Anda di halaman 1dari 3

PENYELIDIKAN DAN PENULISAN ILMIAH

Penyelidikan adalah perlu dilaksanakan kerana ianya dapat membantu seseorang


guru itu mendalami dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang ilmu masing-masing.
Penulisan juga akan dapat membantu dalam proses penyebaran ilmu yang ada pada
seseorang ilmuan kepada masyarakat di sekelilingnya.
Saya telah mencadangkan dan melaksanakan usaha penyelidikan di
IPG Kampus Kota Bharu kerana pertamanya kita harus menyempurnakan tugas
IPG Kampus Kota Bharu sebagai pusat pendidikan tinggi.
Penyelidikan dan pembangunan di IPG Kampus Kota Bharu mencorak :
(a) landasan penyelidikan asas yang menerobosi perbatasan ilmu.
(b) arus penyelidikan yang bersifat strategik, gunaan dan komersial.
Saya telah cadangkan dan pastikan penyelidikan diterima dan dirujuk oleh
rakan sekepakaran, sehingga layak diiktiraf di peringkat antarabangsa (sekurangkurangnya dalam bidang yang tertentu). Rakan sekepakaran di sini bermaksud
mereka yang pakar atau yang menguasai bidang yang sama, tidak kira sama ada
mereka ini dari dalam atau luar negara.
Saya telah cuba mempastikan penyelidikan harus memberi manfaat kepada
peranan yang tersenarai di atas bagi IPG Kampus Kota Bharu sebagai pusat pendidikan
tinggi. Manfaat terakhirnya ialah penyelidikan itu harus mengerakkan revolusi ilmu atau
perjuangan paradigma yang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Dalam masa
yang sama, manfaat penyelidikan itu dapat memberi sumbangan yang bererti kepada
proses melahirkan modal insan yang berguna kepada pembangunan negara.
Hasil Penglibatan saya dalam penyelidikan dan seminar penyelidikan setakat ini
adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
1.

Tinjauan terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam


pengajaran pembelajaran sains oleh guru-guru sains sekolah rendah Negeri
Kelantan.
-Di bentang diSeminar Penyelidikan Pendidikan 2001 anjuran bersama IPG
Kampus Kota Bharu dan Bahagian Pendidikan Guru.

2.

Kajian tahap pengetahuan tentang kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih
pengajian sains ambilan Januari 2001.

-Di bentang dalam wacana penyelidikan pendidikan 2002 anjuran bersama IPG kampus
Kota Bharu dan Bahagian Pendidikan Guru.
3.

Kesediaan guru pelatih opsyen sains mengajar sains dalam Bahasa Inggeris.
4.

Persepsi guru pelatih KPLI sains IPG Kampus Kota Bharu terhadap
Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran sains.

-Di bentang pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat zon timur tahun 2005.
5.

Meningkatkan kefahaman kemahiran proses sains dalam membuat hipotesis untuk murid
tahun enam SK Kuala Sungai.
-Dibentang pada Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006 anjuran BPG dan
IPG Kampus Kota Bharu.
6.

Penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran


proses sains murid tahun enam melalui teknik simulasi Kajian Tindakan
(2006).

7.

Meningkatkan Kemahiran Membimbing Guru Pelatih KPLI Sains Secara


Berkala Dalam Melaksanakan KKBI Kajian Tindakan (2006).

8.

Kesan Penggunaan Kemahiran Teknik Penyoalan Secara Inkuiri Dalam


Pengajaran Terhadap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di
Kalangan Murid Tahun Lima Kajian Jabatan Sains 2006.

9.

Kesediaan Pelajar Dari Segi Kognitif untuk Penerusan Kejayaan dalam

Penguasaan Konsep Sains dan Kemahiran Proses Sains di kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kajian Jabatan Sains 2007 dan dibentangkan pada Seminar Penyelidikan
Pendidikan peringkat kebangsaan 2008.
10.

Kemahiran Proses Sains Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dalam
Pengajaran Sains semasa Praktikum: Satu Kajian Kes.
-Kajian di bawah pemantauan khas Bahagian Pendidikan Guru, Tahun 2008.
Diantara sembilan penyelidikan yang telah saya laksanakan penyelidikan yang
keenam iaitu Penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran
proses sains murid tahun enam melalui teknik simulasi Kajian Tindakan (2006), memberi

impak yang cukup jelas. Dalam tiga fasa yang dilaksanakan dapat dilihat peningkatan
penguasaan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Chiku 7, Gua Musang dalam mata
pelajaran sains. Keputusan UPSR 2006 membuktikan peningkatan iaitu daripada 61 orang
yang menduduki peperiksaan 2 orang telah mendapat 5A. Pada tahun sebelumnya tiada
seorang pun yang mendapat keputusan 5A dan puncanya kerana ramai calon mendapat
keputusan yang rendah dalam matapelajaran sains. Ini berlaku kerana pelajar tidak dapat
menguasai kemahiran proses sains.
Saya dapati hasil kajian yang saya telah laksanakan cukup memberangsangkan dan
bermanafaat untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dan juga peserta seminar atau individu
yang meneliti hasil kajian saya. Kepada pelajar saya, perbincangan yang terperinci
dilaksanakan untuk mereka dapat menghayati dan mengambil manfaat daripada hasil
kajian saya yang sememangnya berkaitan dengan masa depan mereka sebagai seorang
guru. Bagi mereka yang di semester akhir (semester lapan) telah menjadikan hasil kajian
saya sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan yang menjadi tugasan terakhir
mereka.
Dalam pengamatan saya semasa menjadi penilai pembentangan hasil kajian
tindakan bagi pelajar semester akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
sains, saya dapati satu peningkatan ketara yang telah mereka tunjukkan. Mereka dapat
menghasilkan satu kajian tindakan berkualiti semasa mereka menjalani praktikum di
sekolah.
Dengan ini saya dapat rumuskan bahawa segala contoh dan bimbingan yang saya
telah berikan berkaitan dengan penyelidikan dan penulisan ilmiah telah dapat membantu
pelajar saya meningkatkan prestasi mereka ketahap optimum sebagai guru berkualiti yang
boleh menyumbang dalam pembangunan negara tercinta.

Anda mungkin juga menyukai