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut
diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat,
patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Nilai-nilai yang dinyatakan seperti
keharmonian dan kemahiran sosial amat penting kerana ia melambangkan serta
mempamerkan imej sebagai seorang guru seterusnya melahirkan suasana yang ceria di
medium P&P ini. Dengan adanya domain ini semangat bermasyarakat dapat diterapkan
dalam diri lantas membantu para guru untuk lebih terbuka kepada masyarakat dan
memudahkan para pelajar untuk mengakses kepada guru mereka disebabkan keramahan
guru tersebut. Nilai kecintaan terhadap alam sekitar ini juga dapat diterapkan dalam diri guru.
Hal ini kerana apabila guru ini mencintai alam sekitar maka nilai kasih sayang dapat dipupuk.
Disini nilai kasih sayang ini bukan sahaja dapat diterapkan dalam diri kepada tumbuhan
malah kasih pada haiwan yang mana ia mampu untuk menerapkan nilai menjaga serta
menghargai alam sekitar ini.
Standard yang kedua ialah pengetahuan dan kefahaman iaitu guru yang memiliki dan
menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam hal ini
terdapat beberapa bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru terutamanya falsafah,
matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan guru tersebut tahu kemana harus mereka ini
berpegang pada sesuatu kerana tanpa adanya pegangan ini maka guru tersebut akan
terapung-apung tanpa ada arah tuju. Ini bermaksud bahawa penekanan aspek ini adalah
bagi memastikan guru tahu apa yang diajarnya serta mempunyai garis panduan untuk diikuti.
Seterusnya ialah falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Dalam hal
ini, aspek yang diberi penekanan ialah dalam bidang kokurikulum dimana kini merupakan
salah satu perkara yang dititik beratkan samada guru mahupun pelajar. Guru selaku
generator perlu memotivasikan diri untuk menjayakan kokurikulum ini kerana dalam
melahirkan modal insan ini keseimbangan amat penting yang terdiri daripada kurikulum dan

juga kokurikulum ini. Standard ini juga adalah untuk memastikan bahawa hasil pembelajaran
ini mendapat impak besar kepada guru terutamanya dalam keperluan pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek yang diajar.
Disamping itu, dalam memastikan Standard Guru Malaysia ini menepati piawai standard
kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman ini maka standard kandungan mata pelajaran yang
diajarkan di sekolah ditetapkan dan mempunyai silibus yang ditetapkan sebagai rujukan
kepada para guru agar tidak terpesong dari apa yang diajar. Dalam kandungan mata
pelajaran yang diajarkan ini juga mempunyai standard yang merangkumi tahap pemikiran
kreatif dan inovatif yang mana ia mampu untuk melahirkan para pelajar yang lebih maju
kehadapan. Dalam standard ini juga terdapat kandungan ilmu pendidikan yang mana ia
mempunyai nilai-nilai kependidikan yang mana ia merangkumi Ilmu Pendidikan Sebagai
Ilmu Normatif dan Ilmu Pendidikan sebagai Ilmu yang Bersifat Teoritis dan Praktis. Dalam hal
ini, nilai yang dijunjung tinggi ini dijadikan norma untuk menentukan ciri-ciri manusia yang
ingin dicapai melalui praktik pendidikan. Nilai-nilai ini tidak diperoleh hanya dari praktik dan
pengalaman mendidik, tetapi secara normatif bersumber dari norma masyarakat, norma
filsafat dan pandangan hidup, malah dari keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang.
Disebabkan ilmu ini tidak boleh didapati dari pembelajaran dan pratik ketika mendidik maka
standard telah menekan aspek ini bagi memastikan guru mempunyai nilai-nilai sebegini bagi
memudahkan sistem pembelajaran yang teratur dan mampu untuk melaksanakan sistem ini
dengan lebih baik dan efektif disamping menerapkan ilmu ini dalam diri tanpa paksaan.
Seterusnya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber
pendidikan

