Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN BAGI AJK

1. Bendahari
Melantik bendahari setiap unit bagi mengutip duit kemudian menyerahkan kepada
bendahari induk.
Memastikan tiada apa2 masalah untuk pembayaran (jika ada apa2 masalah sila lapor
pada pengarah projek)
Boleh mula mengutip duit walau sedikit demi sedikit dan setiap wang yang diterima dan
keluar perlu direkodkan
Menyelaraskan akaun perbelanjaan program
Menyimpan resit perbelanjaan untuk tujuan tuntutan

2. Rakaman video
Melantik pembantu/ahli di bawah jawatankuasanya dan pastikan hanya mereka yang
minat dan memiliki kamera/video sendiri
Memastikan peralatan seperti camera video dan camera berfungsi dengan baik
Menyediakan peralatan tersebut samada meminjam dari pihak ipg atau hak milik sendiri
Sentiasa peka dan bertanggungjawab untuk mengambil gambar dan video sepanjang
program berlangsung
Membuat dokumentasi yang baik dan berkesan (jika perlukan bujet sila lampirkan
kepada setiausaha/pengarah projek)

3.

Senaman dan sukaneka


Melantik ahli/penolong di bawah jawatankuasanya
Merancang apakah jenis permainan atau senaman yang hendak dijalankan
Memastikan peralatan seperti bahan untuk permainan lengkap,jika perlu meminjam
peralatan dari ipg hendaklah di buat dengan segera
Tentukan jenis aktiviti yang perlu dilaksanakan semasa sukaneka nanti (bincang dengan
pensyarah penasihat)

4. Pengangkutan
Memastikan pengangkutan ada dan cukup untuk membawa para peserta (gunakan 2
buah bas IPGKRM)
Memaklumkan terlebih dahulu pada pihak bas ipg supaya bas boleh digunakan pada
hari tersebut
Menempah penggunaan bas pergi dan balik dengan bimbingan pensyarah
Memastikan pengangkutan yang ditempah berada tepat pada masanya

5. Keselamatan

Perkara utama bagi ajk ini adalah mencari maklumat pelajar, iaitu nama penuh, alamat
tetap, i/c, waris terdekat yang boleh dihubungi,no.telefon jika ada kecemasan
Memastikan keselamatan pelajar terjamin,perlulah menyediakan peti keselamatan
Membuat tag nama pelajar bersama dengan nama, jawatan atau ahli jawatankuasa
yang telah dilantik
Melantik ahli/penolong bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin

6. Logistik
Menguruskan penempahan alatan yang diperlukan oleh AJK dan harus berbincang
dengan pensyarah penasihat
Meminta senarai alatan yang diperlukan daripada setiap jawatankuasa
Memastikan peralatan mencukupi
Bertanggungjawab kepada sewa peralatan yang ingin digunakan

7. Pengacara majlis/ teks ucapan


Menyediakan teks ucapan yang lengkap
Memastikan pengacaraan majlis berjalan dengan lancar

8. Buku cenderamata
Buat draf buku cenderamata yang sesuai dan menarik
Memastikan buku tersebut bersesuaian dengan jejak budaya dan aktiviti yang kita ingin
jalankan
Sudah mula membuat survey dimanakah tempat tempahan buku yang paling murah dan
berkualiti/ pentingkan cara cetak yang jimat (mungkin fotostat sahaja)
Menyatakan harga setiap buku kepada setiausaha untuk dibuat bujet

9. Laporan/ dokumentasi
Membuat laporan mengenai jejak budaya bermula mesyuarat pertama
Mengumpul semua maklumat daripada rakaman gambar dan ucapan2 yang diucapkan
oleh jkk kampung,pensyarah dan peserta.
Membuat satu laporan yang lengkap dan pastikan tiada kesalahan ejaan dan
tatabahasa
Melantik ahli/penolong dibawah bimbingannya

10. Bacaan doa


Membaca doa perasmian, penutup dan doa makan.

Rujuk teks yang telah siap kepada pensyrah pembimbing

11.

Kebajikan
Memastikan kebajikan pelajar terjamin
Menyediakan sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap
Pastikan ubat mencukupi

12. Makanan
Uruskan bujet untuk sarapan pagi untuk peserta sebelum bertolak ke kg lonek
Memastikan penyediaan makanan cukup dan teratur
Sediakan senarai pelajar yang ada alahan makanan dan serahkan kepada pihak
Homestay kampung Lonek

13. Penginapan
Berbincang dengan pensyarah pembimbing bagi penempatan pelajar bersama keluarga
angkat masing2
Menyediakan nama peserta dan nama keluarga angkat setiap peserta juga Memastikan
setiap peserta mempunyai penginapan bersama keluarga angkat

14. PA sistem
Memastikan PA sistem berkesan dan berfungsi
Mencari alatan PA sistem untuk dibawa ke lonek (jika di kg lonek tiada menyediakan PA
sistem)
Amat penting ketika persembahan2 pelajar, untuk memastikan lagu yang digunakan
oleh pelajar berfungsi dengan baik serta semasa membuat aktiviti senaman beramai2
yang perlu menggunakan lagu.

15. Publisiti
Mula mencari akhbar2 yang perlu mewarwarkan program dan aktiviti yang dijalankan ini
Jika boleh diusahakan supaya dapat liputan yang meluas,contohnya boleh diutarakan
untuk menghubungi pihak TV supaya mendapat sokongan dan liputan yang luas bagi
program ini
Menghebahkan informasi terkini tentang program kepada akhbar dan media elektronik
Pasang dan buka banner jejak budaya 6 dihadapan institut

16. Tajaan

Mencari seberapa banyak sponser


Mula mencari adun/kebudayaan negeri Sembilan bagi tujuan menjadi penaja program ini
Bincang dengan pensyarah pembimbing untuk tujuan ini
Surat menyurat perlu melalui pensyarah JPM

17. Jemputan
Membuat kad jemputan yang menarik
Memastikan kad jemputan diberi kpd setiap pensyarah jpm dan JKKK kampung
Membuat bujet kad yang ingin dibuat dan memberikan maklumat kepada setiausaha
Menguruskan bahagian sambutan tetamu semasa program

18. Persembahan
Melantik ahli jawatankuasa setiap unit
Memastikan setiap unit ada membuat persembahan
Membahagikan corak persembahan kepada setiap unit
Mencipta satu persembahan khas untuk pensyarah dan penduduk kampung (berkaitan
budaya org kampung)
Memastikan peralatan untuk persembahan lengkap
Berhubungan dengan pihak kelab kebudayaan ipgkrm untuk melatih dan untuk
meminjam pakaian atau peralatan bagi memastikan persembahan itu berjaya
Membuat giliran
Melantik hakim
Mengatur dan mengurus raptai di balai kerapatan

19. Cenderamata dan sijil


Mencetak sijil penyertaan pelajar
Mula berhubungan dengan pensyarah samada perlu atau tidak untuk memberi
cenderahati dari ipg untuk keluarga angkat peserta, cenderamata yang akan disediakan
oleh pihak ipg sendiri
Menyediakan cenderamata kepada ibu bapa angkat mengikut kemampuan dan
kekreatifan pelajar