Anda di halaman 1dari 25

Teks Pengacara

Perasmian dan Penutupan


Temasya Sukan Tahunan
Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal kali Ke 48
Acara

1.Kata
Aluan

Skrip

Catata
n

1.Assalammualaikum wrt wbkth,


salam sejahtera dan salam 1
malaysia.
Yang berusaha En. Mohd Rizal bin
Ismail, Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Seberang Perai
Selatan, Ketua Unit Akademik
Yang berusaha En. Redzuan Bin
Zainoldin Guru besar Sk Keb.
Nibong tebal,
Yang Dihormati En Zulkiffli bin Jaafar
yang dipertua PIBG SK KEB Nibong
Tebal,
En. Ariffin Bin Jaafar Penolong kanan
Pentadbiran,
Pn Nor Aishah binti Othman,
Penolong Kanan Hal EHwal Murid,
Pn MAIMU Binti Ali Penolong Kanan
KOkurikulum,
1

Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir


pada hari ini serta murid-murid SKNT
yang dikasihi sekalian.
2. SELAMAT DATANG KE TEMASYA
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
KEBANGSAAN NIBONG TEBAL
KALI KE 48
3. Terlebih dahulu, marilah sama
sama panjatkan kesyukuran k hadrat
Ilahi, kerana atas limpah kurnianya
dapat kita bersama-sama sekali lagi
pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan TEMASYA SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN
NIBONG TEBAL KALI KE 48.
4. Kami mengucapkan ribuan terima
kasih atas kesudian para hadirin
yang hadir bagi memeriahkan lagi
Temasya sukan pada hari ini.

2.
Peraraka Hadirin yang dihormati
n
Kontinje
1. Pembuka acara pada pagi ini
n
akan dimulakan dengan
perarakan perbarisan dan lintas
hormat kontinjen-kontinjen
2

rumah sukan sebentar lagi


2. Marilah kita saksikan perakan
masuk kontigen-kontigen rumah
sukan yang akan mengambil
bahagian dalam Temasya Sukan
pada kali ini.

3. Lintas 3 .Majlis menjemput yang dihormati


Hormat En. Redzuan bin Zainoldin, Gur Besar
SK KEB NIBONG TEBAL untuk
mempersilakan dan mengiringi Yang
Berusaha En Mohd Fitri Bin Harun
Penolong Pegawai Pendidikan daerah
Seberang Perai Selatan untuk
menerima lintas hormat daripada
kontijen-kontijen yang mengambil
bahagian. Dipersilakan
4.Pasang MUZIK
Hadirin Sekalian,
5. Perarakan TEMASYA SUKAN
TAHUNAN SKNT KALI KE 48 ini
diketuai oleh adik Zamarul Aiman bin
Zurimin.

6. Seterusnya ialah kontinjen dari


Rumah KUNING
Kontijen ini dibimbing oleh Pn
Nariza bt Ishak dan diketuai oleh
adik Mohd Ezam Irfan bin
Norazam.
Dengan Motto, Kuning Melangkah
Megah, kita percaya Rumah kuning
mampu membuat kejutan dalam
Temasya pada kali ini.
7. Berikut pula,ialah pasukan yang
tampil dengan warna hijau iaitu
kontinjen dari rumah hijau.
Warnamu hijau tak jemu dipandang,
Sentiasa menjadi penyeri taman,
Semangat juang tak pernah hilang,
Berpantang kalah sebelum berlawan
Kontinjen ini di bawah bimbinganEn
Asshaari bin Shansudin dan
diketuai oleh Adik Nor Hafiz bin
Abdul Halim.
Gagah Berani Berjuang ialah motto
kebanggaan Rumah HIjau.

8. Seterusnya, ialah kontinjen dari


rumah biru. Kontinjen ini dibimbing
4

oleh Pn Hamidah bt Abdul Aziz


diketuai oleh Adik Mohd Haziq
Hamizan bin Yusri.
Dengan Motto terus berombak
pantang berganjak , rumah Biru
bertekad untuk merebut gelaran
juara pada tahun ini.
Pohon tebu dihujung laman,
Sirih junjung di atas tepak,
Biru tetap membelah awan ,
Terus berombak pantang berganjak.

9. Berikut pula tampil dengan warna


merah menyala ialah kontinjen dari
rumah MERAH
Rumah Merah dibawah pimpinan Pn
Che Puteh Binti Hashim diketuai
oleh adik Mohd Nasrullah bin
Mohd Kashfullah.

