Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah morfologi, Cik Hamidah
Binti Abd Hamid kerana memberi tugasan morfologi dalam jangka masa yang panjang iaitu
enam minggu. Cik Hamidah Binti Abd Hamid juga memberi penerangan yang jelas dan
bimbangan untuk menjalankan kerja ini dengan lancar serta memudahkan saya merangka
setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Dengan menjalankan kerja kursus ini saya
dapat mengetahui cara untuk menguruskan masa dengan betul dan teratur. Pengalaman
seterusnya ialah saya dapat mempelajari cara untuk mencari bahan rujukan daripada
pelbagai sumber dengan senang untuk membuat rujukan semasa menjalankan kerja kursus
ini. Selain itu, saya dapat tahu cara menghuraikan kesalahan bahasa dalam iklan yang
mencemarkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Malaysia. Dengan membuat tugasan ini saya dapat memperolehi pengetahuan baharu iaitu
saya dapat memahami secara mendalam tentang proses pembentukan kata ganda dan kata
majmuk dan cara menganalisis kesalahan dalam lima bentuk iklan yang akan membantu
saya menguasai bahasa Melayu yang betul. menjalankan kerja ini dengan lancar serta
memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Saya juga
berpendapat bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.
Kerja kursus ini memang terbaik kepada bakal guru bahasa Melayu kerana
membantu saya untuk menjadi guru bahasa Melayu kelak. Ilmu morfologi merupakan
sebahagian daripada cara untuk saya memartabatkan bahasa Melayu. Justeru, dengan
menpelajari bidang morfologi dalam semester ini akan memudahkan saya untuk mengajar
anak murid saya dengan lebih yakin sampai mereka mahir dalam tatabahasa serta
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu, sebagai guru bahasa saya mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang mantap tentang morfologi. Sebagai seorang bakal guru
yang

pada alaf ke-21, saya perlu memenuhi diri saya dengan ilmu pengetahuan dari

pelbagai sumber terutamanya dari subjek morfologi. Selain itu, saya juga dapat
menganalisis dengan senang kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan
mereka dengan mengaitkan ilmu morfologi yang saya pelajar dalam kerja kursus ini.
Daripada kerja kursus ini, saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang
berkaitan morfologi yang menjadi asas kepada bahasa Melayu. Saya mendapat banyak info
atau maklumat yang penting daripada kerja kursus ini yang akan membantu saya untuk
mendapat gred yang terbaik dalam peperiksaan yang akan datang. Justeru, sebagai bakal
guru bahasa Melayu kita perlu mengkuasai ilmu morfologi yang dapat membantu usaha
kerajaan dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Hal ini kerana ilmu morfologi
mengkaji tentang pembentukan kata. Penguasaan ilmu morfologi yang baik dapat
15

membantu saya sebagai bakal guru untuk mengajar bahasa Melayu dengan lebih berkesan
kepada murid-murid saya di sekolah nanti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh
hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan
agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi
setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Seorang guru haruslah mengetahui seluk-beluk morfologi dengan mendalam untuk
mengajar anak murid tentang kepentingan tatabahasa dengan betul dan tepat. Sehubungan
dengan itu, seorang anak murid dapat menguasai subjek bahasa Melayu yang diajar oleh
guru dengan baik. Hal ini selaraskan dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kedua iaitu memastikan setiap murid profisien dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ini menunjukkan apabila seorang guru menguasai
semua aspek dalam morfologi dengan baik maka anak murid yang diajar juga akan mampu
menguasai subjek bahasa Melayu dengan baik dan dapat memartabatkan bahasa Melayu di
persada antarabangsa. Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis
sekolah, kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard
pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Oleh hal yang demikian,
morfologi memainkan peranan penting dalam menguasai bahasa Melayu yang standard
dan betul yang selaras dengan PPPM.
Kesimpulannya, saya berasa bangga semasa membuat kerja kursus ini sebab ia
amat membantu saya apabila saya menjadi seorang guru di sekolah pada suatu hari nanti.
Saya memahami bahawa peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid
seperti yang dimatlamatkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132015. Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam
diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih
rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang tatabahasa dapat dikukuhkan.
Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih
mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek
bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk
mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang
mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan
pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru bahasa Melayu.

16

17