Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGENALAN`
NYANYIAN
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini memberi
pendedahan
tentang
pengetahuan
dan
kemahiran
teknik-teknik
vokal
seperti
register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum
menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan
dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan
sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Sebagai seorang
penggiat muzik,kita perlulah mengetahui tentang teknik-teknik yang terdapat dalam nyanyian.
Seorang penggiat muzik perlu tahu bagaimana sesuatu muzik itu dihasilkan. Sesuatu muzik
terhasil apabila terdapat getaran sesuatu. Sebagai contoh, apabila permukaan meja diketuk,
permukaan meja telah menghasilkan getaran dan kita dengar sebagai bunyi.
Hal ini sama dengan suara manusia. Pita suara dikawal oleh angin supaya ia dapat
menggetarkan angin yang melaluinya. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk
bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi konsonan dan vokal adalah huruf-huruf. Seorang
penggiat muzik perlu juga tahu bagaimana menghasilkan pic yang tinggi. Penggiat muzik
perlu menegangkan pita suara mereka untuk mendapatkan pic yang tinggi.
Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara iaitu motor, vibrator,
pembesar suara dan artikulasi. Motor ialah tekanan nafas. Vibrator atau penggetar pula
terhasil apabila angin yang kita keluarkan untuk menyanyi berlanggar dengan kulit yang
berlipat di kedua-dua belah trakea dan tenggorok. Pembesar suara pula merupakan satu
ruang yang dibentuk oleh lelangit, mulut dan kerongkong. Ruang kepala juga merupakan
pembesar suara. Artikulasi pula dilakukan oleh bibir dan dagu.
Page
1
Resonan pula merupakan getaran udara dalam satu rongga. Terdapat tiga rongga
dalam sistem manusia iaitu rongga mulut, rongga dada dan rongga hidung. Apabila kita dapat
mengawal sistem rongga kita dengan baik maka akan lebih baik seseorang itu dari segi
lontaran suara mereka.
Menjerit dan melontar suara adalah dua perkara yang berbeza. Suara menjerit
merupakan satu suara yang sangat tidak berkualiti. Hal ini kerana suara menjerit tidak
mempunyai ton suara yang baik. Menjerit juga merupakan satu teknik nyanyian yang salah.
Seorang penyanyi yang baik tidak seharusnya menjerit untuk mencapai pic yang tinggi.
LIRIK LAGU BINTANG KECIL
Page
2
BINTANG KECIL
Page
3
Page
4
SEBUTAN DIFTONG
Berdasarkan lagu ini juga terdapat sebutan diftong iaitu pada baris terakhir lagu iaitu
perkataanJauh danengkau yang melibatkan gabungan huruf vocal [au ].Diftong terdiri
daripada dua vokal dan dibunyikan secara satu unit. Dua vokal atau lebih berlaku secara
berentetan dan setiap vokal mempunyai ciri suku kata. Huruf diftong dieja dengan gabungan
dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. Terdapat tiga jenis huruf diftong
yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ ai ], [ au ] dan [ oi ]. Untuk membunyikan
diftong [au], kedudukan hadapan lidah adalah pada keadaan sebagaimana membunyikan
vokal hadapan luas [a] dan kemudian menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan
vokal belakang sempit [u] tetapi keadaan lidah adalah melengkung ke arah lelangit keras.
Hujung lidah adalah hampir kena pada gigi bawah.
SEBUTAN TRIFTONG
Didapati tiada perkatan sebutan triftong yang digunakan dalam penulisan lirik lagu
Bintang Kecil.Perkataan yang sebutan triftong dalam bahasa Melayu agak terhad.Triftong
Page
5
merupakan suku kata yang terdiri daripada tiga huruf vokal yang disebut secara berterusan
dalam satu hembusan nafas. Triftong juga terbentuk daripada bunyi vokal yang
menggeluncur. Sebagai contoh, oui dan iau adalah suku kata yang terdiri daripada tiga
huruf vokal. Tiga huruf vokal itu melahirkan satu bunyi dan ini adalah trfitong. Penghasilan
urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak
kelantangan.
ENUNSIASI
Analisis berdasar lagu yang dinyanyikan oleh Pn.Norhayati,didapati beliau dapat menyebut
perkataan yang berkaitan dengan sebutan vocal dengan jelas sekali.Beliau mengguna alat
artikulasi dengan betul bagi penghasilan sebutan dalam bahasa melayu.Kejelasan sebutan
dalam lagu yang dinyanyikan amat sesuai sekali dengan ton suaranya
Enunsiasi di dalam nyanyian bermakna ketepatan dan kejelasan dalam menyebut
sebarang perkataan melalui lirik lagu. Enunsiasi melibatkan bunyi vokal, konsonan, diftong
serta triftong yang seimbang dan selaras. Mana-mana penyanyi boleh mewujudkan emosi
lebih baik dengan enunsiasi bunyi vokal dan mewarna nada dengan konsonan. Untuk
mendapatkan enunsiasi yang baik dalam nyanyian, anda perlu untuk memecahkan perkataan
mengikut fonetik. Dengan cara Ini menambah kejelasan kepada perkataan.
Enunsiasi yang baik terhasil melalui bantuan alat fonasi seperti mulut, bibir, lidah dan
rahang. Koordinasi di antara organ-organ tersebut dapat menghasilkan kejelasan sesuatu
sebutan. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas dan tepat, ciri-ciri ton suara memainkan
peranan yang penting. Bukaan mulut, tenaga, intensiti, kekuatan bunyi dan sebagainya turut
menyumbang terhadap enunsiasi yang baik. Sebarang sebutan huruf vokal dan konsonan
pada permulaan mahupun akhir sesuatu perkataan perlu dilafas dengan jelas dan tepat.
REFLEKSI
Semasa proses menyelesaikan tugasan ini,Pada umumnya bahan rujukan amat terhad
sekali.Pencarian dalam talian tentang maklumat tajuk ini amat sedikit.Bahan Rujukan adalah
bersumberkan kepada modul semata-mata dan juga dari rakan-rakan yang telah menyiapkan
Page
6
tugasan yang diberi.Dalam membuat analisis terhadap lagu yang dipilih sesungguhnya telah
mendedahkan banyak perkara tentang nyanyian dan kaitannya dengan sesuatu bahasa.Jelas
sekali bila dirujuk pada modul adallah berkaitan dengan bahasa itu sendiri,dan hairan bahan
rujukan adalah hamper sama dengan mereka yang mengikuti kursus bahasa.Walaupun
analisis kepada lagu pendek mengandungi satu rangkap sahaja tetapi amat cukup buat saya
untuk memahami kepada lain-lain lirik lagu yang hendak dianalisis
Sebutan bahasa yang jelas dalam nyanyian memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan mesej dan pengajaran.Penghasilan bunyi yang baik akan dapat dijiwai oleh
pendengan kerana para pendengar akan faham akan sebutan lirik tersebut.Bagi saya
semasa menyiapkan tugasan ini sudah tentu ia akan memberi panduan yang berguna
kepada saya sebagai panduan masa hadapan.Kekangan masa dan tugasan lain memaksa
saya membahagi masa sebaik mungkin.Bagi saya tugas ini amat menyeronok sebagai
seorang pelajar.Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan-bahan tugasan
yang telah memudahkan saya menyelesaikan tugasan ini.
Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia Modul Mzp3118 cyberjaya
Kemeterian Pendidikan Malaysia Modul Mzu3110 cyberjaya
Page
7
Page
8
vokal.htmldilayari