Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SMK CONVENT, ALOR SETAR
PADA 21MEI 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
YTM Dato Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah,
Yang berbahagia Dato Hj. Bakar bin Din,
Pegawai Daerah Kota Setar,
Yang berusaha Tuan Hj. Saidin bin Bakar,
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar,
Yang berbahagia Datuk Hj. Md Noor bin Omar,
Yang Dipertua PIBG,
Yang berusaha Hjh. Zaini binti Kamaruddin,
Pengetua SMK Convent,
Pengetua-pengetua,
Para guru,
Para waris seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YTM
Dato Seri DiRaja menyampaikan anugerah-anugerah kecemerlangan
dalam majlis ini. Sesungguhnya kesudian YTM Dato Seri Diraja
meluangkan masa menghadiri majlis ini menguatkan lagi azam, tekad serta
iltizam kami untuk terus melipatgandakan usaha demi memartabatkan
bidang pendidikan di negeri ini.

Alhamdullillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi


kesempatan untuk berucap sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
bermakna ini. Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman,
saya mengucapkan ribuan terima kasih, syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah serta semua pihak yang terlibat kerana berjaya meneruskan acara
tradisi tahunan ini sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan
murid.
Pada kesempatan ini, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, pihak PIBG serta muridmurid sekolah ini atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai seperti yang
dilaporkan oleh Puan Pengetua sebentar tadi. Saya amat yakin bahawa
semua kejayaan tersebut adalah hasil kesungguhan, kerja kuat dan
semangat permuafakatan pelbagai pihak di sekolah ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Menurut YAB Perdana Menteri, Transformasi kepada sistem
pendidikan perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang
mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi
menghadapi cabaran pada masa akan datang. Corak pendidikan sebelum
ini yang menekankan teknik hafalan perlu diubah dengan menekankan
kemahiran proses berfikir dalam kalangan murid agar mereka mampu
menggunakan
Sehubungan

ilmu
dengan

yang

dipelajari

hasrat

itu,

untuk

kepentingan

Kementerian

melaksanakan transformasi pendidikan bagi

mereka.

Pelajaran

telah

meningkatkan kualiti

akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Transformasi ini


melibatkan

beberapa

perubahan

dari

segi

kurikulum

dan

sistem

peperiksaan sekolah. Perubahan dari segi kandungan kurikulum akan


dilaksanakan supaya pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih menarik
dan seronok serta tidak membebankan murid. Justeru, murid akan teruja
untuk datang ke sekolah dan secara tidak langsung akan mengurangkan
masalah-masalah disiplin yang selama ini kebanyakannya dicetuskan oleh
pelajar murid yang tidak mempunyai minat untuk belajar.
Seterusnya, transformasi ini juga melibatkan perubahan kepada
sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Hal ini
kerana fokus yang keterlaluan kepada peperiksaan menyebabkan
pengabaian terhadap dimensi-dimensi penting dalam pendidikan seperti
soal kekuatan peribadi, integriti, kerjasama, kasih sayang, toleransi dan
makna kesejahteraan hidup sebenar.Natijahnya, lahirlah generasi yang
berprestasi cemerlang dalam bidang akademik tetapi kurang berjaya
menjadi manusia berakhlak dan berwatak mulia. Justeru, Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik, bersepadu
dan seimbang iaitu meliputi aspek rohani dan jasmani atau lebih jelas lagi
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) serta psikomotor
(jasmani)

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

PBS

mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning


iaitu penguasaan murid dinilai pada setiap peringkat pengajaran dan
pembelajaran. PBS dilaksanakan untuk murid Tingkatan 1 di sekolah
menengah bermula pada
berterusan

untuk

tahun 2012. Pentaksiran dijalankan secara

mengesan

dan

memantau

perkembangan

dan

pencapaian murid dalam pembelajaran. Hal ini diharapkan mampu


mencungkil potensi dan bakat murid dalam pelbagai bidang selain bidang

akademik. Melalui PBS ini, pelajar berpeluang untuk meningkatkan potensi


diri secara menyeluruh dan menjadi lebih kreatif serta inovatif dengan
bimbingan secara berterusan oleh guru. Seterusnya, lebih ramai murid
yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan
menjelang 2020.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pelaksanaan

Dasar

Memartabatkan

bahasa

Malaysia

dan

Memperkukuhan bahasa Inggeris (MBMMBI) nyata bertepatan dengan


hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu
dan bahasa perpaduan. Oleh itu, Kementerian akan berusaha lebih gigih
untuk

memartabatkan

bahasa

Malaysia

dengan

mengukuhkan

penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.