Gagah Berani Berjuang ialah motto


kebanggaan bagi Rumah Merah.
Warnamu megah merah membara,
Semangat juangmu menyala-nyala
Misi kami jadilah juara
Moga hasrat menjadi nyata.
5

10. Kontinjen terakhir dalam


perbarisan Temasya Sukan tahunan
kali ini, ialah perbarisan daripada
murid-murid Pra sekolah Sek Keb
Nibong Tebal.
Kelas Pra Arif di bawah
bimbingan Pn Nor Afizah binti
Zainol Abidin manakala Pra
Bestari dibimbing oleh Pn
Jamnah binti Harun.

4.Bacaa
n Doa

Hadirin yang dihormati,


1.Bagi memberkati Temasya Sukan
tahunan ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Ustaz
Muhammad Jundullah bin
Kamarudin untuk memimpin
bacaan doa. Majlis segala hormatnya
mempersilakan.
Bacaan Doa
2. Majlis merakamkan ribuan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi. Moga
temasya sukan kali ini diberkati oleh
Allah S.W.T

5.Nyanyi
an lagu
Negarak
u dan
Negeri
Pulau
Pinang.

1.Untuk acara seterusnya, Majlis


diteruskan dengan nyanyian lagu
Negaraku, dan lagu Negeri Pulau
Pinang. Majlis meminta semua
hadirin berdiri bagi menghormati
lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Pulau Pinang.
Pasang tape nyanyian lagu

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih.

6. Ikrar
Kejohan
an

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan yang


dihormati
1.Seterusnya majlis mempersilakan
Saudara Zamarul Aiman bin
Zurimin selaku KETUA KONTINJEN
untuk mengetuai lafaz ikrar
TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKNT
KALI KE 48.. Dipersilakan
BACAAN IKRAR
2.Majlis merakamkan ucapan terima
kasih . Begitulah tadi sempurnanya
acara pembacaan ikrar kejohanan
sebagai tanda komitmen para atlet
dalam Temasya ini.
7

7.Ucapa
n

Hadirin yang dihormati,


1.Temasya sukan Tahunan Sek Keb
Nibong Tebal diteruskan lagi dengan
ucapan aluan daripada Guru Besar
SEK KEB NIBONG TEBAL. Dengan itu
majlis menjemput En. Redzuan Bin
Zainoldin untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan
UCAPAN
2.Terima kasih diucapkan kepada En
Redzuan bin Zainoldin diatas
ucapan beliau itu tadi.
3. Daun Semulur di Pekan Sehari,
Batang serami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatkan kami
4.Seterusnya majlis dengan segala
hormatnya dan sukacitanya
menjemput En. Mohd Rizal bin
Ismail, Penolong Pegawai
pelajaran Daerah Seberang Perai
Selatan selaku Ketua Unit
Akademik, untuk menyampaikan
ucapan seterusnya serta
merasmikan Temasya Sukan
Tahunnan Sek. Keb. Nibong tebal kali
8

KE 48. Majlis dengan hormat


mempersilakan.
UCAPAN
5.Majlis mengucapkan terima kasih
kepada En. _________________________
di atas ucapan dan Perasmian itu
tadi. Maka dengan itu rasmilah
Temasya Sukan tahunan SEK KEB.
NIBONG TEBAL kali KE 48.
8.
Penyam
paian
Hadiah
Sesi 1

Hadirin yang dihormati,


1.Sekarang tibalah masanya bagi
upacara penyampaian hadiah bagi
acara lontar peluru yang telah pun
dilangsungkan.
2.Majlis dengan sukacitanya
menjemput En. Redzuan bin
Zainoldin bagi mengiringi En.
_______________________________ untuk
menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

1. ACARA LONTAR PELURU KELAS


B LELAKI
9

Tempat ke 3 dimenangi oleh


adik_MUHAMMAD HAIKAL MIKAIL B
SAIFUL ANWAR
dari rumah BIRU
Tempat ke 2 dimenangi oleh adik
MUHAMMAD NASRIL BIN MOHD
NASER
dari rumah MERAH
Tempat pertama dimenangi oleh adik
MUHAMMAD AMMAR MUQRIS B
MOHD JAMEL
dari rumah KUNING
2. ACARA LONTAR PELURU KELAS
B (PEREMPUAN)
Tempat ke 3 dimenangi oleh adik
SURIANI BT ABD LATIF dari rumah
MERAH
Tempat ke 2 dimenangi oleh adik
NUR SYAFIZA UMAIRAH BT MARZUKI
dari rumah MERAH
Tempat pertama dimenangi oleh adik
NURHIDAYAH BT ZULKIFLI
dari rumah BIRU.
3. ACARA LONTAR PELURU KELAS
A LELAKI
10

Tempat ke 3 dimenangi oleh adik


MUHAMAD NURIKHMAN BIN AZMAN
dari rumah KUNING.
Tempat ke 2 dimenangi oleh adik
MOHD NASRULLAH BIN MOHD
KASHFULLAH
dari rumah MERAH.
Tempat pertama dimenangi oleh adik
MOHD FADZLI BIN IBRAHIM
dari rumah MERAH
4. ACARA LONTAR PELURU KELAS
A (PEREMPUAN)
Tempat ke 3 dimenangi oleh adik
JAISHREE A/P RAVICHANDRAN
dari rumah HIJAU.
Tempat ke 2 dimenangi oleh adik
NUR AINA ALEEYA BT HAMID
dari rumah MERAH.
Tempat pertama dimenangi oleh adik
NUR SYAQILA BT YUSAINI
dari rumah HIJAU.

5.Tahniah diucapkan kepada para


pemenang
11

6.Majlis merakamkan penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada En.
___________________ atas kesudian
beliau menyampaikan hadiah.
7. Seterusnya Majlis dengan
sukacitanya menjemput EN ARIFFIN
BIN JAAFAR Penolong Kanan
Pentadbiran Sk Keb Nibong
Tebal mengiringi En. REDZUAN
BIN ZAINOLDIN Guru Besar SK
KEB Nibong Tebal untuk
menyampaikan cenderahati
sebagai tanda penghargaan
kepada En.
_________________________________
atas kesudian beliau hadir dan
merasmikan majlis pada hari ini.
Dipersilakan.
8. Pihak Majlis merakamkan ucapan
terima kasih.

8.
Hadirin yang Dihormati,
Peraraka
n Keluar 1.Demikian tadi selesainya upacara
Kontinje perasmian dan penyampaian hadiah
n
Temasya Sukan Tahunan SK KEB
NIBONG TEBAL KALI KE 48 pada
tahun ini. Terima kasih kepada
12

semua pihak yang telah menjayakan


majlis perasmian temasya ini.
2.Sekarang dipersilakan semua
kontinjen yang mengambil bahagian
untuk bergerak keluar ke khemah
masing-masing bagi meneruskan
acara sukan pada pagi ini.
Pasang MUZIK PERBARISAN

9.Acara
Balapan

ACARA OLAHRAGA AKAN DIMULAKAN


SEBENTAR SAJA LAGI. DIMINTA
SEMUA PEGAWAI KEJOHANAN YANG
BERTUGAS DI PADANG UNTUK
BERSEDIA.
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung
1. Acara 50 meter pra sekolah (lelaki
dan Perempuan),
2. Acara 50m kelas C (lelaki dan
perempaun). 3. Acara 100 meter
kelas A (lelaki dan Perempuan).
4. Acara 100 meter kelas B (lelaki
dan Perempuan).
Para peserta diminta bersedia.

13

Sekarang berlangsung acara 50 m


Pra Sekolah (LELAKI)
Sekarang berlansung acara 50 m Pra
Sekolah (perempuan)
Sekarang berlangsung acara 50 m
kelas C (lelaki)
Sekarang berlansung Acara 50 m
kelas c (perempuan)
Sekarang berlangsung acara 100m
kelas B (lelaki)
Sekarang berlangsung acara 100m
kelas B (perempuan)
Sekarang berlangsung acara 100m
kelas A (lelaki)
Sekarang berlangsung acara 100m
kelas A (Perempuan)
*************************************
5.Acara sukan akan diteruskan lagi
dengan acara Sukaneka Pra Sekolah.
Para peserta diminta bersedia.
Sekarang berlangsung acara
Sukaneka Pra sekolah.
14

