Anda di halaman 1dari 1

Ada emas yang lebih berkilau di hadapanmu, ada pelangi-pelangi indah yang

lebih mewarni di tubir matamu. Ada semerbak angin yang lebih mewangi di
rongga baumu, ada yang lebih membahagikan kau melebih apa yang aku
mampu. Segalanya itu menjadikan aku orang yang perlahan-lahan sedang
dilupakan kau yang dulu-dulunya sentiasa ada di sisi aku.

Barangkali aku terlupa menitipkan sedikit pesanan ringkas ini pada kau supaya nanti-nanti
antara kita atau lebih tepatnya aku, tidak terluka dek permainan yang sedang kita atau lebih
tepatnya kau, hayunkan.Jangan dekati hati aku kalau hati kau sudah pun ditawan oleh orang
lain.Tapi sayang seribu kali sayang, aku kelewatan segala dan hati aku sudahpun bernanah
terluka.
Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar. Di hati murni mereka terpahat sebuah
impian. Andai sengketa membelenggu sesama. Andai kerakusan menguasai kita.
Ke manakah tumpah harapan mereka. Kerana, di bahu kitalah terpikul segunung
amanah. Di jemala kita terjunjung selaut ikrar. Melunas sumpah, menunai janji.
Ayuhlah, rakan dan taulan, sahabat dan saingan. Lupakan beza lebihkan
menerima. Bertatihlah bersama ku. Kita berjalan seiringan, kita melangkah
sehaluan. 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

Anda mungkin juga menyukai