Hal

ini

bagi

memastikan

semua

pelajar

dapat

berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa
yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Pada masa yang sama, kerajaan juga
telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa
Inggeris

yang

merupakan

bahasa

kedua

negara,

lantas

dapat

meningkatkan keupayaan pelajar menguasai ilmu terutama dalam bidang


sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan
arus globalisasi malah mempunyai nilai kebolehpasaran. Justeru, ibu bapa
dan guru harus memainkan peranan menyokong dasar MBMMBI bagi
melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Menurut Imam Al-Ghazali, jika kita ingin melihat rupa bentuk dan
corak peradaban sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah
kepada generasi muda yang ada pada hari ini. Pernyataan ini bermaksud
bahawa maju mundurnya sesebuah bangsa pada masa hadapan adalah
ditentukan oleh generasi mudanya pada hari ini. Justeru, pendidikan
merupakan pemangkin untuk melahirkan modal insan cemerlang iaitu
manusia yang holistik. Modal insan ini indah budinya, cantik bahasanya,
baik sahsiahnya, molek akhlaknya dan gah pencapaian akademiknya.
Seterusnya, mereka ini akan menjadi warganegara yang baik dan mampu
memajukan negara di mata dunia. Oleh itu, tugas guru menjadi semakin
penting dan kritikal untuk merealisasikan aspirasi ini. Hal ini demikian
kerana guru bukan sahaja berfungsi sebaga Al-muallim atau penyampai
ilmu yang benar tetapi juga sebaga Al-murabbi iaitu penjaya proses tarbiah.
Guru juga seharusnya berperanan sebagai Al-muaddih (pengajar adab
dan budi pekerti), Al-mursyid (pembentuk kepimpinan insan) dan Almudarris (penitip pelajaran dan kemahiran).
Selain itu, guru juga memainkan peranan penting untuk
memastikan kejayaan proses transformasi pendidikan tercapai. Mereka
seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif bagi
memastikan pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan di
samping menyuntik nilai-nilai manusia terpuji dalam diri pelajar. Oleh itu,
guru mesti terus berulit dengan ilmu dan berusaha setiap masa menerusi
apa-apa juga saluran untuk menambah dan memperbaharui ilmunya.
Memandangkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat selaras
dengan perkembangan masa, maka guru hendaklah mengejar kemajuan

ilmu jika ia mahu terus menjadi guru hari ini untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang untuk hari esok. Dengan perkataan lain, guru mesti
menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya mereka.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Peranan ibu bapa amat penting bagi mendidik dan menyuburkan nilai
disiplin dalam kalangan anak-anak. Hal ini bersesuaian dengan pendapat
tokoh penulis dan pakar motivasi Barat, Maria Montessori iaitu kita
mengajar disiplin supaya seseorang itu giat bekerja dan mematuhi
peraturan bagi kebaikan. Mendisiplinkan anak-anak ialah mengajar
mereka mengawal diri, menghormati orang lain, mengikuti peraturan atau
mematuhi sesuatu perintah. Anak-anak yang berdisiplin biasanya akan
menjadi pelajar yang cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Hal ini demikian kerana jika anak-anak sudah dibentuk disiplin
dirinya dan sudah diwarnai dengan keperibadian luhur, maka penerimaan
ilmu secara formal di sekolah akan lebih mudah terlaksana.
Sesungguhnya,

kecemerlangan

pendidikan

negara

bergantung

kepada kecemerlangan guru melaksanakan peranan masing-masing serta


dibantu oleh ibu bapa dan komuniti setempat. Usaha secara kolaboratif ini
ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan, ibarat aur dan tebing
yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Justeru,
berlandaskan

kesedaran,

pemahaman

akan

amanah

yang

dipertanggungjawabkan berserta permuafakatan warga pendidikan sekolah


ini, saya berkeyakinan penuh bahawa sekolah ini akan mampu mencipta
kecemerlangan seterusnya

merealisasikan hasrat menjadikan SMK

CONVENT CEMERLANG 2015.

Sekian saja ucapan saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat kesilapan bicara dan keterlanjuran cara semasa
menyampaikan ucapan tadi.
Wabillahi

taufik

wabarakatuh.

wal

hidayah,

wassalamualaikum

warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai