Anda di halaman 1dari 12

Nama : Siti Hajar Mohd Zaki

Tarikh lahir : 15 Februari 1981

Pendidikan : Universiti Islam Antarabangsa

Pekerjaan : Pelajar

Puisi : Untuk Ibu Tersayang (1994) , Perjuangan (1996)

Cerpen : Puncak Satu (1999)

Anugerah :

• Hadiah Sastera Siswa DBP – Bank Rakyat (puisi) 1996

• Sayembara Cerpen Remaja DPMP 1998

Cerpen ini mengisahkan seorang gadis, Muliati yang dahulunya merupakan seorang gadis yang

lincah dan cergas, tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak yakin akan kemampuan diri. Keadaan
tersebut berpunca daripada peristiwa hitam yang menipa dirinya ketika mengikuti ekspidisi

Kelab Kembara semasa di tingkatan lima. Muliati tidak dapat menerima keadaannya dan sering

bergelut dengan perasaan, apatah lagi dia juga kehilangan keluarga tercinta ketika usianya masih

muda. Kehadiran Cikgu Balkis yang dikenali ketika berada di tingkatan dua benar benar

mengubat hatinya. Hamper tujuh tahun mereka menjalinkan hubungan yang bukan sekadar

sebagai guru dan anak murid, malah lebih daripada itu. Muliati meanggap Balkis seperti ibu

kandungnya sendiri dan juga tempat dia menumpang kasih sayang.

Namun , kini hubungan mereka renggang kerana Muliati difahamkan , suami Cikgu Balkis tidak

membenarkan Cikgu Balkis berhubung lagi dengan Muliati. Suami Cikgu Balkis mahu dia

menumpukan perhatian terhadap rumah tangganya. Hal ini menyebabkan Muliati beras kecewa.

Lebih lebih lagi ketika Muliati melanjutkan pelajaran di university. Kerinduan yang ditanggung

oleh Muliati ketika di menara gading mendapat simpati rakannya, Riani.

Ketika majlis konvokesyen, Muliati mendapat jawapan sebenarnya tentang punca Cikgu Balkis

menjauhkan diri daripadanya. Cikgu Balkis sebenarnya menderita penyakit ganjil dan akan

menerima rawatan di luar negara.

Ketabahan seorang mahasiswi yang cacat menempuh cabaran dalam kehidupannya.


• Muliati mengalami kemalangan sewaktu mengikuti ekspidisi sehingga menyebabkan

kakinya tempang dan tangan nya kudung. Lebih malang Muliati kehilangan kedua ibu

bapanya. Belum sembuh luka di hati, Muliati terpaksa hidup berseorangan tanpa

sokongan dari kedua ibubapanya. Namun, Muliati Berjaya membuktikan bahawa

golongan cacat juga mampu untuk Berjaya sehingga ke menara gading. Muliati juga

Berjaya diatas dorongan Cikgu Balkis, walaupun Cikgu Balkis jauh darinya, Muliati

tetap merasakan kehadiran Cikgu Balkis di sisinya.

Pengorbanan seorang guru terhadap anak muridnya


• Cikgu Balkis menjadi tempat mengadu pada Muliati setelah kematian kedua orang tua

nya. Cikgu Balkis sentiasa berada di sisi Muliati bagi member semangat dan

menganggap Muliati seperti anaknya

Kegigihan mencapai cita-cita untuk Berjaya

• Muliati tetap gigih berusaha semasa belajar di university dan tidak menganggap

kecacatannya bukan lah suatu batu penghalang bai nya untuk mendapatkan segulung

ijazah

Sikap tidak mahu berterus terang kadang kala disalah anggap oleh orang lain

• Cikgu Balkis menyimpan rahsia tentang penyakit misteri yang dialaminya daripada

pengetahuan Mulliati. Cikgu Balkis membiarkan Muliati berteka teki tentang dirinya

yang sudah lama tidak bertemu dengan diri nya

Kecacatan tidak menghalang seseorang untuk mengecapi kejayaan

• Muliati yang cacat fizikal nya tetap Berjaya ke menara gading. Muliati tidak

menganggap kecacatan sebgai stu factor penghalang untuk Berjaya

Persahabatan yang terjalin antara dua orang sahabat

• Riani menjadi sahabat dan sering membantu Muliati dikala Muliati bersedih dan dalam

kesusahan. Riani merupakan contoh sahabat yang setia dan sanggup bersusah untuk

rakan baik nye tanpa mengira rupa paras.

Permulaan – Muliati sangat rindu akan Cikgu Balkis. Sejak Cikgu Balkis berpindah ke sekolah

lain dan Muliati melanjutkan pelajaran ke university, mereka tidak pernah bersua
• Muliati yang kehilangan ibubapanya serta kecacatan yang dialaminya berasa dihargai

serta mengubat kerinduan terhadap ibubapanya dengan kehadiran Cikgu Balkis. Namun

setelah Cikgu Balkis berpindah ke sekolah baru dan Muliati melanjutkan pelajaran ke

university tempatan mereka tidak pernah bersua. Ini sedikit sebanyak menyebabkan

Muliati berasa sedih.

Perkembangan – Muliati sering menhubungi Cikgu Balkis melalui surat dan telefon semasa dia

melanjutkan pelajaran di university. Dia tidak jemu-jemu menyatakan keinginan untuk berjumpa

namun ditolak oleh Cikgu Balkis.

• Muliati sering berhubung dengan Cikgu Balkis melalui surat dan telefon, dia begitu

menyayangi Cikgu Balkis dan berharap agar mereka dapat bertemu namun ditolak oleh

Cikgu Balkis kerana suaminya mahu Cikgu Balkis menumpukan perhatian terhadap

rumah tangga mereka. Tambahan pula, Cikgu Balkis telah dikurniakan anak setelah 5

tahun berkahwin.

Konflik – Setiap hari, Muliati terkenangkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serta

kemalangan yang meragut nyawa keluarganya dan kenangannya bersama Cikgu Balkis.

• Kehidupan Muliati di university begitu sunyi tanpa kehadiran kasih sayang seorang ibu

dan bapa. Kehidupan di university juga amat menyedihkan kerana mereka mengamalkan

hidup sendiri tanpa mempedulikan tentang orang lain. Muliati juga sering terkenangkan

kenangannya bersama Cikgu Balkis, dia terkenangkan bagaimana Cikgu Balkis yang

sering membantunya sehingga dia Berjaya melanjutkan pelajaran ke university setelah

kematian kedua ibubapa nya.

Klimaks – Menjelang hari konvokesyen, Muliati berharap agar dia akan dipertemukan dengan

dengan Cikgu Balkis. Dia ingin mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih

sayang yang telah diberikan oleh Cikgu Balkis.


• Setelah bertungkus-lumus belajar di university telah tiba masa untuk hari pengikhtirafan

kepada Muliati. Muliati berdoa agar dipertemukan dengan guru kesayangannya.

Peleraian – selepas majlis konvokesyen, Muliati dikejutkan dengan kedatangan sekeping poskad

daripada Cikgu Balkis yang kini berada di London untuk menjalani pembedahan penyakit ganjil

yang dihadapinya. Dia mengucapkan tahniah kpada Muliati dan berharap Muliati akan

mendoakan keselamatannya.

• Walaupun gembira telah menamatkan pengajian dengan cemerlang Muliati tetap sedih

kerana tidak dapat berjumpa dengan Cikgu Balkis. Namun, selepas majlis konvokesyen

dia dikejutkan dengan poskad kiriman Cikgu Balkis. Akhirnya baru Muliati mengerti

mengapa Cikgu Balkis tidak mahu berjumpa dengannya. Cikgu Balkis telah merahsiakan

penyakit ganjil yang dialaminya. Muliati tetap berdoa agar Cikgu Balkis kembali sihat

daripada penyakit yang dihadapinya.

Muliati

Luaran
• Muliati merupakan gadis yang periang dan lincah. Muliati juga seorang yang aktif dalam
sukan.
• Muliati juga merupakan anak sulung dalam keluarganya
• Muliati mengalami kemalangan ketika mengikuti ekspidisi bersama rombongan
sekolahnya,akibatnya kakinya tempang dan tangan kirinya kudung.
• Muliati yang dahulunya seorang periang menjadi pendiam dan banyak bersendiri
• Muliati juga kehilangan kedua ibubapanya,mereka meninggal dalam kemalangan dan
meragut nyawa kedua orang tuanya.
• Muliati tinggal bersama neneknya dan menumpang kasih dengan seorang guru
• Berjaya melanjutkan pelajaran ke university

Dalaman

• Seorang gadis cacat- Muliati mengalami kemalangan ketika mengikuti


ekspidisi bersama rombongan sekolahnya,akibatnya kakinya tempang dan
tangan kirinya kudung
• Seorang mahasiswi – dia Berjaya melanjutkan pelajaran ke university
walaupun kekurangan dari segi fizikalnya.
• Tabah – Muliati tabah menghadapi dugaan hidup setelah kematian kedua
orang tuanya dan kecacatannya. Muliati tetap meneruskan kehidupan
dengan tabah.
• Sensitif – Muliati sering menangis apabila terkenangkan Cikgu Balkis. Dia
berasa sedih apabila Cikgu Balkis tidak mahu bertemu dengannya lagi.

