Anda di halaman 1dari 36

INI SEJARAH KITA!

FAKHRUL ANUAR ZULKAWI


Di manakah kita?
 Apa itu jahiliah?
 Pengenalan kondisi dan karakter umat jahiliyah ;
- al-Jahl (kebodohan) : QS 39:64, 25:63, 33:72
- adz-Dzillah (kehinaan) : QS 95:4-5
- adh-Dhaif (kelemahan) : QS 4:28
- al-Furqah (perpecahan) : QS 3:103
 Kisah Firaun memperhambakan Bani Israel
 Masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah saw
SEJARAH KITA
 Fasa Dakwah Rasulullah
 Fasa Khulafa’ Ar-Rashidin
 Fasa Umawi (Muawiyah)
 Fasa Abbasi (Abbasiyah)
 Fasa Turki Uthmaniyah
 Fasa Sekarang
ISLAM
 Ketuhanan (Rabbaniah).
 Ketinggian jiwa manusia.
 Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.
 Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.
 Pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan lelaki, wanita
 Hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja, kesihatan, kebebasan, pelajaran,
keselamatan individu dan penentuan sumber laba.
 Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan
memelihara keturunan dengan mengatur keinginan nafsu dan seks.
 Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.
 Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan
sebab yang membawa perpecahan umat.
 Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip
kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini.
 Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara
bertanggungjawab melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk
melaksanakan matlamatnya dalam masyarakat yang khusus(Negara
Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh manusia.
Berapa penduduk Meka
h? Berapa orang
Bagaimana suasana Me dah Islam ?
kah (infrastruktur, ekon
omi, transport dll)?

Berapa orang
masuk Islam ?
Mengapa:Islam
berkembang den
gan cepat di Ma
dinah? ①

13 tahun 10 tahun 632 M


Kesimpulan Zaman Nabawi:
Terbahagi kepada dua era- Da
Jahiliyyah kwah & Daulah
FASA KHULAFA’ AL-RASYIDIN ②

-Tentera Usamah
-Murtad
Dakwah ke Af
rika dan Isu D
Dakwah sampai k alaman
e China & India
-Menawan Farsi
& Rom

634M 644M 656M 661M


Abu B Umar Uthman Ali
akar
Khulafa’ Ar-rasyidin
 632M- Kewafatan Rasulullah saw. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai
ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.

 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan
Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
 637M- Mesir ditawan.
 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
 646M- Kempen menentang Byzantine.
 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut
menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.

 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya
Perang Jamal.
 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan
dirinya sebagai khalifah Damsyik.
 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
FASA UMAWI

Menguasai:
-Pembukaan di Asia (Rom, India,
China)
-Pembukaan Utara Afrika
-Pembukaan Eropah-Sepanyol (Ta
riq bin Ziyad)

661M 750M
Perluasan kuasa dan
(41H) dakwah
Umawi
 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina
Hussein.
 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi
kerajaan.
 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 713M- Penaklukan Multan.
 716M- Serangan ke atas Constantinople.
 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.
FASA ABBASIYAH

Ibnu Sina 1037


Ibnu Rusyd 1198
Khawarizmi 850

Harun al-Rasyid, Al-Ma’mun

Perang Salib

750M/132H 1095-1291M 1258M/656H


Fasa Abbasiyyah I (1)
 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah
Sepanyol.
 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di
Sepanyol.
 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan
Cyprus.
 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh
dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
 1005M- Multan dan Ghur ditawan
Fasa Abbasiyyah I (2)
 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk
bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan
Baghdad.
 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua
berlaku.
 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang
Salib ketiga berlaku.
 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk
terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-
Seljuk.
 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan
Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin
Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut
Fasa Abbasiyyah II
 Baghdad diambil semula oleh Islam dari Mongol
 Mesir dan Baghdad bergabung membina semula ker
ajaan Islam. Tetapi sudah tidak ada tamadun.
 Penaklukan Constantinople
Abbasiyyah I (750-1258 M)
Abbasiyyah II (1261-1517 M)
Peta kerajaan Abbasiyyah
Fasa Uthmaniyah
 Uthmaniyah ialah di Turki ( 1326-1924M )
 Apa fungsinya? Peluasan kuasa
 Mewarisi saki baki semangat Abasiyah. Tetapi tida
k menyumbang tamadun. Naik sekejap dan jatuh ba
lik.
 Kenapa jatuh balik?
 Keadaan di Eropah
 Bila masuk Negara Islam, apa reaksi tentera Salib?
 Era pengembangan tamadun Eropah
 Islam semakin lama semakin turun
Uthmaniyyah (1)
 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya
Empayar Byzantine.
 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
 1526M- Perang Mohacs
 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
 1571M- Perang Lepanto berlaku.
 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
 1792M- Perjanjian Jassy.
 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
Uthmaniyyah (2)
 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di
Navarino.
 1829M- Perjanjian Adrianople.
 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
 1841M- Konvensyen Selat.
 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa
autonomi.
 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda
ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan
Herzegovina.
 1912M- Perang Balkan pertama.
 1913M- Perang Balkan kedua.
 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah
Uthmaniyyah (1326 -1924)
Peta terakhir kerajaan Uthmaniyyah
Selepas Perang Dunia 1 (1914-1918)
 Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi jajahan Perancis.
 Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ.
 Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
 Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara
kebangsaan mereka.
 Syria di bawah jajahan Perancis.
 Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.
 Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat lemah
 Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangka-rangka, rakyatnya papa dan terancam
dengan peperangan di setiap tempat dan masa.
 Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang kecil
Sesama mereka penuh menyala hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan janji
kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab; Malik Husin dengan syarat menolong
mereka menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah.
 Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak dan menjadi rebutan
sesama mereka.
 India menjadi jajahan Inggeris.
 Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan dengan dahsyatnya.
 Selain dari ini terdapat beberapa golongan minoriti Islam yang bertaburan di beberapa negara
yang tidak mendapat sebarang tempat untuk berlindung seperti orang-orang Islam di Habsyah
(Ethopia), Cina, Balkan, Afrika tengah, barat dan timur.
Faktor kejatuhan
 Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan
 Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama.
 Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik
terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat
 Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan
keseronokan (al-isra’:16)
 Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi,
Dailam (suku Kurd), Mamalik, Turki dll (aali Imran:118)
 Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa
dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul (Yunus:101)
 Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk
mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan
dalam persiapan dan persediaan (al-a’raaf:179)
 Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa
kagum dengan carakerja dan kemewahan hidup kuffar musuh. Mereka
terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk (aali Imran :100 & 149)
Fasa Sekarang
Tanah Melayu:
 Perjanjian Pangkor (1874) – perjanjian yang memisahkan aga
ma dan pentadbiran (sekular) di NMB
 1910 Diperluaskan ke Kelantan, 1914 ke Johor, 1919 ke Terengg
anu, 1923 di Kedah dan Perlis pada 1930
Malaysia sekarang????
Pengajaran
 Islam melalui tiga peringkat:
 Dakwah
 Daulah
 Tamadun
 Kita sekarang berada di mana?
 Apa pekerjaan yang paling baik sekarang?
 KITA DAH TIADA MASA!!!
fikrah kita
 Beban adalah berat. Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu :
(bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah Islam).
 Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan
membuang penyakit dan jenayah.
 Cara kita : Iman yang mendalam, pembentukan yang rapi dan kerja yang
berterusan. Wasilah kita ialah semua cara yang syar’I - terpaksa berdepan dengan
masyarakat untuk buat perubahan.
 Akan ada orang yang memandang remeh kerja ini dan menganggap tidak mampu
merubah.
 Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, kerajaan dan negara-negara akan
menentang bila mereka tahu. Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan
pengusiran mesti berlaku. Bersedialah !
 Kita akan menang - (sebaik-baik dakwah, keperluan manusia, kesucian niat kita
dan pertolongan Allah) menguatkan keyakinan kita. Perlu segera menyahut
seruan, mengukuh fikrah dan kesatuan.
 Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita adalah
roh baru untuk ummat manusia.
 Dakwah kita - Islam dan politik sebahagian darinya.
 Kita bukan golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang
kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai