Anda di halaman 1dari 9

TEKNIK SPONGULI DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN CARA


MENGUMPUL SEMULA DAN MINAT DALAM
KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS BAGI SUBJEK
MATEMATIK
Rabiah Wong
[rabiah.wong@gmail.com]
Dr. Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana
keberkesanan penggunaan teknik Sponguli dalam membantu meningkatkan
kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula dan minat dalam
kalangan murid Tahun 3 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah
Kebangsaan Kampar. Responden yang terpilih dalam kajian ini adalah terdiri
daripada dua orang responden yang berada dalam Tahun 3 bagi kelas
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tinjauan awal yang dibuat oleh saya
melalui kaedah pemerhatian telah menunjukkan bahawa murid-murid kurang
mampu menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan baik.
Oleh itu, kedua-dua responden ini telah dilibatkan dalam kaedah Sponguli
yang telah dirancang. Kaedah Sponguli merupakan sejenis bahan bantu
mengajar yang dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran menguasai kemahiran menambah dengan cara mengumpul
semula dengan mahir. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen, Ujian 1 dan
Ujian 2 digunakan sebagai cara pengumpulan data. Keputusan daripada
penganalisisan data Ujian 1 dan Ujian 2 telah menunjukkan peningkatan
prestasi Matematik murid-murid. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa
teknik Sponguli telah berjaya membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk
menguasai kemahiran operasi tambah dengan cara mengumpul semula dalam
lingkungan 50 dengan betul di samping menggalakkan penglibatan mereka
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Cadangan kajian
seterusnya ialah melalui penambahan bilangan teknik Sponguli, murid-murid
dapat menguasai kemahiran tambah dengan cara mengumpul semula dengan
lebih mahir lagi.
Kata kunci: pendidikan khas, matematik, teknik Sponguli
Pendahuluan
Pengenalan
Murid-murid dalam kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran turut
tidak dikecualikan untuk mempelajari kemahiran 3M iaitu membaca, menulis,
dan mengira. Kemahiran ini merupakan kemahiran-kemahiran yang harus
dikuasai oleh murid-murid untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah berlangsung. Setiap individu murid perlu


menguasai kemahiran-kemahiran asas ini bagi membolehkan mereka mendapat
kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah.
Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri
murid, satu bentuk tindakan khas perlu disediakan untuk membantu setiap
murid yang mempunyai masalah ini.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Operasi tambah dengan mengumpul semula ini adalah agak sukar
terutama bagi murid-murid Pendidikan Khas yang berada di tahun 3 yang baru
belajar operasi tambah dengan mengumpul semula. Hal ini dapat dibuktikan
daripada pemerhatian saya di dalam kelas Anggerik. Apabila saya memberi
soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 50, mereka dapat
menambahnya dengan cara tanpa mengumpul semula sahaja. Sebahagian murid
pula, mereka tidak dapat menulis kedudukan nombor yang melibatkan rumah
puluh dan sa.
Sehubungan itu, saya telah melaksanakan beberapa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50.
Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk bahan konkrit sentiasa menjadi
pilihan saya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
keberkesanan pembelajaran yang dilaksanakan. Menurut Piaget (1953), kanakkanak di sekolah rendah memerlukan pengalaman konkrit semasa peringkat
permulaan untuk membantu mereka mempelajari dan memahami konsep
operasi asas Matematik dengan lebih mudah. Oleh itu, saya seringkali
menggunakan bahan konkrit ketika menyelesaikan operasi tambah dalam
lingkungan 50 semasa proses pengajaran.
Refleksi Nilai Pendidikan
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar
supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Matematik memerlukan pembuktian yang
kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara strukturstruktur Matematik yang berkaitan. Matematik merupakan mata pelajaran yang
memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu,
penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan
logik. Penggunaan bahan maujud merupakan salah satu cara terbaik bagi
membantu murid dalam subjek matematik. Terdapat banyak contoh bahan
maujud yang dapat kita gunakan untuk mengajar konsep tambah dengan cara
mengumpul semula.
Salah satu bahan yang saya maksudkan adalah
menggunakan guli ataupun bola. Ini adalah kerana kanak-kanak suka bermain
benda yang berbentuk bulat. Bahan maujud seperti ini telah pun dikomersialkan
penggunaannya terutama untuk pemahaman konsep asas.
Bahan ini
memperjelaskan nilai nombor yang diwakili dan boleh mengurangkan
kesalahan murid semasa menambah mahupun menolak. Murid tidak lagi keliru
dengan nilai nombor. Malah, murid lebih yakin dalam menyelesaikan soalan

