Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa.
Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih
manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi
sejak

zaman

berzaman

jelas

memancarkan

kelembutan

bahasa

dan

kelunakan

pengucapan. Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi


demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang
mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula.
Jenis yang lazim dipakai dalam kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan,
perumpamaan, kiasan dan simpulan.
Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu
keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang
digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini
sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian.
Oleh itu, sepuluh simpulan bahasa dan makna perlambangannya telah saya nilai
yang akan cuba dibincangkan dalam tugasan ini.

KESIMPULAN
Simpulan bahasa Melayu tercipta daripada pengalaman dan pengamatan ahli-ahli
masyarakat Melayu sejak berzaman-berzaman.

Pengalaman dan pengamatan ini

berhubung erat dengan kehidupan masyarakat sehari-hari dan keadaan alam sekeliling.
Peribahasa yang pada mulanya diperturunkan secara lisan dan diperkembangkan secara
lisan juga seharusnya diusahakan supaya ianya dapat dikekalkan. Hal ini agar keindahan
penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak hilang ditelan zaman sebaliknya menjadi
warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Anda mungkin juga menyukai