Anda di halaman 1dari 4

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global
yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain.
Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan
memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan
ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negaranegara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun.
Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai
perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku
teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan
sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi
pendidikan membangun dengan negara maju.

Apa yang pasti, program seperti ada

kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar
di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan
kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara
luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam
era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa
dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang
berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin
masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana
pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global
meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah
merapatkan lagi jurang pendidikan.

Keratan Bahan cetak


Krisis ekonomi Eropah dan AS beri kesan
Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 31, 2012 13:53 MYT
Facebook Twitter Email Google
KUALA LUMPUR: Krisis ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat yang masih berpanjangan
memberi kesan kepada aktiviti perdagangan dunia.

Bagi keseluruhan tahun 2012, walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia
sederhana, Malaysia terus aktif menerima kemasukan pelaburan langsung asing.

Ini selaras dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi
pelaburan pilihan utama.

Menurut Dr. Wong Lai Sum Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (Matrade), walaupun permintaan global lemah, Malaysia terus menerima
tempahan daripada sebahagian negara Eropah biarpun dalam jumlah yang kecil.

Malaysia masih lagi menyaksikan kemasukan eksport ke pasaran berkenaan, Belanda, Jerman
dan sebahagian besar ke negara Eropah walaupun tidak sebesar seperti dahulu. Wujud
kelembapan, tetapi Malaysia patut bersyukur kerana masih terdapat eksport dan berdasarkan
perkembangan semasa akan berlaku peningkatan di dalam arah aliran eksport ini. katanya.

Beliau namun tidak menafikan eksport negara mengalami pertumbuhan yang perlahan tahun
ini ekoran penyusutan permintaan daripada rakan dagang utama antaranya China dan India
selain Amerika dan Eropah.

Tidak dinafikan eksport Malaysia turut terjejas akibat kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat
dan sebahagian besar negara di Eropah yang tidak mengalami pertumbuhan langsung. Oleh
itu, Matrade menjangkakan eksport negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan 4% hingga
5% tahun ini. tambahnya lagi.

Katanya Matrade terpaksa menyemak semula unjuran asal pertumbuhan eksport kepada angka
yang lebih realistik.

Sehubungan itu unjuran eksport untuk tahun ini sedikit rendah, sama seperti negara lain di
mana Matrade hanya mensasarkan pertumbuhan diantara 1% hingga 2% sahaja tahun ini.

Di tengah-tengah pertumbuhan perlahan ekonomi global itu, Malaysia terus menunjukkan


prestasi memberangsangkan.
Menurut tinjauan indeks pasaran terbuka Dewan Perniagaan Antarabangsa, Malaysia adalah
ekonomi ketiga terbuka di Asia selepas Hong Kong dan Singapura/

Perlu diingat bahawa Asia memiliki populasi seramai 600 juta orang dan kuasa beli
penggunanya amat besar sekali jadi, Malaysia perlu meneroka pasaran di sana bagi meluaskan
lagi pasaran eksport negara.

Ketika dunia berdepan suasana pelaburan mencabar, Malaysia terus memberi tumpuan pada
sasarannya untuk menarik FDI sebanyak 30 bilion ringgit pada tahun ini.

Anda mungkin juga menyukai