Anda di halaman 1dari 29

Apa Itu Sains?

1. Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi
kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.
2. Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor
berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan
seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula
jadi.
3. Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang.
Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga
melalui penyelidikan secara saintifik.
4. Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan
yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
5. Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru
serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan
serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
6. Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan
penggunaannya.
Geologi Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi Kajian mengenai cuaca dan iklim.
7. Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih
bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
Contoh kerjaya dalam bidang sains ialah.....(Salin contoh dari buku teks)
8. Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi
pilihan ramai.
Makmal Sains
1. Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
2. Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik
dijalankan.
3. Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan
eksperimen.
Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
(Salin dari buku teks)

1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru
sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang
diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat
demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda
menggunakan bahan kimia yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda
hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang
kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau
terbakar) kepada guru anda dengan segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains
Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.
Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada
yang
meletup,
menghakis,
sangat
mudah
terbakar
atau
beracun/toksik.
Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang
mengandungi
bahan-bahan
kimia.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik
Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan saintifik. Ini melibatkan
penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui sebab-sebab fenomena saintifik.
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah seperti di bawah;
1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.
2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.
3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita adalah
benar.
4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.
5. Catat segala apa yang diperhatikan.
6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.
7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.
8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.
Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja
digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.
1. Panjang (Length)
2. Jisim (Mass)
3. Masa (Time)
4. Suhu (Temperature)
5. Arus Elektrik (Electric current)
Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang
mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.

Kuantiti fizik dan unit SI


Kuantiti fizik

Unit SI

Simbol unit

Panjang

meter

Jisim

kilogram

kg

Masa

saat

Suhu

kelvin

Arus elektrik

ampere

Simbol dan nilai prefix


Imbuhan awal
(Prefix)

Simbol

Nilai berangka
(numerical)

mega

1 000 000

kilo

1 000

centi

0.01

milli

0.001

micro

0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awal @ awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal
mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan

awal

(prefix)

untuk

membuat

ia

lebih

mudah

bagi

merekodkan

kuantiti

fizik.

Contohnya
Nilai kuantiti fizik

Bentuk imbuhan awal (prefix)

5 000 000 K

5 MK

3 000 g

3 kg

0.008 m

8 mm

0.000 006 A

6 A

Berat & Jisim


Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan
untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.
Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya
merupakan
dua
kuantiti
yang berlainan.
Unit

sukatan

berat

dan

jisim

ialah;

Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg
Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek
pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat
dan jisim sesuatu objek.

Menyukat
berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance /
compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance)


Menyukat
jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic
balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama
seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan
neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)


Alat-alat Pengukuran

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan
semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris.
Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih
panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya.
Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang
dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan
yang tepat.
Pengukuran panjang (Measurement of length)
Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu
diukur dengan menggunakan pembaris meter.
Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap
sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga
bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

Mengukur panjang lengkung (curve).


Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. Angkup
(calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.
Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) danangkup dalam (internal calipers).
Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)


Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut.
Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2).
Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km 2).
Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square
centimetres, cm2) dan milimeter persegi (square millimetres, mm2).
1 cm2 = 100 mm2
1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2
Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun

Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap
segiempat sama berkeluasan 1 cm2.

Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala
kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas
permukaan daun tersebut.
Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12


Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2
Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2
Pengukuran isipadu (Measurement of volume)

Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek tersebut.
Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).
Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan liter
( l ).
Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).
1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml
Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah.

Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan. Kedudukan
mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)


Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu
ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza
digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk
kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang
digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit
piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

BAB 2
SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN
Apa itu sel?
Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji
kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.
Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu
terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak
halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali
sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel'
(cells).

Penemuan Robert Hooke. Beliau memperkenalkan istilah 'sel' yang


juga bermaksud 'bilik kecil' dalam bahasa Latin.
Juga didapati bahawa semua hidupan terdiri daripada sel. Sel adalah unit yang paling asas kepada
semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana
ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus
kekal hidup.

Sel-sel tumbuhan (Plant cells)

Sel-sel haiwan (Animal cells)

Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai
asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan
semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu
untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.
Nukleus
Nukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus.
Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia (chemical
instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.

Nukleus (Nucleus)
Sel Haiwan
Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini
dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane).
Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang
halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja
mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel
haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma
(cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan
setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Sel haiwan (Animal cell)


Sel Tumbuhan

Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan
sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan
mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak
sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil
(chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan
mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan
kesegaran setiap sel.

Sel tumbuhan (Plant cell)

Organisma unisel
Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri
daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).
Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.
Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.
Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop
(microscope), dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma (microorganism).

Organisma unisel.
Organisma multisel
organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi:
banyak: banyak).
Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa
haiwan kecil lain.
Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan
kebanyakan tumbuhan yang berbunga.

Organisma multisel.
Proses kehidupan organisma unisel dan multisel.
Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup/hidupan
untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak hidup (non-living thing) tidak menjalani
apa-apa proses kehidupan.
Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa
buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.
Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan
oleh organisma unisel.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel (amoeba) dan organisma multisel
(ikan) adalah sama. Sebagai contoh:
Organisma unisel (amoeba)
- Makanan utamanya adalah bakteria.
- Bernafas melalui membran sel.
- Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium.
- Organ perkumuhannya adalah vakuol.
- Membiak dengan cara belahan penduaan (binary fission).
- Boleh membesar.
- Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.
Organisma multisel (ikan)
- Makanan utamanya adalah zooplanktons.
- Bernafas melalui insang.
- Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip.
- Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan.
- Membiak dengan cara bertelur.
- Boleh membesar.
Bertindak
balas
terhadap
cahaya

dan

getaran

didalam

air.

Organisasi Sel Dalam Tubuh Manusia


Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel.
Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugastugas tertentu.
Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu
fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagaipengkhususan sel.

Contoh jenis-jenis sel yang biasa dijumpai dalam badan manusia:


Sel saraf.
Sel darah merah.
Sel epitelium.
Sel sperma (pembiakan lelaki).
Sel otot rangka.
Sel tulang.
Tisu
Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu
fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu (tissue).
Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat-sifat
yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium (epithelial tissue),
tisu penghubung (connective tissue), tisu otot (muscle tissue) dan tisu saraf (nerve tissue).

Tisue
epitelium
Terdiri
daripada
sel-sel
epitelium
yang
tersusun
dalam
lapisan.
Bertindak
untuk
melindungi
tisu
dibawahnya.
- Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus
besar.
Tisu
penghubung
- Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organorgan
dan
badan.
- Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.
Tisu
otot
- Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan melalui
penguncupan.
Tisu
otot
terdapat
didalam
badan.
Ia
dibahagikan
kepada
otot
licin,
otot rangka
dan
otot
jantung.
- Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing,
dan vena darah.
Tisu
saraf
- Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan.
- Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara menghantar
dan menerima impuls.
Organ-organ

Sekumpulan tisu yang berlainan yang menjalankan proses kehidupan yang tertentu dipanggil organ.
Sebagai contoh, kulit adalah organ yang terbentuk daripada tisu epitelium, tisu penyambung, otot tissu
dan tisu saraf. Contoh lain organ-organ ialah manusia perut, paru-paru, jantung, buah pinggang, dan
otak.
Setiap organ melaksanakan fungsi tertentu didalam badan.

Contoh organ manusia.


Sistem
Beberapa organ yang berlainan bergabung
untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan.

bagi

membentuk

sebuah sistem(system)

Sebagai contoh, organ seperti hidung, paru-paru, bronkus, dan tiub bronkiol adalah saling
berkait antara satu sama lain untuk membentuk sistem pernafasan (respiration system).
Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan
yang normal dan lebih cekap (efficiently).
Sistem-sistem badan yang utama adalah seperti dibawah:

Sistem perkumuhan (excretory system).


Membuang produk sisa toksik.

Sistem pembiakan (reproductive system).


Menghasilkan anak.

Sistem pernafasan (respiratory system).


Menyerap, mengangkut oksigen dan membuang karbon dioksida.

Sistem limfa (lymphatic system).


Mempertahankan tubuh daripada penyakit.

Sistem rangka (skeletal system).


Memberi sokongan badan dan perlindungan untuk organ dalaman yang lembut.

Sistem peredaran darah (blood circulatory system).


Mengangkut bahan-bahan makanan, oksigen, hormon, dan lain-lain ke seluruh badan.

Sistem endokrin (endocrine system).


Mengeluarkan hormon yang mengawal aktiviti badan.

Sistem saraf (nervous system).


Menyelaras dan mengawal semua aktiviti badan yang berkaitan dengan impuls dan tindak balas.

Sistem otot (muscular system).


Membantu pergerakan badan.

Sistem penghadaman (digestive system)


Memecahkan makanan kompleks kepada bahan-bahan yang mudah bagi memudahkan penyerapan
oleh sel-sel badan.

Setiap sistem dalam tubuh manusia perlu dijaga dengan berhati-hati agar proses kehidupan
manusia tidak terancam.
Sel-sel, tisu, organ-organ dan sistem adalah saling berkait seperti berikut:

Organisasi sel-sel didalam tubuh manusia.

Kepentingan organisasi sel:


Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses
kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak.
Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar.
Organisma multisel boleh menyesuaikan diri (adapt) dengan perubahan dalam sekitarnya
Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks
Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk
membentuk tisu, organ-organ dan sistem.
Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan
seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.
Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini
dikenali sebagai pengkhususan sel.
Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka
untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot
yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya
pergerakan badan.
Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama
melalui pengkhususan sel.

BAB 3
Jirim
Segala-galanya, sama ada benda yang hidup atau bukan hidup, yang mempunyai jisim (mass)
dan mempunyai / memenuhi ruang (occupies space) dipanggil jirim (matter).
Contoh-contoh jirim adalah seperti air, udara, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia.
Ahli-ahli sains mentakrifkan 'jirim' sebagai segala benda yang mempunyai jisim (mempunyai
berat disebabkan oleh tarikan graviti) dan memenuhi ruang (mempunyai isipadu yang boleh diukur).
Bagaimana untuk membuktikan bahawa sesuatu benda itu mempunyai jisim dan memenuhi
ruang.

Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang.


1. Merujuk kepada rajah di atas, dua biji belon diisi dengan udara (udara memberikan isipadu
kepada belon kerana ia memenuhi ruang didalam belon).
2. Salah satu belon dicucuk dengan jarum. Didapati bahawa rod akan cenderung ke arah belon
yang masih berisi udara (udara mempunyai jisim kerana ia memberi berat kepada belon).
3. Ini menunjukkan bahawa udara adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Binaan Asas Jirim
Menurut teori asas terbina perkara, perkara itu terdiri daripada zarah halus yang berasingan (discrete).
Zarah-zarah ini boleh terdiri daripada atom atau molekul.
Atom adalah zarah terkecil bagi jirim dan tidak boleh dibahagikan lagi.

Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom.


Molekul adalah lebih besar daripada atom.
Molekul boleh terbina dari atom daripada jenis yang sama atau jenis yang berbeza.
Bukti-bukti yang menunjukkan bahawa jirim adalah terdiri daripada zarah halus dan berasingan.
1. Melarutkan kuprum (II) sulfat kristal di dalam air.
2. Resapan (seepage) gas.

Zarah kuprum (II) sulfat merebak ke seluruh air.


Warna biru cair kuprum (II) sulfat dilihat tersebar ke seluruh air. Ini adalah kerana zarah-zarah biru
kecil telah bergerak menjauhi dan memasuki ruang antara zarah air.

Resapan (seepage) zarah-zarah gas melalui dinding belon.

Saiz belon menjadi semakin kecil selepas beberapa hari. Ini adalah kerana udara terdiri
daripada zarah-zarah halus yang boleh meresap (seep) melalui liang-liang halus pada dinding belon.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
New comments are not allowed.
Home
Lawati saya

hit counter
SAYA

baharudin jalli
View my complete profile
Share It
Digital clock
Macamana dengan blog saya.....
Followers
Lagu Kanak-Kanak

Anda mungkin juga menyukai