Anda di halaman 1dari 23

PETUA

PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Persediaan Fizikal
Persediaan Mental
Persediaan Emosi
Persediaan Rohani
Pelbagai Persoalan
Belajar Untuk Peperiksaan
PENDAHULUAN
Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan
persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan
yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal
dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama
ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan
tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk
berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari
segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.
Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar
menghadapi peperiksaan mereka.
Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar
perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam
menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk
memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti
fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan
pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ..
AKU BOLEH BERJAYA. Melangkah dengan fikiran yang positif.

PERSEDIAAN FIZIKAL
KESIHATAN
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika
membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan.
Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk
peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka
pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan
anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan
anda menjaga perkara yang berikut:
Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan
anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga
tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa
tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya Makanlah dari makanan yang
baik yang telah Kami berikan (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya
(zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan
kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan
makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan
dan menggelapkan hati mereka.
Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain
hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali
seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.
Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton
dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini
setelah tamat peperiksaan penting nanti.
KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari
aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari
sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan
sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah
diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya
mendedahkan
diri
kepada
pelbagai
kemungkinan.
Dalam

musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada


dirumah.

PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai Gambaran Negatif
Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan
peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha
bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering
mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan
lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah
kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan
berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.
Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin
mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya
belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa
fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi
kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan
yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini
bermain difikiran.
Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada
ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada
anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang
terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan
mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong
anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan
masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan
ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha
walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan
atas diri anak-anak.
Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah
berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan
dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa
keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda

tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha


sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai
rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga
membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung.
Something is better than nothing
Lakukan Latihan Minda setiap hari.
If you cant see it, you cant have it.
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu
maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih
dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda
tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda
berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah
juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda
tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan
terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas
gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat
latihan minda seperti dibawah.
1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan
tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi,
uratsaraf dan pejamkan mata anda.
2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan
hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda
menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda
membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil
atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.
Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan
sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana
iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang
anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau
ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya

secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan
jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda
pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika
itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit keduadua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda,
dan pejam kembali. Ulang langkah 2 4 beberapa kali.
5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan
peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia
kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda
membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca
keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab
setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurahcurah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi
cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4
tadi.
6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7.Buatkan latihan minda ini 10 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan
latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan
takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan
mencubit kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan
anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari
sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu
dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin overconfident;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku
terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.

Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin sertamerta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek
anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini
tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan
anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.
Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai
hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan
sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan
telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan
matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakanrakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau
paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap
perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau
negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa
yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar.
Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga
perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu
melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang
menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat
menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih
ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar
Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi
peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam
peperiksaan.
2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul.
Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan
anda.
3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan
memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering
membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Raad, ayat 36, yang
mafhumnya Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah
semua hati.

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.
Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.
Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN
Saya tidak tahu dimana patut bermula.
Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agihagihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah
dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan.
Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya.
Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda
mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk
mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja
untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda.
Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang
dahulu. Mulakan 30 minit 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya
apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.
Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik
yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting
dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji
sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan
hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya
masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan
terperinci.
Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk
apabila membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang
berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari
sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selangselikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda
(atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalansoalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang
dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama
rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.
Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.

Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda
ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:
Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Mnemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama
anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kadkad ini.
Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah
mengingatinya.
Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan
dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari
peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh
soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa?
Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka
diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:
Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?
Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan
lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang
sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk
menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:
Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya.
Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam
tajuk tersebut. Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori
berdasarkan persamaan yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki
(sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta
konsep bagi menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan. Misalnya kalau
anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin
boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian
senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda

mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara


tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.
Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?
Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal
anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh
itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi
kelemahan ini.
Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta
seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda
mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada
ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua
atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini.
Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu
menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula
maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal.
Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi
mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari
semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah
membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.
Anda suka belajar disaat-saat akhir.
Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab
kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar.
Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam
sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk
bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah
kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar
potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan
langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang
mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik,
barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN


Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang
setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak
belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak
merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan
membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.

Bersedia untuk belajar

Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi


memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi
sama ada di kolej ataupun universiti.
Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang
perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu
bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal
menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan
tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa
anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi,
Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan,
Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok
mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi
semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya
biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.
Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan
Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda
rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda
panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah
berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.
Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku
teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas.
Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.
Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai
untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga babbab yang telah anda kuasai dengan baik.
Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat
bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab
penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.
Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang
hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir
sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan
semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya
dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda
mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda
terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa belajar 5 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran.
Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam

di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu
malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.

Mengingati Tajuk
Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu
mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran
maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.
Buatkan Nota
Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan
usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang
mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara
belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda,
sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas.
Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami.
Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul
dan tidak ada fakta penting yang tertinggal.
Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda
mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata
kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuktajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci,
maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.
Latih diri anda untuk peperiksaan
Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak
mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otototot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai
sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam bowling perlu melakukan
latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran berbowling. Begitu juga
dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang
dalam peperiksaan.
Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:
1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan
tepat.
2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang

berkesan.
1. Latih mengeluarkan maklumat
Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda
perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah
dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:
Menjawab soalan-soalan;
Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
Mengadakan perbincangan dengan rakan;
Menyediakan kad imbasan kecil.
Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model
jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba
pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep.
Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan
sebenar kelak.
2. Hadkan masa menjawab
Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan
bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda
perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah
ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina
melalui latihan yang berterusan.
Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab
soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.
3. Anggap seperti peperiksaan sebenar
Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan
yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar.
Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi
menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan
sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka
berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati
anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.
4. Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya


kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.
Langkah-langkah berikut dapat membantu:
1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:
Jawab soalan BONUS Iaitu soalan yang anda pasti
jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal,
atau yang pernah anda latih sebelumnya.
Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda
jawab hanya dengan satu kali cubaan.
Jawab soalan-soalan yang susah iaitu soalan yang
memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang
tidak tahu jawapannya.
Semak Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif,
pastikan tandanya betul.
Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan
bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan
kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan
tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati
dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalansoalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.
Mencari sebab (post-mortem)
Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalansoalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan
yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan post-mortem, iaitu
proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini
merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab
kesalahan berlaku ialah:
Tidak tahu (tidak baca) Ini bermakna persediaan diri anda
kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
Tidak faham Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru
atau rakan.

Lupa Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah


dipelajari.
Cuai Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi
Menjawab Soalan di atas.
Keliru Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang
mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari
peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.
Jangan buang masa
Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa
yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak
sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut
untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda
pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada
sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan
memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.
Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu
sessi mengulangkaji

Teknik Belajar
Teknik Belajar SQ3R...
1. S

= Survey (Tinjau)

--- tinjau tajuk, tajuk kecil dan rumusan sesuatu bab. Dapatkan gambaran secara
kasar.
2.Q

= Question(Soal)

--- Tanyakan diri sendiri soalan iaitu : Apa? Mengapa? Bagaimana? Siapa? Bila? Cari
jawapan semasa membaca tajuk atau rumusan bab.
3.R

= Read (Baca)

--- Baca untuk dapatkan idea, kumpul fakta dan fahami keseluruhan tajuk atau bab.
Selepas itu, jawab semua soalan anda di atas.
4.R = Recite (Lafaz)
--- Baca , ingat, tutup buku, ingat, hafaz, buka buku, tutup buku...sehingga hafal.
Ulang proses ini sehingga hafal apa yang anda baca.
5.R = Review(Ulangkaji)
--- Catat Semua fakta /isi penting. Guna kata kunci, peta minda, nota ringkas dan
sebagainya.
KEMAHIRAN MEMBACA
1. TEKNIK BACAAN KOMPAS

Baca secara laju dan fokus perkara perkara berikut: TAJUK UTAMA,
PENDAHULUAN, TAJUK KECIL, GAMBARAJAH, SOALAN DAN LATIHAN DI AKHIR
BAB, KESIMPULAN.

2. TEKNIK BACAAN KAMERA

Baca secara laju KESELURUHAN BAB, GAMBARAJAH, PETA, GAMBAR, JADUAL


dan CARTA.

3. BACAAN ALBUM

Baca sederhana laju dan fokus kepada maklumat penting berdasarkan soalan
dan latihan di akhir bab, garis atau highlight maklumat yang penting
menggunakan pen atau penanda berwarna.

Sila Praktiskan sehingga jadi kebiasaan anda...

KENAPA MANUSIA TIDAK BERMOTIVASI???


1. Tiada matlamat dan cita-cita yang jelas.
2. Tidak menilai diri secara tepat.
3. Tidak kenal kehebatan diri sendiri.
4. Tidak tahu cara untuk mendorong diri.
5. Dikuasai oleh pemikiran yang negatif.
6. Imej diri yang negatif.
7. Mudah terpengaruh oleh persekitaran.
8. Tidak berdoa, bertawakal dan bersyukur.
9. Tidak tahu mengurus diri.
10.Tidak Mahu belajar daripada kesilapan lalu.
11.Konsep kendiri yang rendah.
12.Mudah mengalah dan Berputus Asa.
CIRI CIRI ORANG YANG BERMOTIVASI.
1. Sentiasa Awal dan mendahului orang lain.
2. Sentiasa bersemangat.

3. Sentiasa tekun dan rajin.


4. Sentiasa positif dan optimis.
5. Kenal potensi dan kehebatan diri.
6. Sentiasa cekal dan tabah.
7. Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan.
8. Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang.
9. Sentiasa bertawakal dan bersyukur.
10.Sentiasa berdoa dan bertawaduk.
11.Memiliki konsep kendiri yang tinggi.
12.Mengamalkan sistem pengurusan diri yang cekap.

SOALAN LAZIM
Jika para pelajar ada sebarang pertanyaan, sila ajukan di sini.
SOALAN :
Bila cikgu tanya pelajar, kenapa kamu tak jawab Bahagian B ni?Pelajar jawab tidak cukup
masa. Kenapa pelajar tidak cukup masa ?.
JAWAPAN :
Kenapa ada di antara pelajar tidak cukup masa menjawab Pengajian Am terutamanya Kertas 2.
Bagi cikgu ada beberapa perkara pelajar perlu beri perhatian iaitu:
1. Pelajar tidak merancang masa menjawab soalan. Oleh itu pelajar tidak cukuo masa untuk
menjawab soalan lain.
-Cadangan cikgu pelajar rancang masa dengan sebaiknya. Cuba latih semasa membuat
latihan atau ulangkaji dengan peruntukan masa yang betul. Disini cikgu cadangkan masa
yang harus pelajar peruntukan.
-BAHAGIAN A - 25 MARKAH - 35 MINIT

-BAHAGIAN B - 25 MARKAH - 35 MINIT


-BAHAGIAN C - 20 MARKAH - 20 MINIT
-BAHAGIAN D - 15 MARKAH - 50 MINIT
-BAHAGIAN E - 15 MARKAH - 40 MINIT
2. Sebab yang kedua adalah pelajar lebih suka menjawab Bahagian D dahulu berbanding
bahagian lain.
-Cadangan cikgu pelajar haruslah mengetahui pembahagian markah dengan lebih jelas.
Bahagian D Cuma 15 markah tetapi masa yang diperlukan agak lama. Bagi sesetengah
pelajar yang kurang berminat bermain dengan angka, bahagian D ini melambatkan kerja
mereka. Oleh itu beri tumpuan mengikut susunan Bahagian.
3. Faktor yang ketiga adalah diri pelajar itu sendiri yang tidak berusaha untuk menyiapkan
ujian dengan cepat. Maksudnya pelajar kena melatih diri menulis dan berfikir dengan cepat.
Ini penting, kerana jika ada baki masa pelajar boleh gunakan untuk menyemak dan membuat
pembetulan ujian anda.

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM


BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.
PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)
IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 M
JUMLAH 25 M
Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.
1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan
Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras
sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab
dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea
utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA
TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN
PERANCANGAN PENULISAN ANDA.
3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih
diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira
jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan)
darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah
perkataan.
4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (3040 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan
huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN
ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)
5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei
anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua
hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.
6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap
adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa
sepatutnya.
MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada
persoalan yang tersirat/tersembunyi.
3. Merangka esei anda.
KATA KUNCI SOALAN.
1.BINCANGKAN.
Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut
beberapa pendekatan berikut:
a. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
b. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
c. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF

d. PRO DAN LAIN-LAIN


e. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah
untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :
a. PRO DAN KONTRA
b. PRO DAN LAIN-LAIN
c. PRO SAHAJA
3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN,
CADANGKAN DLL.
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.
4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang
dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang
diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan
soalan.
5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat
perbandingan.
UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A
DAN B ADALAH BINCANGKAN.
BAHAGIAN C (PETIKAN)
Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.
1. Roman i 2 Markah
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan
hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung
frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN


DIBERI MARKAH.
2. Roman ii 8 Markah
Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) 2 Markah
Huraian 4 Markah
Bahasa 2 markah
a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.
b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat.
BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.
c. Buat dalam satu perenggan sahaja.
d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.
BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)
Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah
Kesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah
Pengkelasan Angkubah(PA)
1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga
ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.
2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit
yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)
Kesesuaian Teknik (KT)
1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian
ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan


jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis
dengan tepat dan betul.
3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.
Ketepatan Isi (KI)
Maklumat berikut mestilah lengkap:
1. Label Paksi X dan Paksi Y
2. Unit Paksi
3. Tajuk yang lengkap
4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.
5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.
6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta
7. Skala / nisbah jejari yang tepat
8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y
Kejelasan (KJ)
Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS
1. Tajuk Utama
2. Label paksi
3. Petunjuk
4. Skala
5. Sumber
BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)
Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:
1. Media Statistik (jadual)

2. Media Statistik (graf / carta pai)


3. Media Carta Aliran
4. Media Gambarajah