*************************************
Hadirin yang dihormati,
Sebentar saja lagi kita akan
menyaksikan acara KEMUNCAK
PERTANDINGAN PADA HARI INI IAITU
LARIAN BERGANTI-GANTI.
6. 4x 100meter kelas A (lelaki dan
perempuan
7. 4x 100meter kelas B (lelaki dan
perempuan
SEMUA PESERTA DIMINTA
BERSEDIA

Sekarang berlangsung acara 4x100


meter kelas B (lelaki)
Sekarang berlangsung acara 4x100
meter kelas B (perempuan)
Sekarang berlangsung acara 4x100
meter kelas A(lelaki)
Sekarang berlangsung acara 4x100
meter kelas A (perempuan)
*************************************
8.Sebentar lagi akan berlangsung
15

acara sukaneka bagi kelas C (lelaki


dan Perempuan). Semua peserta
acara ini diminta bersedia.
Sekarang berlangsung acara
Sukaneka kelas C (lelaki)
Sekarang berlangsung acara
Sukaneka kelas C (Perempuan)
*************************************
Hadirin yang dihormati,
Majlis akan diteruskan lagi dengan
Acara
9. 200meter kelas A (lelaki dan
Perempuan).
10. 200meter kelas B(lelaki dan
Perempuan).
Semua Peserta diminta bersedia
kerana acara akan bermula sebentar
lagi.

Sekarang berlangsung acara200m


kelas B (lelaki)
Sekarang berlangsung acara 200m
kelas B (Perempuan)
16

Sekarang berlangsung acara 200m


kelas A (lelaki)
Sekarang berlangsung acara 200m
kelas A (Perempuan)
10.
Acara
Hadirin yang dihormati sekalian
Tarik Tali
Akhir
Sebentar sahaja lagi kita akan
meyaksikan acara yang dinantinantikan dan sangat mencabar iaitu
acara Tarik tali Akhir antara rumahrumah sukan lelaki dan PEREMPUAN.
SEmua PESERTA diminta bersedia.

12.
Acara
Tarik
Tali
Akhir

1.Bagi acara TARIK TALI (LELAKI)


untuk merebut tempat 3 dan
keempat. Rumah Sukan yang akan
bertanding ialah di antara RUMAH
KUNING DAN RUMAH BIRU
2. Bagi acara TARIK TALI (LELAKI)
untuk merebut tempat 1 dan 2.
Rumah Sukan yang akan bertanding
ialah di antara RUMAH HIJAU DAN
RUMAH MERAH
3. 1.Bagi acara TARIK TALI
(PEREMPUAN) untuk merebut tempat
3 dan keempat. Rumah Sukan yang
akan bertanding ialah di antara
17

RUMAH KUNING DAN RUMAH BIRU


2. Bagi acara TARIK TALI
(PEREMPUAN) untuk merebut tempat
1 dan 2. Rumah Sukan yang akan
bertanding ialah di antara RUMAH
HIJAU DAN RUMAH MERAH
Sama-sama kita saksikan dan beri
sokongan padu kepada para peserta
pasukan acara ini.
Sekarang berlansung acara tarik tali
LELAKI antara rumah KUNING dan
Rumah BIRU bagi merebut tempat
ketiga dan keempat
Sekarang berlansung acara tarik tali
LELAKI antara rumah HUJAU dan
MERAH bagi merebut gelaran juara
dan tempat ke dua
Sekarang berlansung acara tarik tali
PEREMPUAN antara rumah KUNING
dan Rumah BIRU bagi merebut
tempat ketiga dan keempat
Sekarang berlansung acara tarik tali
PEREMPUAN antara rumah HUJAU
dan Rumah MERAH bagi merebut
gelaran juara dan tempat kedua
18

Hadirin yang dihormati


11.
Acara
Tibalah masanya bagi acara yang
Pegawai. dinanti-nantikan oleh ibu bapa atau
waris dan guru-guru iaitu acara
pegawai. Pada tahun ini acara
pegawai untuk kaum lelaki adalah
acara tarik tali dan acara untuk
kaum perempuan adalah acara
lontar peluru.

Untuk acara tarik tali kita perlukan 2


pasukan yang terdiri daripada
pasukan ibubapa atau waris dan
pasukan dari kalangan guru.
Bagi yang berminat sila buat
pendaftaran dengan kadar segera.
Begitu juga kaum ibu ,sesiapa yang
berminat untuk bertanding sila beri
nama untuk pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta LELAKI boleh
berjumpa dengan Cg Azrul
dan PEndaftaran untuk peserta
perempuan boleh berjumpa Pn
Romlah
Sekarang berlansung acara tarik tali
antara ibu bapa/waris dan Guru
19

Sekarang berlansung acara Lontar


peluru bagi kaum ibukita saksikan
kehebatan ibu-ibu melontarkan
peluru.