dalam

pelaksanaan

kurikulum

dan

kokurikulum

pula

mengetengahkan

bagaimana penerapan ilmu keteknologian ini membantu guru dalam pendidikan. Jelasnya
dalam menghadapi negara yang semakin membangun dan pesat dengan pelbagai gajetgajet ini maka ilmu berkenaan teknologi ini diambil kira dalam membangunkan pendidikan
berasaskan teknologi yang mana ia merupakan salah satu cara bagi melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif. Pengamalan (TMK) ini mampu untuk merealisasikan hasrat negara dalam
menjadi negara maju menjelang 2020. Standard ini juga mampu untuk melahirkan guru yang
kreatif dalam melaksanakan P&P dimana penggunaan teknologi ini akan menarik minat para
pelajar. Menurut Apple Reports Of Education (1989) dalam Yusuf Hashim (1997)
menyatakan pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi
multimedia adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Sebagai contoh, guru yang
mengajar matematik di sekolah menggunakan papan hitam bagi melukis bentuk-bentuk
geometri yang mana ia mampu untuk menunjukkan sesuatu pada bentuk 2 dimensi
berbanding komputer yang mampu menunjukkan bentuk 3 dimensi yang mana ia bolehh
bergerak dan ini akan mendorong para pelajar untuk berfikir bagaimana bentuk-bentuk

tersebut menjadi sedemikian lantas menggalakkan mereka ini berfikir. Seterusnya, aspek
yang diambil kira ialah strategi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Perkara ini diambil kira bagi memastikan para guru tahu bagaimana kaedah ataupun cara
bagi menghasilkan satu suasana pelajaran yang akan membantu para pelajar untuk lebih
memahami apa yang diajar. Seperti yang kita tahu kondusi tempat belajar yang bersih akan
mendatangkan pemikiran yang baik namun begitu bagi memantapkan lagi apa yang sedia
ada ini maka penekana aspek ini penting dalam usaha kerajaan menjadikan guru sebagai
pembimbing dan perancang. Kemudian kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan
tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah
ini bukan sahaja mengetahui sejauh mana tahap pemikiran seseorang guru itu malah
membantu para pelajar untuk lebih faham tentang pengisian subjek yang diajar. Kaedah ini
juga dapat membantu para guru untuk lebih kreatif serta memudahkan kerja di kemudian
hari. Sebagai contoh, guru yang sudah melaksanakan kaedah ini akan lebih bermotivasi
terutamanya dalam p&p yang mana ia akan membantu guru melalui apa yang perlu
ditambah dan dikurangkan dalam sesi pengajaran ini. Selain itu, standard seterusnya ialah
potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam
konteks ini nilai ini ditekan bagi melahirkan guru yang bermotivasi serta sentiasa tahu apa
yang kurang dalam pendidikan. Disini guru akan dapat mengenali potensi murid itu sendiri
terutamanya dalam menangani isu pelajar zaman kini yang cenderung untuk bermain
permainan video. Standard ini membolehkan guru tahu tentang kelebihan dan kekurangan
pelajar mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk mengembangkan bakat
mereka ini secara menyeluruh.
Seterusnya ialah kemahiran pengajaran dan pembelajaran iaitu standard ini memfokuskan
kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran akademik dan kokurikulum. Dalam standard ini menekankan aspek kemahiran
itu sendiri iaitu kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran ini membolehkan
para guru untuk lebih berfikiran terbuka serta membantu untuk memanfaatkan masa yang
ada dan menghasilkan impak yang besar dalam pendidikan masa kini yang mementingkan
penjimatan iaitu modal kecil tetapi hasil besar. Kemudian, kemahiran melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan
teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

Aspek ini juga membantu guru supaya dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran kerana
kemahiran-kemahiran inilah yang akan membantu perkembangan diri iaitu guru dan para
pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020.
Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Guru yang
mempunyai standard ini mampu untuk mengesan kelemahan dan kelebihan yang ada pada
diri dan mampu untuk memperbaikinya dengan segera. Contohnya, guru akan membuat
refleksi kendiri bersama pelajar itu sendiri mengenai pemahaman pelajar terhadap subjek
yang diajar di akhir kelas. Ini bagi memudahkan guru untuk melakukan penambahbaikkan
terhadap kaedah pengajaran mereka ini. Akhir sekali dalam standard ketiga ini ialah
kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa,
ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Dalam
konteks ini ia merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong diri guru ini dalam
melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan terutamanya dalam mengesan faktor yang
boleh menganggu pemahaman seseorang pelajar itu sendiri. Contoh yang boleh kita cungkil
dalam kemahiran mengurus bilik darjah ini ialah dalam melakukan pembelajaran yang
berkesan ini maka faktor kelas itu sendiri memainkan peranannya kerana kelas yang tidak
ceria akan menyebabkan para pelajar terdorong kepada kengantukan di dalam kelas.
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama
dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta melahirkan modal insan
unggul ini dengan jayanya menjelang tahun 2020.