Anda di halaman 1dari 26

SOALAN ISL : Jelaskan perbezaan di antara model rekabentuk pengajaran ADDIE dan ASSURE yang sering digunakan

oleh
seorang guru dalam menyediakan bahan pengajaran.
Perbezaan model rekabentuk pengajaran ADDIE dan ASSURE.

ADDIE
- DEFINISI: satu model desain pembelajaran yang sifatnya lebih
generik iaitu mode
- Diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi
asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia
mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

1.

Analisis

2.

Rekabentuk

3.

Pembangunan

4.

Pelaksanaan

5.

Penilaian

Analisis
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis
persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan
matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan
semasa proses analisis iaitu :

ASSURE
- DEFINISI: Untuk menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media.

- Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk


menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada
P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar.

- Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :


A - Analisis pelajar (analyse learner)
S - Nyatakan objektif ( state objective)
S - Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media
and materials)
U - Gunakan media dan bahan ( utilise media dan
materials)

Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?


Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek
tersebut?
Reka bentuk
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
- Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan,
visual dan strategi rekabentuk
- Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang
dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan
psikomotor.
- Membangunkan papan cerita
- Mereka bentuk antara muka
- Membangunkan prototaip
- Menggunakan reka bentuk visual
Pembangunan
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut
spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan
diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
Pelaksanaan
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna
sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan
projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan
dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran
untuk digunakan.

R - Galakkan penglibatan murid ( required learner


participation)
E - Penilaian
dan semak ( evaluatioan and revise)

Penilaian
Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian
formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian
sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik
sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual,
soal selidik penyeliaan dan pengujian.
Kesan penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

-Mempercepatkan proses dalam merancang bahan pengajaran


-Membantu dalam komunikasi antara ahli kumpulan supaya setiap ahli kumpulan jelas dengan apa yang patut dibincangkan
-Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar.
KESIMPULAN
Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori pembelajaran, tetapi yang menjadi
persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal,
sememangnya terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Melalui rekabentuk instruksional guruguru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya
guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang
khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses
implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki.
Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk
difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya, rekabentuk instruksional dan penggunaan

model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia
rekabentuk instruksional.
RUJUKAN

Yusup Hashim. (Cetakan 1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Yusup Hashim. (Cetakan 1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan Hasan. (Pertama Kali
Diterbitkan 2009).
Siri Pendidikan Guru; Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. ( Dahulunya dikenali sebagai

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)

Muhamad Hasan Abdul Rahman. (Cetakan Kedua 2003). Media Pengajaran; Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. AREMES
(M) Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). KBSR, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Dua. Bahagian
Pembangunan
Kurikulum.

REKA BENTUK PENGAJARAN


4.1. PENGENALAN
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat
dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas
malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu
memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek
pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan
sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu,
setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan
berkualiti.
4.2. REKA BENTUK PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi
menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk
pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan
pembelajaran.
Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai
displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk

pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001)
menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan
atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai
faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat
membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapatmembantu pengaturcara atau pembangunan
perisian dalam melaksanakannpembentukanperisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal
adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses
yangn dicadangkan hampirnsama.
Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di
antara model reka bentuk pengajaran bersistem yang terkenal ialah:
i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v. Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix. Model Dick and Carey
x. Model Air Terjun
xi. Model Prototyping
xii. Model Smith and Ragan

xiii. Model Jerold Kemp


xiv. Model Gerlach and Ely
xv. Model Diamon
Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen
yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk
pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model
Hanafin and Peck.
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan,
bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan
penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model
ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis,
percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and
Carey (1996).
Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka
bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan
teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid
Protyping (1998)
4.3. MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
4.3.1. MODEL ADDIE

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Analisis
Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal
pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun
perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran
pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian
terhadap perkara-perkara berikut:

Analisa(Analysis)

Reka Bentuk(Design)

Pembangunan(Development

Perlaksanaan(Implementation)

Penilaian(Evaluation)
i) Matlamat perisian
ii) Objektif perisian
iii) Kumpulan sasaran
iv) Kandungan perisian
v) Pendekatan pedagogi
vi) Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan
pengguna yang sebenarnya.
Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa
proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka
bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.
Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat
pengarangan. Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses
membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.
Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang
telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.
Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video
dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001),
bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan
dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4.3.2. Model ASSURE


Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)
Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian
perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat
pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian.
Pembangun perisian jugaperlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk
kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.
Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:
i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui
ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat
maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis
sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini
diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai
pengetahuan sedia ada
yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana
cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar.
Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).
Menyatakan objektif pembelajaran
Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku
yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa
yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi
memastikan aplikasi perisian
yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumbersumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan
perisian pembelajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan
kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan
pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar.
Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan

yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu,
faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.
i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih
kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia.
Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan
peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran
dan kumpulan sasaran.
ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh
media ialah filem, surat khabar, radio dan televison. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian.
Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran
Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya
negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia
bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi
kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.
Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku
secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat

menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian
dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.
Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun
perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi
kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan
4.3.3. Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998)


Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini
mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip
yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip
mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.
Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua
peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam
perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial
sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun
prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas
perisian sebenar.