Cikgu Balkis

Luaran

• Cikgu Balkis telah berkahwin


• Dikurniakan seorang anak setelah lima tahun berkahwin
• Bekerja sebagai seorang guru

Dalaman

• Bertanggungjawab – Cikgu Balkis merasakan Muliati amat memerlukan


sokongannya. Dia amat mengambil berat terhadap Muliati yang dianggap
seperti anak sendiri.
• Penyayang – dia mencurahkan kasih sayngnya kepada Muliati yang telah
kehilangan ibubapanya. Dia juga sering berada di samping Muliati untuk
member semangat kepada Muliati
• Seoran yang perahsia – Cikgu Balkis menghidap penyakit ganjil. Dia
merahsiakan nya daripada Muliati. Dia mendapatkan perubatan bagi
penyakitnya itu di London.

Latar masa

Berlangsung selama empat tahun, iaitu sepanjang Muliati belajar di university

• Pelbagai perkara yang terjadi sepanjang tempoh masa ini. Contohnya, Muliati kehilangan kedua

ibubapanya . Muliati juga mengalami kemalangan yang mengakibatkan kakinya tempang dan

tangannya kudung. Muliati juga Berjaya melanjutkan pelajaran ke university

Latar tempat

Di sekolah semasa Muliati terkenagkan zaman persekolahannya.

• Muliati merupakan pelajar yang aktif semasa zaman persekolahannya. Semuanya berakhir

dengan sedih kerana Muliati mengalami kecacatan kekal yang merubah segalanya.

Di university semasa Muliati melanjutkan pelajarannya

• Muliati megharungi kehidupan di university dengan tabah dan terpaksa berhadapan dengan

persekitaran baru serta kehadiran seorang teman baru iaitu Riani

Latar masyarakat

Masyarakat di sekolah – rakan rakan Muliati

• Muliati mempunyai ramai kawan semasa zaman persekolahannya. Dia mendapat kemalangan

sewaktu mengikuti ekspidisi bersama rakan-rakan dan gurunya disekolah


Masyarakat di university – mengamalkan gaya hidup secara sendiri –sendiri

• Riani merupakan kawan yang sering membantu Muliati. Muliati juga terpaksa berhadapan

dengan sikap segelintir palajar di university yang memandang nya dengan pandangan sinis

Metafora

• Kasihku tertumpahmelebihi selautan buat Cikgu (hal.61)

• Ada manic putih menempias pipiku (hal. 61)

Personifikasi

• Masing-masing mengepung perasaan yang bergelora (hal.60)

• Hati ini selalu memberontak (Hal. 63)

Simile

• Seluruh kekuatanku teragut bagaikan seorang…… (hal. 63)

Inverse

• Berdosa Cikgu menderhakai suami. (hal. 61)


Kasih sayang

• Cikgu Balkis memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada Muliati yang telah kehilangan

ibubapa akibat kemalangan. Dia menganggap Muliati seperti anaknya sendiri

Kegigihan

• muliati yang cacat anggota akibat kemalangan yang menimpanya sangat gigih berusaha dalam

pelajaran sehingga Berjaya mendapatkan segulung ijazah

Hormat

• Muliati digambarkan sebagai seorang pelajar yang sangat menghormati guru, terutamanya

Cikgu Balkis. Rasa hormat terhadap gurunya itu, menyebabkan Muliati berusaha mencari Cikgu

Balkis untuk membalas budi yang telah diberikan kepadanya


• Kita mestilah tabah menghadapi cabran dn dugaan dalam hidup

• Kita mestilah berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan

• Kecacatan tidak harus dijadikan alasan untuk mencapai cita-cita

• Kita tidak harus memandang rendah terhdap golongan yang kurang upaya

• Kita mestilah berusaha untuk membala jasa individu yang telah membantu kita