Anda di halaman 1dari 4

Faktor Kemunculan Tamadun

Terdapat banyak faktor utama yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun.
Antara faktor utama tersebut ialah penempatan kekal. Kemunculan tamadun awal sejak 3500
Sebelum Masihi (SM) adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan kekal. Penempatan awal
yang berkembang menjadi pusat tamadun antaranya ialah tamadun Indus (lembah sungai
Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan
Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning). Pada zaman
tersebut, wujudnya masyarakat yang bercorak perkampungan di mana manusia dapat
berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal
supaya mereka dapat menguasai alam persekitaran dengan lebih berkesan.
Penempatan kekal ini kemudiannya telah mewujudkan satu urbanisasi iaitu langkah
permulaan untuk sesebuah masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan,
struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual
keagamaan yang tersendiri dan mereka mula mendirikan rumah-rumah ibadat. Selain itu, cara
kehidupan yang lebih sistematik melalui penempatan kekal ini telah membantu perkembangan
sesebuah tamadun sehingga ianya memberi kesan kepada pertambahan jumlah penduduk,
sistem sosial, pengkhususan kerja serta pengelasan masyarakat. Dari situ, manusia tidak lagi
berpindah-randah kerana mereka kini dapat bergantung kepada bekalan makanan yang
dihasilkan di sekitar kawasan penempatan mereka.
Faktor kedua yang membawa kepada kemunculan tamadun adalah kerana disebabkan
oleh eksploitasi terhadap sumber alam seperti sungai. Manusia mula tertarik kepada
kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.
Sebagai contoh, proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir
menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besarbesaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun besar awal terletak di tebing-tebing sungai
besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho. Secara umumnya, tanah
di lembah sungai adalah lebih subur, dan boleh dikatakan bahawa setiap tahun sungai-sungai
ini akan mengaliri daratan-daratan di sekitarnya dan membentuk satu lapisan tanah yang kaya
dengan hasil galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah Sungai Nil yang memiliki
tanah lanar.

Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho pula berbeza sedikit, dimana tanahnya
lebih halus dan dipanggil sebagai "loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang.
Kawasan-kawasan di tebing sungai amat sesuai untuk bercucuk tanam. Setelah itu, lebihan
makanan turut wujud disebabkan oleh teknologi yang bertambah maju. Kawasan lembah sungai
juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk membina
petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan lembah. Sungai yang
menghubungkan petempatan di kawasan hilir dengan kawasan hulu merupakan satu cara
pengangkutan yang mudah. Pedagang-pedagang menggunakannya untuk menghantar
barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan kemunculan tamadun di
kawasan lembah.
Faktor

seterusnya

yang

membawa

kepada

kemunculan

sesebuah

tamadun

adalah agama dan kepercayaan. Ajaran keagamaan dan amalan kerohanian dalam kehidupan
seharian sesebuah masyarakat telah mendorong setiap daripada mereka untuk menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang lebih tulus dan suci sehingga ia mewujudkan satu
kehidupan yang lebih bertamadun.

Ianya telah membantu manusia untuk akur dengan

hukum-hukum tuhan yang berkaitan dengan alam disekeliling mereka. Seterusnya kehidupan
manusia lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang
mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian.
Sebagai contoh, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.
Sesebuah masyarakat yang sentiasa menghayati kehidupan beragama akan selalu
berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan hidup
sebagai seorang manusia dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Melalui pembangunan
kehidupan seperti ini, ia telah membawa kepada permulaan kehidupan manusia yang lebih
bertamadun dan salah satu contoh yang dapat dilihat adalah dalam tamadun Islam yang mana
kemunculannya banyak dipengaruhi oleh rangsangan terhadap nilai-nilai penghayatan cara
kehidupan agama Islam yang lebih sempurna. Kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Arab
telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan
yang tinggi.
Faktor lain yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun ialah kerana
mempunyai iklim yang sesuai serta kedudukan yang strategik. Dengan adanya iklim yang
sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan.

Iklim yang sesuai juga telah menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan
haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Oleh itu, habitat haiwan
tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak
daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun selalunya bermula di kawasan iklim yang
berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan
hutan terbakar lalu menghalang kemunculan tamadun manakala kehidupan angin kering di
Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat seterusnya membawa kepada
kemunculan tamadun.
Manakala kedudukan yang strategik telah mewujudkan penempatan kepada sesebuah
masyarakat dan ianya juga memudahkan mereka untuk memperoleh sumber-sumber
semulajadi bagi menampung kehidupan setiap ahli masyarakatnya. Faktor lokasi seperti ini
yang selalunya merujuk kepada kesesuaian geografi dapat dilihat ketika kemunculan tamadun
China di Lembah Huang-He dan Yang-Tse. Kedudukan yang strategik di lembah sungai telah
membawa kepada kemunculan kedua-dua tamadun tersebut. Contoh lain yang dapat dilihat
ialah pada tamadun Melaka yang mana kemunculannya adalah disebabkan oleh kedudukan
yang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya yang terlindung dan selamat dari
tiupan angin Monsun.
Satu lagi faktor penyumbang kepada kemunculan sesebuah tamadun dapat dilihat
melalui pengalaman kesengsaraan dan penderitaan hidup yang harus tempuhi dalam
sesebuah masyarakat. Cara kehidupan sesebuah masyarakat yang pernah sengsara dan
menderita mampu mendorong mereka untuk bekerjasama dalam menyumbangkan tenaga bagi
membebaskan diri mereka daripada terus terbelenggu dengan masalah tersebut. Setiap
kesengsaraan dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh mereka menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih berdisiplin dan sentiasa kreatif dalam membangunkan kehidupan seharian
ke arah yang lebih baik seterusnya mewujudkan satu kelompok masyarakat yang jauh lebih
bertamadun dan bermoral tinggi.
Sebagai contoh hal ini boleh dilihat dalam konteks ketamadunan pada zaman moden,
dimana kemunculan negara Jepun sering dikaitkan dengan kesengsaraan dan penderitaan
masyarakatnya yang kalah dalam Perang Dunia Kedua satu ketika dahulu. Walaupun kalah
dalam peperangan tersebut, semangat rakyat Jepun tidak pernah lentur untuk membangunkan
dan memajukan semula negara mereka.

Kerjasama dan setiap sumbangan mereka telah terbukti hari ini dimana hasil usaha

yang

bersungguh-sungguh satu ketika dahulu telah menjadikan negara Jepun sebagai salah satu
negara yang sangat maju terutamanya dalam bidang sains dan teknologi seterusnya membawa
Jepun muncul sebagai salah satu kuasa terbesar dalam sumbangan terhadap ekonomi dunia.
Negara Jepun menjadi ikon utama dunia dalam ketamadunan moden yang mana kejayaan
diperolehi adalah hasil selepas melalui satu fasa kesengsaraan dan penderitaan dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai