Anda di halaman 1dari 3

PARAMESWARA

Rencana utama: Parameswara

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja


adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun
1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah
menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda
memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu
utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri
Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana
bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan
baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja
dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma
Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang
terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan
Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang
Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[2][3]
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa,
Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang
yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah
membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah
diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh
biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota
Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh
dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah
berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan
kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran
pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta
Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor
pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.
Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan
membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama

pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu


"Melaka".
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba
di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran
daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan
dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah
kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda
sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai,
Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka
dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411,
Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan
rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja
Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja
Melaka.[perlu rujukan]
Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan
pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai
pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang


maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat
Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China
dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk
mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui
yang terbaik pada masa itu.
[sunting] Perkembangan Melaka
Sultan Melaka

Tempoh memerintah

Parameswara
(Raja Iskandar Shah)

1400 1414

Sultan Megat Iskandar Shah

1414 1424

Sultan Muhammad Shah 1424 1444


Sultan Abu Syahid 1444 1446
Sultan Muzaffar Shah

1446 1456

Sultan Mansur Shah

1456 1477

Sultan Alauddin Riayat Shah


Sultan Mahmud Shah

1477 1488

1488 1511

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan
dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran
"Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam
tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda
Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh
sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah
membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta
pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara
pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.
Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445,
tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh
dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang
diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di
darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu
Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka
Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.