Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PERSATUAN KEUSAHAWANAN KALI KE-4 2015

IPGK SULTAN ABDUL HALIM


Tarikh: 22 JUN 2015
Masa

: 2.00 4.30 petang

Tempat

: Kelas G 003

Pensyarah : 1) En. Sajahan Abdul Majid


: 2) En. Azhar Mansor
Kehadiran

: Semua hadir ( 24 Orang )

AGENDA:
1. UCAPAN PENSYARAH
Pensyarah, Encik Azhar Mansor dan En. Sajahan Abdul Majid mengalualukan kedatangan guru-guru pelatih yang menghadiri Mesyuarat Persatuan
Keusahawanan kali pertama bagi tahun 2015. Beliau juga memberikan
pendedahan tentang persatuan dari segi perkara atau aktiviti yang harus
dilakukan sepanjang semester ini.
2. PERBINCANGAN TENTANG
MENJUAL BARANG.

PENGALAMAN

DAN

KEINGINAN

2.1

Setiap ahli perlu berkongsi mengenai pengalaman atau keinginan


mereka berkenaan bidang keusahawanan.

2.2

Ahmad Syafiq Bin Ayub dari kelas P6E (PSV) sebagai pengerusi
Kelab Keusahawanan telah berkongsi pengalamannya mengenai
rakan sebayanya yang telah menjadi usahawanan yang berjaya
dalam bidang penjualan. Perkongsiannya menjadi inspirasi kepada
ahli yang lain.

2.3

Salah seorang ahli yang lain juga berkongsi mengenai bidang


keusahawanan yang dimiliki oleh keluarganya. Keluarganya
menjual susu lembu dan makanan lembu yang diimport dari
Negara India. Malahan keluarganya memiliki sebuah kedai di
Negara India.

3. PERBINCANGAN TENTANG
PENGUSAHA BARU

CABARAN

YANG

HARUS

DIHADAPI

3.1

Aktiviti minggu ini dipengerusikan oleh En. Sajahan. Setiap ahli


perlu memberikan beberapa cabaran yang yang harus dihadapi
oleh para pengusaha.

3.2

Salah seorang ahli persatuan menyatakan salah satu cabaran


yang perlu dihadapi oleh pengusaha ialah kos atau modal yang
diperlukan untuk memulakan sesuatu pengusahaan. Modal
merupakan faktor utama yang menyumbangkan kepada
permulaan dan kelangsungan pengusahaan sesuatu perniagaan.

3.3

Salah seorang ahli persatuan yang lain menyatakan faktor lokasi


menjadi cabaran yang besar kepada pengusaha. Hal ini kerana
lokasi yang strategik merupakan faktor yang menyumbangkan
kepada tarikan pelanggan.

4. PERBINCANGAN
PENGUSAHA.

TENTANG

NILAI-NILAI

YANG

DIMILIKI

OLEH

4.1

Setiap ahli berkongsi pendapat mengenai nilai-nilai yang perlu ada


pada seseorang usahawan.

4.2

Salah seorang ahli persatuan menyatakan bahawa usahawan


perlu sentiasa peka dalam mencari peluang untuk meningkatkan
pengusahaannya.

4.3

Salah seorang ahli persatuan yang lain juga menyatakan bahawa


usahawan juga perlu memiliki ilmu di dada sebelum mencaburi
bidang keusahawanan ini. Usahawan perlu mengetahui selok
belok mengenai perniagaan yang dia ceburi.

4.4

Terdapat juga pendapat ahli yang lain bahawa usahawan perlu


mempunyai sikap berani menghadapi cabaran dan risiko, cekal ,
tabah dan berdaya saing akan mereka tidak mudah kecundang
dan mampu bangkit semula.

5. PERKONGSIAN PENDAPAT BERKAITAN BIDANG KEUSAHAWANAN.

5.1

Ahli-ahli kelab keusahawanan memberikan pendapat mengenai


bidang keusahawanan di dalam pelbagai bidang.

5.2

Salah seorang ahli persatuan berpendapat bahawa bidang


keusahawanan ini salah satu bidang yang mencabar dan lebih
berisiko.

5.3

Namun bidang keusahawanan ini mampu memberikan keuntungan


yang lumayan berbanding bidang kerjaya yang lain.

5.4

Ahli persatuan yang lain berpendapat bahawa kerjaya usahawan


ini mendedahkan kita kepada dunia luar yang lebih luas dan
mampu membentuk jati diri yang lebih berdikari.

6. HAL-HAL LAIN
Tiada.
7. PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1

Pensyarah, Encik Sajahan Abdul Majid mencadangkan mesyuarat


kali ke-4 ini ditangguhkan dan disokong oleh saudara Ahmad
Syafiq Bin Ayub (Pengerusi Persatuan Kelab Keusahawanan).
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

23 Jun 2015

__________________________
( Tulaashini A/P Kalidasan)
Setiausaha,
Persatuan Keusahawanan IPGK Sultan Abdul Halim 2015

Disemak oleh,

___________________________
(En. Sajahan Abdul Majid)
Pensyarah Persatuan Keusahawanan 2015.