4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)


Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk,
implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan penyelenggaraan mengutamakan reka bentuk penggunaan
teknologi. Kelemahan model ini ialah proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar untuk ianya diubahsuai
atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud masalah.

Analisis feasibiliti

Analisis keperluan

Implement perisian

Penilaian dan pengujian

Kitaran prototaip

Pembangunan perisian

Mereka bentuk perisian

(Rajah 4.3). Model Air Terjun


Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)
4.3.5. Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan
pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah
dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.

Analisis

Reka bentuk

Penyelenggaraan

Implementasi

Pengujian

Pembangunan

Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)


Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model
Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu
model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.

Kenal pasti matlamat pengajaran

Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat

Penilaian formatif

Bina atau pilih bahan pengajaran

Bina strategi pengajaran

Bina item ujian rujukan kriteria

Tulis objektif prestasi

Penilaian sumatif

Buat analisis pengajaran

4.3.6. Model Hannafin Dan Peck (1988)


Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan.
Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan. Fasa analisis keperluan
digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal
kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap
persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan
dilaksanakan. Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk
digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa
proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan
dalam fasa analisis permulaan.
RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988)
Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat
pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung
menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.
Fasa 1 -Analisis keperluan
Fasa 2 -Reka bentuk
Fasa3 -Pembangunan dan perlaksanaan
Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan
media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang
terhad.
4.3.7. Model Robert Glasea
Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan penilaian.
Rajah 4.6. Aliran kerja berdasarkan Model Robert Glasea
i. Objektif pengajaran
Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan perubahan tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah mengikuti
pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun perisian boleh
mendapat maklumat tentang objektif pengajaran daripada sukatan dan huraian kurikulum.
ii. Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan
mengetahui pengalaman

Objektif

Pengajaran

Pengetahuan sedia ada

Kaedah Mengajar

Penilaian
Maklum balas lepas pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang bersesuaian dengan golongan sasarannya.
iii. Kaedah mengajar
Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada padapelajar, barulah pengatur cara atau
pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan
pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan diaplikasikan.
iv. Penilaian

Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai
pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam
perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan
pencapaian dan penerimaan pelajar.

RUJUKAN
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of Education Research 49(3): 70-71.
Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York: Macmillan Publishing.
Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row Publishers, Inc.
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.
Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of learning. Educational Researcher.
Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical computer skill. MIT Press.
Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional hypermedia/ multimedia product. Education
Technology, December: 5-11.
Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard Gardner. Educational leadership (atas talian)

.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru
Maktab Perguruan Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and Winston.
Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:
Holt.
Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal Publication.
Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian
Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.
Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional software. New York: Macmillan Publishing Company.

Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.
Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student achievement and attitudes in high school chemistry.
Journal of Research in Science Teaching 34(6): 17-63.
Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New York: Merill-Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala
Lumpur: Venton Publishing.

Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication.
Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext. Education Technology, November: 13-16.
Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall
Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia
4(4): 305-320.
Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my
Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah bestari di Malaysia.
Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211.
Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14 minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian
Pendidikan Guru. Institusi Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier

Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi
Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun.
Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards Computers. Journal of Educational Computing Research.
(1), 69-88
Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in education: from computer literacy to curriculum integration.
Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:
Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich
Publisher
Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
M.N. 1996. Computers in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon.
Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT . Majalah PC September: 56-57
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC, September: 58-59

Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru- Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu
Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi
Dalam Aliran Pendidikan Era Globlisasi, hlm 1-11.
Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember:
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian . Media
ComiL.
Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms 18 19 Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994.
Storyboard development for interactive multimedia traninig. Journal of Interactive Instruction Development
Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The Classroom, Allym & Bacon, Boston, London, Toronto

Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive multimedia. Education Technology Research and
Development
Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and hypnosis. New York: Citadel Press
Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education Technology 24(3): 191-197.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between constructivism and direct instruction. Education Technology
Research and Development 40(1): 93-106.
Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing a structure-based toolbox. Communication of the ACM
37(2): 87-96.
Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.
Universiti Kebangsaan Malaysia.November 26-27.
Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.

.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian
Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan
Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia 2: 61-66.
Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28
(1), 35-41
Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal Publications.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif)
Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, hlm 29- 38.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian Interaktif)
Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000. Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer
selepas kursus latihan guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun.
Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan
pengajaran Bahasa, Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.
Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17
April 2003).
Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts.
Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey: Merril/Prentice Hall.
Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship
aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan
Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24
Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic Educatio, 22: 39-24.
Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parents guide to education software and computer. San Diego: Computer Publishing Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.

Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita harian 7 Januari : Pendidikan ms 8
Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon.
Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993
Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Anda mungkin juga menyukai