Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnianya serta Inayah-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah
ditetapkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya Encik Azmi bin Mohamad @ Md. Jalani kerana telah memberi sokongan
dan dorongan kepada saya ketika menyiapkan kerja kursus ini. Budi dan sikap tolak ansur
beliau amat saya hargai dan sanjungi. Tidak lupa juga buat rakan seperjuangan kelas M1 yang
sudi berkongsi maklumat dan bahan-bahan rujukan untuk tugasan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya di atas
dorongan serta sokongan emosi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Pengorbanan dan
kasih sayang mereka amat bernilai dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga usaha
saya ini akan membawa rahmat dan berkat untuk dikongsi bersama-sama.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada rakan-rakan kelas saya kerana telah banyak
membantu dan memberi kerjasama yang sangat baik dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya
berjaya menyiapkan kerja kursus Kaedah Pengajaran Sejarah dengan jayanya.

iii