Anda di halaman 1dari 9

1.

PENGENALAN

Pemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan Sejarah.
Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar-pelajar dirangsang untuk lebih berfikir secara
kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para
pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi
membosankan.
Seterusnya, pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang
pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran
Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan
pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
pelajar berfikir. Menurut Maharom ( 1998 ), hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar.
Walau bagaimanapun, pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa
yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim,
2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat
memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang
kaku dan membosankan. Malah ini dapat mendedahkan kepada para pelajar cara seseorang
ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka
(Isabel et all. 1997).
2.0

KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

Menurut Marzano et all. (1998) menjelaskan bahawa pemikiran sejarah melibatkan satu set
operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep,
pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan
dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di
peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir
ianya lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.
Seterusnya, peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan
penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu
beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua
sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Yusof Ibrahim ( 1985 ) menyatakan bahawa sejarah tidak
dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam
1

akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa
berkenaan.
Pada pandangan Furet (1983) pula menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu
bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu
lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka
pemikiran sejarah era new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar
secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami
oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.
Dengan itu, pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang muridmurid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari
dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir
yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling
mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut
menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..
Manakala pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada
usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan
pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi
penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).
3.0

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi membolehkan muridmurid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS merangkumi :
3.1

Memahami Kronologi

Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang
mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Selain itu, memahami konsep
masa dan juga memahami konversi masa. Sebagai contoh, murid tahun 4 yang telah
belajar tentang zaman air batu, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan
zaman air batu sejarah seperti perubahan yang berlaku pada zaman air batu. Melalui
pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu
dengan masa kini.
2

3.2

Meneroka Bukti

Meneroka bukti merupakan kemahiran mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta
membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Selain itu, menentukan
signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta bagaimana peristiwa itu berlaku di
samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh
guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan murid
berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan awal wujud di tepi
pantai.
3.3

Membuat Interpretasi

Membuat interpretasi bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan


memberi ulasan dan kupasan, membezakan antara tafsiran dengan perspektif dan juga
membuat perbezaan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah. Dengan itu pelajar
akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik.
Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami
melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup
dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh murid
dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan
Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini murid telah membuat tafsiran
dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan
Islam.
3.4

Membuat Imaginasi

Membuat imaginasi pula merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Iaitu dengan


melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah, membuat imaginasi secara visual dan
juga membuat imaginasi secara empati. Selain itu, ia merupakan satu usaha melibatkan
pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran
imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang
yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat,
contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan
Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada
ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada
kita mengapa tindakan itu diambil.
3

3.5

Membuat Rasionalisasi

Membuat rasionalisasi melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan


yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, memerlukan
kemahiran mengumpul data, hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat
inferens. Akhir sekali, membuat rasionalisasi melalui kajian sumber sejarah secara kritis.
Contohya, murid-murid perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat
hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang
dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting
daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan
yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh diambil
untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan murid-murid untuk membuat penilaian
maklumat tentang kerajaan-kerajaan Melayu awal dan dihubungkaitkan dengan
kehidupan masa kini.
Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan
proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan
membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis,
menyelidik

dan

memproses

bukti-bukti,membuat

hipotesis,

memahami

dan

memberi

penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para
guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu,
secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan
(Zahara & Nik Azleena, 2007).
Penerapan KPS boleh dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. KPS juga sesuai
digunakan dalam hampir semua peristiwa sejarah. KPS sesuai digunakan semasa set induksi
bagi merangsang minda murid. Selain itu, KPS juga boleh diterapkan secara sisipan semasa
P&P dan semasa membuat ulangkaji. Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti
enam elemen spesifik dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang
pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

4.0

DISIPLIN SEJARAH UNTUK MEMBENTUK RANGKA KERJA TENTANG PEMIKIRAN


SEJARAH.

