Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 3

1.0 GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu
bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari
pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris
biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima
a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada
idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk
menyatakan keseluruhan idea.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap
atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya
memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong
sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran,
berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza
dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang
setempat.

Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara
sinkronis

tergolong

sebagai

puisi

moden,

terutama

di

peringkat

awal

perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan


kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi
tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

GURINDAM DUA BELAS PASAL YANG PERTAMA

Barang siapa tiada memegang agama


Sekali-kali tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegakNya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang Bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudarat

2.0 SYAIR

Syair adalah puisi atau karangan dalam bentuk terikat yang mementingkan
irama sajak. Istilah syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah
yang khusus. Mengikut Harun Mat Piah, 1989 syair Melayu dikatakan tidak
beracunkan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair
Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan Melayu asli masyarakat Melayu
sendiri. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang menyatakan syair Melayu
menerima pengaruh puisi Arab.

Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam
Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma;
Fusus Al-Hikam, Al-Insan Al-Kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.
Syair terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap. Setiap baris syair mempunyai
hubungan. Rima bagi setiap rangkap syair adalah sama iaitu jika hujung baris syair
diakhiri dengan huruf a, maka baris seterusnya juga mesti diakhiri hurf yang sama.
Syair yang telah saya pilih bagi tugasan ini adalah seperti berikut:

Syair Pesan Ibu

Dengarlah anak ibu berpesan,


Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,


Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,


Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

3.0 Lagu Rakyat

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni


irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Lagu-lagu rakyat ini mungkin
mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan
lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan.
Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu
yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi
pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya
dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal
dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu
tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat
masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud
tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui
bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di
Alam Melayu.

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang


berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di
negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau
terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di
kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam,
haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu
rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan
setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu
rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak
dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Lagu rakyat yang saya pilih bagi tugasan ini adalah:

Bapaku Pulang

Bapaku pulang dari kota


Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon


Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek