Anda di halaman 1dari 6

Membincangkan

secara

analitik

isu-isu

pengajaran

contohnya

miskonsepsi/

kesalahan murid yang melibatkan pecahan, perpuluhan, peratusan atau wang.


Tunjukkan bukti rujukan telah dibuat dalam penulisan anda.

Miskonsepsi merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik. Kesannya, ia menjadi penghalang kepada mereka untuk
memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan
oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan
oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam
matematik, masalah akan menjadi rumit dengan adanya istilah matematik yang mana
sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang
diberikan.
Daripada hasil bacaan yang saya perolehi terdapat beberapa isu utama dalam
pengajaran bagi topik perpuluhan. Menurut Carpenter et al.1981 Hart 1981 Hierbert dan
Weame 1986 nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakkan
pelajar. Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran
adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nombor perpuluhan. Oleh itu, pelajar lebih
suka untuk menghafal petua dan langkah-langkah yang berkaitan dengan nombor
perpuluhan. Contohnya pertukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.

1
=0.1
10

2
=0.2
10

3
=0.3
10

Tambahan pula, menurut hasil kajian yang dibuat oleh Aida Suraya et. Al (1992)
mendapati pelajar Tahun Lima menghadapi masalah dalam pendaraban yang melibatkan
nombor perpuluhan. Kebanyakkan mereka tidak dapat menentukan tempat titik perpuluhan
selepas pendaraban dijalankan. Pendaraban nombor perpuluhan juga tidak dapat
membantu murid disekolah untuk mengganggar jawapan dengan lebih tepat. Contohnya :

3.6

Oleh itu , murid akan memberi


1.0
360

jawapan seperti ini tanpa menentukan


titik perpuluhan yang betul.

Dengan adanya masalah seperti ini guru mestilah memahami konsep perpuluhan
yang berkaitan dengan nilai tempat sistem pernomboran. Selain itu, guru juga perlu
memahami bentuk perpuluhan berdasarkan pecahan di mana penyebutnya adalah gandaan
10, 100 dan juga 1000.
Perkaitan pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Nombor
perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10, 100 dan 1000.
Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid yang
akhirnya membawa masalah kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan. Antara
kesilapannya ialah menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Contohnya murid
diberi nombor 26.98 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 9 dalam nombor tersebut. Bagi
murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan
menjawap puluh walaupun jawapan yang betul adalah persepuluh. Murid mengenal
nombor bulat, tetapi menganggap semua digit yang dilihat sebagai nombor bulat sedangkan
setiap digit itu membawa nilai yang tertentu berdasarkan kedudukannya di dalam setiap
nombor. Hakikatnya, digit 9 di atas membawa nilai 0.9 atau 9/10. Murid tidak merasakan
mereka membuat kesalahan dengan memberi jawapan sedemikian kerana beranggapan
setiap digit adalah nombor, sedangkan digit adalah nombor secara tunggal.

26.98=
PERSEPULUH

Bagi mengatasi masalah ini dengan cara menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor
perpuluhan. Murid akan dibimbing melihat pebezaan antara nilau tempat bagi nombor bulat
dan nombor perpuluhan.

Kedudukan
nilai

Nombor bulat sebelum

Titik

Nombor perpuluhan selepas titik

titik perpuluhan

perpuluhan

perpuluhan

(.)

Nilai tempat
Nilai digit

2
puluh
20

6
sa
6

.
.
.

9
persepuluh
0.9

8
perseratus
0.08

Apabila murid telah mahir dan menguasai nilai tempat bagi setiap nombor murid
akan menyelesaikan soalan melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Setelah murid

dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual diatas diabaikan dan dijadikan sebagi
rujukan sahaja.
Selain itu, terdapat segelintir pelajar tidak menguasai operasi tambah nombor
perpuluhan dengan baik. Pelajar masih kurang menguasai kemahiran menambah
perpuluhan dengan tepat di mana mereka tidak dapat faham bagaimana menambah
perpuluhan. Apabila diteliti salah satu punca pelajar tidak menjawab soalan dengan tepat
adalah kerana pelajar tidak tahu menyusun nombor untuk ditambah. Mereka masih
menggunakan cara penambahan nombor bulat. Mereka menyusun nombor di rumah sa
selari. Mereka dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada mereka bahawa menambah
mestilah selari. Apabila mempelajari topik perpuluhan mereka masih menggunakan cara
yang sama.

Contohnya :

Sebilangan kecil pelajar masih kurang menguasai kemahiran menambah dengan melakukan
kesilapan-kesilapan antara kesilapan yang dapat dikesan adalah

4.59 + 0.235 + 2.5=

0.

4.

2.

+
0.

45 +3.78 +54.3 =

Mesti selari

Tidak tahu
meletakkan
nombor bulat
yang tiada titik
perpuluhan

3.

4.

+
5

8.

Hal ini dapat dirumuskan bahawa didapati kesilapan pelajar juga sama seperti dalam
operasi tambah. Pelajar kurang faham bagaimana mahu menyusun nombor perpuluhan
dalam bentuk lazim. Oleh itu mereka tidak akan mendapat jawapan yang tepat.
Dalam operasi tolak pula kebanyakan pelajar tidak menambah nilai sifar di belakang
sesuatu nombor menyebabkan pelajar tidak menolak dengan tepat. Ini tidak berlaku pada
kemahiran menambah kerana nilai sifar tidak akan mengganggu dalam mendapatkan
jawapan.

Contohnya :

Kesilapan yang amat ketara dalam operasi tolak selain teknik menyusun nombor perpuluhan
adalah:
45.45 3.789 =
Pelajar tidak
menulis sifar
4
4

menyebabkan

tiada nilai ditolak.

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk badi bidang asas ukuran merupakan


aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terlebih dahulu seperti nombor bulat,

pecahan, perpuluhan dan peratus. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali
terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikut rentak dan kaedah pengajaran guru.
Oleh itu, penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan
matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi muridmurid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan
berkesan.

RUJUKAN

Kumutha Jayakumar Bassekaren. (2013). Miskonsepsi Dalam Matematik.


https://www.scribd.com/doc/138296707/MISKONSEPSI-DALAM-MATEMATIK. Diakses pada
28 Ogos 2015.

Wanie Rashid. (2015). Miskonsepsi Nombor.


http://www.academia.edu/6364532/Miskonsepsi_nombor. Diakses pada 28 Ogos 2014.

Ju AIK Sophia Chu. (2015). CHU JU AIK D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 KRM 3013 ASAS NOMBOR PEMARKAHAN
http://www.academia.edu/5046528/CHU_JU_AIK_D20112052708_KRM3013_ASAS_NOMB
OR_PPGPJJ_SEMESTER_1_SESI_2013_2014_KRM_3013_ASAS_NOMBOR_PEMARKA
HAN. Diakses pada 29 0gos 2015.

Dr. Jamil Ahmad. (2008). Miskonsepsi Matematik-Satu Refleksi.


http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/pdf/P21-JamilAhmad.pdf. Diakses pada 29 Ogos
2015.