Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Wajib (individu) Modul 3

Soalan:

Sebagai pemimpin sekolah, kita hendaklah sentiasa peka serta mencari ruang dan
peluang untuk melakukan penambahbaikan agar prestasi pencapaian murid terus
meningkat sama ada darpada segi kuantiti mahu pun kualiti. Sebarang kelemahan
atau kekurangan yang dikenal pasti mesti ditangani dengan segera melalui
tindakan-tindakan penambahbaikan yang kreatif dan berinovasi. Tindakantindakan penambahbaikan berkenaan perlu dirancang dengan rapi serta diterima
dengan baik oleh semua warga dalam organisasi.
Arahan kepada peserta:
Tuan/puan dikehendaki untuk menyediakan satu kertas cadangan program
penambahbaikan sekolah yang panjangnya tidak kurang daripada 250 patah
perkataan. Kertas cadangan anda mestilah mengandungi 4 perkara berikut:
1. Pendahuluan
Huraikan latar belakang yang membawa kepada masalah.
2. Masalah yang dikenal pasti
Huraikan apakah yang menjadi punca kepada masalah tersebut dan bagaimana
punca masalah dikenal pasti.
3. Cadangan penyelesaian
Huraikan apakah strategi yang diambil untuk menangani punca masalah
berkenaan, serta bagaimana dan mengapa strategi tersebut dipilih? Cadangan
penyelesaian hendaklah mengandungi ciri-ciri kreatif dan inovatif.
4. Implikasi
Huraikan implikasi sama ada daripada segi kos atau sumber manusia untuk
melaksanakan strategi yang dipilih .
Catatan: Isu pengurusan perubahan boleh dinyatakan di bahagian ini.
PERHATIAN PENTING:
1. Panduan Pemarkahan:
Markah akan diberi berdasarkan perkara-perkara berikut (wajib ada):

Kreativiti dan Inovasi


Proses-proses Penyelesaian Masalah

Proses-proses membuat Keputusan


Proses-proses Penambahbaikan
Proses Mengurus Perubahan.
2. Tuan/puan juga diingatkan supaya tidak mengambil bulat-buat daripada
program-program yang telah dijalankan di sekolah tuan/puan secara cut &
paste atau menghantar kertas kerja program berkenaan tanpa sebarang
modifikasi.
3. Tuan/puan dibenarkan menghantar 1 fail dalam bentuk Word atau PDF
sebelum tarikh tutup soalan ini. Tuan/puan juga boleh membuat penambahbaikan
kepada jawapan sebelum tarikh berkenaan.