4.1

Kepentingan (Significance)

Demi untuk kepentingan sejarah ini, murid-murid perlu mempunyai kemahiran


membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan
kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam
masyarakat tersebut.
Dengan itu, murid-murid disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat,
kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka.
Contohnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh
Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati murid amat dipengaruhi oleh identiti
nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.
4.2

Epistemologi Dan Bukti (Epistemology And Evidence)

Epistemology dan bukti ini melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa
lampau. Apakah bukti yang kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai?
Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza
dan bertentangan.
Misalnya, kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa
hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya
sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai
tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.
4.3

Kesinambungan Dan Perubahan (Continuity And Change)

Kesinambungan dan perubahan ini menekankan pemahaman tentang perubahan masa


lalu yang merupakan pusat pemikiran Sejarah. Oelh itu, umur merupakan faktor untuk
memahami keadaan ini, iaitu seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami
perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan
nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini.
Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa
lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan
muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang
kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain
5

mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perubahan Sejarah berbanding dengan
mereka yang hidup dalam suasana yang aman.
4.4

Perkembangan Dan Kemerosotan (Progress And Decline)

Unsur ini murid perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat
perkembangan dan kemerosotan. Dengan itu, dalam peringkat perkembangan hidup
seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu
keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya
dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini. Ini adalah penting
agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah.
4.5

Empati Dan Penilaian Moral (Empathy And Moral Judgement)

Empati dan penilaian moral diperlukan dalam pemikiran sejarah. Tujuannya agar muridmurid tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu. Malah mereka
seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang peristiwaperistiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa
empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif
untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.
4.6

Historical Agency

Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu
perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan
memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat
pada masa kini.
Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka
pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai
pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia
melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku
pada masa kini.

5.0

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEJARAH.
6

Orang ramai berpendapat bahawa, mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell
stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika
diceritakan dengan baik boleh menarik minat murid untuk belajar sejarah. Para sejarawan
sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas sejarawan untuk
membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat
kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993).
Dengan itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran
pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah
Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran
sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid murid bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang
paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Hal ini dapat dibuktikan dengan
kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak
mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard &
Mendenhall, 1982).
Selain itu juga, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati
antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru
Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik dan
kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran
yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan murid - murid berkomunikasi dengan mata
pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid.
Walau bagaimanapun, untuk menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik
darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran murid. Ini
boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti,
membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru.
Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai
kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.
Dengan itu, bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan,
pengajaran Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif.
Menurutnya lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber
sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan
bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah
7

menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang
sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada faktafakta yang diperolehi. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar
berfikir mengikut pendekatan Sejarah.
Dengan yang demikian, salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah
ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti)
sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan
proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar
untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)
Seterusnya, untuk membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah,
ia memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu
mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru
itu, murid murid perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis
serta sebab dan akibat.
Oleh yang demikian, pemikiran sejarah sebenarnya memerlukan persoalan, yang mana
jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar
atau salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesishipotesis yang sesuai. Murid perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka.
Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt,
1990). Keadaan ini juga memerlukan murid dapat membezakan anatara sebab segara dan
sebab panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan
bahawa pemikiran sejarah dapat melatih murid berfikir secara kritis.

6.0

PENUTUP

Olehh itu, berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan
kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna.
Sesuai dengan pandangan yang diberikan oleh John Dewey (1966) yang menyatakan
pembelajaran merupakan satu proses yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud
8

pembelajaran bermakna ialah learning by doing yang dapat membantu pelajar berfikir dan
membentuk kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan
dengan konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, membuat
inferens, interpretasi, dan sebagainya.
Dengan itu, bagi memenuhi objektif pemikiran sejarah, guru sebenarnya memainkan
peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru seharusnya terlebih dahulu
mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada tentang isi kandungan pelajaran
sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar guru dapat menerapkan pemikiran ini dalam
kalangan pelajar pula. Menurut Zahara & Nurliah (2009) sekiranya guru mementingkan
pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar
meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alaf baru, mereka akan lebih rasa yakin dan
berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Sekiranya konsep
pemikiran sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya
dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia.