Anda di halaman 1dari 7

Apabila saya ditanya di Pengicau, "Siapa as-Sisi?

", saya tahu yang saya perlu me


nulis post ini.
Berdasarkan format 'Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies' yang pernah ditulis s
uatu ketika dahulu, InshaAllah saya akan berkongsikan beberapa poin dan fakta pe
nting yang berkaitan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, un
tuk tatapan dan pengetahuan anda semua.
Of kos, tidak mungkin saya dapat menceritakan semua perkara dalam post ini. Maka
nya saya hanya akan memfokuskan kepada dua perkara sahaja buat masa ini:
Fakta-fakta penting tentang pergolakan yang sedang berlaku
Latar belakang sejarah yang signifikan terhadap krisis ini
Harapannya, selepas membaca post ini, dapatlah anda mengetahui sedikit-sebanyak
gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Selepas it
u, diharapkan anda dapat berkongsikan fakta-fakta yang benar kepada rakan-rakan,
saudara-mara, jiran seberang rumah dan pakcik jual ikan yang datang setiap hari
Rabu itu. Kerana masih ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang berlaku di Me
sir dan mengharapkan laporan-laporan berat sebelah media Malaysia yang sampah.
Dan sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut lagi, bolehlah buat bacaan tambahan da
n kajian sendiri. Nak tahu lebih lagi daripada tu, rasanya anda kena jadi wartaw
an buat liputan di sana. Wah!
Baiklah.
Batuk batuk. Betulkan kolar. Duduk tegak.
#Fakta 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham kea
daan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini.
Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang meny
aksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obel
isk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah N
abi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ev
er after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan M
esir. Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahanda
nya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain.
Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya
, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun jelas dic
atatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki B
ani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-koncony
a akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat
.
Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang mah
a zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Bait
ulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah
Mesir yang suci.
Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan
sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam.
Fakta #2
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang

baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh
Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera.
Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan p
ula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.
Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya m
ati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat ke
mudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal t
ahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.
Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, peri
ntah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; k
ira-kira 44 tahun lamanya!
Gila.
Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]
Fakta #3
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung dari
pada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah a
s-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang l
alu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan t
unjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (C
airo), Mesir.
Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sa
h, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama,
apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang
mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendak
wa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.
Ironi makaroni.
Fakta #4
Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya dia
dakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tenter
a dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and
Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah men
ang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Sala
fi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan p
arti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir
telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas membe
ri ancaman kepada golongan liberal di Mesir.
Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]
Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan
Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat a
ndai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertaha
nkan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan
tersebut.
Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Sha
tir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu m
erupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pili
han raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden
Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.

Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kep
ada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdee
n Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan
raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..?
Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya
bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana
kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan
Presiden Mursi.
El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mes
ir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cada
ngan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana
tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan d
i Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya.
Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripad
a darah rakyat Mesir, tahu...??
Fakta #6
Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang
lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlim
en Mesir.
Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan pen
entang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarik
at. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.
Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden
Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuk
a oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin d
alam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengko
kolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.
Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!
Fakta #7
Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Pre
siden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kera
jaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghant
ar perucapan tahniah.
Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan k
ewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mu
rsi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana t
akutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka.
Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mer
eka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Ment
eri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Ad
ly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada k
edudukannya yang asal.
Fakta #8
Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasiona
l Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi

kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultim
atum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tah
anan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarny
a, melaikan pihak tentera.
Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggant
ikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang ba
haru. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang pa
ling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yan
g menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.
Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi
melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Ti
mbalan Perdana Menteri.
Ceh.
As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan A
llah nanti! [Kredit]
Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin?
Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.
Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang
ssan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung
afah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini
arna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden
uhi oleh pergerakan ini.

telah diasaskan oleh Ha


daripada kejatuhan khil
sangat panjang dan berw
terlalu banyak dipengar

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya d
iketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan disek
sa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan j
utaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada
zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara
ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak
pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Far
aghli.
Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena poli
tik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahl
i IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama pe
rsatuan atau badan yang lain.
Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirn
ya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak,
mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Sel
ain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatka
n jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergeraka
n yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.
Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sos
ia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.
Fakta #10
[Kredit]

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula sem
alam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah,
Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigim
asi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apab
ila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang
bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim!
Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zali
m lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibaka
r dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatat
kan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporka
n adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau,
apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mer
eka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amer
ika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad t
erhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.
Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk
tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan
mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi me
njatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt!
Fakta #11
Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau
apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menj
atuhkan Presiden Mursi?
Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di aw
al pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulih
kan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekon
omi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi pa
ra penunjuk perasaan dan sebagainya.
Itu adalah alasan yang mereka gunakan.
Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan M
esir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan r
ejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi mem
erlukan kayu sakti Harry Potter atau mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk me
njadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata.
Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan
musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:
Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta,
yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada
import dari luar
Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu
mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya
(kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para
pengawal peribadi
Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka s
empadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.

[Sumber: bersamadakwah.com]
Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden
Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintaha
nnya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan ja
hiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mur
si dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu ya
ng kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makarmakar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.
Begitulah.
Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir?
Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dap
at memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Me
sir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, unt
uk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.
Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mes
ir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pe
mbebasan kota al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenanga
n Islam yang sudah terlalu hampir itu!
Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di M
esir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk members
ihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat me
reka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita la
lui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan
yang lebih agung!
Allahu Akbar!
Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenan
gan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta
-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekit
ar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku.
Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya
sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara ya
ng menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun.
Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga mem
bawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal m
enjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-k
urangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni,
sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah.
Geleng kepala.
Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]
Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luasla
h cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah!
"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulita
n di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan sa
lah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat.
[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]
Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? S
edangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut da

n syaitan durjana..?
Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mah
syar nanti! Wahai!
-gabbanaSaya menerima
kta yang saya
a sememangnya
apatkannya di
.

permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada fakta-fa


kemukakan. Begini. Kebanyakan fakta yang saya kongsikan sama ada i
sudah tersebar dan diketahui umum; maka amat mudah untuk anda mend
internet atau hanya berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini

InshaAllah, fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk s
aya berdusta dan memutarbelitkan fakta. Sungguh saya amat takut pada azab seksaN
ya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan atau tidak tep
at, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat yang benar dan sahih
sahaja yang dipaparkan.
Ada juga yang meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Juju
r saya tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat men
galu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya ke dalam b
ahasa Inggeris.
Alhamdulillah, maklum balas kepada artikel ini amat-amat memberansangkan. Sila s
ebarkan dan buat penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semu
a. Besar harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi kes
edaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja tarbiyah dan dakwa
h yang perlu kita lakukan. Sungguh kemenangan Islam itu sudah terlalu dekat; nam
un ia tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri mengorbankan harta, tenaga d
an jiwa kita!
Moga Allah redha, biidznillah!

Anda mungkin juga menyukai