12.
Penyam
paian
Hadiah
(sesi 2)

Hadirin yang dihormati,


1.Bagi penyampaian hadiah
seterusnya majlis dengan
sukacitanya menjemput En. Ariffin
Bin Jaafar Penolong kanan
Pentadbiran SKNT mengiringi En
Redzuan Bin Zainoldin guru besar
SKNT untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
2.Bagi acara 50 meter pra sekolah
(LELAKI)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
3.Bagi acara 50 meter pra sekolah
(perempuan)
20

Tempat ke tiga adik


Tempat kedua adik
Tempat pertama adik

4. Acara 50 meter kelas c (lelaki)


Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
5.Acara 50 meter kelas c
(perempuan)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
Seterusnya
6. Acara 100 meter kelas B (lelaki)
Tempatke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
7. Acara 100 meter kelas B
(perempuan)
Tempat ke tiga
Tempat kedua
Tempat pertama
Seterusnya
8. Acara 100meter kelas A (lelaki)
Tempat ke tiga adik
21

Tempat kedua adik


Tempat pertama adik
9. Acara 100 meter kelas A
(perempuan)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
Penyampaian hadiah seterusnya
adalah bagi
11.Acara Sukaneka Pra sekolah
(lelaki)
Tempat Keempat pasukan rumah
Tempat Ketiga pasukan rumah
Tempat Kedua pasukan rumah
Dan Johan adalah pasukan rumah
12.Acara Sukaneka Pra sekolah
(perempuan)
Tempat Keempat pasukan rumah
Tempat Ketiga pasukan rumah
Tempat Kedua pasukan rumah
Dan Johannya adalah pasukan rumah
Seterusnya peyampaian hadiah
bagi acara Balapan
13.Bagi acara 200 meter kelas
B(lelaki)
Tempat ke tiga adik
22

Tempat kedua adik


Tempat pertama adik
14.Bagi acara 200 meter kelas B
(perempuan)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
15.Bagi acara 200 meter kelas
A(lelaki)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik
16.Bagi acara 200 meter kelas
A(perempuan)
Tempat ke tiga adik
Tempat kedua adik
Tempat pertama adik

Majlis diteruskan lagi dengan


penyampaian hadiah bagi acara
Sukaneka kelas C (LELAKI DAN
PEREMPUAN)

17.Acara Sukaneka kelas C (lelaki)


Tempat Keempat pasukan rumah
Tempat Ketiga pasukan rumah
Tempat Kedua pasukan rumah
23

Dan Johan adalah pasukan rumah


18.Acara Sukaneka Kelas C
(perempuan)
Tempat Keempat pasukan rumah
Tempat Ketiga rumah rumah
Tempat Kedua pasukan rumah
Dan Johan adalah pasukan rumah

Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih kepada EN REDZUAN BIN
ZAINOLDIN atas penyampaian
hadiah itu tadi.
15.
Acara
Penutup

Hadirin dan Hadirat Sekalian,


Maka Dengan itu, berakhirlah
sudah TEMASYA SUKAN
TAHUNAN SK KEB. NIBONG
TEBAL KALI KE 48 bagi tahun
2015.
Tahniah dan syabas kepada
pasukan dan peserta-peserta
yang telah mengambil bahagian
dan meraih kejayaan. Kepada
yang masih gagal teruskan
usaha, jangan putus asa. YAKIN
BOLEH, ANDA PASTI BOLEH
Jutaan Terima kasih kepada
semua warga SKNT atas usaha
24

dan kerjasama Kesatuan Hati


Kerja Menjadi, Semua AJK PIBG
SKNT, ibu bapa dan WARIS, dan
semua pihak yang yang terlibat
sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam
menjayakan Temasya Sukan
Tahunan SKNT kali KE 48 2015.
Sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari ALLah S.W.T dan
yang buruk itu adalah dari diri
kami sendiri.
SEKIAN, terima kasih
WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAH HI
WABARAKATUH
Sehingga berjumpa lagi.

25

Anda mungkin juga menyukai