tambah kerana bahan ini terbukti lebih jelas dan sistematik serta menggunakan
bahan maujud yang ada di sekeliling murid.
Fokus Kajian
Isu Kajian
Setelah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh muridmurid, saya telah membuat keputusan untuk memilih masalah berkaitan dengan
permasalahan murid-murid dalam operasi tambah dengan mengumpul semula.
Saya berasa bahawa masalah ini sangat penting dan memerlukan cara, kaedah
atau teknik yang sesuai bagi membantu murid-murid tersebut. Selain itu, saya
juga merasakan bahawa murid-murid yang tidak menguasai penambahan akan
menghadapi kesukaran dalam menguasai Matematik apabila berada pada
peringkat yang lebih tinggi. Ini turut disokong oleh Orton dan Frobisher (2004)
yang mengatakan bahawa kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak dikuasi
oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah akan membantutkan penguasaan
kemahiran-kemahiran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Serina Chong Wan Mei (2011) pula telah menjalankan kajian tindakan
untuk menilai sejauh mana kaedah Lagu Penambahan dapat membantu
menyelesaikan masalah penambahan terutamanya yang melibatkan
pengumpulan semula. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 8
orang murid Tahun 3 yang memperoleh markah terendah dalam mata pelajaran
Matematik serta ujian diagnostik di bawah topik penambahan melibatkan
pengumpulan semula. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca,
pemeratian, soal selidik dan penulisan jurnal reflektif. Hasil analisis data
menunjukkan peningkatan markah yang ketara telah dicapai oleh semua murid
sasaran dalam ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra. Daripada
pemerhatian dan soal selidik, murid sasaran menunjukkan minat untuk
mempelajari topik penambahan dengan kaedah Lagu Penambahan. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa kaedah penggabungjalinan mata pelajaran Muzik
dengan Matematik dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan
masalah penambahan terutamanya yang melibatkan pengumpulan semula.
Kaedah Pecah dan Gabung yang diperkenalkan oleh Mohd Hafiz Harith
(2013) dijalankan dengan tujuan ingin meningkatkan kemahiran menambah
dalam kalangan murid Tahun 1. Kaedah ini melibatkan tiga langkah penting
dalam menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula iaitu
pemecahan nombor bulat mengikut nilai rumah, menyusun kembali dalam
bentuk lazim sebelum menyelesaikan operasi tambah yang dikehendaki dan
menggabungkan kembali nombor bulat yang diperoleh di akhir untuk dijadikan
jawapan akhir. Kajian ini melibatkan 6 orang murid sahaja sebagai responden.
Data kajian diperoleh melalui pemerhatian terhadap responden sepanjang
proses kajian dijalankan, temubual bersama guru dan murid serta rekod prestasi
ujian pra dan pos. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan prestasi murid dalam
aktiviti menambah.

Dalam pengajaran tentang topik penambahan, bahan-bahan konkrit


seperti blok Dienes dan Base Ten Blocks boleh digunakan untuk membantu
dalam menerangkan konsep pengumpulan semula yang kelihatan lebih abstrak.
Hal ini juga disokong oleh Cruey (2008) yang menyatakan Base Ten Blocks
can make abstract ideas like place value and regrouping visible and tangible
for your primary school students when the time comes to teach addition.
Penambahan yang melibatkan pengumpulan semula bukannya suatu kemahiran
yang senang dikuasai oleh murid-murid kerana mereka tidak dapat
menggambarkan konsep mengumpul semula secara mental. Operasi tambah
yang melibatkan pengumpulan semula adalah sukar untuk murid-murid sekolah
rendah ditunjukkan melalui penyataan Cruey (2008) seperti berikut :
Addition is not the easiest idea for second and third graders
to grasp. When you confine the process to problems like eight
plus two or seven plus three, the relatively concrete idea of
counting backwards works. But the larger the numbers, the
greater the degree of abstraction involved. And eventually the
child bumps into regrouping.
Objektif Kajian/Soalan Kajian
OBJEKTIF UMUM
1. Meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam menguasai operasi tambah
dengan cara mengumpul semula dalam lingkungan 50 menggunakan teknik
Sponguli.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Teknik Sponguli dapat meningkatkan kemahiran menambah dua digit
dengan satu digit pelajar dalam operasi tambah dengan cara mengumpul
semula.
2. Teknik Sponguli dapat meningkatkan minat pelajar dalam operasi tambah
dengan cara mengumpul semula.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah teknik Sponguli dapat membantu meningkatkan kemahiran
menambah dua digit dengan satu digit pelajar dalam menguasai operasi tambah
dengan cara mengumpul semula?
2. Adakah teknik Sponguli dapat membantu meningkatkan minat pelajar
dalam menguasai operasi tambah dengan cara mengumpul semula?
Kumpulan Sasaran
Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai
kemahiran menmbah dengan cara mengumpul semula bagi subjek Matematik di
kelas Anggerik, saya mendapati dua daripada lima orang murid dari kelas ini
mengalami masalah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula. Oleh

itu, saya mensasarkan kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas
Anggerik Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah
Kebangsaan Kampar. Kedua-dua murid ini adalah lelaki. Prestasi akademik
bagi kedua-dua murid ini adalah sama iaitu tidak dapat menguasai kemahiran
menambah dengan mengumpul semula dengan baik. Kedua-dua responden
adalah murid Autisme.
Tindakan Yang Dijalankan

Cara Penggumpulan Data

Keputusan/Analisis Data dan Interpretasi


1. Ujian 1 dan Ujian 2
Peratusan Markah (%)
Responden

Ujian 1

Ujian 2

Peningkatan

Responden A

40%

100%

60%

Responden B

0%

100%

100%

2. Pemerhatian

Bil.

Soalan

Ya

Tidak

1.

Menunjukkan kesungguhan semasa menyiapkan


Ujian 1 dan lembaran kerja.

2.

Bermain
sesama
sendiri
semasa
guru
menunjukkan cara untuk menambah dengan betul.

3.

Memberi respon pada guru ketika guru bertanya


soalan.

4.

Menumpukan perhatian semasa guru menjalankan


intervensi.

5.

Penglibatan aktif di dalam kelas.

/
/

Pemerhatian terhadap minat responden pada peringkat awal


sebelum menggunakan teknik Sponguli.

Pemerhatian terhadap minat responden pada peringkat awal selepas


menggunakan teknik Sponguli.

Bil.

Soalan

Ya

1.

Menunjukkan kesungguhan semasa menyiapkan

Tidak

lembaran kerja dan Ujian 2.


2.

Bermain sesama sendiri semasa guru


menunjukkan cara untuk menambah dengan
menggunakan teknik Sponguli.

3.

Memberi respon pada guru ketika guru bertanya


soalan.

4.

Menumpukan
perhatian
menjalankan intervensi.

5.

Penglibatan aktif di dalam kelas.

semasa

guru

3. Analisis Dokumen
Peratus Markah (%)
LK
LK 1

LK 2

LK 3

Peningkatan
(%)

Responden A

44

56

89

45

Responden B

44

44

100

56

Responden

Rumusan/Refleksi Selepas Dapatan


Kemahiran menambah merupakan kemahiran paling asas yang perlu dikuasai
oleh murid-murid dalam subjek Matematik. Berdasarkan permasalahan yang

dihadapi oleh responden A dan responden B dalam kajian ini, dan menerusi
bukti-bukti yang telah dianalisis dalam instrument ujian bertulis, pemerhatian
dan analisis dokumen, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan teknik
Sponguli dapat meningkatkan prestasi dan minat murid Tahun 3 Pendidikan
Khas dalam kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula bagi subjek
Matematik. Setelah dianalisis secara terperinci intrumen-instrumen yang
digunakan sepanjang kajian, semua dapatan kajian menunjukkan peningkatan
dalam prestasi dan minat murid serta amalan pengajaran guru. Secara tidak
langsung, instrument-instrumen ini dapat menjawab semua persoalan-persoalan
kajian yang telah diutarakan.
Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, saya mencadangkan kajian
ini dapat diteruskan dengan kajian ke atas kemahiran-kemahiran lain dalam
subjek Matematik. Contohnya, dalam kemahiran menolak, mendarab dan juga
membahagi. Antara cadangan lain bagi pelaksanaan kajian seterusnya ialah
memperluaskan lagi bilangan responden kajian agar kajian ini dapat
dimanfaatkan kepada lebih ramai murid yang mempunyai kelemahan yang
sama. Selain itu, tempoh kajian juga bolehlah dilanjutkan agar tindakan susulan
dapat dilaksanakan bagi menjamin ketekalan hasil kajian. Bilangan soalan
dalam lembaran kerja juga boleh diperbanyakkan lagi supaya dapat
memberikan pengayaan serta pengukuhan yang lebih jelas. Guru pula haruslah
memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam
menggunakan teknik Sponguli dalam mengajar kemahiran-kemahiran lain
selain daripada kemahiran menambah. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran supaya minat, pemahaman dan penguasaan
murid-murid dapat ditingkatkan. Secara tidak langsung, amalan pengajaran
guru juga boleh dipertingkatkan. Saya mendapati bahawa sesetengah murid
memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran
yang hendak diterapkan dalam pembelajaran, terutamanya dalam kalangan
murid Pendidikan Khas yang mempunyai kepelbagaian tahap kecerdasan. Oleh
kerana itu, saya perlulah melakukan kajian terhadap teknik-teknik yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan pelbagai
teknik intervensi mampu menarik minat murid tidak kira dalam apa jua mata
pelajaran sekalipun. Selain itu, penggunaan instrumen tambahan lain boleh
digunakan. Antaranya adalah menggunakan senarai semak, temu bual dan rekod
anekdot.
Senarai Rujukan
Cruey (2008). Mathematics Education And The Legacy Of Zoltan Paul Dienes.
IAP, 2008.
Jean Piaget (1997). The Origin Of Intelligence In The Child. Routtedge.

Serina Chong (2011). Lagu Penambahan Dapat Meningkatkan Prestasi Murid


Dalam
Subjek Matematik. Tesis Tidak Diterbitkan, IPGM Kampus
Ampuan Afzan, Pahang, Malaysia.